Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN

ALAMAT KEDAI :

_____________________________
_____________________________
_____________________________

DI ANTARA

___________________________________________
(TUAN PREMIS)

DAN

___________________________________________
(PENYEWA)

PADA

__________________________
(Tarikh Perjanjian)
PERJANJIAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN

PERJANJIAN ini dibuat pada _________ haribulan _____________ , tahun ____________.

DI ANTARA

NAMA :____________________________________ (NO. K/P.: ______________________)


yang beralamat di ______________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
DAN
NAMA :____________________________________ (NO. K/P.: ______________________)
yang beralamat di ______________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(selepas ini dirujuk sebagai “Penyewa” yang mana sebutan di dalam isi kandungan yang dimaksudkan
meliputi hak pentadbiran harta Penyewa, waris dan orang yang mempunyai hak mentadbir harta pusaka
Penyewa)

BAHAWASANYA
A. Tuan Premis adalah pemilik sah dan berdaftar bagi unit kedai seperti alamat di bawah dan Tuan
Premis bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Premis
untuk seluruh ruang kedai beralamat :
___________________________________________________
___________________________________________________

(selepas ini disebut sebagai “Kedai Tersebut”) serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan
yang diadakan selama tempoh perjanjian iaitu _____________ tahun.
B. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Premis sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia
_________________ (RM________) sebulan hendaklah dibayar sebelum tarikh ____________
tiap-tiap bulan.
C. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani perjanjian ini sebanyak Ringgit
Malaysia____________________________ (RM________) sebagai bayaran DUA (2) bulan
cagaran / deposit dan bayaran sewa bulan pertama serta sebanyak Ringgit Malaysia
____________________ (RM________) bagi bayaran air dan api sebagai pendahuluan untuk
memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini.
MAKA PENYEWA DI SINI BERSETUJU DENGAN TUAN PREMIS SEPERTI BERIKUT

1. Membayar sewa pendahuluan pada hari sepertimana di TETAPKAN.


2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Premis
Tersebut semasa penyewaan ini berjalan.
3. Penyewa bertangungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan
bayaran perenggan (2).
4. Tidak menyewakan atau menyerahkan sama ada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang
Premis Tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Premis dan
sekiranya Penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Premis berhak
mengambil apa-apa tindakan sepertimana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini.
5. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan
samaada bahagian luar atau bahagian dalam Premis tersebut walau dengan apa cara sekalipun tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Premis.
6. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan apa jua bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang
mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-
undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Premis.
7. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Premis Tersebut sebagaimana ditentukan oleh
Tuan Premis.
8. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Premis Tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya
sentiasa berada di dalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa sama ada kerosakan oleh api,
ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).
9. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa sahaja perbuatan sumbang atau
salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Premis Tersebut yang mana
ianya boleh mengganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan
tersebut.
10. Membenarkan Tuan Premis atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang
diupah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Premis Tersebut untuk membuat
pemeriksaan atau pembaikan ke atas Premis Tersebut yang mana Tuan Premis menganggap adalah
mustahak.
11. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh Penyewa atau pekerja-pekerja
yang diupah Penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang
ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan premis semua
perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh
penyewa.
12. Menyerahkan kembali Premis Tersebut dalam keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan Premis
apabila perjanjian penyewaan ini ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.
TANGGUNGJAWAB TUAN PREMIS

1. Akan membayar cukai tanah, Indah Water, bil penyelenggaraaan yang dikenakan ke atas Premis
Tersebut.
2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Premis Tersebut yang mana ianya
bukan disebabkan oleh kelalaian dan juga membaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan
oleh “Fair Wear and Tear” dan Tuan Premis bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus
segala kerja-kerja pembaikan ke atas Premis Tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.
3. Tuan Premis akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari penghujung
penyewaaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan
Premis bagi menjelaskan sewa Premis yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki
apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak
Penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas
Penyewa mengikut syarat-syarat yang terkanduung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan
yang ditanggung oleh Tuan Premis untuk tujuan mengekalkan keadaan Premis seperti keadaan
semasa perjanjian ini ditandatangani.
4. Mempastikan langkah-langkah keselamatan Premis telah dibuat sebelum Penyewa mendiami
Premis seperti pemasangan tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem
pendawaian Premis dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.

PERSETUJUAN TUAN PREMIS DAN PENYEWA

1. Tuan Premis hendaklah menyerahkan kunci Premis kepada Penyewa selepas Penyewa membayar
wang cagaran melainkan yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.
2. Sekiranya Perjanjian ditamatkan oleh Tuan Premis atau Penyewa adalah menjadi tanggungjawab
Penyewa untuk menyerahkan kunci kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera.
3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka
Penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan
Premis.
4. Tuan Premis berhak untuk menamatkan penyewaan ini sekiranya berlaku pelanggaran atau bila
mana Tuan Premis berkehendakkan semula Premis tersebut bagi apa-apa tujuan dengan
mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis kepada Penyewa.
PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian
ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang tersebut di atas.

Tuan Premis Penyewa

__________________________ __________________________

Nama : Nama :
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :
Tarikh : Tarikh :

Saksi Saksi

__________________________ __________________________

Nama : Nama :
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai