Anda di halaman 1dari 6

01.05.

2012

PERJANJIAN SEWA PERJANJIAN INI dibuat pada 21 haribulan APRIL 2012. DI ANTARA Ling Chee Han No KP 820325-08-6177 beralamat di No.29,Taman Emas,32400 Ayer Tawar, Perak Darul Ridzuan ( selepas ini disebut sabagai Tuan Premis tersebut ) di satu pihak DAN Amirul Mizee bin Nazmi No KP 840218-14-6099 beralamat di No 63, Kg Teluk, 32400 Ayer Tawar, Perak darul Ridzuan (selepas ini disebut sebagai Penyewa ) di satu pihak yang lain. BAHAWASANYA : 1. Tuan Premis berikrar bahawa dia adalah tuan punya yang sah dan benefisial ke atas premis bernombor 313, Taman Bunga Matahari, 32400 Ayer Tawar, Perak Darul Ridzuan bersama-sama dengan tanah, bangunan tambahan dan segala perabot-perabot, perkakas-perkakas rumah yang terlekat dan terpasang di situ sebagaimana ditentu di dalam Senarai barang-Barang Dalam Rumah ( Inventori ) yang telah ditanda tangani pada atau sebelum pelaksanaan perjanjian ini ( selepas ini disebut sebagai Premis tersebut ). Tuan Premis bersetuju untuk menyewakan Premis tersebut kepada Penyewa selama tiga (3) tahun yang akan berkuatkuasa 01 Mei 2012 hingga 30 Jun 2015 ( selepas ini disebut sebagai Masa Sewaan tersebut ). Tuan Premis bersetuju untuk menyewakan Premis tersebut kepada Penyewa dalam Masa Sewaan dengan kadar sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja ( RM 600.00 ) ( selepas ini disebut sebagai Harga Sewa tersebut ).Sewa bulanan ini hendaklah dibayar secara pendahuluan pada pada sepuluh ( 10 ) haribulan tiap-tiap bulan kalendar.

2.

3.

PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU DENGAN TUAN PREMIS seperti berikut : 4. Membayar kepada Tuan Premis, pada atau semasa perjanjian ini ditandatangi, bayaran pertama Harga Sewa tersebut bersama-sama bayaran deposit sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja ( RM 600.00 ) iaitu berupa Satu (1) bulan bayaran Harga Sewa dan bayaran Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja ( RM 300.00 ) untuk deposit kemudahan Elektrik dan Air yang akan dikembalikan kepada Penyewa tanpa apa-apa bayaran faedah setelah tamat tempoh perjanjian ini. Membayar Harga Sewa yang dikenakan pada tarikh yang ditetapkan dalam perjanjian ini. Membenarkan Tuan Premis atau ejennya pada masa yang munasabah, setelah membuat temujanji, untuk masuk ke Premis tersebut dengan tujuan untuk melihat atau melakukan kerja-kerja pembaikan atau penyelenggaraan ke atas Premis tersebut. Tidak menyerah-hak pemilikan Premis tersebut atau sebahagian daripadanya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripa Tuan Premis, yang mana keengganan Tuan Premis memberi kebenaran tersebut hendaklah mempunyai alasan-alasan yang munasabah. Tidak melakukan atau membenarkan berlaku di Premis tersebut perkara-perkara yang akan atau boleh melanggar undang-undang, undang-undang kecil dan peraturan-peraturan yang dibuat oleh kerajaan, perbadanan atau mana-mana Pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Premis tersebut. Tidak akan membuat apa-apa perubahan atau penambah pada struktur bangunan Premis tersebut atau mendirikan atau membiarkan ia dibina apa-apa struktur tambahan kepada bangunan Premis tersebut tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Tuan Premis.

5.

6.

7.

8.

9.

10. Membayar dan menyelesaikan tanpa gagal sebarang bil-bil elektrik, air dan telefon ( jika ada ) yang digunakan semasa dalam tempoh Masa Sewaan tersebut. 11. Tidak menjalankan atau membenarkan dijalankan apa-apa perniagaan atau perdagangan di Premis tersebut atau meletakkan sebarang papan iklan diletakkan di Premis tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Tuan Premis tersebut dan mana-mana Pihak Berkuasa tersebut.yang mempunyai bidang kuasa terhadap Premis tersebut.

12.

Memastikan Premis tersebut dan segala perabot-perabot, perkasas-perkasas rumah yang terlekat dan terpasang di situ, sebagaimana yang ditentukan di dalam Senarai Barang-Barang Dalam Rumah ( Inventori ) berada di dalam keadaan baik dalam bentuk yang asal atau sediakala sepanjang tempoh Masa Sewaan tersebut ( segala kejadian atau perkara yang berlaku di luar kekuasaan atau keupayaan Penyewa untuk mengelakkannya seperti bencana alam, rusuhan, demonstrasi, peperangan dan rosak disebabkan anai-anai dan kecurian adalah DIKECUALIKAN dari tanggungjawab Penyewa ). Menyerahklan pemilikan Premis kepada Tuan Premis secara aman dan baik serta memastikan Premis tersebut berada di dalam keadaan yang sesuai dan layak untuk didiami atau dihuni ( KECUALI sebagaimana disebutkan di atas ).

13.

TUAN OREMIS DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PENYEWA seperti berikut : 14. Membayar cukai tanah , cukai pintu, kadar cukai penilaian, indah water dan lainlain perbelanjaan atau caj yang dikenakan ke atas Premis tersebut ( kecuali bil atau perbelanjaan yang harus di bayar oleh Penyewa ). 15. Memastikan struktur utama, dinding-dinding, lantai-lantai, atap-atap, longkangLongkang, paip air serta saluran pembersihan dan perkakas-perkakas elektrik di Premis tersebut dalam keadaan baik dan sesuai untuk didiami sepanjang tempoh penyewaan tersebut. 16. Memastikan Premis tersebut sentiasa diinsurankan, sepanjang tempoh Masa Sewaan tersebut, daripada kerosakkan atau kerugianyang disebabkan oleh api, Banjir, rebut, taufan, gempa bumi, rusuhan awam dan sentiasa membayar semua Premium insuran bagi maksud tersebut. 17. Mestilah tanpa gagal menghantar resit rasmi kepada Penyewa, mengakui penerimaan bayaran Harga Sewa tersebut, tidak lewat dari sepuluh (10) hari selepas menerima bayaran Harga Sewa daripada Penyewa tersebut. 18. Tidak menyerah hak milik dan atau tanggungjawabnya di bawah perjanjian ini Kepada mana-mana individu, syarikat atau pihak lain tanpa memaklumkan Terlebih dahulu kepada Penyewa. 19. Tertakluk kepada Penyewa tersebut membayar tanpa gagal semua Harga Sewa dan segala bil-bil eletrik, air dan telefon ( jika ada ), Tuan Premis hendaklah memulangkan semua bayaran deposit kepada Penyewa selepas penamatan perjanjian ini.

20. Tertakluk kepada Penyewa mematuhi dan melaksanakan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini, Tuan Premis atau mana-mana orang yang berhak menuntut atas namanya atau yang memegang amanah bagi pihaknya hendaklah memastikan Penyewa dapat menikmati atau menduduki Premis tersebut dengan tenang tanpa sebarang gangguan sepanjang tempoh Masa Sewaan.

KEDUA BELAH PIHAK DENGAN INI bersetuju sperti berikut : 21. Sekiranya Premis tersebut atau mana-mana bahagiannya, pada bila-bila masa Dalam tempoh perjanjian ini, rosak atau musnah dan tidak sesuai untuk didiami atau digunakan, KECUALI kerosakkan atau kemusnahan tersebut adalah disebabkan oleh Penyewa atau ejennya, maka Penyewa adalah berhak untuk menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa dan Tuan Premis hendaklah memulangkan kepada Penyewa atau ejenya, maka Penyewa duit sewa bulanan yang dibayar secara pendahuluan, menikut kadar yang adil, dan semua duit bayaran deposit yang dibayar di bawah perjanjian ini. 22. Segala notis yang hendak diberikankepada pihak yang lagi satu hendaklah secara bertulis.Penyerahan notis atau dokumen kepada mana-mana pihak dalam perjanjian ini di anggap sempurna setelah diserahkan melalui serahan tangan, secara pos berdaftar dan secara pos biasa.Sebarang pertukaran alamat oleh Tuan Premis hendaklah dimaklumkan dengan bertulis kepada Penyewa dalam Tempoh empat belas (14) hari bermula dari tarikh pertukaran tersebut. 23. Penyewa adalah diberi pilihan untuk memperbaharui Masa Sewaan tersebut Dengan syarat-syarat penyewaan yang sama bagi tempoh satu (1) tahun lagi dengan memberi kepada Tuan Premis sekurang-kurangnya satu (1) bulan notis sebelum tamat tempoh perjanjian. 24. Tanpa mengambil kira Masa Sewaan tersebut, mana-mana pihak mempunyai hak Untuk menamatkanperjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi satu (1) Bulan notis secara bertulis kepada pihak yang satu lagi tanpa prasangka kepada apa-apa hak dan tanggungjawab kedua belah pihak di bawah perjannjian ini. 25. Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini didapati tidak Sah atau bercanggah dengan sebarang undang-undang atau tidak boleh Dikuatkuasakan, maka kesahihan peruntukan lain tidak akan terganggu dan Akan berkuatkuasa sebagaimana yang telah dipersetujui oleh kedua belah Pihak di dalam perjanjian ini. 26. Masa bila mana dinyatakan di dalam Perjanjian ini adalah asas intipati penting Di dalam Perjanjian ini.

27. Perjanjian ini hendaklah ditafsir dan dikuatkuasakan mengikut undang-undang Malaysia. 28. Perjanjian ini hendaklah mengikat pentadbir-pentadbir wasi-wasi dan wakil-wakil Peribadi kepada Penyewa dan Tuan Premis tersebut. 29. Kedua belah pihak hendaklah menanggung dan mebayar kos guamannya sendiri Dalam penyediaan dan perlaksanaan perjanjian ini.Bayaran duti setem untuk perjanjian ini, jika ada akan ditanggung dan dijelaskan oleh Penyewa.

BAGI MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak di dalm perjanjian ini menurunkan tandatangan masing-masing pada hari bulan dan tahun yang mula-mula tertulis di atas.

DITANDATANGANI OLEH TUAN PREMIS

) )

. Nama : Ling Chee Han No.K / P : 820325-08-6177

DISAKSIKAN OLEH

) . Nama : .

No.K / P :

DITANDATANGANI OLEH PENYEWA

) )

. Nama : Amirul Mizee bin Nazmi No.K / P : 840218-14-6099

DISAKSIKAN OLEH

) . Nama : .

No.K / P :

Anda mungkin juga menyukai