Anda di halaman 1dari 1

THE RIGALS WORLDWIDE TRADING (003147984-X)

32 JALAN PS 3 TAMAN PRIMA SELAYANG 68100 BATU CAVES


SELANGOR.
01169999378

__________________________________________________________________________________________

01 September 2022

Kepada Cik Umaimah Binti Muhd Yusri,

PER : SURAT TAWARAN PEKERJAAN SEBAGAI PEMBANTU ADMIN

Merujuk perkara di atas, dengan sukacita syarikat kami ingin menawarkan jawatan sebagai PEMBANTU
ADMIN. Kami percaya bahawa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman anda akan menjadi antara aset kami
yang paling berharga dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan. Anda dikehendaki
mendaftar di syarikat kami pada 15 SEPTEMBER 2022 dengan melengkapkan borang penerimaan tawaran
yang dilampirkan.

Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:

      1. Hari & Waktu Bekerja 


Tempoh bekerja adalah tetap, bermula pada pukul 10 pagi sehingga 6 petang (Isnin-Jumaat).
Anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama sebulan (1 bulan).

      2. Gaji dan Elaun


Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh percubaan dan RM600
sebulan selepas tempoh percubaan. Anda juga akan diberikan elaun kedatangan sebanyak RM100
sebulan. Sebarang kenaikan atau percubaan gaji (jika perlu), akan dibincangkan bersama dengan pihak
pengurusan syarikat.

      3. Potongan KWSP dan SOCSO


      Potongan KWSP dan SOCSO akan dilakukan selepas tamat tempoh percubaan.

      4. Cuti Tahunan
Anda diberikan cuti tahunan sebanyak 30 hari setahun yang diberikan secara pukul rata
(prorated). Permohonan cuti hendaklah dilakukan 1 minggu lebih awal.

      5. Tugas dan Tanggungjawab


      Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak 
      pengurusan. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke 
      semasa. Kami yakin anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan. Walau 
      bagaimanapun, jika anda menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu-alukan merujuk kepada 
      pihak pengurusan.

      6. Penamatan Kerja
          Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua-dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan notis 1
bulan lebih awal. Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan
organisasi ini.

Yang benar,

Aleya Lokman
.......................................
NUR ALEYA BINTI MOHD LOKMAN
PENGARAH URUSAN THE RIGALS WORLDWIDE TRADING

Anda mungkin juga menyukai