Anda di halaman 1dari 19

ALATAN TANGAN Alatan tangan digunakan dalam proses pembuatan dan penghasilan sesuatu projek.

Alatan tangan mestilah sesuai dengan bahan dan tujuan alatan digunakan. Kriteria pemilihan alatan tangan ialah a. Kesesuaian alatan tangan dengan bahan. b. Kemahiran mengendalikan alatan. c. Kemudahan mendapatkan alatan. d. Faktor keselamatan semasa menggunakan alatan.

Jenis Alatan Tangan Dan Fungsinya

Pembaris Keluli Alat ini digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran. Selain itu, pembaris keluli juga digunakan untuk membina garisan lurus pada permukaan dan menguji kerataan permukaan.

Sesiku L Alat ini digunakan untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji kerataan, ketepatan. dan kepersegian.

Pita Pengukur Pita pengukur digunakan untuk menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel. Selain itu, alat ini berfungsi dalam menguji jarak di antara tanda-tanda dan menyelaraskan jarak tolok.

Apit G Apit G digunakan untuk mengapit kayu ketikaproses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. Alat ini juga digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.

Ragum Kakak Tua Alat tangan ini digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan sebagainya. Saiznya adalah antara 125 mm hingga 300 mm.

Ragum Kayu Digunakan untuk mengapit benda kerja sebagai contoh semasa mengergaji.

Gergaji Puting Gergaji puting digunakan untuk mengerat secara lurus semasa membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.

Gergaji Tangan. Digunakan untuk memotong atau membelah kayu.

Gergaji Besi Gergaji besi digunakan semasa memotong benda yang keras seperti batang besi.

Gergaji Lengkung Halus Alat ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis.

Pahat Pahat jenis ini digunakan untuk membuat parit dan lurah tanggam serta meratakan dasarnya.

Kikir Parut Kikir parut digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.

Tukul Kuku Kambing Alat ini digunakan untuk mengetuk paku dan mencabut paku.

Tukul Warrington Tukul jenis ini digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar.

Penebuk Pusat Alat ini digunakan untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum kerja menggerudi.

Pembenam Paku Pembenam paku digunakan untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu.

Penahan Tepi Digunakan untuk menahan benda kerja semasa menggergaji

Gerudi Engkol Gerudi engkol digunakan untuk kerja membuat lubang pada permukaan kayu dan papan.

Gerudi Tangan Alat ini digunakan untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis.

Gerimit Gerimit digunakan untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut).

Tolok Serong Alat ini digunakan untuk mengukur sudut samasa proses membuat tanggam.

Tolok Penanda Tolok ini digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.

Gandin Kayu Gandin kayu digunakan untuk kerja mengetuk dan membentuk kayu.

Gandin Getah Gandin getah digunakan untuk mengetuk dan membentuk keluli.

Sepana 1. Sepana digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkan bolt,nat, atau skru tudung. 2. Saiz sepana ditentukan berdasarkan luas bukaan rahang atau diameter gelangnya.

Sepana hujung terbuka Kedua-dua hujung terdapat bukaan bukaan satu hujung itu lazimnya lebih besar daripada bukaan di hujung yang lain. lazimnya sepana ini digunakan apabila sepana gelang tidak dapat digunakan oleh sebab ruang yang sempit.

Sepana gelang Kedua-dua hujung sepana ini terdapat gelang yang disebut soket.Soket-soket ini ada yang enam bucunya dan ada juga yang 12 bucunya.Saiz kedua-dua poket ini pun berbeza

Sepana gabung sepana ini adalah gabungan sepana hujung terbuka dengan sepana gelang di satu hujung terdapat bukaan dan di satu hujung yang lain terdapat soket Saiz gelang dan saiz bukaan itu adalah sama.

Sepana boleh laras Satu hujung sepana ini terdapat rahang boleh laras. Rahang ini dapat dilaraskan supaya sesuai dengan sebarang saiz bolt dan kepala skru

Pemutar Skru Pemutar skru digunakan untuk menskru, mengetatkan, atau melonggarkan skru. Saiz pemutar skru ditentukan dengan berdasarkan panjang batangnya. Jenis-jenis pemutar skru;

Pemutar skru rata Mempunyai hujung mata yang rata digunakan untuk skru beralur lurus

Pemutar skru philips Ia mempunyai hujung mata yang bersilang atau berpangkah. Digunakan untuk skru kepala philips (bersilang atau berpangkah).

Playar Gabung 1. Ia digunakan untuk memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan membentuk dawai.

Playar Muncung Tirus 1. ia digunakan untuk kerja-kerja diruang sempit seperti memegang benda-benda yang kecil, memotong dawai, serta membentuk kaki komponen elektronik

Gunting Kertas. Digunakan untuk memotong kertas atau kotak.

Anda mungkin juga menyukai