Anda di halaman 1dari 28

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

KOLEJ VOKASIONAL MIRI,


JALAN JEE FOH, LORONG 10, KROKOP
98000 MIRI, SARAWAK

KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAM

PEMESINAN INDUSTRI

MODUL / MODUL

MPI 102 ENGINEERING MATERIAL

NO DAN TAJUK MODUL/


MODULE NO AND TITLE

PERFORM METALLURGY

KOMPETENSI/COMPETENCY

1
2
3
4

Sifat-sifat fizikal logam


Ferus dan bukan ferus logam
Pembuatan logam ferus
Pengkelasan keluli

1. Mengenal pasti ciri-ciri fizikal logam mengikut jenis Besi


dan keluli.
2. Mengenal pasti dan membezakan logam ferus dan bukan
ferus dan kegunaannya mengikut spesifikasi.
OBJEKTIF PENCAPAIAN
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE OBJECTIV

3. Memahami proses di mana besi


mengikut AISI spesifikasi standard

dan

keluli

adalah

4. Mengenal pasti dan memahami proses membuat keluli


mengikut spesifikasi pengeluar.
5. Mengenal pasti komposisi kimia dan unsur pengaloian
pada keluli spesifikasi yang diperlukan.
6. Mengenal pasti sistem klasifikasi keluli mengikuti
antarabangsa standard keluli seperti Institut American Iron
Steel (AISI) /British Besi dan Keluli (BIS)

NAMA PELAJAR
KURSUS
TARIKH
NO KOD / CODE NO

MPI 102/KP1

TAJUK : Pembuatan Logam Ferus

Muka : 1

Drp : 20

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


TUJUAN: Memahami proses di mana besi dan keluli adalah mengikut spesifikasi
standard AISI. Mengenal pasti dan memahami proses membuat keluli mengikut
spesifikasi pengilang. Mengenal pasti komposisi kimia dan unsur pengaloian pada
keluli spesifikasi yang diperlukan. Sistem klasifikasi Mengenalpasti keluli ikut
antarabangsa standard keluli seperti Amerika Besi Institut Steel (AISI) / British Besi
dan Keluli (BIS)

PENERANGAN:
Besi jongkong dibuat dengan cara meleburkan bijih besi di dalam relau bagas. Bijih
besi ditukar menjadi besi jongkong melalui proses Penurunan. Proses ini merupakan
peringkat pertama, manakala jongkong yang dihasilkan menjadi bahan mentah
utama untuk pengeluaran besi tuang, besi tempa dan keluli.
PENGENALAN
Sebagaimana kita ketahui besi merupakan logam utama dan paling banyak
penggunaannya. Sifat-sifat fizikalnya seperti kekerasan, kekuatan dan ketahanan
yang boleh diubahsuai menyebabkan ianya menjadi logam yang sangat berguna
iaitu dari segi kejuruteraan mahu pun dari segi penggunaan secara am. Faktor
lain seperti harganya murah dan mudah didapati serta merupakan sebab
mengapa ianya sangat diminati. Besi yang digunakan kebanyakannya tidak
berada dalam bentuk tulin, ini adalah kerana besi yang berada dalam keadaan
tulin tidak mempunyai ketahanan yang memuaskan dan tidak sesuai untuk
penggunaan kejuruteraan secara am.
Sifat Logam
sifat sesuatu logam akan menentukan logam itu terhadap persekitaran atau kerja
yang dikenakan terhadapnya. Misalnya logam akan berkarat apabila terdedah
kepada suhu yang lembap atau akan cair apabila mencapai tahap lebur. Ada logam
yang boleh dimesin atau dibentuk da nada logam yang akan patauh atau pecah
apabila dikenakan beban ke atasnya. Terdapat bermacam-macam lagi sifat logam,
untuk memahaminya dengan lebih mendalam, sifat-sifat logam ini dibahagikan
kepada tiga kumpulan, iaitu :
1. Sifat fizik
2. Sifat kimia
3. Sifat mekanikal
Sifat Mekanikal
Sifat mekanikal ialah sifat yang menunjukkan perlakuan sesuatu logam dan
kebanyakan sifat ini dapat diuji dengan menggunakan alat penguji tertentu. Sifat2

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


sifat tersebut termasuklah kerapuhan,
ketempaan, keanjalan dan kekuatan.

kemuluran,

kekerasan,

keteguhan,

Kerapuhan
Logam rapuh mempunyai sifat mudah retak atau pecah walaupun Cuma dikenakan
ketukan atau hentakan yang lemah. Contoh gambarajah di bawah.

1. Kemuluran
Logam yang mempunyai sifat mulut boleh ditarik panjang dengan acuan tanpa
pecah atau putus walaupun tegangan dikenakan ke atasnya. Contoh logam mulur
ialah tembaga dan aluminium. Logam ini sangat sesuai untuk dibuat dawai atau
rod. Lihat Gambarajah di bawah.

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

2. Kekerasan
merujuk kepada sifat bahan yang boleh menahan haus, perubahan bentuk, tusukan
dan lelasan. Contoh produk ialah mata alat pemotong, roda dan rail keretapi serta
bahagian mesin yang bergesel. Sifat kekerasan diuji menggunakan mesin penguji
Brinnel, Rockwell atau Vikers

3. Keteguhan
Kemampuan logam mengekalkan kekuatannya setelah mengalami perubahan
bentuk yang kekal distilahkan sebagai keteguhan. Logam ini boleh menahan
hentaman, pukulan atau hentakan secara mengejut tanpa retak, pecah atau patah.

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

4. Ketempaan
Sifat ketempaan menerangkan logam yang dibentuk boleh dibentuk dengan mudah
apabila dikenakan daya mampat ke atasnya. Logam jenis ini biasa digunakan dalam
kerja-kerja menempa seperti membuat kepala rivet. Gambarajah di bawah.

5. Keanjalan
Sifat logam yang boleh kembali semula kepada bentuk asal selepas dikenakan daya
atau beban. Digunakan untuk membuat pegas.Contoh produk ialah pegas berlapis
dan pegas bergelung. Sifat keanjalan diuji menggunakan mesin ujian tegangan.

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

6. Kekuatan
Keupayaan menahan daya atau beban tanpa alah atau berubah bentuk. Kekuatan
logam diuji dengan membengkok sekeping logam. Walaupun logam itu bengkok
( berubah bentuk ) tetapi tidak pecah ata retak.

a.

JENIS - JENIS UTAMA BIJIH BESI

Bijih besi adalah merupakan bahan utama dalam pengeluaran besi jongkong.
Ketika bijih besi dilombong ianya tidaklah berada dalam bentuk tulin. Ianya
didapati bersama-sama dengan sebatian atau unsur-unsur
lain seperti
Oksida, Sulfida, Belerang, Silikon dan sebagainya.
b.

Bijih Besi Hematit (Fe2O3).

Bijih besi hematit mempunyai 40% - 65% kandungan besi dan merupakan bijih
besi yang terbanyak sekali didapati. Ianya mungkin akan berkurangan 25%
ketika dilombong. Besi Hematit berwarna hitam
coklat hingga kemerahmerahan. Ianya kadangkala dicampur dengan Sulfat Magnetit.
c.

Bijih Besi Magnetit (Fe3O4).

Bijih besi magnetit mempunyai 72.4% kandungan besi dalam keadaan besi dan
didapati dalam bentuk tanah atau batu- bata. Ia mempunyai sifat-sifat magnet dan
berwarna kehitam-hitaman.
d.

Bijih Besi Pirit.

Bijih besi pirit mempunyai kandungan besi sebanyak 50% dan 50%
Warnanya agak keemasan dan didapati dalam bentuk hablur.
6

belerang.

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


e.

Bijih Besi Limonit.

Bijih besi limonit mengandungi besi sebayak 20% - 55% dan kandungan air
sebanyak 40%. Warnanya adalah kuning coklat, tetapi apabila air dikeluarkan
ianya akan bertukar warna bijih Hematit. Ia berada dalam tanah gambut juga
dikenali sebagai Hematit coklat.
f.

Bijih Besi Takonit.

Bijih besi ini hanya mempunyai 25% hingga 30% kandungan besi. Warnanya
kemerah-merahan atau kehitam-hitaman dan diperolehi dalam bentuk batu-bata.

g.

Bijih Besi Berkarbonat.

Bijih besi ini mempunyai kandungan besi kurang daripada 30% dan selainnya
kandungan karbon dan fosforus. Warna bijihnya kelabu dan dilombong
dengan menggunakan kaedah `Gilchrist Thomas'.
h.

Bijih Besi Sulfida.

Ia mempunyai kandungan sulfur sebanyak 50% dan berwarna keemasan. Bijih


besi sulfida diperolehi dalam bentuk batu-bata. Ia juga terdiri daripada berbagai
jenis iaitu Phyrito Phrite, Markasite dan Phynorite.
i.

Bijih Besi Silikat.

Ianya mempunyai 50% kandungan silikon adalah merupakan bahan yang


penting dalam pengeluaran besi. Bijih besi silikat boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis iaitu Kamosite, Stillprunit, Gururite dan Minnesotite.
j.

Bijih Besi Siderite (Karbonat Besi).

Ianya mempunyai kandungan besi sebanyak


kekuning-kuningan serta terdapat berlapis-lapis
lain, terutamanya dengan batu berkarban. Bijih
mengikut jenis `gauge' yang wujud iaitu sama ada
kaya dengan Kalsium Oksida (CaO).

30% dan berwarna coklat


dengan batu mendak yang
besi boleh juga dikelaskan
`gauge' kaya dengan silika atau

1. Ciri-Ciri Bijih Besi


Ciri-ciri utama yang perlu dilihat pada bijih besi adalah seperti berikut :
i.
ii.

GRED
ia sepatutnya mengandungi sebanyak mungkin oksida besi.
KEPADATAN
7

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


ia sepatutnya tidak terlalu padat atau terlalu rapuh.
iii.
KETULINAN
ia sepatutnya mempunyai kandungan bahan asing yang serendah
mungkin.
iv.
KESERAGAMAN
ia sepatutnya mempunyai komposisi
yang
seragam dari
sekelompok
ke sekelompok yang lain.
2. Proses Pengeluaran Besi
Terdapat berbagai cara untuk menghasilkan besi dan keluli. Dalam proses
menghasilkan besi terdapat tiga jenis relau yang digunakan untuk menghasilkan
besi. Relau-relau tersebut ialah relau bagas, relau reduksi terus dan relau
kupola. Dalam tajuk ini kita akan hanya membincangkan berkenaan relau bagas
sahaja.
a. Relau Bagas (Blast Furnace)
Tahukah anda relau mempunyai bentuk seperti sebuah menara yang
berbentuk kon. Tinggi menara ini lebih kurang 30 m tinggi dan berdiameter 7
m. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebuk pembakaran yang mana
gas pancutan relau dipanaskan dan binaan batu-bata yang menyediakan
permukaan yang luas untuk menerima dan membebaskan haba

Gambarajah Menunjukkan Sebuah Relau Bagas

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

b. Bahagian-Bahagian Sebuah Relau Bagas.


Bahagian Atas
Terdapat seperti loceng di bahagian atas yang bertugas untuk mengawal
daripada pecah serta menjaga haba daripada keluar. Dinding luarnya
diperbuat daripada kalis haba atau keluli haba di bahagian dalamnya juga
disaluti dengan seramik yang juga kalis haba. Injap besar dan kecil pula
bertugas untuk mengawal bahan-bahan cas dalam relau yang dibawa oleh
gerabak khas yang dipanggil `SKIP'.

Bahagian Sokongan
Struktur ini disokong oleh tiga bahagian yang berlainan iaitu bahagian
DANDANG atau HEARTH, BOSH dan STACK. Stack dilapisi dengan silika
alumina manakala karbon untuk bahagian hearth.
Paip Saluran
Paip saluran keluar bagi mengeluarkan gas yang telah dibakar. Saluran
tuyer pula membawa udara panas ke dalam relau dan 2 lubang penirusan di
bahagian bawah yang berasingan untuk mengeluarkan besi lebur dan
sangga.
Bahan Mentah
Bahan mentah yang padu digunakan dalam relau ini untuk dibawa ke
bahagian atas relau dengan menggunakan kereta penangkut. Bahan mentah
ini dimasukkan ke dalam relau melalui pengagih bergerak dan melalui
penggunaan loceng kecil dan loceng besar. Kedua-dua loceng tersebut ini
mengawal kehilangan beban gas. Udara panas yang berterusan
akan
disemburkan melalui sebilangan bukaan yang dipanggil `TUYER' di bahagian
bawah dekat `bosh'.
Proses Peleburan
Tuyer diperbuat daripada tembaga dan disejukkan oleh air. Ketuhar
pancutan udara panas digunakan untuk memanaskan udara sehingga 1 100
oC. Udara disejukkan dan gas panas yang dibakar mengalir secara berulangulang pada arah yang bertentangan melalui ketuhar. Dengan bantuan gas
panas, binaan batu- bata itu menjadi panas dan akan membebaskan haba
untuk memanaskan semula semburan udara yang telah disejukkan tadi.
9

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


Kaedah ini dikenali dengan
panggilan `REGENERATION'.
Untuk
membekalkan semburan panas yang berterusan, setiap relau mempunyai
beberapa ketuhar yang bekerja secara bergilir-gilir . Besi dikeluarkan dari
relau setiap 2 jam. Tanah liat menutupi lubang digerudi dan setelah semua
kerja mengeluarkan selesai ianya ditutup semula dengan menggunakan
`CLAY GUN'.

c. Tindakbalas Kimia Dalam Pengeluaran Besi Dari Relau Bagas


Zon reaksi utama dalam Relau Bagas adalah seperti yang terdapat dalam
gambarajah di bawah. Peleburan besi dalam Relau Bagas boleh diringkaskan
seperti berikut:
Bijih besi + kok + batu kapur + udara -------------> besi + sangga
+ gas.

Tiga Proses Kimia Yang Penting Berlaku Di Dalam Relau Bagas.

Pembakaran karbon dalam arang kok dengan


oksigen dalam
semburan udara.
Reduksi oksida kepada besi.
Memfluskan `gauge' bijih besi dan
abu
daripada
dengan
menggunakan batu
kapur.

Keburukan Melebur Menggunakan Relau Bagas.

Modal dan kos operasi yang tinggi.


Pengawalan komposisi besi adalah agak lemah.
Relau
kecil yang menggunakan kok adalah tidak cekap, manakala
pengeluaran besar
relau dari relau besar adalah
tidak diperlukan.

Pilihan Lain Selain Daripada Operasi Relau Bagas.

Penggunaan relau `small-stack' iaitu di mana bahan- bahan berkarbon.


Meleburkan cara arka elektrik pada kawasan di mana bekalan tenaga
elektrik adalah
murah.

10

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


Contoh Penghasilan Menggunakan Relau Bagas.

Untuk menghasilkan satu tan besi jongkong, kita memerlukan bahan


mentah seperti berikut :
2 tan bijih besi + 1 tan arang kok. + 1/2 tan batu kapor
besi

1 tan

* Bahan mentah ini mestilah dicampurkan semua sekali.

Hasil Keluaran Relau Bagas.


Relau Bagas digunakan untuk melebur bijih besi untuk dijadikan besi jongkong.
Besi jongkong tersebut mengandungi 93% besi tulin, 3% - 5% karbon, silika,
belerang, fosforus dan manggan. Oleh kerana ia mengandungi berbagai kandungan,
ini menyebabkan ia belum bersedia untuk digunakan. Besi jongkong adalah
bahan utama untuk membuat besi tuang, besi tempa dan keluli. Selain daripada itu
sangga dapat digunakan apabila ia telah diasingkan daripada besi cair dalam
relau Bagas. Ia digunakan untuk membuat jalan raya dan blok bangunan.

PROSES PENGELUARAN KELULI


Terdapat berbagai cara untuk menghasilkan keluli. Dalam proses menghasilkan
kekuli terdapat tiga jenis relau yang digunakan untuk menghasilkan keluli. Relaurelau tersebut ialah relau arka elektrik, relau asas oksigen , relau dedah dan relau
bessemer. Dalam bab ini kita akan membincangkan hanya relau asas oksigen dan
relau dedah sahaja.
Relau Asas Oksigen
Bentuk relau ini hampir sama dengan relau Bessemer. Ia menggunakan oksigen
tulin manakala relau Bessemer menggunakan oksigen yang bercampur dengan
nitrogen dan disalurkan dari bawah

11

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

Gambarajah: Menunjukkan sebuah relau asas oksigen.

Operasi Relau Asas Oksigen .


Proses ini adalah lebih baik daripada relau Bessemer. Ia boleh bergerak
secara mengufuk dan menegak ditunjukkan dalam Gambarajah dibawah Semasa
digunakan relau diisi dengan besi cair dan 30% besi sekerap, semasa relau berada
dalam keadaan condong, kemudian ia digerakkan ke kedudukan tegak. Pancutan
oksigen dengan kelajuan tinggi dihala kepermukaan kandungan cairan seperti yang
ditunjukkan dalan Gambarajah dibawah
Oksigen
ini disejukkan
dengan
menggunakan air.

Penghasilan Daripada Relau Asas Oksigen.


Ia dapat mengeluarkan keluli yang bermutu tinggi dengan cepat iaitu 80 tan
sejam. Cecair keluli biasanya dijadikan jongkong keluli
Relau Arka Elektrik
Tahukah anda Relau Arka Elektrik ini mempunyai keupayaan yang tinggi serta
mudah untuk dikendalikan berbanding dengan relau lain. Kadar oksigen yang
rendah di dalam relau menyebabkan ianya sesuai untuk menghasilkan keluli aloi
kerana logam yang dicampurkan tidak bertindakbalas dengan oksigen di dalam
relau. Suhu yang tidak digunakan adalah kira-kira 3 000 oC. Relau ini digunakan
secara meluas dan sangat sesuai untuk peningkatan gred bagi keluli
serta
12

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


menghasilkan keluli alat dan keluli aloi yang berkualiti tinggi tanpa bantuan bahan
pembakar. Relau ini boleh mengeluarkan 120 tan keluli dalam masa 4 jam
Bentuk Relau Arka Elektrik
Relau arka elektrik mempunyai bentuk
melekung seperti sebuah selinder
cembung. Ia diperbuat daripada keluli dan disaluti dengan bata yang kalis
haba. Penutupnya pula boleh dialihkan dan terdapat tiga laluan atau bukaan yang
mana elektrod karbon boleh digerakkan dengan bebas. Tiga elektrod tersebut
digunakan untuk membekalkan arka elektrik dan seterusnya dapat meleburkan
bahan-bahan mentah semasa menjalani proses
elektrolisis seperti yang
ditunjukkan dalam Gambarajah: dibawah . Alat penggerak elektrik yang digunakan
dalam relau ini mempunyai voltan yang tinggi bagi membantu peleburan. Ia
menggunakan penyejuk yang melalui saluran tembaga di luar relau. Oksigen yang
digunakan adalah oksigen asli yang dibekalkan secara jet.

Operasi Relau Arka Elektrik


Operasi
dalam Relau Arka Elektrik
ini
boleh dibahagikan kepada empat
peringkat iaitu pengecasan, peleburan, pengasingan dan pengakhiran.
Pengecasan
Bahan cas yang mengandungi sekerap keluli, pig iron, besi oksida dan kapur
dimasukkan ke dalam relau. Arus elektrik dialirkan ke elektrod karbon untuk
membekalkan arka elektrik yang ditunjukkan pada gambarajah 3.10.

Gambarajah Menunjukkan proses pengecasan


Peleburan

13

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


Arka elektrik yang haba yang tinggi akan meleburkan bahan cas beroksigen.
Silikon, mangganes dan fosforus mula teroksid dan bercampur dengan kapur untuk
membentuk sangga asas. Peleburan yang berlaku adalah peleburan tulin. Oleh
kerana elektrod karbon yang terbakar, maka tiada logam yang hilang seperti
gambarajah 3.11.

Gambarajah menunjukkan proses peleburan


Pengasingan
Gambarajah 3.12 menunjukkan perpindahan fosforus bergantung kepada sangga
asas dalam kalsium oksid. Kapur, flourospar dan besi oksida dicampur untuk
membentuk
sangga
yang
bertindakbalas dengan
bendasing.
Setelah
tindakbalas berlaku, ia membentuk keluli berkomposisi yang dikehendakki.
Kemasukan sulfur kepada sangga sebagai kalsium sulfida. Tindakbalas tersebut
adalah seperti berikut ;
FeS + CaO + C
CaS + Fe + CO
Pengakhiran
Logam lebur adalah diperolehi dengan komposisi
yang dikehendakki
oleh
penambahan aloi dan suhu diubahsuai seperti
yang dikehendakki.
Keluli
dioksidakan menggunakan aluminium, Ferro-Silikon atau Ferro-Mangganes.
Untuk mengambil keluli, sangga dikait atau dituang daripada permukaannya
dahulu kemudian diasingkan atau dialirkan melalui
lubang/saluran
keluar
dengan mencondongkan relau yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah.

14

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

Gambarajah menunjukkan proses pengakhiran


Kebaikan Relau Arka Elektrik
i.
Perpindahan atau perubahan sulfur adalah bersesuaian.
ii.
Pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan lebih berkesan.
iii.
Tiada gas pengoksidaan menghasilkan keluli berkualiti tinggi.
iv.
Suhu boleh dikawal dengan tepat.
v.
Penambahan elemen aloi boleh dibuat dengan betul.
vi.
Relau ini bebas dari kekotoran dan asap.
Keluli Aloi
Keluli aloi merupakan campuran dua atau lebih logam . Sifatnya berbeza daripada
logam asal. Beberapa unsur lain turut di campurkan untuk mempertingkatkan sifat
mekanikalnya. Unsur-unsur tersebut termasuklah cranium, kobalt, molibedenum,
nikel, fosforus, silicon,tungtens, vanadium. Contoh keluli aloi ialah keluli tahan
lasak, keluli tahan karat dan lain-lain lagi.
Jenis-jenis keluli Aloi
a. Keluli Nikel
Keluli ini mengandugi nikel. Fungsinya ialah untuk menambahkan kekuatan dan
keteguhan, tahan karatnserta memberi sifat lebih anjal. Keluli nikel taha
terhadap gegaran, hentakan, kejutan dan juga lambat haus
b. Keluli kromium atau keluli tahan karat
Kromium memberikan sifat kekerasan yang tinggi , keteguhan , tahan hentakan
dan tahan karat. Keluli ini digunakan untuk membuat sink,peralatan dapur,
peralatan pergigian, galas bebola, alat penguji dan pengukur dan lain-lain
c. Keluli krom-nikel
Campuran krom dan nikel menambahkan lagi kekerasan dan kekuatan keluli ini.
Ia sesuai digunakan untuk membuat plat perisai, bahagian-bahagian enjin, gear,
pegas, spindal dan aci.
d. Keluli Mangan
Mangan memberikan sifat keras, kuat , teguh, dan tahan haus.
e. Keluli Molibdenum
Keluli ini mengandungi molybdenum berwarna putih perak. Unsur ini
menambahkan kekuatan dan kekerasan sifat tahan panas. Keluli ini digunakan
untuk membuat bahagian-bahagian kereta wayar halus yang bermutu tinggi.
f. Keluli Al ( Tungsten )
Takat sulu lebur keluli ini adalah tinggi, ia bersifat keras dan boleh menahan
haba yang tiggi,. Alat yang dibuat dengan keluli tungsten dikenali sebagai
tungsten karbida.
15

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


g. Keluli Tahan Karat
Keluli tahan karat terdiri daripada campuran berbagai-bagai unsur seperti
kromium, vanadium, molybdenum dan tungsten. Kandungan karbonnya 0.7% 1.5%, menyebabkan ia sangat keras dan tahan haus dan juga tahan terhadap
suhu yang tinggi sehingga 593C.Keluli ini digunakan untuk membuat gerudi,
pelulas, mata alat pelarik, mata alat pengisar dan sebagainya.

h. Keluli Vanadium
Keluli ini mengandungi vanadium, ia adalah rapuh, bagaimanapun tahan
tahadap karat. Kegunaanya ialah untuk membuat pegas, gear dan lain-lain.
PROSES UTAMA PENGELUARAN KELULI
Keluli boleh dihasilkan melalui 5 cara :
1
2
3
4
5

Relau Bessemer
Relau Oksigen Bes
Relau mangkuk Pijar
Relau Dedah
Proses Elektrik

Relau Bessemer
Diasaskan oleh Sir Bessemer di England pada tahun 1856. Dijalankan dengan
membakar besi jongkong untuk mengurangkan kandungan karbon dan
memisahkan bahan asing yang terlalu banyak. Menggunakan oksigen bercampur
dengan nitrogen yang disalurkan dari bawah.Kandungan karbon kurang daripada
3% hingga 5% kepada 0.02% hingga 1.4%. Berbentuk sebuah tempayan besar
yang diperbuat daripada batu bata dan disalut dengan keluli. Tinggi antara 4
hingga 6 meter dan boleh memuatkan 30 tan logam. Relau ini disangga untuk
membolehkan dikilas semasa keluli cair yang telah diproses dicurahkan ke
dalamnya.Besi jongkong cair dari relau bagas dicurahkan ke dalam relau
Bessemer.Oksigen yang dikenakan tekanan yang yang tinggi disalurkan melalui
saluran udara yang terdapat dibahagian bawah relau.Apabila oksigen mengenai
besi cair proses pembakaran berlaku dengan maraknya. Ia mengeluarkan asap
putih dan meledak keluar dari bahagian mulut.Cecair keluli dituang ke dalam
acuan segi 4 tepat dan disejukkan.Ia dinamakan jongkong keluli. ia digunakan
untuk membuat paku, skru, dawai, spindal, dan bahan-bahan logam.

16

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

2 Relau Oksigen Bes


Hampir sama dengan relau Bessemer. Bezanya ialah menggunakan oksigen
tulen dan di salurkan dari atas, sementara kaedah relau Bessemer,
menggunakan oksigen bercampur dengan nitrogen yang disalurkan dari bawah.
Proses pembakaran lebih cepat kerana menggunakan oksigen tulen. Proses ini
lebih baik dan keluli di hasilkan lebih baik.Batu kapur turut digunakan bagi
mempercepatkan pembakaran bahan asing. Lebih cepat dan mampu
menghasilkan 0 tan keluli dalam masa 1 jam.Cecair keluli biasanya dijadikan
jongkon keluli
3 Relau mangkuk Pijar
Skrap keluli dan besi jongkong dimasukkan kedalam mangkuk pijar yang
bergaris pusat 0.3 meter dan tingginya 0.2 meter. Karbon juga dimasukkan
bersama-sama bahan mentah tadi ke dalam mangkuk pijar kemudian ditutup
dengan kemas dan dimasukkan ke dalam relau yang telah dipanaskan. Apabila
bahan ini telah lebur, ia akan bercampur dengan karbon dan dijadikan jongkong
keluli
4 Relau Dedah
Kebanyakan keluli ihasilkan dengan kaedah ini.Kandungan karbon dapat di kawal
dengan tepat. Dengan menambah atau mengurangkannya semasa proses
berjalan .Berbentuk seakan-akan sebuah dapur pembakar roti. Boleh
memuatkan 200 tan logam.v Mempunyai 2 kebuk tempat meleburkan yang
digunakan secara bergilir. Apabila salah satu kebuk digunakan kebuk satu lagi
dipanaskan. Bahan api yang digunakan ialah udara dan gas panas. Bila bahan
api lalu dibahagian atas bahan mentah gas bertindak memarakkan pembakaran
dan terus meleburkan bahan mentah tersebut. Sebaik bahan mentah cair.
Contoh bahan diambil untuk diuji kandungan karbonnya. Mutu keluli yang telah
telah dicapai, bahan dikeluarkan dari relau dan disejukkan untuk dijadikan
jongkong keluli. Keluli yang dihasilkan digunakan untuk membuat bahan binaan
jambatan, landasan boit, skru, spinal dan sebagainya
5 Relau Elektrik
Kaedah yang lebih moden. Banyak kelebihannya berbanding relau lain,
antaranya ialah suhu dan bahan campuran dapat dikawal dengan lebih cepat.
Bebas daripada asap dan kotoran. Bahan mentah yang digunakan ialah besi
jongkong dan skrap keluli terpilih. Bahan-bahan dileburkan oleh arka elektrik.
Terdapat 3 batang elektrod yang membekalkan arka elektrik. Kedudukan
17

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


elektrod hendaklah hamper kepada bahan mentah supaya arka mengenai bahan
tersebut yang akhirnya menjadi cair dan dituangkan kedalam acuan untuk
membentuk jongkong keluli. Sesuai menghasilkan keluli alat atau keluli aloi,
kerana pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan berkesan. Untuk membuat
keluli aloi, unsur-unsur kromium, nikel, dan tungsten dicampurkan. Memakan
masa antara 4 jam hingga 12 jam

Kebaikan-kebaikan menggunakan relau berikut ialah :Relau Dedah


Kebanyakan keluli dihasilkan dengan kaedah ini. Kandungan karbonnya
dapat dikawal dengan tepat dengan cara menambahkan atau
menggurangkannya semasa proses dijalankan. Boleh memuatkan 200 tan
logam. Mempunyai 2 kebuk tempat melebur yang digunakan secara
bergilir-gilir . Apabila salah satu kebuk digunakan, kebuk satu lagi
dipanaskan. Bahan api yang digunakan ialah udara dan gas panas. Sesuai
digunakan untuk membuat bahan binaan jambatan, landasan boit
(keretapi), skru, spindle dan sebagainya.
Relau Elektrik
Kaedah menggunakannya lebih moden. Suhu dan bahan campuran dapat
dikawal dengan lebih cepat.
Bebas dari asap dan kekotoran apabila menggunakannya. Bahan mentah
yang digunakan ialah besi jongkong dan skrap keluli terpilih. Bahan-bahan
dileburkan oleh arka elektrik. Sesuai menghasilkan keluli alat dan keluli
aloi
kerana
pembakaran
dapat
dikawal
dan
diatur
dengan
berkesan.Digunakan untuk membuat keluli aloi, unsure-unsur kromium,
nikel, dan tungsten dicampurkan.
Relau Oksigen Bes
Menggunakan oksigen tulen dan disalurkan dari atas. Proses pembakaran
lebih cepat kerana menggunakan oksigen tulen, proses ini lebih baik
kerana keluli yang dihasilkan adalah lebih baik mutunya Kandungan kimia
dapat dikawal dengan lebih sempurna. Lebih cepat dan mampu
menghasilkan 80 tan keluli dalam masa 1 jam. Cecair keluli biasanya
dijadikan jongkong keluli. Digunakan untuk membuat pisau, jarum,
peralatan acuan, spindal, mesin gear dan bahagian mesin.

18

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

Kerencaman Kimia dan Pengaruhnya terhadap


keluli
Besi dan karbon merupakan unsur utama yang terdapat di dalam
keluli. Beberapa unsur kimia yang lain turut dicampurkan bagi
mempertingkatankan lagi sifat-sifat mekanikal logam itu,unsurunsur itu ialah :

Karbon

Silikon

Fosforus

Sulfur

Mangan

Ia merupakan agen pengerasan, semakin banyak kandungan


karbon yang dicampurkan maka semakin bertambah kekerasan
keluli itu.

Ia dijadikan sebagai bahan aloi bagi meningkatkan sifat-sifat


kekuatan tegangan, keteguhan dan kekerasan keluli.

Ia merupakan bahan asing yang tidak dikehendaki kerana


kandungannya yang terlalu banyak, boleh mengakibatkan
kerosakan kepada keluli apabila dikenakan gegaran dan kejutan.

Fungsinya adalah untuk memudahkan logam dimesin. Jika sulfur


dicampurkan terlalu banyak, ia boleh mengakibatkan keretakan
semasa logam itu ditempa atau digelek.

Ia berfungsi untuk membantu menulenkan keluli kerana tindakan


19

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


pengoksidaannya, Ia juga dijadikan bahan aloi dalam proses
membantu keluli aloi iaitu dengan mencampurkan 1.5% hingga
2% mangan. Tujuannya untuk mempertingkatkan kekuatan dan
keteguhan serta menahan kejutan.

TAJUK : LOGAM FERUS


TUJUAN: Adalah perlu bagi pelatih mengetahui jenis-jenis dan kegunaan logam
ferus dan bukan ferus dalamkerja-kerja kejuruteraan terutamanya dalam operasi
menggegas dan memesin. Kertas Penerangan ini akan menerangkan dengan lebih
lanjut lagi mengenai logam-logam ini.
PENERANGAN:
Terdapat berbagai-bagai jenis logam dalam kerja-kerja kejuruteraan. Ianya boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu logam ferus dan logam bukan ferus.
Logam ferus adalah adalah suatu logam yang mengandungi besi dalam
kandungannya. Logam-logam jenis ini banyak didapati, mudah dihasilkan dan
harganya lebih murah jika dibandingkan dengan logam-logam bukan ferus. Logam
ferus juga mempunyai berbagai sifat mekanikal yang mana banyak bergantung
pada jumlah kandungancampuran logamnya.
JENIS-JENIS LOGAM FERUS
1. Besi (Iron)
Besi yang didalam keadaan asalnya adalah berbentuk bahan galian yang
dipanggil bijih besi. Ia dilombong dan kemudiannya diproses untuk
mengasingkan bijih besi dari bahan-bahan yang tidak diperlukan.
2. Besi Jongkong (Pig Iron)
Besi dikeluarkan dari bijih besi melalui proses didalam relau blast furnace.
Penghasilan besi yang pertama melalui proses ini dipanggil pig iron. Pig iron ini
boleh diproses lagi untuk dijadikan berbagai jenis besi.
3. Besi Tuang (Cast Iron)
Besi tuang diperbuat dengan cara meleburkan pig iron bersama dengan besi
skrap yang digredkan iaitu melalui proses direlau kupola. Besi tuang bersifat
20

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


keras tetapi rapuh. Ia sangat sesuai digunakan untuk membuat landasan mesin
dan meja penanda.
4. Besi Tempawan (Wrought Iron)
Besi tempawan dihasilkan dengan cara memproses pig iron melalui relau bagas
(Blast Furnace) iaitu dengan mengeluarkan bahan kekotoran yang terkandung
didalam pig iron. Besi tempawan merupakan besi tulen yang mempunyai sifat
lembut dan mudah dibentuk seperti membengkok dan menggulung.
5. Keluli (Steel)
Apabila besi dicampurkan dengan karbon ia akan menghasilkan suatu
pancalogam (Alloy) yang dipanggil keluli.Sifat keluli banyak bergantung pada
kandungan karbonnya dimana jumlah biasanya diantara 0.1% hingga
1.5%karbon. Keluli boleh dikatagorikan pada tiga kumpulan terbesar iaitu:
(a)Keluli berkarbon rendah.(Low carbon steel)
Ia juga disebut keluli lembut yang mengandungi kira-kira 0.05% hingga 0.3%
karbon. Ia digunakan untuk membuat badan motor, bahagian-bahagian
tertentu pada mesin, paku, ribet dan lain-lain lagi. Keluli ini dihasilkan dari
relau Bessemer atau relau dedah.
(b)Keluli berkarbon sederhana (Medium carbon steel)
Ia dikenali juga dengan panggilan keluli alat (tool steel). Ia mengandungi kirakira 0.6% hingga 1.5% karbon dan banyak digunakan untuk membuat gerudi,
tap dan die, pahat, penebuk, kikir dan lain-lain lagi. Ianya susah untuk
dibengkokkan atau dipotong. Keluli jenis ini dhasilkan didalam relau kawah
atau relau letrik.
NO KOD / CODE NO

MPI 101/KP2

Muka : 3 Drp : 4

(c) Keluli karbon tinggi (High carbon steel)


Kandungan karbonnya diantara 0.5% hingga 1.5%. Keluli karbon tinggi adalah
sangat keras, oleh itu ia sangat sesuai digunakan untuk membuat alat pemotong
seperti mataalat mesin larik, mesin kisar dan lain-lain lagi. High speed steel (HSS)
adalah jenis keluli karbon tinggi yang mengandungi karbon lebih kurang 75% juga
dicampurkan dengan logam jenis lain seperti tungsten 18%, chromium 4%,
vanadium 1% dan lain-lain 2%.
6. Keluli Pancalogam (Alloy Steel)
Keluli ini dibahagikan kepada beberapa jenis:
(a)Keluli kilat (Stainless steel)
21

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


Ia adalah sejenis keluli berkilat yang diperbuat dengan campuran nikel,
keromium dan besi. Ianya banyakdigunakan untuk membuat peralatan hospital,
industri-industri pengeluaran makanan, alat-alat dapur dan peralatan-peralatan
lain yang perlu tahan karat serta tahan pada suhu yang tinggi.
(b)Keluli tahan lasak (High speed steel)
Ia mengandungi karbon dan bahan-bahan lain seperti keromium , wolferam,
mangganum dan molibdenum. Ianya dihasilkan dari relau kawah dan banyak
digunakan untuk membuat pelbagai peralatan dibengkel kejuruteraan dan
mataalat mesin untuk memotong logam pada kelajuan yang tinggi.
(c) Keluli wolferam (Tungsten)
Ianya adalah sejenis keluli yang keras dan dapat menahan suhu yang tinggi.
Ianya banyak digunakan untuk membuat alat-alat dan mataalat pemotong
logam pada kelajuan yang lebih tinggi.
(d)Keluli alat (Tool steel)
Ianya adalah sejenis keluli yang dikenakan suhu yang tinggi semasa proses heat
treatment. Sifat-sifatnya bolehdiubahsuai dengan memasukkan bahan-bahan
tertentu untuk kegunaan tertentu. Umpamanya ia boleh digunakan sebagai
bahan untuk membuat pahat dan alat-alat pemotong yang lain.

TAJUK : LOGAM BUKAN FERUS


TUJUAN: Adalah perlu bagi pelatih mengetahui jenis-jenis dan kegunaan logam
ferus dan bukan ferus dalam kerja-kerja kejuruteraan terutamanya dalam operasi
menggegas dan memesin. Kertas Penerangan ini akan menerangkan dengan lebih
lanjut lagi mengenai logam-logam ini.
PENERANGAN:
Terdapat berbagai-bagai jenis logam dalam kerja-kerja kejuruteraan. Ianya boleh
dibahagikan kepada duabahagian iaitu logam ferus dan logam bukan ferus.Logam
ferus adalah adalah suatu logam yang mengandungi besi dalam kandungannya.
Logam-logam jenis inibanyak didapati, mudah dihasilkan dan harganya lebih murah
jika dibandingkan dengan logam-logam bukanferus. Logam ferus juga mempunyai
berbagai sifat mekanikal yang mana banyak bergantung pada jumlah kandungan
campuran logamnya.
JENIS-JENIS LOGAM BUKAN FERUS
1. Aluminium

22

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


Permukaannya putih berkilat seperti perak yang dihasilkan daripada sejenis bijih
yang dipanggil boksid. Bijih ini mula dilombong di Perancis ditempat yang
bernama Les Bauz. Salah satu sifat aluminium ialah ringan jika dibandingkan
dengan logam-logam yang lain, jadi ia sangat sesuai untuk pembinaan
kapalterbang. Oleh kerana ia merupakan bahan pengalir elektrik serta haba
yang baik serta tidak berkarat , jadi ia banyak digunakan dalam membuat dawai
elektrik dan peralatan memasak. Ia juga digunakan untuk membuat berbagaibagai benda melalui proses tekan (pressure) kerana sifatnya yang mulur dan
mudah ditempa. Aluminium tulen adalah sangat lembut, tetapi apabila
dicampurkan dengan logam lain sifatnya lebih keras dan sesuai untuk membuat
peralatan-peralatan tertentu seperti omboh, kompenan-kompenan kapalterbang,
kepala selinder, enjin, pintu dan tingkap.
2. Kuprum (Copper)
Ia mudah ditempa dan liat, bila dicampurkan dengan logam-logam yang lain
sifatnya akan berubah dan sesuai untuk kegunaan tertentu. Logam ini
merupakan pengalir haba yang baik dan banyak digunakan untuk membuat
dawai elektrik, telefon, bahagian-bahagian tertentu pada alat elektronik, paip,
radiator dan lain-lain lagi.
3. Loyang (Brass)
Ia adalah sejenis logam berwarna kekuningan diperbuat dengan campuran
kuprum dan zink serta sedikit timah dan plumbum. Ia lebih keras daripada
kuprum dan tidak mudah ditempa sepertinya. Warna logam ini tidak mudah
luntur jika dibandingkan dengan kuprum. Loyang digunakan untuk membuat
kepala paip air dan bahagian-bahagian pemasangannya, alat bunyi-bunyian,
engsel pintu, peluru, peralatan jam, barangan perhiasan dan lain-lain lagi.
4. Gangsa (Bronze)
Ia adalah campuran kuprum dengan timah. Berwarna kekuningan bercampur
coklat dan lebih keras daripada kuprum. Logam ini digunakan untuk membuat
cenderamata, pingat-pingat loceng, kipas untuk motorbot, alas (bearing) untuk
mesin dan lain-lain lagi. Terdapat tiga jenis gangsa:
i)
ii)
iii)

Aluminium bronze
Berylium bronze
Manganese bronze

23

NO KOD / CODE NO

MPI 101/KP3

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

Muka : 3 Drp : 4

5. Pewter
Ia dikenali sebagai logam brittania kerazamula dibuat di Britain. Ia terdiri daripada
campuran timah,antimony dan kuprum. Logam ini bewarna putih seperti perak dan
bersifat lembut. Digunakan untuk membuat bekas minuman, dulang dan lain-lain
barang perhiasan.
6. Perak (Silver)
Ia adalah logam yang bewarna putih dan lembut serta bersifat mulur dan mudah
ditempa. Logam ini boleh dikeraskan dengan mencampurkan dengan kuprum.
Pancalogam ini dikenali dengan nama Perak Sterling dan digunakan untuk
membuat barang-barang perhiasan dan barang kemas. Dikebanyakkan negara
duit syiling diperbuat daripada logam ini.
7. Magnesium
Ia adalah logam yang ringan dalam jenis-jenis logam yang digunakan. Kekuatan
magnesium adalah rendah, tetapi apabila magnesium dicampurkan dengan
logam-logam lain ia menghasilkan kekuatan yang tinggi dan banyak digunakan
untuk membuat bahagian-bahagian tertentu pada kapalterbang, peluru, alat
elektronik dan lain-lain lagi.
8. Plumbum (Lead)
Bijih plumbum dipanaskan untuk mengeluarkan belerang dan plumbum oxide
dihasilkan. Ianya dicairkan berulang kali bagi mendapatkan plumbum tulen yang
lembut(soft lead) dan boleh dipotong dengan pisau. Warnanya kelabu kebirubiruan pada permukaannya dan ia tidak berkarat. Bila dicampurkan dengan
antimony ia akan menjadi keras.
9. Zingkum (zinc)
Bijih zink adalah campuran zink dan belerang yang perlu dipanaskan untuk
mengeluarkan belerang. Proses untuk mendapatkan zink tulen ialah dengan dua
cara iaitu dengan cara basah dan dengan cara kering. Cara kering ialah dengan
cara memanaskannya dalam dapur muffle pada suhu 1000 darjah celsius. Zink
tulen akan cair dan akan turun kebawah. Cara basah pula ialah dengan
menggunakan proses electrolysis dan ianya tahan pada karatdan boleh melekat
pada keluli, selalunya digunakan dalam proses hot dop galvanizing. Ianya dibuat
dalam kepingan, profile, tube, wire dan juga boleh dituang sebagai casting.
10.

Timah (tin)

Bijih timah mengandungi 78% timah oxide. Untuk menghasilkan timah tulen,
ianya perlu dicairkan dalam reverboratory furnace. Timah bersifat liat, lembut
dan mudah dibentuk.Banyak digunakan dalam kerja-kerja membuat tinned sheet
24

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


iron, tin lead solder dan juga bahan campuran lain. Ia juga digunakan untuk
menyalut (costing) kepingan keluli. Ianya mudah cair pada takat suhu yang
rendah.

MENGENAL KELULI
Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk mengenal pelbagai jenis keluli.
1. Kod Warna
Keluli daripada berbagai-bagai jenis dan gred biasanya diwamakan dengan
wama tertentu di babagian hujunguya. Tetapi cara ini banyak kelemahannya
kerana selain daripada wamanya mudah hilang (sebab terpotong), kandungan
karbonnya tidak dapat diketahui
2. Memerhatikan dengan Mata Kasar
Melalui pengalaman, setengah-setengah keluli dapat dikenali dengan melihat
dengan mata kasar sahaja, iaitu berpandukan sifat-sifat fizikalnya seperti kcluli
hitam atau keluli kilat.
3. Ujian Magnet
Kebanyakan logam ferus tertarik kepada magnet, tetapi logam bukan ferus tidak
tertarik langsung kecuali nikel.
4. Ujian Kekerasan
Kekerasan keluli ditentukan oleh kandungan karbonnya. Alat penguji kekerasan
seperti Rockwell, Brinnell dan Vickel digunakan untuk menguji kekerasan
berbagai-bagai jenis logam sama ada logam ferus atau logam bukan ferus.
5. Ujian Menguris
Logam lembut akan meninggalkan kesan calar apabila diguris.
6. Ujian Mengikir
Apabila mengikir permukaan logam keras terutama sekali keluli yang dikeraskan,
kikir akan menggelongsor tanpa memotong bahan.
7. Ujian Bunga Api
Apabila mencanai sebarang logam, ia akan mengeluarkan bunga api. Setiap
logam akan mengeluarkan bunga api yang berlainan bergantung pada
kekerasannya.

25

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

Keluli berkarbon rendah


Bunga apinya berjalur panjang kuning cerah, percikan bunga apinya tidak
banyak.
a) Keluli berkarbon sederhana
Hampir sama dengan keluli berkarbon rendah, percikannya lebih banyak.
b) Keluli berkarbon tinggi
Percikan bunga apinya kecil, pendek, banyak, berwarna kuning, memercik
mengikut putaran roda.
c) Keluli tahan lasak
Bunga apinya panjang dan tidak pecah sebaliknya membalut di bahagian
hujung.
d) Besi tuang
Warna bunga apinya bertukar daripada merah kepada kuning keemasan,
berbentuk bulat seperti peluru di bahagian hujungnya.
Cara menentukan saiz logam.
1. Bar Bulat
Terdapat dua dimensi sahaja, iaitu panjang x diameter. ,Contoh: 9.75 mm
diameter x 6m panjang.
2. Plat atau Segiempat Tepat

26

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]


Mempunyai tiga dimensi iaitu tebal x lebar x panjang.. Contoh: 6mm tebal x
25mm lebar x 6m panjang.
3. Segiempat Sama
Oleh sebab tebal dan lebarnya sama, maka dimensi untuk logam jenis ini adalah:
13mm persegi x 6m panjang.
4. Segienam dan Segilapan
Mempunyai dua dimensi iaitu across flat x panjang. Contoh: 13mm across flat x
6m panjang.
5. Tiub
Dimensi tiub ialah diameter luar x tebal dinding x panjang.

Soalan
1. Terangkan dengan ringkas pengeluaran besi jongkong dengan menyatakan
bahan mentah dan operasi relau yang digunakan .
2. Apakah yang dimaksudkan dengan keluli aloi berikan tiga contoh.
3. Apakah kegunaan Relau Oksigen ?
4. Nyatakan relau yang digunakan untuk menghasilkan pengeluaran keluli ?
5. Nyatakan kebaikan relau dedah, relau elektrik dan relau oksigen bes ?
6. Sebutkan 5 cara mengenal keluli
7. Bagaimanakah biasanya keluli digredkan
8. Apakah yang dimaksudkan dengan ujian bunga api
9. Senaraikan 5 cara menentukan untuk menentukan saiz logam
10.Terangkan dengan terperinci 2 cara untuk menentukan saiz logam
27

[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1]

RUJUKAN:
1. TECHNOLOGY MATERIALS (BOOK 1)
2. TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

28

Anda mungkin juga menyukai