Anda di halaman 1dari 8

TAJUK : PERALATAN TANGAN : KIKIR

TUJUAN: KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN BAHAGIAN KIKIR, JENIS KIKIR DAN
PENGGUNAAN KIKIR YANG BETUL SUPAYA MENDAPAT HASIL KERJA YANG SEMPURNA.

PENERANGAN:

Kikir adalah kepingan keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dengan melalui proses sepuh lindap terlebih
dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dekeraskan pada suhu 800º C dan kemudian dilakukan
penormalan dengan larutan khas.
Kikir digunakan untuk melakukan kerja-kerja menipiskan, melicinkan atau memotong bendakerja, membersih
permukaan logam dan membuat pembetukan pada logam. Ia hampir boleh memotong semua jenis logam kecuali
logam yang dikeraskan.

KIKIR
PENGELASAN KIKIR
Kikir dikelaskan mengikut:

1. Panjang: iatu jarak diantara hujung hingga bahu (tumit), berukuran 4in hingga 18in (100mm-440mm).
Kebiasaannya kikir kasar lebih panjang daripada kikir halus. Kikir dalam bengkel biasanya 12in (150mm).Rajah
dibawah menunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat pada kikir:

2. Bentuk keratan rentas:Kebanyakan kikir dikenali pada bentuk keratan rentasnya sama ada berbentuk segiempat
sama, segiempat tepat, segitiga tirus, bulat dan separuh bulat. Kikir mempunyai gigi kedua belah permukaannya
dan juga ditepinya samada kedua-duanya atau satu sahaja.

3. Jenis potongan gigi

Terdapat empat jenis potongan gigi kikir iaitu :

a. gigi selari : ggi selari dipotong condong pada sudut 65hingga 85 pada permukaan kikir. Kikir jenis ini
biasanya digunakan untuk kerja – kerja penyudahan.
b. gigi bersilang : gigi junam di potong pada sudut 45 manakala gigi dongak dipotong pada sudut 70
hingga 80. Kikir jenis ini digunakan untuk kerja – kerja am. Dengan menggunakan kikir ini logam dapat
dibuang dengan cepat.

16
c. gigi lengkung : kikir jenis gigi lengkung digunakan untuk mengikr logam yang sembut seperti
aluminium dan kuprum ( tembaga ), kerana klerak – kerak bahan tersebut tidak mudah melekat pada
gigi kikir.
d. gigi parut : kikir jenis gigi parut digunakan untuk membuang bahan – bahan yang lembut dengan
cepat. Bahan – bahan yang sangat lembut seperti timah dan kayu boleh dikikir dengan kikir parut.
Bentuk gigi ini membolehkan bahan yang dipotong keluar dengan mudah.

JENIS POTONGAN GIGI KIKIR


JENIS-JENIS KIKIR
Terdapat pelbagai jenis kikir yang digunakan dibengkel tetapi penggunaannya mestilah bersesuaian dengan
bendakerja. Kikir boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu:

1. Kikir pipih tirus : digunakandalam kerja – kerja am yang melibatkan berbagai – bagai jenis kerja yang
berlainan. Gigi kikir ini dikelaskan kepada gred kasar, sederhana, halus dan sangat halus. Pada satu
permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua – dua belah tepi. Dua
pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya kehujung bentuk tirus.

2. Kikir pipih kasar : digunakan untuk kerja – kerja penyudahan rata. Salah satu daripada tepi kikir tersebut tidak
ada gigi dan tepi ini disebut tepi selamat ( digunakan untuk mengikit tepi penjuru dalam ). Gred kikir pipih kasar
terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.

17
3. Kikir belah rotan : digunakan untuk menyudahkan bahagian – bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan
yang rata berbentuk wajik dan gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang. Gigi kikir ini digredkan
kepada kasar, halus dan sangat halus.

4. Kikir bulat : kadangkala disebut kikir bentuk ekor tikus. Gunanya untuk membesarkan lubang yang berb Entuk
bulat dan lubang yang melengkung. Gred kikir ini terdiri daripada kasar hingga sangat halus. Giginya
berbentuk lurus dan bersilang

5. Kikir segiempat sama : digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segiempat sama secara kasar.
Kikir jenis ini juga boleh digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segiempat sama dan juga berbagai –
bagai bentuk sudut pada sesendal. Kikir ini digredkan kepada kasar hingga sangat halus.

6. Kikir segitiga : digunakan untuk mengikir sudut – sudut dalam yang tajam. Ia juga digunakan untuk membersihkan
penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.

7. Kikir pipih nipis : digunakan untuk mengikir celah – celah yang nipis yang seperti untuk memotong celah pada
kunci. Kikir ini tirus pada hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir jenis ini Cuma terdapat
dengan panjang yang terhad iaitu 100mm, 150mm dan 200mm. Giginya bersilang dan grednya daripada kasar
hingga sangat halus.

8. Kikir bentuk pisau : digunakan untuk menajamkan gigi – gigi yang terdapat pada gergaji dan alat – alat pemotong.
Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15. Grednya pula daripada kasar hingga sangat halus.

18
GRED POTONGAN GIGI KIKIR.

Kasar atau halusnya gigi kikir bergantung pada berapa rapat gigi – gigi tersebut dipotong pada permukaan
kikir. Gred kehalusan gigi kikir boleh dikelaskan seperti berikut :

a. paling kasar
b. kasar
c. sederhana
d. halus
e. sangat halus.

Banyak bilangan gigi untuk satu – satu gred kikir bergantung pada panjang kikir. Jadual dibawah
Menunjukkan bilangan gigi pada kikir yang dikira pada jarak 1 cm. Gigi kikir yang lebih halus dikelaskan
mengikut nombor iaitu 00, 0, 1, 2, 3 hingga 8. Nombor 8 menunjukkan gred paling halus.

Panjang kikir ( mm )
GRED
100 150 200 250 300 350 400
Kasar 18 13 11 10 9 8 7
Sederhana 21 17 16 15 14 13 12
Halus 30 24 22 20 19 18 16

JENIS KIKIR YANG LAIN

Selain kikir – kikir yang telah dibincangkan di atas, terdapat sejenis lagi kikir yang digunakan untuk kerja – kerja khas.
Kikir ini dinamakan kikir jarum.
Kikir jarum biasanya terdapat dalam satu set. Satu set mengandungi antara 4 hingga 12 jenis kikir. Kikir – kikir ini
boleh digunakan untuk kerja – kerja penyudahan selepas sesuatu benda kerja itu dimesin. Kikir jenis ini digunakan
oleh tukang pembuat jam dan tukang pembuat acuan. Grednya dikelaskan daripada 00, 0, 1, 2 hingga 6. Gred
numbor 6 adalah kikir yang paling halus. Kikir jarum terdapat dalam tiga saiz iaitu 100mm, 140mm dan 160mm

Beberapa Jenis Kikir Jarum

19
TEKNIK MENGIKIR

Mengikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seorang jurugegas bukan sahaja boleh mengikir dengan tepat tetapi
juga boleh membuat pemasangan bendakerja dengan menggunakan alat tangan. Semasa mengikir perkara – perkara
yang berikut perlu diberi perhatian :

a. gaya mengikir uyang betul adalah penting. Semasa mengikir, kaki mestilah renggang. Kaki kiri ke hadapan
dan kaki kanan terletak lebih kurang 45 cm hingga 50 cm ke belakang( bukan kidal )

Gaya mengikir yang betul

b. tinggi benda kerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat dilakukan dengan berkesan. Ketinggian yang
sesuai ialah lebih kurang 100 cm ( 1 meter ), bergantung ketinggian jurugegas.
c. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dan gerakkan tangan dan badan. Tekanan dikenakan keatas
kikir semasa kikir itu disorongkan kehadapan. Lepaskan tekanan semasa kikir itu ditarik ke belakang. Gigi kikir
dibentuk hanya untuk memotong ke hadapan sahaja dan akan menjadi tumpul jika dikenakan tekanan
semasa menarik ke belakang.
d. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja.

CARA DAN GAYA MEMEGANG KIKIR.

Cara dan gaya memegang kikir bergantung pada cara mengikir yang dilakukan sama ada :

a. mengikir biasa – untuk kerja – kerja am ( biasa )


b. mengikir berat – untuk membuang logam yang banyak daripada benda kerja.
c. Mengikir rata – untuk mengikir rata
d. Mengikir jitu – untuk mengikir kerja – kerja dengan jitu.

20
CARA DAN GAYA MENGIKIR

Mengikir Rata

Semasa mengikir rata, permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi oleh kikir. Dengan cara ini benda kerja
akan dapat dikikir dengan rata

Mengikir Melintang

Mengikir melintang dilakukan sekali – sekala untuk menentukan sama ada permukaan yang dikikir itu rata atau
tidak.

21
Mengikir tarik

Semasa mengikir tarik, tekanan pada kedua – dua tangan hendaklah sama dan pastikan kedudukan kedua – dua
tangan stabil. Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan lkicin dan cantik. Cara ini
juga digunakan untuk menghikir logam nipis.

Mengikir Penjuru Bulat

Penjuru bulat boleh dikikir berpandukan dua langkah . Mula – mula kikir kasar melintang ( a ) dan kemudian kikir
bahagian penjuru yang bulat pula.

22
Mengikir Permukaan Melengkung

Permukaan yang melengkung boleh dikikir dengan kikir segiempat dan seterusnya disudahkan dengan kikir belah
rotan.

Menguji Kerataan Permukaan

Permukaan yang dikikir rata mestilah sentiasa diuji supaya bahagian – bahagian yang tinggi dan rendah boleh
dibetulkan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pembaris keluli ataupun sesiku L. ( a )

a b

Menguji Permukaan Bersudut Tepat

Untuk menguji sama ada permukaan itu bersudut tepat atau tidak boleh juga menggunakan sesiku L . Mengikir dan
menguji sudut tepat bukanlah satu perkara yang mudah. Palajar harus berhati – hati supaya tidak mengikir terlalu
rendah sesuatu penjuru itu kerana ini akan menyebabkan keseluruhan permukaan terpaksa direndahkan keparas
yang sama. ( b )

23

Anda mungkin juga menyukai