Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN PENYEWAAN TAPAK

HS(M) 2685 LOT PT 121 HUTAN KERIANG


BANDAR ALOR SETAR, DAERAH KOTA SETAR
NEGERI KEDAH

PERJANJIAN INI diperbuat pada 1 haribulan November tahun 2022

DI ANTARA

KU NAZMI B. K MOHAMAD@ KU MOHAMED (SELAKU PENTADBIR, NO. KP :


760623-02-5645) dan KU RASIDAH BINTI KU AHMAD (KP: 470323-02-5322) (selepas
ini disebut sebagai “Pemilik Tanah”) sebagai pihak pertama

DENGAN

Tetuan Adnan bin Abdul Rahman (No. KP : 601030-07-5825) dan mempunyai alamat
berdaftar di No. 49, Taman Desa Mutiara Lencongan Barat, 05050 Alor Setar Kedah
(selepas ini disebut sebagai “Penyewa”) sebagai pihak kedua.

BAHAWASANYA:-

i) Pemilik Tanah adalah tuan punya tanah berdaftar yang mempunyai hak, kepentingan
dan kawalan ke atas tanah GM 2685 Lot PT 121 , Bandar Alor Setar Daerah Kota Setar
Negeri Kedah.

ii) Tanah tersebut adalah digunakan sebagai tapak perniagaan medan selera (food court)
(selepas ini dipanggil Tapak Tersebut”)

iii) Pemilik Tanah telah bersetuju untuk menyewa sebahagian Tapak Tersebut dengan
anggaran keluasan 7200 kaki persegi kepada Penyewa dan melantik Penyewa untuk
mengurus, mengawal, menyelenggarakan dan menjalankan perniagaan di atas Tapak tersebut.

[Sesalinan pelan lokasi dilampirkan dan ditandakan dengan lakaran BERLOREK pada pelan
lokasi yang dilampirkan dalam Perjanjian ini].

1
iv) Penyewa telah bersetuju untuk menerima penyewaan tersebut untuk menjalankan
Operasi Tapak tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam
Perjanjian ini.

MAKA DENGAN INI kedua-dua belah pihak bersetuju dengan syarat-syarat berikut:-

1.0 TEMPOH PENYEWAAN

1.1 Sebagai balasan Penyewa membayar Sewa Bulanan dan melaksanakan segala
syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini. Pemilik Tanah bersetuju
menyewakan Tapak Tersebut kepada Penyewa selama TIGA (3) TAHUN mulai
daripada 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2025 (selepas ini disebut sebagai
“Tempoh Penyewaan”).

1.2 Pilihan untuk melanjutkan terhadap tempoh penyewaan adalah selama DUA
(2) TAHUN tertakluk kepada penilaian semula kadar sewa yang ditetapkan sebelum
ini dan syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Pemilik Tanah.

1.3 Penyewa hendaklah menyerahkan Tapak Tersebut kepada Pemilik Tanah


secara aman selepas tamat Tempoh Penyewaan.

1.4 Tanpa sebarang syarat atau memberi apa-apa sebab, mana-mana pihak boleh
menamatkan perjanjian ini dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis
kepada pihak yang satu lagi . Mana-mana pihak tidak berhak menuntut sebarang
pampasan atau gantirugi jika perjanjian ditamatkan di bawah klausa ini kecuali
bagi perkara di bawah klausa 2.0 .

1.5 Tertakluk kepada peruntukan Klausa 1.1, Pemilik Tanah berhak untuk
memberi tempoh lanjutan terhadap tempoh penyewaan berdasarkan tahun ke tahun
tetapi kebenaran untuk pelanjutan masa di bawah Klausa 1.4 akan tertakluk
kepada terma-terma dalam Perjanjian ini kecuali terma khusus berkaitan dengan hak
pelanjutan tempoh yang akan ditentukan semula oleh Pemilik Tanah.

2.0 SEWA

2.1 Penyewa hendaklah membayar sewa bulanan sebanyak RM1600.00


(Ringgit Malaysia SERIBU ENAM RATUS SAHAJA)

2
2.2 Sewa hendaklah dibayar pada setiap awal bulan tanpa sebarang potongan pada
satu (1) haribulan atau selewat-lewatnya pada sepuluh (10) haribulan.

2.3 Selain dari hak-hak, kuasa-kuasa atau remedi-remedi bagi Pemilik Tanah,
sekiranya Penyewa gagal menjelaskan sewa atau sebahagian daripadanya dalam
tempoh yang telah ditetapkan dalam Klausa 2.2 di atas (samada suatu tuntutan dari
segi undang-undang telah dibuat atau tidak), Pemilik Tanah berhak mengenakan
Penyewa caj kelewatan sebanyak satu peratus (1%) sehari dari Sewa Bulanan yang
tertunggak dan dikira pada setiap hari sehingga kesemua jumlah Sewa Bulanan yang
tertunggak diselesaikan sepenuhnya oleh Penyewa

2.4 Selain dari hak-hak, kuasa-kuasa atau remedi-remedi bagi Pemilik Tanah,
sekiranya Penyewa gagal untuk menjelaskan Sewa Bulanan (samada dituntut oleh
Pemilik Tanah atau tidak) selama tiga bulan berturut-turut, Pemilik Tanah berhak
menamatkan Perjanjian ini.

3.0 SYARAT TERDAHULU

3.1 Sebagai satu syarat terdahulu sebelum pelaksanaan dan penguatkuasaan


Perjanjian ini, Penyewa hendaklah sebelum atau pada tarikh Perjanjian ini memenuhi
syarat-syarat berikut :-

(a) memohon, mendapatkan kelulusan lesen dan lain-lain kelulusan jika diperlukan
untuk menjalankan Operasi Tapak tersebut daripada mana-mana pihak atau pihak
berkuasa yang berkaitan terlebih dahulu sebelum memulakan Operasi Tapak
tersebut;

(b) menjelaskan Sewa Bulanan bagi bulan pertama Tempoh Penyewaan iaitu RM
1600.00 (RINGGIT MALAYSIA : SERIBU ENAM RATUS SAHAJA)

4.0 OBLIGASI PENYEWA

4.1 Penggunaan Tapak Dan Larangan – Larangan

(a) Tapak Tersebut hendaklah digunakan khusus untuk perniagaan makanan


sahaja;

3
(b) Penyewa dilarang menggunakan Tapak Tersebut bagi sebarang tujuan
haram dan/atau tidak bermoral yang melanggar mana-mana undang-undang,
peraturan-peraturan, undang-undang kecil atau perintah-perintah yang sedang
berkuatkuasa di Malaysia.

(c) Penyewa dilarang melakukan atau membenar dilakukan perkara-perkara yang


boleh menyebabkan kacau ganggu atau memberi sebab munasabah untuk mana-
mana orang yang berada di persekitaran kawasan Tapak Tersebut atau bangunan-bangunan
yang berhampiran dengan Tapak Tersebut untuk membuat aduan.

4.2 Mencuci, Menjaga Kebersihan Dan Menyelenggara Tapak

a) Penyewa hendaklah sentiasa memelihara, menjaga kebersihan dan menjalankan kerja-


kerja penyelengaraan Tapak Tersebut agar ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan
memuaskan. Segala kos pemeliharaan, penjagaan kebersihan dan penyelenggaraan Tapak
Tersebut adalah ditanggung oleh Penyewa sepenuhnya.

b) Penyewa hendaklah menjalankan kerja – kerja penyelenggaraan dan pembersihan


Tapak Tersebut dan lain-lain yang berkaitan. Penyewa bertanggungjawab untuk
mengendalikan kerja-kerja berkaitan dengan pencucian dan pembersihan serta pembuangan
sampah atau bahan-bahan buangan, penyelenggaraan taman dan lain-lain.

4.3 Larangan Menyerah Hak Sewa Tapak

(a) Penyewa dilarang menyewa, melepaskan atau menyerah hak samada sebahagian
atau sepenuhnya Tapak tersebut samada dalam bentuk sewaan, sewaan kecil, pajakan
atau surat kuasa apa-apa kepentingan, obligasi atau tanggungan di bawah Perjanjian
ini kepada mana-mana pihak ketiga kecuali dengan kebenaran bertulis daripada
Pemilik Tanah.

(b) Kebenaran bertulis yang diberikan oleh Pemilik Tanah tidak akan melepaskan
tanggungjawab dan obligasi Penyewa di bawah Perjanjian ini.

4
PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN DI ATAS, pihak-pihak dalam PERJANJIAN
INI telah menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun seperti yang mula-mula
bertulis di atas.

Ditandatangani oleh :

PEMILIK TANAH

..........................................................
(KU NAZMI BIN KU MOHAMAD @ KU MOHAMED -Pentadbir)
No. KP : 760623-02-5645

…………………............................
(KU RASIDAH BINTI KU AHMAD - Pemilik)
No. KP : 470323-02-5322

Saksi ;-

…………………………..…….....
Nama :
No KP :

Dan

PENYEWA Saksi:-

…………………………........ .........................................................
Nama: Nama:
No. KP : No. KP :

Anda mungkin juga menyukai