Anda di halaman 1dari 11

P

PERJANJIAN
SEWA RUMAH
(ALAMAT RUMAH SEWA)

TUAN RUMAH PENYEWA


(Nama Tuan Rumah) (Nama Penyewa)

TARIKH

_________________

www.sewanify.com
MAKLUMAT PENYEWA

Nama
No. Kad Pengenalan
No. Tel. Bimbit
Emel
Media Sosial

Alamat Tetap/Asal

No. Tel. rumah


Pekerjaan

Alamat Pejabat

No. Tel. Pejabat

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH
DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN
DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.

1|PERJANJIAN SEWA RUMAH


JADUAL PEMBAYARAN SEWA

Jadual pembayaran ini adalah berkait dengan syarat-syarat perjanjian seperti yang dinyatakan pada
muka surat seterusnya.

Tarikh Perjanjian

Maklumat Tuan
Rumah (Nama, IC,
Tel. No)

Maklumat Penyewa
(Nama, IC, Tel. No)

Maklumat Rumah
Sewa

Tempoh Sewaan

Tarikh Mula Sewaan

Tarikh Tamat Sewaan

Kadar Sewaan

Tarikh Pembayaran
Sewaan

Deposit / Cagaran

Kegunaan Sewaan Untuk kediaman sahaja.

2|PERJANJIAN SEWA RUMAH


SENARAI INVENTORI

No Inventori Bilangan Unit Catatan


1

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

3|PERJANJIAN SEWA RUMAH


TANGGUNGJAWAB PENYEWA

Dengan ini, penyewa adalah bersetuju dengan tuan rumah untuk mematuhi syarat-syarat yang telah

ditetapkan seperti berikut:

1. Membayar duit sewa pendahuluan pada tarikh seperti mana yang telah ditetapkan.

2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada

rumah tersebut semasa tempoh penyewaan ini berjalan.

3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran

sewa dan bayaran pada perenggan (2) pada tarikh yang telah ditetapkan.

4. Mengekalkan bilangan inventori yang telah dicatit pada surat perjanjian ini dalam keadaan

yang baik seperti sebelum rumah ini diserahkan.

5. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan rumah tersebut atau sebahagian daripada

rumah tersebut untuk:

a. Kegiatan haram,

b. Menyalahi undang-undang atau tidak bermoral,

c. Perniagaan haram atau perjudian,

d. Memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang

6. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian

dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran

bertulis dari tuan rumah. Sekiranya penyewa melanggar perenggan ini maka tuan rumah

berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya

tuan rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat

4|PERJANJIAN SEWA RUMAH


perjanjian ini.

7. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau

perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam rumah tersebut walau

dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari tuan

rumah.

8. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan rumah

dan/atau dimana sahaja dalam rumah tersebut.

9. Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam rumah apa jua jenis senjata, bahan

letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang

mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat

kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan tuan rumah.

10. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan rumah tersebut termasuk ruangan

kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan

oleh tuan rumah atau pegawai- pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.

11. Menjaga dan memastikan keadaan di dalam rumah tersebut sepanjang tempoh

penyewaan ini supaya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan boleh diduduki

(kerosakan yang berlaku disebabkan oleh kebakaran, ribut taufan atau lain-lain bencana

alam adalah dikecualikan).

12. Tidak membuat sebarang kerja penebukan dinding untuk tujuan dekorasi melainkan

mendapat persetujuan daripada tuan rumah. Jika ingin menggantung bingkai gambar,

5|PERJANJIAN SEWA RUMAH


dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan ‘wallplug’.

13. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis

daripada tuan rumah. Tuan rumah akan diberikan semua salinan kunci tambahan sebelum

ianya dipasang.

14. Perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan

atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan rumah tersebut adalah dilarang

sama sekali. Tindakan undang-undang berhak diambil oleh tuan rumah sekira ianya berlaku.

15. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa-apa perbuatan

sumbang, salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di rumah

tersebut, yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak

senang penduduk di kawasan tersebut.

16. Sekiranya berlaku, penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan atau

pergaduhan dengan jiran secara aman dan bertanggungjawab.

17. Membenarkan tuan rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa untuk memasuki rumah

untuk membuat pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut.

18. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan rumah yang disebabkan oleh

penyewa sendiri. Sekiranya gagal, penyewa hendaklah membayar ganti rugi kepada tuan

rumah bagi perbelanjaan yang digunakan untuk membaiki kerosakan tersebut.

19. Penyewa bersetuju untuk menyewa rumah tersebut dalam keadaan baik dan bersih

seperti yang sedia ada. penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali rumah tersebut

6|PERJANJIAN SEWA RUMAH


dalam keadaan sama atau lebih baik kepada tuan rumah dan menanggung segala

pembayaran untuk aktiviti pembersihan sekiranya tuan rumah mengupah orang untuk

membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan

mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.

TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH

1. Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah, Bil Penyelenggaraan yang dikenakan ke

atas rumah tersebut.

2. Membaiki sebarang kerosakan besar seperti pada bahagian atap, dinding utama, lantai,

siling dan sistem kumbahan yang menimpa ke atas rumah tersebut yang mana ianya bukan

disebabkan oleh kelalaian penyewa. Tuan rumah juga bertanggungjawab untuk memperbaiki

apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh bencana alam atau sesuatu yang tidak

dapat dijangka. Segala kerosakan akan dibaiki oleh tuan rumah dalam tempoh (14) hari

selepas notis kerosakan dikeluarkan oleh penyewa.

3. Tuan rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari penghujung

penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Wang cagaran akan

digunakan sekiranya:

a. Bayaran sewa rumah yang tertunggak.

b. Bayaran bil yang tertunggak (Sekiranya ada)

c. Memperbaiki segala kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan sengaja atau

kecuaian penyewa.

d. Membersih dan mengemas rumah ketika tamat perjanjian bagi mengembalikan

keadaan rumah seperti yang sebelumnya.

7|PERJANJIAN SEWA RUMAH


4. Memastikan sistem keselamatan rumah telah disediakan sebelum penyewa mendiami

rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik,

sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.

5. Sekiranya penyewa telah membayar sewa, penyewa berhak mendapat kebebasan untuk

menggunakan rumah tersebut tanpa diganggu oleh tuan rumah sepanjang tempoh sewaan

itu berlaku.

PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA

1. Tuan rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada penyewa selepas penyewa

membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.

2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh tuan rumah atau penyewa, adalah menjadi

tanggunjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada tuan rumah atau

wakilnya dengan segera.

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya, maka

penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan

dengan tuan rumah.

a. Sekiranya tiada bayaran diterima selepas (7) hari daripada tarikh yang telah

dipersetujui, tuan rumah atau wakil berhak untuk memasuki rumah sewa tanpa

sebarang notis.

b. Sekiranya tiada bayaran diterima selepas (14) hari daripada tarikh yang telah

dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut

dan tuan rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini.

8|PERJANJIAN SEWA RUMAH


4. Sekiranya penyewa ingin perbaharui tempoh penyewaan apabila tamatnya tempoh

sepertimana terkandung didalam perjanjian ini, maka penyewa mestilah mengemukakan

notis bertulis kepada tuan rumah tidak kurang dua (2) bulan sebelum tamat tempoh

penyewaan tersebut.

5. Tuan rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.

6. Tuan rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku

pelanggaran pada syarat-syarat perjanjian ini atau bila mana tuan rumah ingin semula

rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari satu bulan

(1) notis bertulis kepada penyewa.

7. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis tidak kurang

dari satu (1) bulan kepada tuan rumah. Sekiranya penyewa gagal untuk melaksankan yang

sedemikian, wang cagaran tidak akan dikembalikan kepada penyewa.

8. Sekiranya penyewa ingin tamatkan kontrak, penyewa harus melangsaikan bayaran

tertunggak kepada tuan rumah seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

9|PERJANJIAN SEWA RUMAH


PERSETUJUAN ANTARA TUAN RUMAH DAN
PENYEWA

Segala maklumat yang telah ditetapkan di dalam surat perjanjian ini adalah BENAR dan sekiranya

berlaku sebarang kesalahan, tuan rumah atau/dan penyewa berhak untuk mengubah semula

perjanjian ini, bergantung pada budi bicara kedua belah pihak.

Tuan rumah dan penyewa BERSETUJU untuk tidak mendedahkan mana-mana maklumat yang

terkandung di dalam surat perjanjian ini, sama ada ia maklumat peribadi ataupun umum.

Dengan ini, kami BERSETUJU untuk melaksanakan segala yang telah dipersetujui di dalam surat

perjanjian ini sepanjang tempoh penyewaan rumah yang telah ditetapkan. Sekiranya kami gagal

melaksankannya, kami berhak untuk dikenakan tindakan seperti yang telah dipersetujui di dalam

surat perjanjian ini.

Tuan Rumah Penyewa


Nama: Nama:
No. IC: No. IC:
Tarikh: Tarikh:

Saksi Saksi
Nama: Nama:
No. IC: No. IC:
Tarikh: Tarikh:

10 | P E R J A N J I A N S E W A R U M A H