Anda di halaman 1dari 2

PERJANJIAN SEWA BILIK

(“Penyewa”)

Saya _______________________________________ (No. K/P: ________________________________)

(“Pemilik Rumah”)

BAHAWASANYA saya _______________________________________ bersetuju untuk menyewakan


BILIK beralamat _____________________________________________________ kepada Penyewa
dengan harga sewa bilik sebanyak RM _____ sebulan termasuk api dan air. Bayaran deposit sewa bilik
sebanyak RM ____ . Bayaran bulanan dibuat sebelum atau pada 1 haribulan setiap bulan ke dalam
akaun bank: ____________________________________________. Deposit akan dikembalikan setelah
tempoh penyewaan tamat.

Tandatangan Penyewa, Tandatangan Pemilik Rumah,

………………………………… …………………………………

Nama: _____________________________ Nama: _____________________________

No. K/P: __________________ No. K/P: __________________

Tarikh: _____________ Tarikh: ______________


Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan bilik:

1. BILIK hendaklah dijaga sepenuhnya oleh Penyewa.


2. Penyewa tidak dibenarkan untuk menambah / mengurangkan apa-apa bahagian bangunan bilik
sewa kecuali dengan persetujuan daripada Pemilik Rumah.
3. Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan terhadap sebarang kerosakan bilik sewa
(jika ada) semasa dalam tempoh penyewaan jika kerosakan tersebut adalah disebabkan kelalaian
Penyewa.
4. Penyewa juga tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada
Pemilik Rumah. Pemilik Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas
tanggungjawab Penyewa, sebelum ia dipasang.
5. Notis perlu diberikan oleh Penyewa kepada Pemilik Rumah untuk menamatkan perjanjian sewaan
sekurang-kurangnya SATU BULAN daripada tarikh penamatan kontrak.
6. Penyewa hendaklah menyerahkan bilik sewa kepada Pemilik Rumah dalam keadaan baik, bersih,
dan sedia untuk disewakan kepada bakal penyewa. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua
peralatan, kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan membaiki
apa juga kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau
barangan yang dipasang.
7. Pemilik Rumah berhak menamatkan perjanjian sewa bilik ini dengan memberikan notis dalam
tempoh sekurang-kurangnya SATU BULAN kepada penyewa atau dengan membayar ganti rugi
yang sewajarnya.
8. Pemilik Rumah perlu memaklumkan kepada Penyewa niat untuk menetapkan kadar sewaan yang
baharu sekurang-kurangnya SATU BULAN sebelum penetapan kadar sewaan baharu.
9. Sebarang perubahan atau penambahan tentang Perjanjian Sewa Bilik ini yang tidak disenaraikan
dalam butiran perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan antara Pemilik Rumah dan
Penyewa dari semasa ke semasa.

BAHAWASANYA, saya (Penyewa) ___________________________________ memahami segala


syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas dan saya BERSETUJU untuk menyewa bilik yang beralamat
seperti di atas.

Tandatangan Penyewa, Tandatangan Pemilik Rumah,

………………………………… …………………………………

Nama: _____________________________ Nama: _____________________________

No. K/P: __________________ No. K/P: __________________

Tarikh: _____________ Tarikh: ______________

Anda mungkin juga menyukai