Anda di halaman 1dari 15

PANDUAN PENUBUHAN KOPERASI

Pengenalan
Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan
kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Manamana kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah
terlebih dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan
masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses
penubuhan dan pendaftaran koperasi.

Permohonan Menubuhkan Koperasi


Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:
1. Menghubungi pejabat SKM
Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada
Pengarah SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan
boleh diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web
SKM. Permohonan juga boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem
Aplikasi Atas Talian SKM.
2. Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi
Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat
SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan.
3. Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja
Selepas mendapat kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja
seramai sekurang-sekurangnya sepuluh orang hendaklah dibentuk.
Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah:
i.

Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota.

ii.

Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi dengan mengikut contoh


undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM dengan ubahsuai
yang diperlukan.

iii.

Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif


penubuhan koperasi.

iv.

Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama,


umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing.
Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh
orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung
permulaan ditetapkan

v.

Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.

4. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan


Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh
bagi mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi.

Permohonan Mendaftarkan Koperasi


Mengikut Seksyen 6, Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran adalah
seperti berikut:
1.

Borang Permohonan Pendaftaran Koperasi

2.

Undang-undang kecil Koperasi

3.

Minit Mesyuarat Agung Permulaan

Bagaimana caranya untuk menubuhkan dan mendaftarkan


koperasi?
i.

Menghubungi SKM

Pemohon boleh menghubungi SKM Negeri/Wilayah untuk mendapatkan borang


permohonan penubuhan koperasi atau dimuat turun dari laman web SKM
ii. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja
Selepas mendapatkan kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa
Penaja seramai sekurang-kurangnya 10 orang hendaklah dibentuk. Tempoh
kebenaran penubuhan koperasi ialah selama 3 bulan.
Antara tugas Jawatankuasa Penaja ialah:

a.

Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota;

b.

Menyediakan Undang-Undang kecil koperasi dengan mengikut contoh


undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM;

c.

Menyediakan aturan-aturan
penubuhan koperasi;

d.

Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama,


umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing- masing.
Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang- kurangnya 50 orang
telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum Mesyuarat Agung
Permulaan diadakan;

e.

Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.

kegiatan

yang

termasuk

dalam

objektif

iii. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan


Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa Penaja menetapkan satu tarikh bagi
mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi yang perlu diadakan dalam
tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan penubuhan koperasi.
iv. Menyerahkan dokumen-dokumen Permohonan Pendaftaran Koperasi kepada
Ketua Pendaftar
Bagi tujuan pendaftaran, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan:
a.

Borang pemohonan mendaftar koperasi yang ditandatangani oleh sepuluh


(10) orang Jawatankuasa Penaja;

b.

Tiga (3) naskah Undang-undang Kecil yang ditandatangani oleh sepuluh (10)
orang Jawatankuasa Penaja;

c.

Minit Mesyuarat Agung Permulaan ditandatangani sekurang-kurangnya (50)


orang bakal anggota yang hadir.

Dokumen-dokumen pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Negeri


tidak lewat daripada tujuh (7) hari selepas Mesyuarat Agung Permulaan diadakan.

1.17 Apakah jenis-jenis perkhidmatan atas talian yang ditawarkan


SKM?

2. Mengenai Koperasi

2.01 Apakah itu koperasi?


Koperasi ertinya suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela
untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang
sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang
berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.

2.02 Apakah ciri-ciri koperasi?


i.

Koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan


anggota-anggotanya;

ii.

Koperasi bukannya berunsurkan politik.


menggunakan koperasi sebagai tempat berpolitik;

iii.

Koperasi bukannya Kesatuan Pekerja (TradeUnion) . Konsep koperasi ialah


tolong menolong antara satu sama lain, bukannya dengan cara berjuang
menuntut hak-hak dari majikan;

iv.

Anggotanya

tidak

boleh

Koperasi bukannya badan kebajikan;

v.

Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan koperasi


berdasarkan Akta, Peraturan dan Undang-Undang Kecil Koperasi;

vi.

Syer dan yuran disumbangkan oleh anggota sebagai modal menjalankan


perniagaan koperasi;

vii.

Setiap anggota mempunyai hak yang sama dalam membuat keputusan


mengenai masa depan koperasi;

viii.

Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal dan atau yurannya
sahaja;

ix.

Koperasi mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada anggota


terlebih dahulu daripada mencari keuntungan semata-mata.

2.03 Apakah prinsip-prinsip koperasi?


i.

Keanggotaan sukarela dan terbuka;

ii.

Kawalan secara demokratik oleh anggota;

iii.

Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi;

iv.

Kebebasan autonomi;

v.

Pendidikan, latihan dan maklumat;

vi.

Bekerjasama di antara koperasi-koperasi;

vii.

Prihatin terhadap komuniti.

2.04 Apakah faedah koperasi kepada anda?


i.

Anggota memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan
di samping menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan
oleh koperasi. Dengan ini anggota berhad menentukan jenis barangan dan
perkhidmatan yang diperlukan.

ii.

Koperasi menawarkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan


kepada anggota- anggotanya. Di samping itu, koperasi juga menyediakan
kemudahan tabungan yang terjamin dan kemudahan pinjaman pada kadar
faedah yang berpatutan.

iii.

Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, modal yang


disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti koperasi.
Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung
kebajikan anggota bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung
pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan kepada
aktiviti- aktiviti kemasyarakatan.

2.05 Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh koperasi?


Koperasi merupakan satu entiti yang berdaftar yang sama seperti entiti perniagaan
yang lain. Ini bermakna koperasi boleh menjalankan aktiviti perniagaan seperti yang
dinyatakan di bawah:

i.

Perbankan dan Kredit;

ii.

Pertanian;

iii.

Perumahan;

iv.

Perindustrian;

v.

Pengguna;

vi.

Pembinaan;

vii.

Pengangkutan;

viii.

Perkhidmatan

Walau bagaimanapun, di bawah Pelan Tindakan Dasar Koperasi Negara (DKN),


koperasi digalakkan menceburi di dalam 5 bidang keberhasilan aktiviti ekonomi
tinggi iaitu:
i.

Perkhidmatan Kewangan

ii.

Pemborongan dan Peruncitan

iii.

Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan

iv.

Pertanian dan Industri Asas Tani

v.

Peladangan

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada pejabat SKM Wilayah yang menyelia koperasi.
Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
Dokumentasi
A. Dokumen Utama
Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan mengandungi:


1. Ringkasan Eksekutif
-Produk dan perkhidmatan yang disediakan;
- Latar belakang anggota Lembaga;
- Keperluan pembiayaan.
2. Latar Belakang Projek
- Lokasi tapak projek;
- Jenis bangunan;
- Kemudahan asas;
3. Sejarah Koperasi
- Penubuhan koperasi;
- Pembiayaan yang lepas;
- Aktiviti-aktiviti yang dijalankan;
4. Latar Belakang Pengurusan
- Pengalaman;
- Struktur pengurusan;
5. Produk atau Perkhidmatan
- Produk/ servis yang sedang dipasarkan dan dirancangkan;
- Anggaran harga, kuantiti keluaran dan jualan bulanan;
- Kebaikan produk/ perkhidmatan yang ditawarkan;

- Jaminan produk/ perkhidmatan dan kelulusan daripada Kerajaan.


6. Strategi Pemasaran
- Pelanggan;
- Saluran agihan;
- Strategi penetapan harga;
- Promosi;
- Ramalan jualan;
- Belanja pemasaran;
- Rancangan agihan;
- Persaingan
7. Rancangan Pengeluaran dan Operasi
- Produk yang dikeluarkan;
- Proses pengeluaran;
- Kapasiti pengeluaran;
- Rancangan pengeluaran;
- Mesin dan peralatan;
- Perabot dan alat kelengkapan;
- Lokasi;
- Susun atur;
- Bahan mentah;

- Tenaga kerja;
- Kos teknikal
8. Rancangan Organisasi
- Matlamat dan strategi organisasi;
- Struktur organisasi;
- Senarai kakitangan Pengurusan;
- Butiran lengkap jawatan;
- Imbuhan dan insentif;
- Belanjawan pejabat.
9. Rancangan Kewangan
- Kos projek;

KOPERASI MERUPAKAN SEBUAH PERTUBUHAN YANG DIDAFTARKAN DI


BAWAH AKTA KOPERASI 1993 DENGAN BERMATLAMAT UNTUK
MENINGKATKAN KEPENTINGAN EKONOMI ANGGOTA-ANGGOTANYA
MELALUI AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERDASARKAN LANDASAN
KOPERASI.
KOPERASI BERGERAK BERLANDASKAN KEPADA 7 PRINSIP :
1. KEANGGOTAAN SUKARELA DAN TERBUKA
2. KAWALAN DEMOKRATIK OLEH ANGGOTA
3. PENGLIBATAN EKONOMI ANGGOTA

4. AUTONOMI DAN KEBEBASAN


5. PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT
6. KERJASAMA ANTARA KOPERASI DAN
7. PRIHATIN TERHADAP MASYARAKAT

Fungsi Dan Aktiviti Koperasi


Kewangan dan Perbankan
Koperasi dengan fungsi kewangan dan perbankan telah mempelopori perkembangan
gerakan koperasi sejak tahun 1920an. Koperasi fungsi ini menjalankan aktiviti
kewangan iaitu menyediakan pinjaman kepada anggota pada kadar faedah yang
berpatutan. Aktiviti lain di bawah fungsi ini ialah pajak gadai secara islam (ArRahnu), pelaburan dan perkhidmatan insuran. Anggota-anggotanya adalah terdiri
daripada mereka yang bergaji tetap terutamanya di sektor awam, badan berkanun
dan swasta. Pada masa ini 2 buah koperasi yang khusus menjalankan fungsi
perbankan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Bank Persatuan
Malaysia Berhad.
Perumahan
Tumpuan koperasi jenis ini ialah menjalankan projek-projek perumahan untuk
anggota-anggotanya. Kebanyakan projek bertumpu kepada rumah berkos rendah
dan sederhana. Harga jualan rumah-rumah ini adalah di dalam lingkungan
keupayaan anggota dan pada umumnya sekitar 20% hingga 30% lebih rendah
daripada harga yang lazimnya ditawarkan di pasaran.
Pengguna
Tujuan utama koperasi fungsi pengguna adalah untuk membantu anggotaanggotanya mendapatkan barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Di
antara aktiviti yang dijalankan oleh koperasi ini adalah seperti pasar mini, pasaraya,
kedai runcit, stesen minyak, kedai alatan rumah dan lain-lain.
Koperasi fungsi pengguna di peringkat sekolah pula diperkenalkan dengan tujuan
untuk menanam sifat berjimat-cermat dan memupuk asas keusahawanan di
kalangan pelajar. Di antara aktiviti utama yang dijalankan ialah mengusahakan
kantin sekolah, kedai buku, kedai dobi dan kelas komputer.
Pengangkutan
Sebahagian besar koperasi fungsi pengangkutan adalah terdiri daripada koperasi di
rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, RISDA dan FELCRA yang
menjalankan aktiviti mengangkut hasil pertanian ke kilang pemprosesan. Selain
daripada koperasi peserta rancangan, koperasi lain yang menjalankan fungsi
pengangkutan adalah seperti koperasi pengusaha teksi, pengusaha bas dan lori.

Peladangan
Koperasiyang didaftarkan di bawah fungsi peladangan menjalankan aktiviti
pembangunan dan pengurusan tanah pertanian. Di antara tanaman utama yang
diusahakan
oleh koperasi-koperasi ini ialah getah, kelapa sawit, nanas, koko dan sayur-sayuran.
Perindustrian
Sebahagian besar koperasi fungsi perindustrian adalah terdiri daripada koperasikoperasi yang menjalankan kegiatan industri kecil yang lebih dikenali sebagai
Koperasi Industri Kampung (KIK). KIK ditubuhkan bertujuan mengumpulkan
sumber-sumber untuk mengeluar, memasar dan menghasilkan barangan daripada
hasil anyaman, barangan hiasan tembikar dan perak dan barangan perabot.
Pembinaan
Koperasi fungsi pembinaan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan kerja pembinaan
infrastruktur seperti pembinaan jambatan kecil, jalan-jalan dan kerja
penyelenggaraan umum. Di antara koperasi-koperasi yang terlibat dengan kegiatan
pembinaan ialah Koperasi Pembangunan Daerah (KPD), koperasi di rancangan
FELDA, FELCRA dan RISDA.
Perkhidmatan
Koperasi fungsi perkhidmatan merupakan koperasi-koperasi yang di dalam aktiviti
dan kegiatan selain daripada yang berkaitan dengan fungsi kewangan, pengguna,
perladangan, pengangkutan, perindustrian, pembinaan dan perumahan. Di antara
perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi ini ialah pengurusan dana,
penyelenggaraan bangunan dan kawasan perumahan, sewaan bangunan/ lot-lot
gerai, pusat asuhan kanak-kanak, kelas komputer, pusat pembayaran bil dan
seumpamanya.

SENARAI TUGAS AHLI LEMBAGA


KOPERASI

Tugas Pengerusi :
1. mempengerusikan semua mesyuarat lembaga
2. menandatangani dan mengesahkan minit mesyuarat lembaga
3. memperakui cabutan dan salinan dari rekod koperasi menurut peraturan bersama
setiausaha melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani
4. memanggil sendiri atau melalui setiausaha , mesyuarat lembaga bila perlu

5. mengarahkan jawatan kuasa audit dalaman supaya memeriksa buku , rekod dan
dokumen koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada lembaga
6. menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang Kecil
dan dokumen lain yang berkaitan bersama dua anggota lembaga
7. menyelia secara am pentadbiran , hal ehwal dan pekerja koperasi

Tugas Setiausaha:
1. memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat lembaga dan mesyuarat
jawatan kuasa dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan
mesyuarat
2. merekodkan perjalanan dan keputusan mesyuarat
3. menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota , daftar penama, buku dan
laporan yang dikehendaki oleh Lembaga
4. menguruskan surat- menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga
5. mengesahkan bersama Pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam
buku koperasi
6. menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi
7. menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa
( Mana-mana tugas setiausaha boleh diamanahkan kepada pengurus tertakluk
kepada persetujuan lembaga )

Tugas Bendahari :
1. mengendalikan semua urusan perdagangan dan perindustrian koperasi mengikut
dasar yang ditetapkan oleh lembaga.
2. menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh koperasi dan membuat
pembayaran mengikut arahan lembaga
3. menyimpan ke dalam bank atas nama koperasi semua wang yang diterima dalam
tempoh 24 jam hari bekerja daripada penerimaannya.
4. mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan surat lain mengikut arahan lembaga
5. menyimpan dalam Akaun Wang Runcit , wang sebanyak yang diluluskan oleh
lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat
daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.

6. menyenggara dan menyimpan akaun koperasi dengan sempurna dan kemaskini


supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
7. menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan koperasi untuk dibentangkan
dalam mesyuarat lembaga
8. menyediakan belanjawan tahunan koperasi dalam bentuk yang menunjukkan
dengan jelas segala butiran perbelanjaan dan pendapatan untuk ditimbang oleh
lembaga sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan
9. menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan koperasi yang benar dengan
secara dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki
oleh lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang
telah diluluskan oleh mesyuarat agung.

Pengurus Belian :
1. mebuat tinjauan keperluan warga sekolah
2. mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi
3. mencadang kepada lembaga koperasi barangan / perkhidmatan yang hendak
dibeli
4. menguruskan pembelian barang /perkhidmatan atas permintaan lembaga
5. menyerahkan barang belian kepada bendahari untuk urusan merekod stok
6. menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail
sendiri
7. menyimpan buku log belian
8. mengemaskini buku log belian
9. membuat laporan bulanan untuk belian
10.menyediakan dan membuat laporan belian dalam mesyuarat ALK.
11. memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan.

Pengurus Jualan :
1. menerima stok untuk jualan mingguan / bulanan dari Bendahari
2. memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok

3. menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK


4. menguruskan jualan harian di kedai koperasi
5. melantik pembantu jualan di kedai koperasi
6. menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual
7. mengira dan merekodkan hasil jualan harian / bulanan
8. menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari
9. memastikan hanya guru atau pelajar yang bertugas sahaja berada di koperasi
semasa jualan berlangsung
10. menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK
11. memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan
Pengurus Promosi :
1. membuat promosi barang-barang yang dibeli oleh Pengurus Belian melalui
pamplet, perhimpunan atau blog koperasi.
2. membantu Pengurus Pendaftaran Ahli membuat promosi untuk menambah
keahlian
3. membantu setiausaha merancang program-program tahunan koperasi

Pengurus Pendaftaran Ahli :


1. membuat dan menyediakan borang pendaftaran ahli
2. membantu bendahari mengagihkan dividen kepada ahli
3. melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan semasa mesyuarat lembaga
4. menceriakan koperasi

Audit Dalaman :
1. memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod relevan koperasi secara
bulanan dan memaklumkan lembaga sebarang perkara yang luar biasa yang
diperolehi semasa pemeriksaan dan pengauditan
2. mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan
oleh lembaga selepas tamatnya tahun kewangan

3. memberi laporan :
3.1 sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan saksama
tentang transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi
3.2 perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana yang difikirkan
patut dilaporkan.
4. membuat pernyataan dalam laporannya sama ada rekod perakaunan dan rekodrekod lain yang sepatutnya telah disimpan penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan
wang dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi dalam tahun iyu adalah
mengikut akta , peraturan dan undang-undang kecil koperasi
5. melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang
berbangkit daripada kerja pengauditan
6. memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian mengenai
hutang belum jelas ( jika ada ), nilaian aset ( jika ada ) dan liabiliti koperasi

Anda mungkin juga menyukai