Anda di halaman 1dari 1

Ahmad Zaki Bin Karim

Pt 176 Taman Tiong


Jalan Kuala Krai
15100 Kota Bharu
Kelantan 23 Jun 2015

Tuan Pengarah
SPRM
15100 Kota Bharu,
KELANTAN

Tuan
MEMOHON PENYELESAIAN TERHADAP BANGUNAN KEDIAMAN (RUMAH) YANG DIBINA TANPA
PELAN DAN PENYELEWENGAN.

Merujuk kepada perkara di atas, saya yang mewakili penduduk jalan sekitar dalam perumahan
Taman Tiong ingin menarik perhatian tuan kepada perkara diatas. Berhubung perlanggaran syarat
dalam pembinaan kediaman, pembinaan rumah sewa yang dibina hanyalah berpaksikan untuk
mencari keuntungan semata-mata.

2. Untuk pengetahuan tuan, lot yang sepatutnya diperuntukkan untuk mendirikan sebuah rumah
tapi dibina rumah berkembar dan akan disusuli sebuah rumah banglo pula. Kesalahan ketara ialah
jarak rumah yang berdekatan jalan tidak menepati syarat 20 kaki (6.096 meter) dari rumah ke
jalanraya. Adalah difahamkan ruang letak-letak kereta yang sempit boleh mengganggu kelancaran
lalu lintas.

3. Saya ingin memberitahu tuan bahawa sebelum ini bangunan kediaman ini telah disitakan oleh
pihak Majlis Perbandaran Bandaraya Islam Kota Bharu (MPKB) tapi dibenarkan pula meneruskan
kerja-kerja pembinaan. Ini amat meragukan pihak kami mengenai unsur-unsur penyelewengan yang
mungkin berlaku antara pemilik kediaman dan pihak berkenaan.

4. Kami benar-benar berharap semoga pihak Tuan membuat siasatan dan mengambil tindakan
dengar sewajarnya,

5. Bersama-sama ini disertakan pelan Lokasi bangunan rumah kediaman untuk makluman tuan
selanjutnya.

Sekianlah. Terima Kasih.

Yang benar,

.................................................
AHMAD ZAKI BIN KARIM
Wakil perumahan Taman Tiong

Anda mungkin juga menyukai