Anda di halaman 1dari 5

SURAT PERJANJIAN

Perjanjian ini dibuat pada …………………………….. antara …..……………………………...

……………………………………… No.Kad Pengenalan ………………………………………….

yang beralamat di……………………………………………………………………………………..

(kemudian daripada ini disebut ‘PEMILIK’ ) sebagai pihak yang pertama DENGAN

…………………………………………………… No.kad pengenalan ..…………………………...

…………………….. yang beralamat di ……………………………………………………………...

……………………………………… ( kemudian ini disebut sebagai ‘PENYEWA” ) sebagai

pihak yang kedua.

Adalah dengan ini diakui bahawa PENYEWA bersetuju mematuhi syarat-syarat yang

terkandung seperti berikut :

1. PENYEWA akan mendiami premis beralamat

…………………………………………………………………………………………………

Bermula pada tarikh ……………………………………

2. i. PENYEWA akan meletakkan wang cagaran sebanyak RM ………………………….

( 2 bulan deposit ) sebagai cagaran sewa rumah dan membayar kos kerosakkan

serta kehilangan sekiranya berlaku.

ii. PENYEWA akan meletakkan wang cagaran sebanyak RM 300.00

Sebagai cagaran penggunaan eletrik dan air.

3. PENYEWA akan menjelaskan bayaran sewa pada tarikh 5hb setiap bulan.

4. PENYEWA tidak akan menyewakan premis tersebut kepada pihak lain selama

perjanjian ini berlaku dalam tempoh yang dipersetujui.


5. PENYEWA akan memberikan notis penyerahan premis SEBELUM satu (1) Bulan

awal sebelum berpindah.

6. i. PENYEWA bersetuju tidak akan menuntut ganti rugi daripada PEMILIK sekiranya

berlaku kebakaran atau bencana alam.

ii. PENYEWA bertanggungjawab membayar segala kerosakkan ke atas premis

tersebut sekiranya berlaku kebakaran atau kerosakkan fizikal akibat kecuaian

PENYEWA.

7. PENYEWA akan menyerahkan semua bil-bil elektrik dan air sebelum berpindah,

sekiranya gagal berbuat demikian,PEMILIK berhak untuk tidak menggembalikan

wang cagaran.

8. PENYEWA akan hilang wang cagaran secara automatik dan tidak berhak menuntut

dengan apa acara sekalipun sekiranya gagal mematuhi mana-mana satu daripada

syarat-syarat tersebut.

9. PEMILIK berhak memberikan notis pindah kepada PENYEWA selama 1 bulan awal

sekiranya premis tersebut hendak digunakan semula oleh PEMILIK.

10. PENYEWA bersetuju untuk menjaga segala fasiliti yang disediakan dan bersetuju

menggantikan fasiliti tersebut sekiranya berlaku kerosakkan seperti

kipas,lampu,tandas,sinki,pintu,cermin,soket,plug dan paip-paip.

11. PENYEWA bersetuju untuk menjaga kebersihan dalam dan luar rumah serta akan

mengikuti program gotong-royong yang akan dijalankan di Kawasan taman ini.

12. PENYEWA bersetuju bahawa syarat-syarat dalam perjanjian ini boleh diubah semula

untuk diperbaharui oleh PEMILIK mengikut situasi yang difikirkan perlu untuk

kebaikkan bersama.

13. PEMILIK berhak menyita barang SEKIRANYA PENYEWA gagal mematuhi syarat-

syarat di dalam perjanjian yang telah dipersetujui bersama.

14. PENYEWA akan membenarkan PEMILIK atau wakilnya untuk memeriksa

keseluruhan bahagian rumah termasuk di dalam dan di luar serta semua fasiliti yang

ada sebelum PENYEWA meninggalkan premis.


15. PENYEWA bersetuju sekiranya PEMILIK ingin menaikkan kadar sewa bulanan dan

diberikan notis pemberitahuan satu bulan awal.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak tersebut dalam perjanjian ini telah

memahami dengan menurunkan tandatangan .

Perjanjian ditandatangani ,

___________________________ __________________________

( Tandatangan PENYEWA ) ( Tandatangan PEMILIK )

Nama : Nama :

I/C : I/C :

Tarikh: Tarikh:
PERJANJIAN SEWA RUMAH UNTUK KEDIAMAN

DIANTARA

______________________________________________________

DAN

----------------------------------------------------------------------------------------
( NAMA PENYEWA )

____________________________________
( NO. KAD PENGENALAN )

TARIKH :

------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai