Anda di halaman 1dari 7

COACHING ACADEMY

PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI

PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI

Pengenalan

Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan


kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Mana-
mana kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah terlebih
dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-
masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses penubuhan dan
pendaftaran koperasi.

Apa itu Koperasi?

Menurut Akta Koperasi 1993;

Koperasi adalah suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela
untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang
sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang
berdaftar di bawah Akta ini.

Prinsip-Prinsip Koperasi

7 prinsip koperasi termasuklah:


i. keanggotaan sukarela & terbuka;
ii. kawalan demokratik oleh anggota;
iii. penglibatan ekonomi oleh anggota;
iv. autonomi & kebebasan;
v. pendidikan, latihan & maklumat;
vi. kerjasama antara koperasi; dan
vii. mengambil berat terhadap masyarakat.

coachwandarul@coachingacademy.com.my
Jenis Koperasi

3 jenis koperasi yang boleh didaftarkan:


i. Koperasi Asas – terdiri daripada orang-orang individu sahaja & matlamatnya
ialahuntuk meningkatkan kepentingan ekonomianggota-anggotanya mengikut
prinsip-prinsip koperasi.[subseksyen 4(1)] Akta Koperasi 1993.
ii. Koperasi Menengah – terdiri daripadakoperasi-koperasi asas sahaja
&matlamatnya ialah untuk memudahkanoperasi koperasi-koperasi
sedemikian.[subseksyen 4(2)] Akta Koperasi 1993.
iii. Koperasi Atasan – terdiri daripadakoperasi-koperasi menengah sahaja
ataukoperasi-koperasi menengah & asas &matlamatnya ialah untuk

1
COACHING ACADEMY
memudahkanoperasi koperasi-koperasi sedemikian.[subseksyen 4(3)] Akta
Koperasi 1993.

Fungsi & Aktiviti Koperasi

Terdapat 9 fungsi koperasi:

i. Fungsi – Kredit.
 Aktiviti - Jimat cermat dan pinjaman
ii. Fungsi – Perbankan.
 Aktiviti – Institusi Bank.
iii. Fungsi – Perindustrian.
 Aktiviti - Industri kampung. Perkilangan. Pembuatan.
iv. Fungsi – Pengguna.
 Aktiviti - Pasaraya / pasar mini. Kedai sekolah. Kantin. Restoran. Kedai
buku. Lain-lain aktiviti pengguna.
v. Fungsi – Perumahan.
 Aktiviti - Membina rumah kediaman, kondominium, pangsapuri dll.
Membina rumah kedai, premis perniagaan, pejabat dan lain-lain
bangunan.
vi. Fungsi – Pengangkutan.
 Aktiviti - Pengangkutan lori / treler tanker dll. Pengangkutan kapal laut.
Pengangkutan kapal terbang. Pengangkutan feri dll.
vii. Fungsi – Pertanian.
 Aktiviti - Pertanian. Perladangan. Perikanan. Penternakan. Bioteknologi.
Industri asas tani.
viii. Fungsi – Perkhidmatan.
 Aktiviti - Perkhidmatan pengangkutan awam. Pelancongan. Pemasaran.
Pembersihan bangunan. Pendidikan. ICT.
ix. Fungsi – Pembinaan.
 Aktiviti - Kontrak pembangunan daerah. Kontrak pembinaan jalan. Kontrak
pembinaan bangunan.

A. Permohonan Menubuhkan Koperasi coachwandarul@coachingacademy.com.my

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:

LANGKAH 1
Menghubungi pejabat SKM

Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah


SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan boleh
diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web

2
COACHING ACADEMY
SKM. Permohonan juga boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem
Aplikasi Atas Talian SKM;
i. Dapatkan maklumat tentang tatacara penubuhan koperasi.
ii. Dapatkan borang permohonan penubuhan koperasi.
iii. Lengkapkan borang pewai rmohonan & kemukakan kpd SKM Negeri melalui
Peg. SKM Wilayah yang berkaitan.

LANGKAH 2
Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat SKM
Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan.

LANGKAH 3
Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja

Setelah kelulusan penubuhan koperasi diperolehi daripada SKM Negeri, bentuk J/kuasa
penaja yg terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang.

Kelayakan

Kelayakan Menjadi Anggota Koperasi menurut seksyen 26 Akta Koperasi 1993;


warganegara Malaysia;
i. telah mencapai umur lapan belas tahun atau, dalam hal koperasi sekolah , telah
mencapai umur dua belas (12) tahun; dan
ii. bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi
koperasi asas itu atau, dalam hal koperasi sekolah , menjadi penuntut berdaftar
sekolah itu

Hilang kelayakan

Hilang Kelayakan Menjadi Anggota Koperasi menurut seksyen 27 Akta Koperasi 1993;

coachwandarul@coachingacademy.com.my
i. dia tak upaya dari segi mental;
ii. dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan;
iii. dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi
kesalahan boleh daftar;
iv. dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh
selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Fungsi Jawatankuasa Penaja

Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah:


i. Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota.
 Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan.

3
COACHING ACADEMY
ii. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi dengan mengikut contoh undang-
undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM dengan ubahsuai yang
diperlukan.
iii. Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan
koperasi.
iv. Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama,
umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing.
Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh
orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung
permulaan ditetapkan.
v. Mengatur sesi penerangan kepada bakal- bakal anggota koperasi oleh pegawai
SKM.

LANGKAH 4
Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan

Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh


bagi mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi.

Tempoh

Mesyuarat agung permulaan (MAP) hendaklah diadakan dalam tempoh tiga bulan
selepas kelulusan penubuhan. [sekiranya koperasi (dalam penubuhan) tidak dapat
mengadakan MAP dalam tempoh 3 bulan, permohonan perlanjutan penubuhan
hendaklah dikemukakan kepada SKM Negeri].

Agenda MAP

Agenda MAP adalah:


1. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat.
2. Persetujuan Menubuhkan Koperasi.
3. Penerimaan Undang-undang Kecil Koperasi.

coachwandarul@coachingacademy.com.my
4. Permohonan Bagi Didaftarkan Sebagai Koperasi.
5. Membentang dan Meluluskan Belanjawan.
6. Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi.
7. Meluluskan Pelantikan Panel Juruaudit Luar.
8. Pemilihan;
(i) Anggota Lembaga
(ii) Pemilihan Anggota Yang Akan Turut Sama Menandatangani Permohonan
Pendaftaran (sekiranya bilangan anggota Lembaga kurang dari 10 orang).

B. Permohonan Mendaftarkan Koperasi

4
COACHING ACADEMY
Mengikut Seksyen 6, Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran adalah
seperti berikut:

i. Borang Permohonan Pendaftaran Koperasi


ii. Undang-undang kecil Koperasi
iii. Minit Mesyuarat Agung Permulaan

Cara Mendaftar
Kemukakan Dokumen Pendaftaran Menurut seksyen 6, Akta;
i. Permohonan Pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam
borang yg ditetapkan dlm. Peraturan (Jadual I) & hendaklah ditandatangani;
ii. a) Koperasi asas – oleh sekurang- kurangnya 10 orang yg semuanya layak
menjadi anggota.
iii. b) Koperasi menengah atau atasan – oleh orang yg diberi kuasa sewajarnya bagi
pihak setiap koperasi asas atau koperasi menengah, mengikut mana- mana yg
berkenaan.

Permohonan pendaftaran hendaklah disertakan dengan


a) 3 naskhah UUK yg dicadangkan & diterima dalam MAP serta ditandatangani oleh
pemohon- pemohon.
b) Koperasi asas – tertakluk kepada subseksyen 8(2), Minit Mesyuarat Agung
Permulaan yg ditandatangani oleh sekurang- kurangnya 25 orang yg hadir; atau
(subseksyen 8(2);
Walau apa pun Perenggan 6(2)(b), permohonan bagi Pendaftaran sesuatu
koperasi yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah berserta dengan
minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh semua orang yang
hadir.
c) Koperasi menengah/atasan – minit mesyuarat agung permulaan yg ditandatangani
oleh semua orang yang diberikuasa sewajarnya yang hadir.

Tempoh Serahan Dokumen


Semua dokumen tersebut hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya tidak lewat

coachwandarul@coachingacademy.com.my
daripada 14 hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.

Setelah koperasi didaftarkan oleh Suruhanjaya ianya menjadi sebuah organisasi yang
sah dari sisi undang-undang.

5
COACHING ACADEMY
PANDUAN GERAN BANTUAN PEMBANGUNAN KOPERASI

Mengenai Bantuan Pembangunan Koperasi

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan skim bantuan pembangunan


dengan objektifnya untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada koperasi-
koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 supaya koperasi-koperasi tersebut
dapat melaksanakan dan memantapkan aktiviti/ perniagaan yang dijalankan

Garis Panduan Bantuan

Bantuan Pembangunan atau Geran Pembangunan diberi adalah tertakluk kepada garis
panduan yang ditetapkan mengikut syarat-syarat serta jumlah bantuan yang boleh
diluluskan mengikut kategori atau jenis bantuan.

Syarat Kelayakan Memohon


 Koperasi telah didaftarkan;
 Permohonan koperasi mendapat sokongan SKM Negeri;
 Perjalanan koperasi mematuhi Akta Koperasi;
 Pengurusan koperasi memuaskan;
 Projek yang dicadangkan berdaya maju dan memberi faedah kepada anggota-
anggota.

Jenis-Jenis Bantuan

1. Bantuan Asas (Maksimum RM30,000)

 Sub Bantuan Fizikal


Bertujuan untuk membantu menyediakan infrastruktur asas bagi premis
perniagaan koperasi atau tempat-tempat di mana aktiviti koperasi akan/ sedang
dijalankan seperti pengubahsuaian premis/ kedai, penyediaan kelengkapan dan
peralatan, mesin pengeluaran dan sebagainya.

coachwandarul@coachingacademy.com.my
 Sub-Bantuan Koperasi Baru
Bertujuan untuk membantu menyediakan infrastruktur asas sebagai galakan atau
insentif kepada koperasi-koperasi baru didaftarkan, untuk memulakan aktiviti/
perniagaan mereka.

2. Bantuan Pengukuhan/ Pemantapan (Maksimum RM30,000)

 Bertujuan untuk mengukuhkan dan memantapkan aktiviti/ perniagaan koperasi


supaya perkhidmatan yang diberi kepada anggota, imej koperasi dalam kalangan
masyarakat dan sumbangan koperasi dalam pembangunan negara dapat
ditingkatkan, selaras dengan Dasar Koperasi Negara (DKN)

6
COACHING ACADEMY
3. Bantuan Pemodenan Kedai Koperasi (Maksimum RM50,000)

 Bantuan ini disediakan bertujuan untuk memodenkan serta membentuk


keseragaman jenama di kedai runcit koperasi bagi meningkatkan keupayaannya
supaya lebih berdaya saing.

Cara Memohon

Permohonan bantuan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat SKM melalui SKM Negeri.

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Bantuan


Pembangunan.

Bagi permohonan yang melebihi RM30,000.00, kertas kerja projek hendaklah


disediakan.

Dokumentasi

Dokumen/ maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:


 Borang Permohonan Bantuan;
 Surat sokongan SKM Wilayah dan Negeri;
 Masalah koperasi;
 Senarai keperluan dan kos terperinci;
 Cabutan minit Mesyuarat Lembaga;
 Lain-lain maklumat dan gambar-gambar sokongan;
 Penyata terimaan dan bayaran untuk 3 bulan terkini;
 Laporan Audit 2 tahun terkini

Bayaran

Tiada bayaran permohonan dikenakan.

coachwandarul@coachingacademy.com.my
Sekian Terima Kasih

Disediakan oleh
Coach Wan Darul
Certified Business Coach [UM]
BBA-Hons [UPM]
Sijil Profesional Setiausaha Koperasi [MKM]
M : +6017-2323994 [WhatsApp]
M : +6010-5252994
E: coachwandarul@coachingacademy.com.my

Anda mungkin juga menyukai