Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN LIPIS BERHAD

1. PENDAHULUAN

“Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya


ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi
anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.
Mana-mana kumpulan orang yang bercadang untuk
menubuhkan koperasi hendaklah terlebih dahulu
menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di
kawasan masing-masing untuk mendapatkan
penerangan dan nasihat berhubung proses penubuhan
dan pendaftaran koperasi.”

Cadangan penubuhan koperasi ini adalah di atas dasar setia kawan, sukarela dan
tiada paksaan untuk menjadi anggota serta semangat salin bantu-membantu
dikalangan kontraktor yang menjadi anggota, khasnya di Daerah Lipis. Koperasi
memiliki tujuan untuk mendidik anggotanya hidup berhemah dan juga
menambah pengetahuan anggotanya terhadap perkoperasian.

Untuk mencapai tujuannya, koperasi ini harus melaksanakan prinsip mengenai


peranan pengurusan, pengawasan dan yang paling penting merapatkan
hubungan anggota. Pengurus berfungsi sebagai pengambil keputusan tinggi,
pemberi nasihat dan penjaga kesinambungannya organisasi dan sebagai orang
yang dapat dipercaya.

Ahli jawatankuasa bertugas melakukan pengawasan terhadap pelaksanaan


kebijaksanaan dan pengelolaan koperasi dan menulis laporan koperasi, dan
meneliti catatan yang ada pada koperasi, mendapatkan segala keterangan yang
diperlukan dan seterusnya.

2. MATLAMAT KOPERASI
Menurut subseksyen 4(1) Akta, Matlamat koperasi ini adalah untuk
meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.

3. SASARAN ANGGOTA KOPERASI KOPERASI*

i. Koperasi ini membuka keanggotaannya kepada semua kontraktor


berdaftar di Daerah lipis
ii. berumur 18tahun dan keatas
iii. melayu
4. CADANGAN NAMA KOPERASI *

i. Pilihan pertama: KOPERASI USAHAWAN LIPIS BERHAD


ii. Pilihan kedua:

5. CADANGAN KAWASAN OPERASI DAN ALAMAT KOPERASI*

i. Seluruh Pahang Barat (kawasan Daerah Lipis, Raub, Bentong)

Atau

ii. Seluruh Daerah Lipis (kontraktor yang berdaftar di Daerah Lipis) dengan
bilangan bakal anggota: min 50 peserta

*Alamat Koperasi:

6. CADANGAN FI MASUK DAN SYER MIN

Fi masuk : RM 100.00 (yuran masuk)


Syer Minimun : RM500.00

7. PRINSIP UTAMA KOPERASI


Usaha koperasi ini dikelola oleh para anggota dengan membentuk pengurusan
koperasi melalui anggota dan dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi
berikut:

i. Keanggotaan secara sukarela dan terbuka


ii. Kawalan demokratik anggota
iii. Penglibatan ekonomi anggota
iv. Autonomi dan kebebasan
v. Pendidikan, latihan dan maklumat
vi. Kerjasama antara koperasi-koperasi
vii. Prihatin terhadap komuniti

8. VISI

“Menjadi koperasi terbaik dengan meningkatkan kepentingan


sosio ekonomi dan kebajikan anggota serta keprihatinan
terhadap komuniti selaras dengan nilai dan prinsip koperasi”
9. MISI

“ Menjadi koperasi berkebajikan dan prihatin terhadap


anggota koperasi dan komuniti terhadap perkhidmatan yang
ditawarkan “

10. OBJEKTIF UTAMA

i. Adalah untuk mengwujudkan silaturahim di kalangan kontrator-kontraktor


di Daerah Lipis melalui aktiviti perniagaan bersama.
ii. Menjana keuntungan hasil dari pelaburan dan perniagaan untuk dikongsi
kepada anggota.
iii. Berusaha mendapatkan peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan kepada
kontrator melalui koperasi.
iv. Mengwujudkan peluang perniagaan yang lebih luas kepada anggota.
v. Akan membentuk satu tabung khairat, insuran dan yang berkaitan.
vi. Mengukuhkan lagi hubungan dikalangan anggota koperasi dengan memupuk
semangat setia kawan dan cadangan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan
seperti hari keluarga dan bantuan kepada yang kurang bernasib baik.
vii. Menjadi sebuah koperasi yang berperanan dan aktif dengan Maktab Koperasi
Malaysia.

11. CADANGAN AKTIVITI KOPERASI (sila pilih fungsi yang berkaitan)*

Jadual A. Fungsi dan Aktiviti Koperasi

1. FUNGSI KREDIT

1. Jimat cermat dan pinjaman

2. FUNGSI PERBANKAN

1. Institusi bank

3. FUNGSI PERINDUSTRIAN

1. Industri kampung

2. Perkilangan

3. Pembuatan

4. FUNGSI PENGGUNA

1. Pasaraya

2. Pasar mini/kedai runcit


3. Kantin 4. Restoran

5. Kedai buku sekolah, dll.

5. FUNGSI PERUMAHAN

1. Membina rumah kediaman, kondominium, pangsapuri

2. Membina rumah kedai, premis perniagaan, pejabat dll.

6. FUNGSI PENGANGKUTAN

1. Teksi, limo, bas, dll

2. Pengangkutan lori/treler/tanker, dll.

3. Pengangkutan kapal laut

4. Pengangkutan kapal terbang, dll

5. Pengangkutan feri, dll

7. FUNGSI PERTANIAN

1. Perladangan

2. Tanaman

3. Perikanan

4. Ternakan

5. Bioteknologi

6. Industri asas tani, dll.

8. FUNGSI PERKHIDMATAN

1. Pelancongan, pemasaran

2. Kontrak pencucian bangunan

3. Pendidikan, ICT

4. Katering, dobi

5. Penyelaras gerakan koperasi (Kop. Atasan)

6. Penganjur acara/program promosi, dll.

9. FUNGSI PEMBINAAN

1. Kontrak pembangunan daerah/kampung/mukim (KPD)

2. Kontrak pembinaan jalan


3. Kontrak membina saliran dan perparitan

4. Kontrak pembinaan bangunan, dll.

12. PENUTUP

Berharap cadangan penubuhan koperasi ini akan berjalan lancar seperti yang
dirancangkan agar dapat memertabatkan serta memperkukuhkan ekonomi
kontraktor melayu dengan kerja sama dalam bidang koperasi khasnya di Daerah
Lipis.

CARA PERMOHONAN MENUBUHKAN KOPERASI

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:

1. Menghubungi pejabat SKM

Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan


kepada Pengarah SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah.
Borang permohonan boleh diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah
atau dimuat turun dari laman web SKM.

2. Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan


kepada pejabat SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran
penubuhan.

3. Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja

Selepas mendapat kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah


Jawatankuasa Penaja seramai sekurang-sekurangnya
sepuluh orang hendaklah dibentuk.

Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah:

i. Mengenalpasti aktiviti utama keperluan


bersama anggota.

ii. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi


dengan mengikut contoh undang-undang kecil
seragam yang disediakan oleh SKM dengan
ubahsuai yang diperlukan.

iii. Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang


termasuk dalam objektif penubuhan koperasi.
1. pemasaran
6. Penganjur acara/program
promosi, dll.

iv. Mendaftarkan bakal anggota dalam satu


daftar dengan memasukkan nama, umur,
nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat
masing-masing. Jawatankuasa Penaja
hendaklah memastikan sekurang-kurangnya
lima puluh orang telah mendaftarkan diri
untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat
agung permulaan ditetapkan

v. Mengatur sesi penerangan kepada bakal


anggota koperasi oleh pejabat SKM.

4. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan

Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah


menetapkan satu tarikh bagi mengadakan mesyuarat agung
permulaan koperasi.

Permohonan Mendaftarkan Koperasi

Mengikut Seksyen 6, Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran


adalah seperti berikut:

i. Borang Permohonan Pendaftaran


Koperasi
ii. Undang-undang kecil Koperasi
iii. Minit Mesyuarat Agung
Permulaan

Anda mungkin juga menyukai