Anda di halaman 1dari 13

Salinan TUAN RUMAH

PERJANJIAN SEWA BILIK


UNTUK BILIK

DIANTARA

(Nama Tuan Rumah & No. Kad Pengenalan)

DAN

(Nama Penyewa & No. Kad Pengenalan)

PADA:

(Tarikh , Hari , Masa)

1/11
Salinan TUAN RUMAH

PERJANJIAN SEWA BILIK /


RUMAH UNTUK KEDIAMAN
PERJANJIAN ini dibuat pada
di antara yang beralamat di

(selepas i ni disebut sebagai “Tuan Rumah”) sebagai satu pihak


Dan
beralamat di

Kad Pengenalan ( selepas ini disebut sebagai “Penyewa”)


sebagai pihak satu lagi.

* sila sertakan sesalinan kad pengenalan.

2/11
Salinan TUAN RUMAH
BAHAWASANYA

A. Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat

B. Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Peyewa dan Penyewa


bersetuju untuk menyewa dari Tuan Rumah untuk satu Bilik di alamat
seperti diatas serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang
disediakan.

C. Penyewaan ini adalah untuk tempoh selama


bermula pada dan berakhir pada
tertakluk pada syarat-syarat yang
terkandung di dalam Surat Perjanjian ini.

D. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan


sebanyak (Ringgit Malaysia
RM: sebulan hendaklah di bayar terlebih
dahulu pada atau sebelum haribulan (tiap-tiap bulan).

E. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani


perjanjian ini sebanyak (Ringgit Malaysia
(RM ) sebagai bayaran cagaran dan sebanyak
(Ringgit Malaysia
(RM ) bagi cagaran bayaran air dan
elektrik sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat- syarat yang
terkandung didalam perjanjian ini.
Sewa : RM __________

Deposit Sewa : RM ___________

Deposit Air + Elektrik : RM _________

3/11
Salinan TUAN RUMAH

MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI


BERIKUT:

1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana ditetapkan.

2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, dan elektrik


yang dikenakan pada Bilik tersebut semasa penyewaan ini berjalan.

3. Penyewa tidak dibenarkan sama sekali menukar mana-mana kunci


di bahagian rumah (tombol pintu / anak kunci / mangga dan sebagainya).

4. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Bilik tersebut dan/atau


sebahagian daripada Bilik tersebut digunakan untuk apa pun jenis
perniagaan atau urusan perniagaan.

5. Penghuni bilik tersebut tidak boleh melebihi 1 orang sepanjang tempoh


perjanjian ini dan sekiranya Penyewa mengingkari kehendak dan maksud
perenggan ini maka Tuan Rumah berhak untuk menaikan bayaran
sewa dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa
tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian.

6. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan


dan/atau sebahagian dari ruang Bilik tersebut kepada orang lain tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya
penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan
Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh
orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa
tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian.

7. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk


dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar atau
bahagian dalam Bilik tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.

8. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan.

9. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan di dalam Rumah apa jua bahan
beracun dan/atau bahan terlarang dan/atau bahan berbahaya yang mudah
meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi
tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa
berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.

10. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Bilik tersebut ,
termasuk ruang kaki lima, ruangan tangga serta jalan sekeliling
b i l i k rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau
pegawai- pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.

4/11
Salinan TUAN RUMAH
11. Menjaga dan memastikan keadaan di dalam Bilik tersebut
sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa berada di dalam keadaan
baik dan boleh diduduki (susutan biasa samaada kerosakan oleh api, ribut
taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).

12. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa


saja perbuatan sumbang atau salahlaku atau sebarang perbuatan yang
menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh
menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di
kawasan tersebut.

13. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa
olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang
munasabah memasuki Rumah/bilik tersebut untuk membuat
pemeriksaan atau pembaikan kepada rumah tersebut yang mana Tuan
Rumah menganggap adalah mustahak.

14. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan


oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat
dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bilik, bangunan, longkang
ataupun lain- lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada
Tuan Rumah semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi
membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.

15. Penyewa bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kerosakan


yang disebabkan oleh penggunaan tidak berhemah / penggunaan
salah oleh Penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa ke atas
mana- mana atau kesemua perkara-perkara berikut;
i. Lampu Siling dan “Stater” (tidak termasuk ‘housing” lampu).
ii. Kepala Paip / Paip.
iii.Pump Tandas / Peralatan.
iv.Tombol pintu / Kunci pintu / Pintu.
v. Sinki tersumbat dan
vi. Lain-lain kerosakan (TV, Mesin basuh, Peti ais dan lain-lain
Alatan elektrik).

*melalui budi bicara kedua-dua belah pihak untuk menanggung


risiko kerosakan / pembaikan secara bersama.

16. Menyerah kembali Bilik tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman
kepada Tuan Rumah apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat
ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam
perjanjian.

5/11
Salinan TUAN RUMAH
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI TUAN RUMAH

1. Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah, Bil Penyelenggaraan


Sistem Kumbahan dan lain-lain bil penyelenggaraan yang dikenakan
keatas Rumah tersebut.

2. Membaiki sebarang kerosakan besar (bumbung bocor) yang menimpa


ke atas Rumah tersebut yang mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian
dan juga membaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh “Fair
Wear and Tear” dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan
mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas rumah tersebut di
sepanjang tempoh penyewaan ini.

3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada


penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada
syarat-syarat dimana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan
Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau
untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan
daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan
dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas
penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini
dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh tuan rumah untuk tujuan
mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini
ditandatangani.

4. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat


sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan tombol pintu dan
tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan
bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.

5. Memastikan peraturan-peraturan sewaan bilik (Rujuk Lampiran 1)


telah dimaklumkan kepada pengetahuan penyewa.

6/11
Salinan TUAN RUMAH
PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA.

1. Tuan Rumah hendaklah menyerahkan kunci bilik/rumah sewa kepada


Penyewa selepas Penyewa membayar wang cagaran melainkan
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

2. Sekiranya Perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau


Penyewa, adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan
semula kunci rumah kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera.

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke


bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh
yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah.

4. Tuan Rumah berhak untuk tidak mempebaharui tempoh penyewaan.

5. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini


sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah
berkehendakan semula Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan
mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis lisan/bertulis kepada
penyewa atau serta merta mengikut budi bicara Tuan Rumah.

6. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis


bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Rumah. Duit
cagaran akan ditukarkan sebagai duit sewaan untuk bulan sewaan
terakhir penyewa.

7. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari


membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak
seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

8. Sebarang pertikaian di antara Tuan Rumah dan Penyewa


mengenai Penyewaan Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara
aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah
diselesaikan melalui Timbangtara atau dibawa ke sisi undang-undang.

7/11
Salinan TUAN RUMAH

PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut


dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan
tahun yang disebut di atas.

Tuan Rumah Penyewa

Nama: Nama:

No Kad Pengenalan: No Kad Pengenalan:

Tarikh: Tarikh:

Saksi ( jika perlu )

Nama:

No Kad Pengenalan:

Tarikh:

*1 SALINAN PERJANJIAN UNTUK SIMPANAN TUAN RUMAH

8/11
Salinan TUAN RUMAH
Lampiran 1 Peraturan Sewaan Bilik

Sewaan
1. Jenis sewaan yang dikenakan kepada penyewa ada dua jenis tempoh sewaan (a) dan
(b).
a. Sewaan bermula awal bulan.
 Penyewa masuk dalam mana-mana satu tarikh antara hari pertama
hingga hari keempat belas dalam bulan berkenaan.
 Dari tarikh berkenaan penyewa masuk hingga hari terakhir bulan
berkenaan dikira sebagai satu bulan sewaan.
 Penyewa perlu mengembalikan bilik berkenaan pada hari terakhir
bulan terakhir penyewa akan berpindah.
 Contoh: Sewa pada 6 Ogos 2018, pindah pada 30 September 2018.

b. Sewaan bermula pada pertengahan bulan


 Penyewa masuk dalam mana-mana satu tarikh antara hari kelima
belas hingga hari dua puluh lima dalam bulan berkenaan.
 Dari tarikh berkenaan penyewa masuk hingga hari kelima belas
bulan depan dikira sebagai satu bulan sewaan.
 Penyewa perlu mengembalikan bilik berkenaan pada hari keempat
belas bulan terakhir penyewa akan berpindah.
 Contoh: Sewa pada 15 Ogos 2018, pindah pada 14 Oktober 2018.

Bilik

1. Menjaga kebersihan dalam Bilik dan sekitar kawasan dalam Rumah dengan tahap
memuaskan.
2. Pastikan suara /muzik tidak mengganggu ketenteraman Tuan Rumah dan/atau
Penyewa yang lain terutamanya pada waktu malam selepas pukul 12 malam.
3. Tidak membela sebarang haiwan peliharaan / hidupan yang bergerak dalam
bilik. (Ikan & Tumbuhan saja dibenarkan kecuali tumbuhan kanivor)
4. Lampir tilam dengan kain sekiranya datang haid.
5. Tindakan menggantung baju pada batang penggantung langsir adalah dilarang
sama sekali.
6. Tidak menggunakan bilik dan/atau peralatan dengan cara tidak berhemah
sehingga berisiko menyebabkan kerosakan terhadap bilik dan/atau peralatan tersebut
(Rujuk Senarai A di bawah bagi kelakuan yang berisiko). Segala kos
penyelenggaraan dan pembaikan akan dikenakan terhadap penyewa sekiranya
berlaku kerosakan.
Senarai A:
1. Menutup segala jenis pintu (sama ada bilik / pintu depan / pintu tandas) dan /
tingkap dengan kuat dan keras.
2. Menggunakan pemanas air mandian sehingga tahap maksimum

9/11
Salinan TUAN RUMAH
3. Menggunakan api dapur tanpa pengawasan.
7. Kuncikan bilik setiap kali keluar dari rumah untuk mengelakkan keadaan yang tidak
diingini.
8. Tiada sebarang pembakaran dilakukan dalam bilik sama ada aktiviti keagamaan /
aktiviti memasak.
9. Tidak menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki pada dinding (Termasuk
menebuk lubang, memaku, menampal poster yang banyak) tanpa keizinan Tuan Rumah.

Tandas
10. Dilarang membuang tisu basah jenis kain dan/atau tuala wanita ke dalam mangkuk
tandas.
11. Kutip dan buang rambut yang berada di dalam bilik mandi & buang ke dalam tng
sampah. Tidak boleh buang dalam sinki / mangkuk tandas / paip kumbahan untuk
elak tersumbat.
12. Segala kos penyelenggaraan akan dikenakan ke atas penyewa sekiranya berlaku
tersumbat.

Dalam Kawasan Rumah

13. Menggunakan peralatan sendiri / peralatan yang dibekalkan oleh Tuan Rumah
sahaja. Penggunaan peralatan penyewa yang lain adalah dilarang sama sekali
kecuali dengan persetujuan daripada penyewa berkenaan.
14. Lap kawasan dapur selepas memasak dan memastikan segala alatan pembersihan
dibersih dan dikembalikan kepada tempat asal selepas digunakan.
15. Tidak membawa sebarang teman sama/berlainan jantina masuk ke rumah tanpa
pengetahuan dan/ atau kebenaran tuan rumah.
16. Tidak menggunakan peralatan dan/atau kawasan dalam dan/atau luar bilik
untuk sebarang urusan perniagaan tanpa kebenaran dan/atau pengetahuan
Tuan Rumah.
17. Memberitahu / Berbincang dengan Tuan Rumah sekiranya terdapat masalah
tentang penyewaan bilik dan/atau masalah berkaitan penyewa lain dengan kadar
segera.
18. Tidak menyerahkan kunci rumah kepada orang lain dan/atau membuat kunci
pendua rumah tanpa kebenaran Tuan Rumah.
19. Dilarang bergaduh / membalas dendam / melakukan pembuatan yang sengaja
terhadap Tuan Rumah dan/atau penyewa lain. Segala ketidak puasan / masalah perlu
dikemukakan dan dibincang dengan cara hormat-menghormati dan tidak melibatkan isu
perkauman di dalamnya.
20. Permindahan ke tempat lain hendaklah dikemukakan sekurang-kurang SEBULAN
sebelum permindahan. Sekiranya tiada, maka duit cagaran TIDAK akan dikembalikan.
21. Memastikan bayaran bil air dan elektrik dilakukan setiap bulan bersama-sama dengan
duit sewaan.
22. Tidak menambahkan sebarang peralatan elektrik yang akan menggunakan elektrik
melebihi penggunaan biasa. Sekiranya ada, perlu diberitahu kepada Tuan Rumah dan
bayaran bil elektrik tambahan akan dikenakan setiap bulan bergantung kepada jenis
10/
11
Salinan TUAN RUMAH
alat.
Contoh barangan elektrik yang dibenar & tidak dibenarkan:
Dibenarkan Tidak dibenarkan
1. Periuk nasi 1. Set karaoke
2. Bekas makanan jenis elektrik 2. Pendingin Hawa
3. Kipas 3. Seterika Stim (˃ 1500W)
4. Radio 4. Set TV
5. Seterika (≤ 1500 W) 5. Komputer dengan monitor
6. Komputer riba 6. Projector
7. Telefon bimbit & Tab 7. CCTV
8. Cerek elektrik 8. Peti sejuk (mini/biasa)
9. Kamera 9. Mesin basuh
10. Lampu meja 10. Pemanas air minuman berterusan
11. Pengisar makanan
12. Pengering rambut
* Barangan elektrik/elektronik yang tidak dinyatakan akan berdasarkan penggunaan tenaga
(Watt/Jam) dan kekerapan penggunaannya.

23. Hormat-menghormati antara penyewa lain yang berada dalam rumah.


24. Bayaran bil eletrik dan air akan dikongsi secara sama rata antara semua penyewa dalam
rumah KECUALI terdapat penyewa yang sangat ketara di mana penggunaan elektrik
dan/atau air kurang / lebih daripada penggunaan normal, maka bil elektrik dan air
penyewa berkenaan akan dikira secara berlainan daripada penyewa lain.
25. Pastikan ketiadaan yang berpanjangan dalam rumah dimaklumkan kepada ahli
keluarga terdekat sendiri. Tuan Rumah tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan
penyewa disebabkan tindakan jenayah / hubungan sosial penyewa yang terlalu aktif.
26. Pastikan nombor telefon ahli keluarga terdekat diserahkan kepada Tuan Rumah supaya
panggilan boleh dilakukan sekiranya penyewa kemalangan / masuk hospital tanpa sedar /
pengsan dalam bilik dan/ atau rumah.
27. Pastikan pintu depan rumah (Pintu pagar, sliding door, pintu gate) dikunci setiap kali
keluar dan balik.
28. Tiada ada tabiat mencuri atau tabiat lain (menghisap dadah / aktiviti pelacuran) yang
boleh disabit dengan kesalahan jenayah atau laporan polis akan dibuat oleh Tuan
Rumah.
29. Tidak boleh menyewa bilik yang disewa kepada orang lain tanpa kebenaran /
persetujuan daripada Tuan Rumah.
30. Pastikan kedudukan kunci pintu belakang rumah sudah diketahui untuk kemudahan
melepaskan diri sekiranya berlaku kebakaran / bencana yang tidak didugai.
31. Tidak melakukan sebarang aktiviti memasak/pembakaran yang mengeluarkan bau yang
kuat / tidak menyenangkan / merosakkan bahagian bilik dan/atau rumah.
32. Tidak mengadakan sebarang aktiviti berkumpulan/ berpesta/berparti dalam kawasan
rumah.
33. Tidak membebankan socket elektrik dengan peralatan elektrik yang banyak.
34. Tutup suis socket selepas guna.
35. Letak barang kitar semula dalam tong kitar semula. Bagi barangan yang boleh dikitar
semula sila rujuk Lampiran Barangan Kitar Semula.

11/
11
Salinan TUAN RUMAH
##Peraturan sewaan bilik akan diubah dan dikemaskini dari semasa ke semasa dengan pemberitahuan.

12/
11
Salinan TUAN RUMAH

13/
11

Anda mungkin juga menyukai