Anda di halaman 1dari 2

KONTRAKPEKERJAAN

PERJANJIAN ini dibuat pada ......... hari bulan ………................ 20...... di antara LA EATS
(selepas ini dirujuk sebagai “Majikan”) di satu pihak
dan .......................................................................... No. Kad Pengenalan. ….........................
(selepas ini dirujuk sebagai “Pekerja”) di pihak satu lagi.

Majikan dengan ini telah bersetuju melantik ..........................................


(nama), ................................(no kad pengenalan) dengan syarat-syarat dan terma pekerjaan
seperti dibawah.

1. Jawatan : RUJUK SURAT TAWARAN

2. Tempoh Kontrak : Tiada tempoh tetap

3. Lokasi Kerja : alamat

4. Waktu Bekerja : 7:00 pagi – 4:00 petang

Bekerja selama 12 jam sehari (termasuk 1 jam 30 minit rehat) dan 6 hari seminggu
dan jadual kerja akan diatur oleh majikan.

5. Gaji

Pekerja akan dibayar gaji bulanan. Gaji akan dibayar sekali pada 24 hari bulan
setiap bulan.

6. Cuti

Majikan akan membenarkan dan/atau memberikan cuti kerja kepada Pekerja


bersesuaian dengan keadaan seperti berikut :

I. Cuti Sakit / MC jika perlu.


II. Cuti Rehat Mingguan sebanyak satu (1) hari dalam seminggu (Jumaat)
III. Cuti Peristiwa apabila kedai tidak dapat beroperasi diatas sebab tertentu.
IV. Cuti Tahunan.

7. Latihan

Latihan sambil bekerja akan disediakan.

8. Larangan-Larangan

I. Pekerja tidak dibenarkan melakukan apa-apa perbuatan keji atau sumbang


menurut adat-istiadat masyarakat setempat, atau melanggar mana-mana
peraturan kerja am semasa dalam tempoh pekerjaan.
II. Pekerja tidak boleh melakukan apa-apa kegiatan yang bercanggah dengan
undang-undang Malaysia.
III. Pekerja tidak dibenarkan untuk mendapatkan keuntungan dan faedah dalam
perjanjian berasingan atau bersama dengan individu, institusi atau organisasi
lain semasa bekerja dan dalam waktu bekerja dengan pihak majikan.
IV. Pekerja tidak dibenarkan untuk berkongsi maklumat sulit mengenai
syarikat,majikan, operasi kerja dan segala yang berkaitan dengan pihak luar.

9. Penamatan Kontrak Pekerjaan

Majikan berhak untuk menamatkan kontrak pekerjaan jika mendapati pekerja telah
melanggar terma-terma dan syarat perkhidmatan atau mendapati pekerja telah
melanggar undang-undang Malaysia.

Pekerja dikehendaki memberikan notis selama 14 hari sebelum tarikh berhenti.

Majikan juga berhak menamatkan kontrak ini tanpa notis jika perkara-perkara berikut
berlaku:-

a) Pekerja tidak hadir bekerja selama dua (2) hari berturut-turut tanpa sebab.
b) Pekerja melakukan satu atau lebih larangan seperti yang dinyatakan di klausa 8.

10. Majikan berhak menahan sebahagian atau keseluruhan gaji sekiranya pekerja
melanggar mana-mana peraturan yang termaktub diatas.

11. Dengan ini, pihak Majikan dan Pekerja telah bersetuju dengan segala apa yang
termaktub di dalam kontrak ini.

Yang benar,

.................................................
nama,
Pengurus,
company.

PENGAKUAN PEKERJA:

Saya, .......................................... (Nama Pekerja), pemegang kad pengenalan


bernombor ................................ dengan ini mengakui telah membaca dan memahami dan
dengan ini bersetuju dengan segala syarat-syarat perkhidmatan seperti yang termaktub di
atas.

................................... .............................................
(Tandatangan Pekerja) (Tarikh)

Anda mungkin juga menyukai