Anda di halaman 1dari 7

PERJANJIAN PENYEWAAN KEDAI UNTUK

PERNIAGAAN

ALAMAT KEDAI SEWA:


___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

DIANTARA

___________________
(TUAN KEDAI)

DAN

____________________
(PENYEWA)

PADA:
_______________________
(TARIKH PERJANJIAN)
BIL PERKARA MAKLUMAT
Hari dan Tahun Perjanjian
1.
dibuat

PEMILIK

2. NAMA :
NO.KAD PENGENALAN :
NO.TELEFON :

PENYEWA

3. NAMA :
NO.KAD PENGENALAN :
NO.TELEFON :

4. Alamat premis yang disewa

5. Jenis Bangunan

6. Tarikh berkuatkuasa

7. Sewa Bulanan

8. Jenis & Tarikh Pembayaran

9. Wang Cagaran Pendahuluan

10. Tempoh Sewaan

PERJANJIAN dibuat pada _______________________ di antara


_________________________________________ (Tuan Kedai) di alamat
___________________________________________________________
____________________ (kemudian selepas ini dipanggil ‘Pemilik’) dan
_________________________________ (penyewa) di alamat
___________________________________________________________
________________________________ (kemudian selepas ini dipanggil
‘Penyewa’).

BAHAWASANYA

Pemilik adalah tuan punya berdaftar ke atas Premis yang dikenali sebagai
___________________________________________________________
______________________ (alamat) (kemudian dari ini disebut “Premis
Tersebut”).

DAN BAHAWASANYA

Pemilik tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan Penyewa


bersedia menyewa Premis tertakluk kepada syarat-syarat serta terma-
terma yang terkandung dibawah ini.

MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN PEMILIK SEPERTI


BERIKUT:

1. Penyewa akan membayar kepada Pemilik sejumlah Ringgit Malaysia


DUA RIBU RINGGIT (RM2,000.00) sahaja serta merta dengan
perlaksanaan perjanjian ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai “Cagaran 2
bulan”) dimana Pemilik mengakui penerimaannya untuk memastikan
kepatuhan dan perlaksanaan kehendak syarat-syarat perjanjian ini.

2. Penyewa akan menyewa Premis Tersebut sekurang-kurangnya bagi


tempoh 3 tahun dan sekiranya Penyewa ingin meninggalkan Premis
Tersebut sebelum 3 tahun itu. Penyewa perlulah berbincang dengan
Pemilik atau Cagaran 2 bulan tersebut tidak akan dikembalikan.

3. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Premis Tersebut dan/atau


sebahagian daripada Premis Tersebut digunakan untuk kegiatan haram,
menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau
perdagangan yang tidak sah dan perjudian, memberi perlindungan kepada
pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali pun.

4. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan


dan/atau sebahagian dari ruang premis tersebut kepada orang lain tanpa
terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari Pemilik dan sekiranya
penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Pemilik
berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain
dan/atau seterusnya Pemilik berhak mengambil apa-apa tindakan seperti
mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini.

5. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan


bentuk dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar atau
bahagian dalam Premis Tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pemilik.

6. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam


kawasan Premis dan/atau dimanasahaja dalam Premis Tersebut.

7. Tidak membawa dan/atau menyimoan didalam Rumah apa jua jenis


senjata, bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya kecuali
setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari
pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Pemilik.

8. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Premis Tersebut


termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling Premis
Tersebut.
9. Menjaga dan memastikan keadaan di dalam Premis tersebut sepanjang
tempoh penyewaan ini supaya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan
boleh diduduki (kerosakan oleh api, air, rebut taufan atau lain-lain bencana
alam dikecualikan).

10. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara
yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan
kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan
Premis berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insurans yang
melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran
menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.

11. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan


apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan
yang menyalahi undang-undang di Premis tersebut yang mana ianya boleh
mengganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang
penduduk di kawasan tersebut.

12. Penyewa bersetuju untuk menyewa Premis tersebut dalam keadaan


baik dan bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk
menyerahkan kembali Premis tersebut dalam keadaan sama atau lebih
baik kepada Pemilik.

TANGGUNGJAWAK PEMILIK:

1. Akan membayar cukai taksiran yang dikenakan ke atas Premis


Tersebut.
2. 2. Pemilik akan mengembalikan wang cagaran kepada PENYEWA
PADA HARI PENGHUJUNG penyewaan ini tertakluk kepada syarat-
syarat dimana wang cagaran boleh digunakan oleh Pemilik bagi
menjelaskan sewa premis yang tertunggak dan/atau untuk
perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan
daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lali pihak penyewa,
kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang
dikenakan ke atas penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung
dalam perjanjian ini dan/atau perbeanjaan yang ditanggung oleh
Pemilik untuk tujuan mengekalkan keadaan premis seperti keadaan
semasa perjanjian ini ditandatangani.

PERSETUJUAN PEMILIK DAN PENYEWA:

1. Pemilik hendaklah menyerah kunci premis kepada penyewa selepas


penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama
oleh kedua-dua pihak.

2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Pemilik atau


Penyewa, adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan
kunci rumah kepada Pemilik atau wakilnya dengan segera.

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke


bulan berikutnya, maka Penyewa bertanggungjawab membayar pada
tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Pemilik. Sekiranya tiada
bayaran diterima pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran
akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut dan Pemilik
berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan.

4. Pemilik berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya


berlaku perlanggaran atau bila mana Pemilik berkehendakkan semula
premis tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak
kurang dari satu (1) bulan notis bertulis kepada penyewa.
5. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis
bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan kepada Pemilik atau wang
cagaran tidak akan dikembalikan.

6. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari


membayar kepada Pemilik apa-apa bayaran yang tertunggak seperti
yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DIATAS pihak-pihak yang


tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan
mereka pada haribulan dan tahun yang tersebut di atas.
………………………………………………..
……………………………………………………………………

PEMILIK PENYEWA

………………………………… ………………………………..
Nama: Nama:
No. Kad Pengenalan: No. Kad Pengenalan:

Anda mungkin juga menyukai