Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN SEWA RUMAH UNTUK

KEDIAMAN

DI ANTARA

_____________________________________________________
(Nama Tuan Rumah/ Wakil)

_____________________________________________________
(No. Kad Pengenalan)

DAN

_____________________________________________________
(Nama Penyewa/ Ketua Rumah)

_____________________________________________________
(No. Kad Pengenalan)

PADA:
____________
PERJANJIAN SEWA RUMAH UNTUK KEDIAMAN

Perjanjian dibuat pada __________ di antara ________________________________ Kad


Pengenalan _____________ yang beralamat di NO 726, BATU 3 JALAN SANTAN, 01000
KANGAR, PERLIS (selepas ini disebut sebagai “Tuan Rumah”) sebagai satu pihak

Dan

_______________________________________________ Kad Pengenalan


_________________beralamat di ______________________________________________
__________________________________________________________________________
(selepas ini disebut sebagai “Penyewa”) sebagai pihak satu lagi.

BAHAWASANYA

1. Tuan Rumah merupakan pemilik/ wakil berdaftar bagi rumah yang beralamat NO 726( ),
BATU 3 JALAN SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS. Tuan Rumah bersetuju menyewakan
kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju untuk menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh
ruang rumah yang beralamat di NO 726( ), BATU 3 JALAN SANTAN, 01000 KANGAR,
PERLIS. (selepas ini disebut sebagai “Rumah tersebut”) serta menggunakan segala
kemudahan yang diadakan.
2. Penyewaan ini bermula pada _______________ untuk tempoh minima ____________ dan
berakhir tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Perjanjian ini.
3. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak (Ringgit
Malaysia ________________________)/ (RM_______) sebulan pada atau sebelum
_____haribulan (tiap-tiap bulan)
4. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani perjanjian ini sebanyak
(Ringgit Malaysia _________________)/ (RM_______) sebagai Cagaran Sewa dan sebanyak
(Ringgit Malaysia _________________)/ (RM_______) bagi Cagaran Utiliti (api dan air)
sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini.
MAKA PENYEWA BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT:

1. Penyewa bertanggungjawab membayar sewa bulanan pada tarikh yang dipersetujui pada
setiap bulan. Sebarang kelewatan dari tarikh yang dipersetujui, bergantung kepada budi
bicara dengan Tuan Rumah.
2. Penyewa bertanggungjawab membayar segala bil air dan elektrik yang dikenakan pada
Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.
3. Penyewa bertanggungjawab menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah
tersebut termasuk ruangan kaki lima, serta jalan disekeliling rumah tersebut.
4. Penyewa bertanggungjawab menjaga dan memastikan keadaan dan barangan di dalam
Rumah tersebut agar sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat diduduki.
5. Penyewa bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan barangan yang disediakan di
dalam Rumah tersebut termasuk isu kecuaian, kelalaian dan juga kerosakan biasa oleh
kekerapan penggunaan seperti lampu syiling, starter, kepala paip, pump tandas. (Kerosakan
disebabkan ribut, taufan atau lain-lain bencana alam adalah dikecualikan).
6. Penyewa tidak dibenarkan membuat perubahan tambahan samaada di bahagian luar atau
bahagian dalam Rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah. (Sebarang pengubahsuaian haram seperti
meter elektrik adalah menjadi kesalahan Penyewa).
7. Penyewa tidak melakukan/ atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perkara/
perbuatan yang mana ianya boleh mengganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak
senang penduduk di kawasan tersebut.
8. Penyewa tidak akan meletak/ menyimpan di dalam Rumah tersebut apa jua bahan beracun
dan/ atau bahan berbahaya yang mudah meletup atau mudah terbakar demi menjaga
keselamatan rumah dan sekeliling.
9. Tuan Rumah bertanggungjawab membayar cukai pintu, cukai tanah, dan lain-lain bil
penyelenggaraan yang mana ianya kerosakan besar bukan disebabkan kelalain dan juga
kerosakan biasa oleh kekerapan penggunaan.
10. Tuan Rumah memastikan perkara-perkara asas keselamatan dibuat sebelum Penyewa
mendiami Rumah tersebut seperti pemasangan tombol pintu, tingkap, sistem pendawaian
rumah dan bekalan air dan elektrik bole digunakan dengan baik dan selamat.
PERSETUJUAN PENYEWA DAN TUAN RUMAH:

1. Tuan Rumah hendaklah menyerahkan kunci rumah sewa kepada Penyewa selepas Penyewa
membayar Wang Cagaran. Penyewa harus memulangkan semula kunci asal setelah kunci
pendua dibuat dalam kadar segera melainkan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
2. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya, maka
Wang Cagaran akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut dan Tuan Rumah
berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini pada bulan yang sama.
3. Tuan Rumah berhak menamatkan tempoh penyewaan Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan
dengan mengemukakan notis bertulis tidak kurang dari dua (2) bulan kepada Penyewa.
4. Penyewa berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan dengan mengemukakan notis
bertulis tidak kurang dari dua (2) bulan kepada Tuan Rumah atau Wang Cagaran tidak akan
dikembalikan.
5. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan serta-merta apabila berlaku
kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau
perdagangan dan perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam
apa jua bentuk sekali pun dengan mengemukakan notis bertulis tidak kurang (24) jam
kepada Penyewa.
6. Penyewa harus memastikan barangan yang disediakan dalam keadaan baik dalam waktu
memulakan kontrak. Tuan Rumah akan membuat pemeriksaan barangan yang rosak ketika
tamat kontrak. Selepas pemeriksaan dibuat, Wang Cagaran akan diberikan setelah
mengambil kira kos-kos yang mungkin dikenakan untuk pembaikan, ganti rugi barangan dan
pembatalan kontrak penyewaan.
7. Penamatan penyewaan oleh apa-apa sebab, tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar
kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak dan kerosakan barangan akan ditolak
dari Wang Cagaran.
8. Sebarang pertikaian di antara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai Penyewaan Rumah
tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai,
hendaklah diselesaikan melalui Timbangtara.
PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian ini
telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang disebut di
atas.

_______________________ _______________________
Tuan Rumah/ Wakil Penyewa/ Ketua Rumah

Nama: Nama:

No Kad Pengenalan: No Kad Pengenalan:

Tarikh: Tarikh:

_______________________
Saksi

Nama:

No Kad Pengenalan:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai