Anda di halaman 1dari 6

PERJANJIAN SEWA RUMAH

KEDIAMAN
ANTARA

MOHD FARID BIN LATIF


841114-04-5183
(TUAN RUMAH)

DAN

SHAHRANI BIN MOHD BAKRI


570706–08-6227
(PENYEWA)

PADA 25 JANUARI 2017


MAKA PENYEWA DI SINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI
BERIKUT:

1. Tuan rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat NO.50,
JALAN BKI 6, TAMAN BUKIT KATIL INDAH, 75450 MELAKA

2. Tuan rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju


untuk menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang rumah di alamat seperti
di atas.

3. Penyewaan ini adalah untuk tempoh selama 6 BULAN bermula


03 FEBRUARY 2017 sehingga 03 OGOS 2017 tertakluk pada syarat-syarat
yang terkandung di dalam surat perjanjian ini.

4. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewabulanan sebanyak


Ringgit Malaysia SEMBILAN RATUS RINGGIT SAHAJA (RM900) sebulan dan
hendaklah dibayar terlebih dahulu atau sebelum 03 haribulan (tiap-tiap bulan)

5. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani perjanjian ini


sebanyak Ringgit Malaysia SATU RIBU LAPAN RATUS (RM1800) sebagai
cagaran 2 BULAN SEWA dan sebanyak Ringgit Malaysia SEMBILAN RATUS
(RM900) pendahuluan sewa bulan pertama (FEBRUARI) serta Ringgit
Malaysia TIGA RATUS (RM300) sebagai cagaran bil utiliti (elektrik & air) untuk
memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini.

6. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan


sebahagian dari rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari
kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip
kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan seterusnya Tuan
Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan
dalam surat perjanjian ini.

7. Tidak membenarkan dan melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan


tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam rumah tesebut
dengan apa cara sekalipun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari
Tuan Rumah.

8. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan rumah tersebut


termasuk kaki lima, ruangan sekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan
olehTuan Rumah atau wakil-wakil yang diberi kuasa oleh Tuan Rumah.

9. Menjaga dan memastikan keadaan barangan di dalam rumah yang dimiliki


olehTuan Rumah iaitu segala perabot, barangan elektrik dan lain-lain sentiasa
berada dalam keadaan baik sepanjang penyewaan. Tuan Rumah berhak
menuntut ganti rugi di atas kerosakkan yang dilakukan oleh penyewa.

10. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya
atau pekerja-pekerja yang diupah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah
memasuki rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikan
kepada rumah tersebut yang mana Tuan Rumah mengangga adalah
mustahak.

11. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakkan yang disebabkan oleh


penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan
kebenaran penyewa kepada kawasan bangunan , longkang ataupun lain-lain
bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua
perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakkan itu yang
disebabkan oleh penyewa

12. Penyewa bersetuju untuk menyewa rumah tersebut dalam keadaan baik dan
bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali
rumah tersebut dalam keadaan sama kepada Tuan Rumah dan menanggung
bayaran membersih jika Tuan Rumah mengupah orang untuk
membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun
ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH

1. Akan membayar cukai pintu, cukai tanah,INDAH WATER, bil penyelenggaraan


yang dikenakan ke atas rumah tersebut.

2. Membaiki sebarang kerosakkan besar yang menimpa ke atas rumah tersebut


yang mana ianya bukan disebabkan oleh kelalaian dan juga memperbaiki apa-
apa kerosakkan biasa yang disebabkan oleh “Fair Wear dan Tear” dan Tuan
Rumahbertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja
pembaikan ke atas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.

3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran bil ulitili (elektrik dan air)
penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat
dimana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan
bil-bil yang tertunggak atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua
kerosakkan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai
pihak penyewa,kakitangan, atau wakilnya.

4. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum


penyewa mendiami rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan
tingkap berada dalam keadaan baik, system pendawaian rumah dan bekalan
air boleh digunakan dengan baik dan selamat.

PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA:

1. Tuan Rumah hendaklah menyerahkan kunci rumah kepada penyewa selepas


penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh
kedua-dua pihak.

2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau penyewa
adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah
kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera.

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan


berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang
dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran
diterima pada tarikh yang telah dipersetujui , wang cagaran akan digunakan
untuk membayar tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk
menamatkan perjanjian penyewaan ini.

4. Sekiranya penyewa berkehandakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila


tempoh sepertimana terkandung di dalam perjanjian initamatmaka penyewa
mestilah memberitahu kepada Tuan Rumah tidak kurang dari DUA (2) BULAN
SEBELUM tamat tempoh penyewaan tersebut.

5. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya


berlaku pelanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehandakkan semula
ruah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari
SATU (1) BULAN notis kepada penyewa.

6. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis tidak kurang


dari DUA (2) BULAN kepada Tuan Rumah atau wang cagaran idak akan
dikembalikan.

7. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewadari membayar


kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang
dinyatakan dalam perjanjian ini.
PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam
perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang
tersebut di atas.

………………………………….. …………………………………

TUAN RUMAH PENYEWA

MOHD FARID BIN LATIF SHAHRANI BIN MOHD BAKRI

841114-04-5183 570706–08-6227

25 JANUARI 2017 25 JANUARI 2017

…………………………………. ……………………………………

SAKSI SAKSI

NAMA: NAMA:

NO IC: NO IC:

TARIKH: TARIKH:

Anda mungkin juga menyukai