Anda di halaman 1dari 5

Surat Perjanjian Sewa Kedai:

Pendahuluan:

Perjanjian diperbuat pada 12.2.2021 di antara KRISHNA ENTERPRISE di alamat No 14,


Lot 955 Batu 266 Jalan Simpang Morib, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan kemudian
selepas ini dipanggil ‘Tuan Rumah' dan Sathiya Raju A/L S Satyvell di alamat No 98,
Kampung Permatang Pasir, 42700 Banting kemudian selepas ini dipanggil 'Penyewa'.
Bahawasanya Tuan Kedai adalah tuan punya berdaftar ke atas Premis yang dikenali sebagai
No 14, Lot 955 Batu 266 Jalan Simpang Morib, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
kemudian dari ini disebut "Premis Tersebut" dan bahawasanya Tuan Kedai tersebut dengan
ini bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersedia menyewa Premis tersebut selama 1
tahun tempoh tertakluk kepada syarat-syarat serta terma-terma yang terkandung dibawah ini.
___________________________________________________________________________
Maka adalah dengan ini dipersetujui seperti berikut :-

1.Tuan Kedai bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju untuk menyewa Premis
tersebut selama 1 tahun tempoh bermula pada 12.2.2021 dan berakhir pada 12.2.2022 dengan
sewa bulanan sebanyak RM1000 sahaja pada enam bulanan pertama. Hal ini disebabkan
memberi keutamaan kepada perjalanan lancar perniagaan anda. Selepas enam bulan, sewa
bulanan akan ditukar sebanyak RM1200 sebulan dan tiap-tiap bulan semasa berkuatkuasanya
tempoh perjanjian dan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di
bawah ini.

2.Penyewa dengan ini berjanji dan bersetuju dengan Tuan Kedai seperti berikut;

(a)Penyewa akan membayar kepada Tuan Kedai sejumlah Ringgit Malaysia (NILAI
CENGKERAM DALAM PERKATAAN) (RMXXX.00) sahaja serta merta dengan
perlaksanaan perjanjian ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Cengkeram (TEMPOH
CANGKERAM) bulan” dan “sewa satu (1) bulan") dimana Tuan Kedai mengakui
penerimaannya untuk mempastikan kepatuhan dan perlaksanaan kehendaksyarat-syarat
perjanjian ini.

(b)Penyewa juga harus membayar deposit untuk bekalan eletrik dan air sebanyakRinggit
Malaysia(NILAI DEPOSIT ELETRIK DAN AIR DALAM PERKATAAN) (RMXXX.00)
sahaja (kemudian dari ini dirujuk sebagai “Deposit Elektrik dan Air”).
(c) Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sewa yang disebut sebelum ini,sebelum
tarikh dengan cara yang disebut sebelum ini.

(d)Penyewa akan mengganti atau memperbaiki apa-apa kerosakan yang dibuat keatasPremis
tersebut atau mana-mana bahagiannya oleh Penyewa diatas perbelanjaan dankos Penyewa
dengan kebenaran dari Tuan Rumah.

(e)Penyewa akan membayar dan menjelaskan semua bil-bil bekalan elektrik dan airyang
digunakan di Premis tersebut sepanjang tempoh perjanjian dan bil-bil bayaran dibuat harus
diberikan kepada Tuan Rumah sebagai bukti.

(f)Penyewa akan membenarkan Tuan Rumah atau sesiapa yang diberikuasa oleh Tuan
Rumah untuk memasuki Premis atau mana-mana bahagiannya untuk memantaudan
memeriksa keadaan Premis tersebut pada masa yang sesuai. Atas tujuan pemeriksaan ini
Tuan Rumah hendaklah memberikan makluman atau notis 24 jam kepada penyewa sebelum
memasuki premis atau mana-mana bahagiannya.

(g)Penyewa tidak dibenarkan melakukan atau membenarkan atau mengarahkan apa-apa


pindaan atau tambahan atau menukarkan apa-apa pemasangan dan lekapan tanpa kebenaran
Tuan Rumah terlebih dahulu secara bertulis. Sekiranya apa-apa pindaan atau tambahan
dibenarkan maka ianya akan dilakukan oleh Penyewa dengan perbelanjaannya sendiri tanpa
hak menuntut apa-apa sumbangan atau pertolongan dari Tuan Rumah.

(h)Penyewa tidak akan menyerahkan, menyewa, melupuskan, melepaskan atau berkongsi


milikan Premis atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis Tuan Rumah terlebih dahulu.

(i) Penyewa akan sentiasa menjaga tanam-tanaman kelekapan dengan memelihara


danmenjaga rumput, pokok-pokok bunga dan tidak akan memotong/menebang pokok- pokok
buah-buahan dan bunga tersebut tanpa kebenaran terlebih dahulu daripadaTuan Rumah.

(j) Penyewa akan mempastikan Premis tersebut sentiasa didalam keadaan bersih.

(k) Penyewa akan menyimpan dan memelihara Premis tersebut termasuk longkang,
pendawaian eletrik, pembetungan najis dan semua cermin dan tingkap, penutup kunci dan
semua lengkapan dan pemasangan kepunyaan Tuan Rumah dalam keadaan baik sepanjang
tempoh penyewaan.
(l) Penyewa tidak menebuk mana-mana bahagian dinding, lantai dan siling rumah tersebut
dengan apa-apa cara sekalipun termasuk paku, skru dan sebagainya dansentiasa menjaga
permukaan lantai, cermin, siling serta dinding bersih tanpa calar.

(m) Penyewa tidak akan melakukan atau membenarkan di lakukan atau


mungkinmenimbulkan gangguan, kerosakan, kemarahan kepada Tuan Rumah atau kepada
penghuni yang berjiran dengan Premis.

(n) Sekiranya sewa yang ditetapkan atau apa-apa bahagian darinya tidak dibayar selama tujuh
(7) hari selepas tarikh kena dibayar atau sekiranya Penyewa tidakmematuhi atau
melaksanakan mana-mana syarat, maka dengan demikian adalah sah bagi Tuan Rumah
mengusir Penyewa dari Premis tersebut dengan serta merta dan perjanjian ini dianggap tamat
tempohnya.

(o) Penyewa tidak akan membawa atau menyimpan apa-apa barang yang mudah terbakar atau
merbahaya dan tidak membenarkan apa-apa atas sebab tersebut yang boleh membatalkan
apa-apa polisi insuran kebakaran yang sedang berkuatkuasa.

(p) Sekiranya Penyewa hendak menamatkan tempoh sewa Premis tersebut sebelumtamat
tempoh perjanjian sewa ini maka Penyewa harus memberikan notis dua (2) bulan sebelum
beliau mengambil keputusan keluar dari Premis tersebut kepada Tuan Rumah begitu juga
sebaliknya.

(q)Penyewa akan mengosongkan dan menyerahkan Premis tersebut secara aman kepada Tuan
Rumah dalam keadaan baik dan boleh diduduki mengikut syarat-syarat dan terma-terma
Penyewa yang terkandung didalam Perjanjian ini.

(r) Penyewa tidak akan menggunakan Premis tersebut untuk perkara-perkara yangmenyalahi
undang-undang negara dan hanya boleh menggunakan Premis tersebut bagi maksud pejabat
atau perniagaan sahaja.

3. Tuan Rumah dengan ini bersetuju dengan penyewa seperti berikut :-

(a)Tuan Rumah akan menjelaskan hasil rumah/premis dan hasil tanah premis tersebut
setiaptahun seperti sebelum perjanjian ini dibuat.

(b)Tuan Rumah akan sentiasa memantau dan menjaga struktur utama premis tersebut
termasuk dinding, atap, rangka tingkap supaya sentiasa berada dalam keadaan terjaga dan
selamat digunakan.
(c)Tuan Rumah berjanji akan membenarkan penyewa menduduki atau mempunyaikebebasan
menduduki Premis tersebut tanpa gangguan daripada Tuan Rumah tertakluk kepada
kepatuhan penyewa dalam membuat bayaran sewa bulanan serta mematuhi terma-terma atau
syarat-syarat lain dalam perjanjian ini,

(d) Pada tarikh penamatan perjanjian ini Tuan Rumah hendaklah memulangkan semua
Cengkeram(TEMPOH CANGKERAM) bulan yang diberikan oleh penyewa di bawah klausa

2 (a) dan Deposit Elektrik dan Air dibawah klausa

2 (b) tanpa apa-apa faedah. Tuan Rumah berhak memotong sejumlah wang daripada
Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulantersebut untuk ganti rugi atau pembayaran
yang dirujuk dalam klausa 4 (c) sahaja.

(e) Sekiranya penyewa ingin menyambung selama setahun lagi tempoh penyewaan
Premistersebut selepas berakhirnya tempoh penyewaan ini, Penyewa hendaklah memberikan
notisdua (2) bulan awal sebelum berakhirnya tempoh penyewaan premis tersebut kepada
TuanRumah dengan menyatakan kehendaknya untuk menyambung lagi tempoh sewa
Premistersebut. Sekiranya sewaktu tempoh penyewaan Premis tersebut Penyewa sentiasa
mematuhisyarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini maka Tuan Rumah hendaklah
memberikebenaran kepada penyewa untuk menyambung tempoh penyewaan untuk tempoh
satu tahunlagi daripada tarikh tertamatnya perjanjian ini.

4. Adalah kedua-dua pihak bersetuju bahawa

(a) Penyewa tidak berhak menolak apa-apa sewa dari Cengkeram


(TEMPOHCANGKERAM) bulan tersebut atau apa-apa bahagian darinya tanpa kebenaran
Tuan Rumah.

(b) Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan tersebut tidak akan digunakan atau ditolak
oleh Tuan Rumah untuk apa-apa pembayaran bagi letrik air dan bil-bil yang terhutang

oleh Penyewa apabila perjanjian ini ditamatkan.

(c) Apa-apa baki Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan setelah ditolak bayaranuntuk
pembaikan ke atas apa-apa kerosakan di Premis tersebut yang diakibatkan olehPenyewa akan
dipulangkan kepada Penyewa tanpa apa-apa faedah.

***************************************************************************
Penurunan Tandatangan:

1. Penyewa (beserta Nama & IC)

2. Saksi bagi Penyewa (beserta Nama & IC)

3. Tuan Rumah (beserta Nama & IC)

4. Saksi bagi Tuan Rumah (beserta Nama & IC

Anda mungkin juga menyukai