Anda di halaman 1dari 4

SURAT PERJANJIAN PERNIAGAAN

PERJANJIAN INI diperbuat pada …….. hari bulan ……………….. tahun ………… antara PIHAK PERTAMA dan
PIHAK KEDUA (seperti ternyata di bawah).

Yang bertanda tangan di bawah ini:

1. Nama :

No. K/P :

Alamat :

No. Telefon :

Dalam hal ini bertindak atas nama dan peribadi yang selanjutnya disebut PIHAK PERTAMA.

2. Nama :

No. K/P :

Alamat :

No. Telefon :

Dalam hal ini bertindak atas nama dan peribadi yang selanjutnya disebut PIHAK KEDUA.

Kedua-dua pihak perlu memahami dan dipersetujui terlebih dahulu ISI KANDUNGAN SURAT
PERJANJIAN PERNIAGAAN.

FASAL 1
MAKSUD DAN TUJUAN

1. PIHAK PERTAMA bersetuju untuk membenarkan PIHAK KEDUA untuk menjalankan perniagaan
atas nama ………………………………… di mana lesen perniagaan SSM dan MPK adalah dimiliki oleh
PIHAK PERTAMA.

2. ……………………………….. akan menjalankan perniagaan berbentuk pembuatan dan penjualan


makanan dan minuman di gerai penjaja.

Page 1 of 4
FASAL 2
BENTUK MODAL PERNIAGAAN

PIHAK PERTAMA akan mengeluarkan modal permulaan berbentuk wang tunai RM …………………………
dan kelengkapan (seperti dinyatakan di bawah). Modal dan kelengkapan tersebut akan digunakan
untuk menjalankan urusan perniagaan oleh PIHAK KEDUA.

Senarai kelengkapan perniagaan:

1. XXX
2. XXX
3. XXX
4. XXX
5. XXX
6. XXX

FASAL 3
KEWAJIPAN PIHAK PERTAMA DAN PIHAK KEDUA

1. PIHAK PERTAMA akan memastikan modal, kelengkapan mencukupi serta lesen perniagaan SSM
dan MPK tidak tamat tempoh agar tidak menimbulkan sebarang masalah kepada syarikat.

2. PIHAK KEDUA akan memastikan modal, kelengkapan serta lesen perniagaan SSM dan MPK
digunakan dengan baik bagi menjalankan perniagaan.

3. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan antara PIHAK
PERTAMA dan PIHAK KEDUA.

4. PIHAK PERTAMA berhak mengambil berat tentang perjalanan perkembangan perjalanan


perniagaan dalam apa kaedah sekalipun.

5. PIHAK KEDUA akan memastikan rekod kewangan (wang keluar masuk) perniagaan disediakan
dengan teratur serta disimpan rapi di tempat yang selamat.

FASAL 4
JANGKA WAKTU

1. Perjanjian perkongsian perniagaan ini berlaku pada tanggal di mana surat ini ditandatangani oleh
kedua-dua pihak sehingga satu tempoh yang dipersetujui kelak.

2. Perjanjian ini akan diguna pakai untuk tempoh yang tidak akan dinyatakan atau selagi perniagaan
…………………………………………… masih beroperasi.

Page 2 of 4
FASAL 5
PENGAGIHAN KEUNTUNGAN

1. TIADA pengagihan keuntungan akan dilakukan.

2. Namun begitu, sebagai ganjaran atas usaha mengurus dan menjalankan perniagaan, PIHAK
KEDUA layak untuk menyimpan ………… peratus daripada hasil jualan harian. Manakala, PIHAK
PERTAMA selaku penyedia modal, kelengkapan serta lesen perniagaan SSM dan MPK layak
mengambil ……….. peratus daripada hasil jualan harian.

3. Pemberian ganjaran kepada PIHAK KEDUA oleh PIHAK PERTAMA akan dilakukan setiap pada hari
ke-30/31.

4. Tarikh pemberian ganjaran mungkin akan berubah mengikut keadaan dan hasil jualan semasa
berdasarkan persetujuan antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA. Tidak terikat pada tarikh
yang disebut pada Perenggan 2.

FASAL 6
KEWAJIPAN AHLI WARIS

Perjanjian ini tidak berakhir kerana salah satu pihak meninggal dunia, melainkan akan tetap
bersifat turun-temurun dan harus dipatuhi oleh para ahli waris atau penerima hak bagi pihak
masing-masing sehingga tempoh persetujuan tamat seperti yang terkandung dalam FASAL 4
(dalam Perenggan 2).

FASAL 7
PENYELESAIAN PERSELISIHAN

1. Hal-hal yang belum terkandung dalam perjanjian ini akan diuruskan dan diselesaikan secara
kekeluargaan melalui kaedah musyawarah untuk muafakat oleh kedua-dua pihak.

2. Apabila terjadi perselisihan dan tidak dapat diselesaikan secara kekeluargaan atau musyawarah
untuk muafakat, kedua-dua pihak bersepakat untuk menyelesaikannya secara hukum dan kedua-
dua pihak telah sepakat untuk memilih tempat tinggal yang umum dan tetap di (MAHKAMAH
TINGGI NEGERI).

Page 3 of 4
FASAL 8
HARTA PERNIAGAAN

1. Semua kelengkapan diberikan secara pinjaman kepada PIHAK KEDUA oleh PIHAK PERTAMA
kecuali yang dibeli/dimiliki sendiri oleh PIHAK KEDUA.

2. Kegunaan kelengkapan milik PIHAK PERTAMA perlulah berkaitan dengan kepentingan


perniagaan. Jika kegunaan kelengkapan yang bersifat peribadi perlulah mendapat persetujuan
PIHAK PERTAMA.

PENUTUP

Surat perjanjian perniagaan ini dibuat dalam EMPAT (4) muka surat dan ditandatangani oleh kedua-
dua pihak di (---tempat---) pada tarikh …………………………… di mana masing-masing pihak berada dalam
keadaan sedar dan waras serta tanpa adanya paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak yang
berkepentingan.

DUTI SETEM – Kos duti setem ke atas Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK
PERTAMA dan PIHAK KEDUA.

PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS, pihak-pihak di sini telah menandatangani perjanjian ini pada
tarikh seperti mana di muka surat 1 di atas.

Ditandatangani :-

PIHAK PERTAMA:-

Tandatangan :

Nama Penuh :

No. K/P :

PIHAK KEDUA:-

Tandatangan :

Nama Penuh :

No. K/P :

Page 4 of 4

Anda mungkin juga menyukai