Anda di halaman 1dari 1

PERJANJIAN SEWAAN RUMAH

PERJANJIAN SEWA RUMAH PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh ____________________ di antara
__________________________________(No.K/P_________________________) yang beralamat di
_______________________________________________________ (Kemudian ini dinamakan “Penyewa”) DAN Saya
_______________________________(No. K/P________________________) Yang beralamat di
_______________________________________________ (Kemudian ini dinamakan “Tuan Punya Rumah”)
BAHAWASANYA saya _____________________________bersetuju untuk menyewakan rumah beralamat
____________________________________________________________ kepada penyewa dengan harga sewa rumah
sebanyak RM______________sebulan. Bayaran bulanan dibuat pada _________________ haribulan pada setiap bulan
ke dalam akaun bank ___________________(no akaun) ________________________ atau secara tunai kepada Tuan
Punya Rumah. Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah:

1. Bayaran deposit sewaan rumah sebanyak ___________ bulan berjumlah_______________


2. Bayaran deposit bil air sebanyak RM ____________
3. Bayaran deposit bil elektrik sebanyak RM _______________
4. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh penyewa.
5. Penyewa tidak dibenarkan untuk menambah / mengurangkan apa-apa bahagian bangunan rumah sewaan kecuali
dengan persetujuan daripada Tuan Punya Rumah.
6. Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan terhadap sebarang kerosakkan rumah (jika ada) semasa
dalam tempoh penyewaan jika kerosakan tersebut adalah disebabkan kelalaian penyewa.
7. Penyewa juga tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Tuan Punya Rumah.
Tuan Punya Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia
dipasang.
8. Notis perlu diberi oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah untuk menamatkan perjanjian sewaan sekurang-
kurangnya SATU BULAN daripada tarikh penamatan kontrak.
9. Penyewa hendaklah menyerahkan rumah sewaan kepada Tuan Punya Rumah dalam keadaan baik, bersih, dan sedia
untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua sampah dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga
hendaklah mengeluarkan semua peralatan, kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan
membaiki apa juga kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan yang
dipasang.
10. Tuan Punya Rumah berhak menamatkan perjanjian sewa rumah ini dengan memberikan notis dalam tempoh
sekurang-kurangnya DUA BULAN kepada penyewa atau dengan membayar ganti rugi yang sewajarnya.
11. Tuan punya rumah perlu memaklumkan kepada penyewa niat untuk menetapkan kadar sewaan yang baru sekurang-
kurangnya dua bulan sebelum penetapan kadar sewaan baru.
12. Sebarang perubahan atau penambahan tentang perjanjian sewa rumah ini yang tidak disenaraikan dalam butiran
perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan antara Tuan Punya Rumah dan Penyewa dari semasa ke semasa.
*******************************

BAHAWANYA, saya (penyewa) ______________________________ memahami segala syarat-syarat seperti yang


dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas.

Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Punya Rumah:

Nama:.................................... Nama:....................................
No K/P:................................. No K/P:.................................
Tarikh: _____________ Tarikh: _____________

Anda mungkin juga menyukai