Anda di halaman 1dari 6

SURAT PERJANJIAN SEWA TANAH

ANTARA :

( TUAN TANAH )

DENGAN :

( PENYEWA )

TARIKH :
PERJANJIAN MENYEWA TANAH SAWAH

Perjanjian ini telah di buat pada di Sungai Nibong di dalam Negeri Selangor
Darul Ehsan.

ANTARA

Selepas ini disebut Sebagai Tuan Tanah

DENGAN

Selepas ini disebut sebagai Penyewa

PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN SEPERTI BERIKUT:

1. Tuan Tanah mengaku kepada penyewa tanah sawah yang mana butir-butir atau
keterangan mengenai tanah itu dinyatakan dalam Jadual Pertama (1),Lampiran (A)
perjanjian ini dan penyewa mengaku menyewa tanah tersebut.Tanah yang disewakan oleh
tuan tanah kepada penyewa itu akan disebut sebagai TANAH TERSEBUT didalam
perjanjian ini.

2. Tempoh atau banyaknya bilangan musim atau musim-musim padi yang disewakan itu
dan kadar harga sewaan untuk satu(1) musim serta jumlah bayaran untuk kesemua musim
dan tarikh bermulanya musim padi yang disewakan kepada penyewa itu dinyatakan
dalam Jadual kedua (2) Lampiran A Perjanjian ini.

3. Jumlah bayaran yang telah dijelaskan oleh penyewa kepada tuan tanah dan jumlah
bakinya dalam Jadual Ketiga (3) Lampiran A Perjanjian ini.

4. Dengan adanya Surat Perjanjian ini,Maka mulai dari tarikh bermulanya musim padi yang
disewakan kepada penyewa mengikut perjanjian ini,berhaklah penyewa memasuki tanah
tersebut,mengusahakan,memetik serta menikmati hasil tanpa boleh diganggu-gugat oleh
semua waris,wakil dan penjaga bagi pihak tuan tanah sehinggalah genap tempoh
perjanjian ini.
MUKA 2

5. Selain dari mengusahakan dan menikmati hasi padi dari tanah tersebut,penyewa juga
berhak menerima segala pemberian(bantuan) sama ada dari pihak kerajaan atau swasta
yang diperuntukkan keatas tanah tersebut seperti bantuan baja,racun,bayaran subsidi
(buku kupon) dan lain-lain bantuan atau peruntukkan jika ada dikeluarkan dalam tempoh
kuatkuasa perjanjian ini berjalan.

6. Sebelum tamat tempoh perjanjian ini, tuan tanah tidaklah boleh melakukan sebarang
tindakkan yang boleh menjejaskan penyewa dari mendapatkan haknya mengikut
perjanjian ini seperti menjual tanah tersebut,mengadaikannya,menyewakan tanah tersebut
kepada orang lain atau lain-lain tindakan, dan jika didapati tuan tanah melakukan
perkara-perkara tersebut, maka penyewa berhak menuntut BAYARAN GANTIRUGI
dari tuan tanah (melalui mahkamah jika perlu) seperti yang dinyatakan dalam Jadual
Keempat (4) Lampiran A perjanjian ini.

7. Satu ruangan jadual untuk mencatatkan giliran musim atau musim-musim padi yang
diusahakan oleh penyewa di atas tanah tersebut disediakan pada Lampiran B perjanjian
ini.Tarikh bagi giliran musim atau musim-musim padi yang diusahakan oleh penyewa itu
adalah berpandukan kepada tarikh menyemai padi yang ditetapkan oleh pihak JABATAN
PERTANIAN DAERAH.

8. Jika ada syarat atau syarat-styarat dan peraturan yang terdapat dalam perjanjian ini yang
ingin dicatatkan oleh tuan tanah atau penyewa,maka ianya bolehlah dicatatkan dalam
Jadual Kelima (5) Lampiran A perjanjian ini dan syarat atau syarat-syarat serta
peraturan tambahan itu adalah menjadi isikandung yang sah perjanjian ini.

9. Kuatkuasa Surat Perjanjian ini akan mengikat semua waris,wakil dan penjaga bagi kedua-
dua belah pihak yang terlibat jika ditakdirkan berlaku kematian atau jilang akal disalah
satu pihak atau kedua-dua sekali.
MUKA 3

SEBAGAI TANDA PERSETUJUAN terhadap Surat Perjanjian ini, maka kedua-dua pihak
telah menurunkan tandatangan masing-masing berhadapan dengan saksi-saksi seperti dibawah
setelah kedua-dua pihak mengaku faham dan berpuas hati di atas segala isi kandungan perjanjian
ini serta sedar akan natijahnya.

TANDATANGAN TUAN TANAH TANDATANGAN PENYEWA

.
Nama : Nama :
No K/P : No K/P:
Tarikh : Tarikh :

Telah ditandatagani oleh Tuan Tanah Telah ditandatangani oleh Penyewa


Dihadapan : dihadapan :


Nama : Nama :
No K/P : No K/P :
Tarikh : Tarikh :
LAMPIRAN A

Jadual Pertama
( 1)
BUTIR-BUTIR TANAH

Hakmilik Tanah : No Lot :


Mukim : Daerah : Negeri :
Luas Keseluruhan Tanah : Luas Bahagian Yang Disewakan :
Alamat Tanah :

Jadual Kedua
(2)

Jumlah Musim Padi Yang Disewakan :


Tarikh Mula Musim Padi Yang Disewakan :
Tarikh Tamat Musim Padi Yang Disewakan :
Kadar Bayaran Sewa Bagi Semusim :
Kadar Bayaran Sewa Untuk Kesemua Musim :

Jadual Ketiga
(3)

Jumlah Wang Yang Telah Dijelaskan Oleh Penyewa :


Baki Yang Tinggal :
Tempoh Dan Cara Pembayaran Baki(jika ada) :

Jadual Keempat
(4)

Jika sekiranya Tuan Tanah didapati mengingkari perjanjian ini,maka Penyewa berhak membuat
tuntutan(melalui mahkamah jika perlu) supaya Tuan Tanah memulangkan semula wang sewa
tanah bagi musim yang tinggal pada ketika itu dengan kadar SEKALI GANDA
LAMPIRAN B

Jadual yang mencatatkan tarikh menyemai padi bagi giliran musim atau musim-musim padi yang
diusahakan oleh penyewa mengikut perjanjian ini.

No Hakmilik : No Lot : Mukim :

BIL GILIRAN MUSIM PADI TARIKH MENYEMAI

PERHATIAN : Tarikh-tarikh menyemai padi yang tercatat di atas adalah berpandukan kepada
tarikh menyemai padi yang telah ditetapkan oleh JABATAN PERTANIAN
DAERAH.

Anda mungkin juga menyukai