Anda di halaman 1dari 6

PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH KEDIAMAN DIBUAT PADA

DIANTARA : Pihak yang butir-butir adalah seperti yang dinyatakan dalam Bahagian A
bersama JADUAL PERTAMA (selepas ini disebut "Tuan Rumah") sebagai
satu pihak;

DAN : Pihak yang butir-butir adalah seperti yang dinyatakan dalam Bahagian B
Jadual Pertama kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut
"Penyewa") di pihak yang lain.

DIMANA :
I. Tuan Rumah adalah pemilik berdaftar / pemilik benefisial harta tersebut seperti yang
dinyatakan dalam Bahagian C JADUAL PERTAMA ini bersama ini (selepas ini
dirujuk sebagai "Hartanah").

II. Tuan Rumah bersetuju untuk Penyewa mengambil suatu penyewaan premis seperti
yang dinyatakan dalam Bahagian D JADUAL PERTAMA bersama ini (selepas ini
dirujuk sebagai "Premis") atas terma-terma dan syarat-syarat kemudian daripada ini.

MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT :-

1. Penyewa membayar sewa pendahuluan pada tarikh seperti mana yang ditetapkan di
Bahagian F dalam JADUAL PERTAMA;
2. Penyewa bertanggunghawab membayar secara peribadi dan/atau bersama untuk
membayar bayaran sewaan dan bayaran yang tertulis di Bahagian E, F, G dalam
JADUAL PERTAMA;
3. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Premis tersebut dan/atau sebahagian
daripada rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-
undang dan tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan perjudian,
memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali
pun.
4. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau
sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran bertulis dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa
mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini, maka Tuan Rumah berhak
mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya
Tuan Rumah berhak untuk mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang
ditetapkan dalam surat perjanjian ini.
5. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau
perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam Premis tersebut
walau dengan apa cara sekalipun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis
dari Tuan Rumah. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan di
dalam kawasan Premis dan/atau dimana sahaja Premis tersebut.
2|Page Perjanjian Penyewaan Rumah Kediaman

6. Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam Premis apa jua jenis senjata, bahan
letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau
yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan
mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.
7. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Premis tersebut termasuk
ruang kaki lima, ruang tangga serta jalan sekeliling rumah tersebut sebagaimana
ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang
diberikuasa olehnya.
8. Menjaga dan memastikan keadaaan di dalam Premis tersebut sepanjang tempoh
penyewaan ini supaya sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh diduduki
(susatan biasa samada kerosakan api, rebut taufan atau lain-lain bencana alam
dikecualian).
9. Jika ingin menggantung bingkai gambar atau lain-lain peralatan, dinding hendaklah
dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan “wallplug”, penggunaan
paku adalah dilarang kerana boleh merosakkan dinding Premis;
10. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis
daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang
dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.
11. Penyewa tidak dibenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara yang
melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau melibatkan Kerajaan Malaysia
atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan Premis berkenaan atau
yang boleh menyebabkan polisi insurance yang melindunginya daripada kerugian
atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan
premiumnya bertambah.
12. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa sahaja
perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi
undang-undang di Premis tersebut yang mana ianya boleh mengganggu suasana
atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk sekitar kawasan tersebut.
13. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara
aman dan bertanggungjawab.
14. Penyewa hendaklah membenarkan Tuan Rumah atau wakil-wakil yang telah
diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa
sahaja yang munasabah memasuki Premis tersebut untuk membuat pemeriksaan
atau pembaikan kepada Premis tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap
adalah mustahak.
15. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerisakan yang disebabkan oleh Penyewa
atau pekerja-pekerja yang diupah atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada
kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau
membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan yang dibelanjakan bagi
membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh Penyewa.
16. Penyewa bersetuju untuk menyewa Premis tersebut dalam keadaan baik dan berish
yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali Premis
tersebut kedalam keadaan sama atau lebih baik kepada Tuan Rumah dan
menganggung bayaran pembersihan jika Tuan Rumah mengupah orang untuk
3|Page Perjanjian Penyewaan Rumah Kediaman

membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun


ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini.

TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH :

1. Membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah, Bil Penyelenggaraan Bangunan yang di


kenakan ke atas Premis tersebut.
2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Premis tersebut yang
mana ianya bukan disebabkan oleh kelalaian dan juga memperbaiki apa-apa
kerosakan biasa yang di sebabkan oleh “Fair Wear and Tear” dan Tuan Rumah
bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke
atas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.
3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari
penghujung penyewaan tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh
digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa Premis yang tertunggak,
tunggakan bil api, bil air, bil Indah Water dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki
apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai
pihak penyewa, kakitangan da/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang
dikenakan ke atas penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam
perjanjian ini dan/tau perbelanjaan yang ditanggung Tuan Rumah untuk tujukan
mengekalkan keadaan Premis seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.
4. Memastikan langkah-langkah keselamatan Rumah telah dibuat sebelum Penyewa
mendiami Rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tangkap berada
dalam keadaan baik, system pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan
dengan baik dan selamat.

TANGGUNGJAWAB PENYEWA:-

1. Menjelaskan semua bayaran bil api, bil air, bil Indah Water dan lain-lain bil utility
yang sepatutnya dijelaskan oleh Penyewa selama menyewa Premis ini.
2. Penyewa hendaklah melaporkan dengan kadar segera sebarang kerosakan yang
berlaku di Premis tersebut kepada Tuan Rumah untuk tindakan segera Tuan Rumah.
3. Penyewa hendaklah sentiasa memastikan kesemua bayaran sewa dibayar kepada
Tuan Rumah selewat-lewatnya pada hari ke tujuh (7) setiap bulan.

PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA :-

1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada Penyewa selepas Penyewa
membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bermasa oleh kedua-dua pihak.
4|Page Perjanjian Penyewaan Rumah Kediaman

2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah
menjadi tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan kunci kepada Tuan Rumah
atau wakilnya dalam masa tujuh (7) hari selepas tamat tempoh notis dua (2) bulan
bertulis Penyewa.
3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan yang
berikutnya, maka Penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang
dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima
pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk membayar
tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian
penyewaan ini.
4. Sekiranya Penyewa berkehendakan tempoh penyewaan diperbaharui apabila
tempoh sepertimana terkandung di dalam perjanjian ini tamat maka penyewa
mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang dua (2)
bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tersebut.
5. Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.
6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaki
pelanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakan semua Rumah tersebut
apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis bertulis
kepada Penyewa.
7. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis tidak
kurang dari dua (2) bulan kepada Tuan Rumah atau wang cagaran tidak akan
dikembalikan.
8. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada
Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam
perjanjian ini.
9. Penyewa hendaklah menjelaskan semua bayaran tunggakan bil api, air, indah water
dana apa juga jenis bil yang sewajarnya sekiranya Penyewa dan Tuan Rumah
menamatkan perjanjian ini dan sekiranya Penyewa gagal untuk menjelaskan
kesemua tunggakan tersebut, Tuan Rumah berhak untuk tidak mengembalikan wang
cagaran Penyewa sehingga Penyewa menjelaskan kesemua tunggakan tersebut.
10. Sekiranya Penyewa atau Tuan Rumah menamatkan perjanjian ini, Penyewa
memberi akujanji untuk mengosongkan Premis tersebut dan membersihkan Premis
tersebut dari sebarang barang dan sampah dan sekiranya Penyewa gagal berbuat
demikian, Tuan Rumah berhak untuk menahan wang cagaran Penyewa sehingga isu
ini selesai atau Tuan Rumah berhak untuk mendapatkan khidmat agen untuk
mengemaskan Premis tersebut dan kesemua kos tambahan ditanggung oleh
Penyewa.
11. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai Penyewaan
Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian
tidak dapat dicapat hendaklah diselesaikan melalui timbangtara.

***************************************************************************
5|Page Perjanjian Penyewaan Rumah Kediaman

JADUAL PERTAMA

BAHAGIAN MAKLUMAT

A TUAN RUMAH

B. PENYEWA

C. HARTANAH
/ PREMIS

D. MASA SEWAAN JUMLAH TAHUN :


TARIKH KUATKUASA :
TARIKH AKHIR KUATKUASA :

E. HARGA SEWAAN

F. DEPOSIT
PENDAHULUAN

G. DEPOSIT API
& AIR

H. KEGUNAAN KEDIAMAN
PREMIS

I. PEMBAHARUAAN JUMLAH TAHUN : DUA (2) TAHUN MENGIKUT HARGA


PASARAN TAHUN TERSEBUT
6|Page Perjanjian Penyewaan Rumah Kediaman

PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam


perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang
tersebut di atas.

DITANDATANGANI oleh )
Tuan Rumah )
Di hadapan )
……………………………………………

………………………………
SAKSI
Nama :
No. K/P :

DITANDATANGANI oleh )
Penyewa )
Di hadapan )
……………………………………………

………………………………
SAKSI
Nama :
No. K/P :

Anda mungkin juga menyukai