Anda di halaman 1dari 3

SURAT PERJANJIAN

SEWA TAPAK LOT TANAH


BAHAWA Perjanjian Bertulis ini diperbuat di Baling, dalam Daerah Baling, Negeri
Kedah Darul Aman, pada 15 hb Februari 2011,
DI ANTARA
1. HAMZAH BIN OTHMAN , pemegang kad pengenalan no. 710616-025625 , yang beralamat di, Kampung Padang Keras, Jalan Chepir,
08200 Sik, Kedah Darul Aman.
DAN
2. ABD. RAHMAN BIN MAT RAMLI , pemegang kad pengenalan no.
850529-10-5015 , yang beralamat di, Bt58, Jalan Weng, , 09100
Baling, Kedah Darul Aman, yang selepas ini disebut sebagai PIHAK
KEDUA (Di Satu Pihak yang Lain).
DAN adalah kedua-dua pihak seperti mana tersebut di atas, dalam memeterai
Perjanjian ini telah pun secara bersama mengaku serta berikrar telah bersetuju
dan menerima kepada syarat-syarat atau terma-terma kepada Perjanjian ini dan
menurunkan tandatangan masing-masing di hadapan saksi-saksi seperti mana di
bawah, seperti berikut :
SYARAT-SYARAT ATAU TERMA-TERMA PERJANJIAN :
1. PIHAK-PIHAK PERTAMA mengaku adalah waris-waris dan wasi-wasi kepada
si mati bernama AWANG BOH BIN JUSOH, yang merupakan pemilik
berdaftar dan tuan punya 1 / 1 bahagian kepentingan ke atas sebidang lot
tanah yang dikenali dengan hakmilik , No. Lot : 638 yang letaknya di
kawasan Mukim Siong, Baling Kedah Darul Aman., yang selepas ini disebut
Lot Tanah.
2. Pada hari ini, PIHAK PERTAMA mengaku telah bersetuju menyewakan 1 / 1
bahagian kepentingan milik si mati tersebut kepada PIHAK KEDUA untuk
tempoh masa selama sepuluh (10) tahun, berkuatkuasa mulai 20.01.2014
sehingga 19.02.2024 dengan harga sewaan tapak secara bayaran sewa
tahunan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja).
3. PIHAK PERTAMA juga bersetuju bagi tahun pertama dan tahun kedua,
PIHAK KEDUA tidak perlu membayar sebarang caj sewaan. Caj sewaan
tapak lot tanah dikenakan pada sewaan bagi tahun ketiga dan seterusnya.
4. PIHAK KEDUA mestilah menjelaskan bayaran sewaan tahunan bagi tahun
ketiga dan seterusnya kepada PIHAK PERTAMA tanpa sebarang
penangguhan.
5. Pada hari ini, PIHAK PERTAMA akui telah pun menyerahkan keseluruhan 1 /
1 bahagian ke atas lot tanah tersebut kepada PIHAK KEDUA untuk
diusahakan oleh PIHAK KEDUA dan apa-apa hasil pendapatan ke atas lot
tanah tersebut adalah menjadi hak dan kepentingan PIHAK KEDUA sahaja.
6. Sepanjang tempoh Perjanjian ini masih dalam kuat kuasa, PIHAK PERTAMA
atau wakilnya adalah dilarang sama sekali daripada menjual atau

memindah milik atau memajak atau menyewa lot tanah tersebut kepada
pihak lain tanpa kebenaran dan persetujuan bertulis PIHAK KEDUA.

7. Sekiranya tempoh Perjanjian ini masih dalam kuatkuasa, PIHAK KEDUA


didapati telah tidak berminat lagi untuk menjalankan apa-apa usaha di
atas lot tanah tersebut, maka PIHAK KEDUA mestilah memaklumkan
kepada PIHAK PERTAMA dalam tempoh satu (1) bulan lebih awal sebelum
PIHAK KEDUA mengosongkan lot tanah tersebut.
8. Apabila tempoh sepuluh (10) tahun itu tamat, dan PIHAK KEDUA masih
berhasrat untuk meneruskan sewaan ke atas tapak lot tanah tersebut,
maka pada ketika itu satu perjanjian baru hendaklah ditandatangani oleh
kedua-dua pihak dan PIHAK PERTAMA dibolehkan menetapkan caj sewaan
baru yang berpatutan ke atas tapak lot tanah tersebut.
9. PIHAK KEDUA juga dilarang sama sekali daripada menanam apa-apa jenis
pokok atas tanaman yang berbentuk tanaman kekal di atas tapak lot tanah
tersebut selain tanaman kontan sahaja.
10.PIHAK KEDUA juga dilarang daripada membina sebarang bentuk struktur
binaan kekal di atas tapak lot tanah tersebut.
11.PIHAK KEDUA sepanjang tempoh menduduki atau mendiami di atas tapak
lot tanah tersebut, mestilah menjaga akan kebersihan persekitaran tapak
lot tanah tersebut supaya ianya menampakkan keceriaan.
12.Sekiranya berlaku kematian ke atas mana-mana satu pihak, maka
PERJANJIAN ini mestilah diambil alih oleh waris-waris atau wasi-wasi
kepada kedua-dua pihak dengan segala syarat-syarat atau terma-terma
sepertimana yang tersebut didalam Perjanjian ini TIDAK BOLEH DIPINDA
atau DI UBAH SUAI, melainkan dengan persetujuan bersama oleh keduadua pihak pada ketika itu.
13.Jika terdapat mana-mana satu pihak sepertimana tersebut di atas, didapati
melakukan perlanggaran kepada mana-mana bahagian kepada syaratsyarat atau terma-terma kepada perjanjian ini, maka pihak yang satu lagi
adalah berhak mengambil tindakan Undang-undang ke atas pihak yang
telah melakukan pelanggaran kepada syarat-syarat atau terma-terma
tersebut dan juga berhak menuntut apa-apa bayaran ganti rugi daripada
pihak yang telah melakukan perlanggaran tersebut.
14.Semua artikel sepertimana yang tersebut di atas, adalah ditakrifkan
sebagai PERJANJIAN dan ianya sebagai muktamad.
15.Sekian PERJANJIAN BERTULIS ini diperbuat.

PIHAK-PIHAK PERTAMA :-

................................................................................
(HAMZAH BIN OTHMAN)

PIHAK KEDUA :-

................................................................................
(ABD. RAHMAN BIN MAT RAMLI)

Diakui dan disahkan dihadapan saksi-saksi :-

1. ....................................................
2. ..............................................................
Nama :
Bakrizal Fahmi Abu Bakar
Nama :
No. KP : 811227145837
No. KP :

Anda mungkin juga menyukai