Anda di halaman 1dari 7

BAB 5

PERSEDIAAN SAMBUNGAN
*Bagi logam-logam yang mana ketebalannya melebihi 3.0mm keatas, perlulah dibuat persediaan tepi untuk menjamin kekuatan sesuatu sambungan itu. *Sebelum memulakan kimpalan, benda kerja tersebut harus di paku kimpal untuk menggelakkan muka punca daripada menggecil ketika dikimpal.

Persediaan lurah
Persediaan tepi bagi satu-satu sambungan perlu dibuat atau direkabentuk mengikut jenis beban yang akan ditanggung oleh sambungan tersebut. Faktor keduanya ialah apabila ketebalan logam yang hendak disambung terlalu tebal., Biasanya apabila logam yang ketebalannya melebihi daripada 3.0mm persediaan tepi perlu dibuat. Ini adalah untuk memastikan sambungan yang dibuat cukup kuat bagi menanggung beban dan tekanan.

Langkah-langkah membuat persediaan tepi.


Berikut diturunkan langkah-langkah bagi membuat persediaan tepi. - Plat hendaklah dicanai sehingga tepinya menjadi serong hingga ke sudut yang di kehendaki. Bagi logam yang lebih tebal hingga 6.0mm ke atas hendaklah diserongkan dengan pemotongan oksiasetilina. - Setelah tepi logam diserongkan, hujungnya yang tajam hendaklah dicanai sehingga memperolehi satu permukaan yang rata anggaran 3.0mm lebar. Permukaan ini dinamakan muka punca. - Pastikan permukaannya lurus dan rata. Ini adalah untuk meastikan ketelusan dan penembusan yang samarata di sepanjang sambungan berkenaan.

Sudut lurah Yang telah dipotong ( 300)

ketinggian benda kerja

jarak punca

Peralatan yang digunakan

Terdapat beberapa peralatan yang boleh digunakan untuk membuat persediian lurah pada benda kerja mengikut ketebalan plate ataupun paip.
MESIN PENCANAI (GRAINDER) *Digunakan bagi plate yang berukuran tebal atau pun nipis dan juga digunakan jika plate tersebut tidak boleh dipotong menggunakan pemotong oksi-asitilina seperti stainless steel. KIKIR *Digunakan bagi plate nipis sahaja 3mm-5mm kerana plate tersebut tidak boleh di potong menggunakan pemotong oksi-asitilin kerana takut plate tersebut akan rosak ataupun lebur. PEMOTONG OKSI-ASITILINA *Digunakan bagi plate berukuran 6mm keatas untuk memudah pengimpal bagi mendapatkan sudut 300 yang tepat dan mudah untuk mendapat potongan yang kemas.

Pra panas
Penerangan: Pra panas biasanya dilakukan dengan bantuan haba pada takat yang tertentu bergantung pada logam yang hendak dilakukan boleh proses ini.kelengkapan atau peralatan yang diperlukan sama seperti kelengkapan pemotongan gas,hanya saiz nozzle yang berbeza bergantung pada ketebalan dan saiz benda kerja yang hendak dilakukan proses ini.Benda kerja perlu dipanaskan secara rata sehingga takat suhu yang dihendaki,kebiasaanya ditentukan dengan perubahan warna pada logam itu.

Saiz Nozzle Pemilihan saiz nozzle adalah bergantung kepada ketebalan logam yang hendak dipanaskan sebagaimana dalam peoses memotong. Bagi tujuan memanaskan logam yang tebalnya diantara 6 mm hingga 12 mm saiz nozzle yang disyorkan ialah 1/16 in.Ketebalan diantara 12 mm hingga 50 mm saiz nozzle yang disyorkan ialah 1/16 in.Dan bagi logam yang tebalnya lebih 50 mm saiz nozzle yang disyorkan ialah 3/64 in.

Jenis Api Terdapat tiga jenis api yang biasa digunakan dalam proses memanas dan setiap jenis mempunyai perbezaan penggunaannya.Lazimnya dalam proses memanas jenis api yang disyorkan ialah api pertengahan (Neutral). Sekiranya menggunakan api carburinzing secara tida langsung akan menambah kandungan karbon didalam logam yang sedang dipanaskan yang mana boleh menyebabkan berlaku keretakan didalam atau disepanjang kawasan terkesan haba (Heat effected zon).Sebaliknya jika menggunakan api oxidixing semasa proses memanas secara tidak langsung logam yang dipanaskan mungkin berlaku pengoksidaan sekiranya tidak berhenti-henti.

Jenis Logam Yang Memerlukan pra panas Haba Besi tuangan (cast iron) Keluli berkarbon tinggi Keluli berkarbon sederhana Keluli tuangan (cast steel) Keluli spring Keluli mata alat Aluminium alloy Megnesium alloy Keluli tahan karat (stainless steel)

Pekerjaan yang memerlukan proses prapanas adalah seperti membuat pelantar minyak yang mana bahan yang digunakan berasakan paip keluli berkarbon,struktur i beam yang mana kandungan karbonnya agak tinggi,pekerjaan membuat dandang (boiler),paip minyak ,paip gas dan paip yang mengalirkan bahan kimia.Bagi peralatan mesin seperti rangka mesin,gergaji,gerudi,mesin larik dan lain-lain.

Tujuan pra panas i.Membuang segala lembapan yang terkandung didalam logam yang akan dikimpal ii.Membuang saki baki minyak atau benda asing yang terdapat didalam logam seperti besi tuangan,cast steel,aluminium alloy yang mana logam atau bahan ini telah terlalu lama digunakan kemungkinan besar kotoran ini akan berada didalam logam tersebut. iii.Mengseimbangkan kuasa pengecutan dan pengembangan terutama bagi logam peratus karbon agak tinggi seperti keluli berkarbon tinggi.Keluli karbon sederhana ,cast steel,keluli spring,keluli mata alat dan besi tuangan. iv.Menghindari dari berlaku keretakan yang pasti terjadi disepanjang kawasan terkesan haba terutama semasa mengimpal logam yang mengadungi peratusan karbon yang tinggi.

KIMPAL PAKU -SMAWDi dalam teknik asas Kimpalan Arka terdapat berbagai jenis proses yang perlu diketahui. Ia termasuk juga mengenai kerja Kimpal Paku yang digunakan secara meluas di industri pembinaan berasakan logam.

1. Pengenalan kepada Kimpal Paku

1.1 Kimpal Paku pada Tanggam Kambi Kaedah Kimpal Paku merupakan cara yang digunakan bagi pemasangan komponen dan bahagian tertentu. Ia dilakukkan pada bendakerja tidak bersudut dimana penyediaan tepi 0 bendakerja tidak perlu dilakukkan (sudut serong 30 ). Pemasanagan bendakerja adalah melibatakan bahagian yang mendatar dan menegak disamping ianya biasa dilakukan untuk struktur binaan dan sambungan berbentuk T. Kedudukan bendakerja boleh ditempatkan 0 pada kedudukan secara menegak, mendatar dan bersudut 45 . Jarak kimpalan adalah seragam diantara satu samalain

Gambarajah 1 : Kimpal Paku Tanggam Kambi 1F

1.2 Kimpal Paku pada Tanggam Temu

Kimpal Paku pada Tanggam Temu adalah untuk memasang suai bendakerja bersudut (serong 0 30 ) dan untuk pemasangan bahagian bendakerja yang bertemu pada tepinya. Biasanya ia dilakukan untuk kegunaan kimpalan bendakerja paip dan plate dan merupakan Kimpalan sementara sebelum kimpalan penuh dilakukan. Jarak kimpalan yang dilakukan adalah seragam.

.
Gambarajah 2 : Kimpal Paku Tanggam Temu 1F

Anda mungkin juga menyukai