Anda di halaman 1dari 6

PERJANJIAN SEWA RUMAH

PERJANJIAN ini dibuat pada……………….. di antara ……………………. …………..


(NO KP:………………….) yang beralamat di No......................................................
(dirujuk sebagai Tuan Rumah) di satu pihak dan .......................................................
(NO. KP: ........................) yang beralamat di No. .........................................................
(dirujuk sebagai Penyewa) di pihak yang lain.

YANG MANA Tuan Rumah adalah pemilik berdaftar ke atas premis No. 37 Lorong
Perda Indah 6, Taman Perda Indah, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. (dirujuk sebagai
Premis)

DAN YANG MANA di atas tawaran oleh penyewa, Tuan Rumah bersetuju menyewakan
kepada Penyewa keseluruhan Premis tertakluk kepada syarat-syarat dan tuntutan-
tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini.

PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN bahawa:-

1. Tuan Rumah menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis untuk tempoh


sewaan selama 2 tahun bermula 1 April 2017 dan berakhir pada 31 Mac 2019 dengan
bayaran sewaan bulanan sejumlah RM 500.00(Ringgit Malaysia: LIMA RATUS
SAHAJA) dibayar hadapan tanpa dituntut sebelum atau pada setiap 1 haribulan
kalendar yang mana bayaran pertama dibuat sebelum atau pada 1 haribulan April 2017,
sekiranya bayaran tersebut belum dibuat.

2. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM 500.00 (Ringgit


Malaysia: LIMA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran yang merupakan jaminan ke atas
perlakuan dan pematuhan oleh Penyewa terhadap syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan
yang terkandung di dalam perjanjian ini. Jumlah wang cagaran ini dikekalkan selama
tempoh sewaan yang dijanjikan dan tidak boleh sama sekali dirujuk sebagai bayaran
sewaan bulanan tanpa mendapat persetujuan bertulis dari Tuan Rumah. Wang cagaran
AKAN dikembalikan kepada Penyewa selepas penamatan Perjanjian.

3. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM200.00 (Ringgit


Malaysia: DUA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran bekalan elektrik dan air ke atas
Premis. Wang cagaran akan dikembalikan oleh Tuan Rumah kepada Penyewa setelah
menolak mana-mana bayaran, sekiranya ada, yang terhutang kepada Tuan Rumah
selepas penamatan perjanjian.

4. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-

4.1 menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh dan cara sebagaimana yang
ditetapkan;

4.2 menjelaskan caj bekalan elektrik dan air ke atas Premis mulai dari tempoh sewaan
sehingga luput tempoh sewaan atau tempoh yang lebih awal, sekiranya Perjanjian
ditamatkan sebelum luput tempoh sewaan;

4.3 semasa tempoh sewaan, Penyewa memastikan Premis berada di dalam keadaan
yang boleh dihuni (inhabitable) dengan selesa dan membaikpulih mana-mana
kerosakan yang disengajakan (keusangan dikecualikan) atau membayar nilai yang
sama untuk kos kerosakan tersebut kepada Tuan Rumah sekiranya dituntut oleh Tuan
Rumah;

4.4 tidak menyewakan keseluruhan atau sebahagian Premis kepada mana-mana pihak
ketiga;

4.5 membenarkan Tuan Rumah atau wakil Tuan Rumah dalam waktu yang munasabah
untuk masuk dan memeriksa keadaan Premis dari masa ke masa;

4.6 menggunakan Premis untuk tujuan tempat tinggal sahaja;


4.7 tidak membenarkan atau membiarkan apa-apa perlakuan menyebabkan
perlindungan insuran kerosakan dan/atau kebakaran ke atas Premis terbatal atau
dibatalkan dan sekiranya perlakuan terjadi yang menyebabkan penambahan ke atas
premium insuran atau kos kerosakan dialami oleh Tuan Rumah maka Penyewa
menebus atau membayar apa-apa kos tambahan yang dialami apabila dituntut oleh
Tuan Rumah;

4.8 menyerahkan kembali Premis kepada Tuan Rumah dalam keadaan boleh dihuni
(inhabitable) apabila tempoh perjanjian luput atau tamat;

4.9 tidak menjalankan sebarang kerja ubahsuaian ke atas Premis tanpa mendapat
kebenaran bertulis Tuan Rumah yang mana kebenaran tersebut tidak dinafikan secara
tidak munasabah;

4.10 tidak menggunakan atau membenarkan Premis atau mana-mana bahagian Premis
sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan yang tidak bermoral; dan

4.11 tidak melakukan atau membenarkan perlakuan atau perkara yang boleh
menimbulkan gangguan atau aduan dikemukakan oleh penghuni atau penghuni-
penghuni di bangunan yang bersekali dengan Premis;

5. TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-

5.1 menjelaskan mana-mana tuntutan ke atas cukai pintu, taksiran dan lain-lain bayaran
yang berkaitan dengan Premis, semasa dan hadapan, kecuali bayaran yang
tertanggung ke atas Penyewa yang dinyatakan di dalam perjanjian ini;

5.2 memastikan keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) ke atas struktur utama,
dinding dan bumbung Premis dan membaikpulih kerosakan yang membabitkan struktur
utama, dinding dan bumbung Premis selama mana Perjanjian berkuatkuasa;
5.3 memastikan Premis dilindungi insuran ke atas kerosakan disebabkan kebakaran
kecuali harta atau barangan di dalam Premis kepunyaan Penyewa yang mana
Penyewa sendiri mengambil perlindungan insuran; dan

5.4 Penyewa, selama mana menjelaskan bayaran sewaan dan mematuhi syarat-syarat
dan tuntutan-tuntutan terkandung di dalam Perjanjian menghuni dengan aman dan
memanfaatkan Premis dalam tempoh sewaan tanpa gangguan Tuan Rumah atau pihak
yang berkepentingan ke atas Premis atau wakil Tuan Rumah.

6. ADALAH DIPERSETUJUI ANTARA TUAN RUMAH DAN PENYEWA bahawa:-

6.1 sekiranya mana-mana bayaran sewaan atau bahagian dari bayaran sewaan
tertunggak melebihi dari empat belas (14) hari dan ke atas (sama ada dituntut atau
sebaliknya) atau Penyewa melanggar mana-mana syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan
di dalam Perjanjian, Tuan Rumah berhak mengambil semula Premis dan dengan itu
menamatkan perjanjian tanpa apa-apa notis yang mana perlakuan menamatkan
Perjanjian tidak menjelaskan tuntutan gantirugi Tuan Rumah ke atas pelanggaran
terdahulu syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian oleh Penyewa;

6.2 sekiranya dalam tempoh sewaan, Premis diisytiharkan tidak sesuai untuk dihuni
disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, Penyewa berhak mendapat
bayaran sewaan atau sebahagian berkadaran dengan tahap dan tempoh baikpulih
sehingga Premis diperbaiki dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable);

6.3 Tuan Rumah tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian harta
Penyewa di dalam Premis disebabkan oleh kebakaran, air, malapetaka alam,
penceroboh, kecurian dan perkara-perkara luar jangka;

6.4 Sebarang notis yang perlu diberikan atau diserahkan adalah secara bertulis dan
serahan notis kepada Tuan Rumah atau Penyewa dibuat samada melalui pos biasa
atau meninggalkan notis di alamat lazim atau yang diketahui;
6.5 Tuan Rumah dan Penyewa berhak untuk menamatkan Perjanjian sebelum tempoh
matang dengan menyerahkan notis dua (2) bulan sebelum tarikh penamatan;

6.6 Tanpa notis di perenggan 6.5, Tuan Rumah berpuashati bahawa Penyewa
mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian dan Perjanjian tidak
ditamatkan sebelumnya, Perjanjian ini dilanjutkan dengan sendirinya untuk tempoh dua
belas (12) bulan kalendar dari tarikh matang Perjanjian atau dari tarikh lanjutan yang
terakhir dengan kadar bayaran sewaan bulanan berasaskan kepada kadar pasaran
semasa atau kadar yang dipersetujui oleh Tuan Rumah dan Penyewa;

6.7 Perjanjian ini adalah mengikat pihak-pihak yang dinamakan termasuk penerima
kuasa, pengambil alih dan wakil perundangan pihak-pihak tersebut.

ADALAH DISAKSIKAN yang mana pihak-pihak yang dinamakan memeterai Perjanjian


pada tarikh yang dinyatakan di perenggan awal perjanjian ini.

BAHAWASANYA, saya ____________________________________________ telah


bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas dan saya memahami
segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.

Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Rumah:

.............................................. ............................................

Nama:.................................... Nama:....................................

No K/P:................................. No K/P:................................

Anda mungkin juga menyukai