Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN KELUARGA POLIS (PERKEP)

KONTINJEN PERAK

SIARAN MEDIA
SEMPENA PROGRAM PELANCARAN
KERJASAMA PERKEP DAN AGRO PERAK
(BENGKEL TATARIAS, SOLEKAN DAN IMEJ)

Pendahuluan:

Tahun 2018 adalah merupakanTahun Memperkasa Wanita yang telah dirasmikan oleh
YAB Perdana Menteri pada 17 Januari yang lepas. Dengan slogan “Wanita Gemilang”,
Persatuan Keluarga Polis telah menyahut seruan itu dengan berkejasama dengan Perak
Agro dan Forest Color sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan wanita
terutamany ahli PERKEP. Ahli PERKEP juga tidak ketinggalan untuk menceburi bidang
tatarias solekan dan imej bagi memastikan kaum wanita merupakan antara penyumbang
utama dan kunci kekuatan sosioekonomi negara. Kerjasama diantara Perak Agro dan
PERKEP adalah merupakan langkah pertama , dimana selepas ini Perak Agro dan Forest
Color akan mendekati ahli-ahli Perkep dinegeri lain.

Bengkel ini telah diadakan pada 20 April 2018 di Le View Hall, Hotel Syuen Ipoh bermula
pukul 8.00pagi sehingga 1.30 petang yang dikhususkan kepada wanita sahaja. Peserta
akan diberi serba sedikit nasihat tentang gaya, cara pemakaian hijab dan tingkah laku diri
yang sempurna oleh penceramah jemputan, Citra Aida yang juga merupakan juara
rancangan realiti ‘Gadis Melayu’ TV9. Bengkel ini turut menawarkan kepada peserta, teori
kecantikan serta demonstrasi solekan oleh jurumekap profesional.

Objektif program ini adalah:

1. Meningkatkan pengetahuan tentang definisi imej, personaliti, keterampilan diri dan


profesionalisma.
2. Mempelajari teknik solekan asas dan kepentingan penjagaan kulit wajah.
3. Mempelajari teknik pemakaian hijab yang sesuai dengan bentuk muka.

Dengan adanya program sebegini diharapkan agar peserta dikalangan ahli PERKEP
Kontinjen Perak mampu mencapai segala objektif penganjuran serta berkongsi ilmu
pengetahuan bersama-sama ahli PERKEP yang lain untuk di manfaatkan dan diamalkan.
Semoga pengetahuan yang diperolehi juga mampu mengorak langkah bagi ahli Perkep
untuk mencebuti alam perniagaan.
Kehadiran Program:

1. YBhg Datin Sri Bibi Zakiah bt Meraslam (Wakil Pemangku Pengerusi PERKEP
Malaysia)
2. YBhg Datin Zuriani bt Mohd Kamal (Pengerusi PERKEP Perak)
3. Ybhg Dato’ Ahmad Shalimin bin hj Ahmad
(Pengarah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak)
4. YBhg Dato’ Ahmad Rizal Abdul Rahman
(Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak)

Ahli-ahli Perkep Bukit Aman, Ahli Perkep Kontinjen Perak dan Kakitangan Perak Agro.
Kehadiran seramai 250 org

“ KELUARGA BAHAGIA PASUKAN SEJAHTERA”

(DATIN ZURIANI BINTI MOHD KAMAL)


PENGERUSI PERKEP KONTINJEN PERAK

20 APRIL 2018

Anda mungkin juga menyukai