Anda di halaman 1dari 14

DERAF .

PERJANJIAN USAHASAMA

PERJANJIAN INI DIPERBUAT pada tarikh dan tahun sepertimana yang


dinyatakan dalam Seksyen 1 didalam Jadual Pertama didalam Perjanjian ini
DIANTARA pihak yang nama, butiran lengkap dan alamatnya seperti yang
dinyatakan dalam Seksyen 2 didalam Jadual Pertama (selepas ini disebut sebagai
“Pihak Pertama”) di satu pihak DAN pihak yang nama , butiran lengkap serta alamat
seperti yang diyatakan dalam Seksyen 3 dalam Jadual Pertama {selepas ini disebut
sebagai “Pihak Kedua”) disatu pihak yang lain

BAHAWASANYA

A Pihak Pertama adalah seorang ahli berdaftar didalam Persatuan Usahawan


Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (No. Pendaftaran 1669-07-KDH) yang
beroperasi di alamat No. 123, Lorong Putra A/1, Pusat Perniagaan Putra, Kilang
Lama, 09000 Kulim, Kedah (selepas ini di rujuk sebagai “PUSHPIAM”).

B. Pihak Kedua ialah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dan secara aktif
menjalankan perusahaan dan memperkembangkan projek industri agropolitan
pembangunan dan pengembangan “membudidayakan” (“cultivation”), pengumpulan
dan pengambilan Sarang Burung Layang-Layang. Walit “Swiflet” (juga dikenali
sebagai “Aerodramus Fuciphagus”).

C. Pihak Kedua telah menyediakan satu laporan berkaitan Projek tersebut kepada
PUSHPIAM dan pada dasarnya PUSHPIAM bersetuju dan berminat dengan unjuran
laporan yang disediakan yang pada asasnya adalah untuk membantu ahli-ahli yang
berdaftar dibawah PUSHPIAM yang menawarkan Pakej Usahasama secara bijak
kepada ahli-ahli berdaftarnya yang berminat (selepas ini disebut sebagai “Pakej
Usahasama”).

D. Melalui satu Perjanjian , PUSHPIAM telah bersetuju dan melantik pihak Kedua
sebagai Pengurus Projek khas untuk membina , menjalankan , mengurus dan
menyempurnakan Projek Pembangunan dan Pengembangan “membudidayakan” dan
Pengambilan Sarang Burung Layang-Layang Walit (selepas ini disebut sebagai
“Projek “) sebagai salah satu daripada program aktiviti PUSHPIAM.

E. Kos keseluruhan untuk satu (1) unit Bangunan Rumah Burung didalam Projek
tersebut adalah berjumlah sebanyak Ringgit Malaysia: SERATUS LAPAN PULUH
RIBU (RM180,000-00) sahaja dan ianya tidak termasuk pemilikan keatas
tanah dimana Unit Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut dibina.

F. Pihak Kedua dengan ini menyatakan dan menawarkan pembahagian tawaran Pakej
Usahasama dalam bentuk pembahagian SERATUS (100) unit Lot perkongsian yang
berjumlah Ringgit Malaysia: SERIBU LAPAN RATUS (RM1,800-00) sahaja bagi
setiap satu (1) unit Lot (selepas ini disebut sebagai “Lot”).

1
G. Pihak Kedua juga adalah pemilik berdaftar (selepas ini disebut sebagai “Pemilik
Berdaftar”) keatas tanah yang dikenali sebagai yang mempunyai
keluasan seluas ekar (selepas ini dirujuk sebagai “Tanah”) dan
diatas persetujuan PihakKedua dan dipersetujui oleh PUSHPIAM, Bangunan Rumah
Burung Layang-layang untuk Projek tersebut akan dibina diatas Tanah tersebut
(selepas ini disebut sebagai “Tapak Projek”).

H. *Melalui satu perjanjian Pajakan, Pemilik Berdaftar tanah telah bersetuju dan telah
memberi pajakan Tanah yang dikenali sebagai geran No. PT/Lot No.
Mukim Daerah
yang mempunyai keluasan sebanyak ekar/relong/hektar
(selepas ini disebut sebagai “Tapak Projek”) untuk membolehkan Pihak Kedua untuk
menjalankan Projek tersebut diatas Tapak Projek untuk tempoh selama 30 tahun
sahaja yang berkuatkuasa dari (tarikh????)

I. Pihak Pertama berminat dan bersetuju untuk melabur dan menyertai Projek tersebut
tertakluk kepada Pakej Usahasama yang ditawarkan dan akan tertakluk kepada syarat-
syarat dan terma-terma yang dipersetujui didalam Perjanjian ini

MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:-

PERSETUJUAN DAN BALASAN

1.1 Pihak Pertama dengan rela hati bersetuju untuk menyertai pelaburan dalam
Pakej Usahasama yang ditawarkan oleh Pihak Kedua dan Pihak Kedua
dengan ini besetuju untuk menerima penyertaan pelaburan Pihak Pertama
dalam Pakej Usahasama didalam Projek ini tertakluk kepada syarat-syarat dan
terma-terma yang terkandung dalam Perjanjian ini.

1.2 *Sebagai balasan sebanyak Ringgit Malaysia: SERIBU LAPAN RATUS


(RM1,800-00) sahaja yang di berikan/dibayar oleh Pihak Pertama kepada
Pihak Kedua, (Penerimaannya diakui oleh Pihak Kedua) Pihak Pertama
dengan ini menyertai pelaburan dalam Projek tersebut dan Pihak Kedua
menyatakan dengan ini akan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab
Pihak Kedua seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini

*Potong mana-mana yang ttidak berkenaan

2
TEMPOH PERJANJIAN

2.1 Kedua-dua pihak bersetuju dan mengaku bahawa tempoh Perjanjian ini
ialah selama Dua Puluh (20) tahun sahaja ATAU selagi Bangunan
Rumah Burung Layang-layang tersebut masih mengeluarkan hasil
untuk tuaian, mana-mana yang terdahulu.

2.2 Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju dan tertakluk kepada peruntukan
perenggan 2.1 diatas, bahawa selepas tamat tempoh seperti yang dinyatakan
didalam perenggan 2.1 diatas, Perjanjian ini akan disambung untuk tempoh
selama sepuluh (10) tahun sahaja lagi yang berkuatkuasa dari tarikh tamat
tempoh tersebut dan akan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma seperti
yang termaktub dalam Perjanjian ini.

2.3 Selepas tamat tempoh yang dinyatakan diatas perjanjian ini akan dianggap
terbatal dan Bangunan Rumah Burung Layang-Layang tersebut akan
diserahkan kepada dan akan diambil alih oleh PUSPIAM/Pihak Kedua perlu
membayar apa-apa bayaran kepada Pihak Pertama.

BANGUNAN RUMAH BURUNG LAYANG-LAYANG

3. Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju dan mengaku bahawa Bangunan


Rumah Burung Layang-layang tersebut dimana Pihak Pertama menyertai
Pakej Usahasama tersebut adalah dikenali sebagai Bangunan ________
seperti mana yang tertera dalam Lampiran “B” yang dilampirkan bersama
dalam Perjanjian ini. (Selepas ini dirujuk sebagai “Rumah Burung Layang-
Layang”).

SIJIL PERAKUAN PEMILIKAN

4. Pihak Kedua juga akan mengeluarkan satu Sijil Perakuan Pemilikan kepada
Pihak Pertama menyatakan jumlah Lot yang disertai oleh Pihak Pertama dalam
Pakej Usahama didalam Projek ini.

PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN PIHAK PERTAMA

5. Pihak Pertama dengan ini bersetuju dan mengaku seperti berikut:-

(i) Pihak Pertama adalah ahli yang berdaftar dan aktif dalam
PUSHPIAM.

(ii) Bagi melayakkan diri dalam penyertaan ini Pihak Pertama


telah memberitahu PUSHPIAM akan keinginannya untuk
menyertai Projek ini dan telah mendapat keizinan dari
PUSHPIAM.

3
(iii) Seperti yang dinyatakan oleh Pihak Kedua, Pihak Pertama
mengaku dan bersetuju bahawa Projek akan mula dilaksanakan
apabila kutipan dana untuk jumlah keseluruhan kos sebanyak
RM180,000-00 sahaja tersebut diperolehi dan setelah tapak
yang bersesuaian dikenalpasti oleh Pihak Kedua.

(iv) Pihak Kedua telah memberi taklimat dan penerangan tentang


perjalanan dan urusan Projek ini kepada Pihak Pertama dan
Pihak Pertama dengan ini faham dan bersetuju untuk
menyertai Pakej Usahasama didalam Projek ini dengan rela
hati dan faham akan risiko-risiko (sekiranya ada) yang perlu
diambil dalam menyertai Projek ini.

(v) Pihak Pertama dengan ini menyerahkan segala urusan


berkaitan Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut
akan dilaksanakan oleh Pihak Kedua selama tempoh yang
dipersetujui didalam Perjanjian ini dan Pihak Pertama tidak
akan membatalkan Perjanjian ini selagi Pihak Kedua
menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab Pihak Kedua
dalam melaksanakan Projek ini.

PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN PIHAK KEDUA

6. Pihak Kedua dengan ini bersetuju dan mengaku seperti berikut:-

(i) Pihak Kedua mempunyai pengetahuan dan kepakaran dan


selama ini menjalankan perusahaan pertanian agropolitan
dalam pembangunan dan memperkembangkan
“membudidayakan” dan pengambilan Sarang Burung Layang-
Layang Walit (“Swiflet”) (selepas ini dirujuk sebagai “Burung
Walit”) untuk tujuan komersil
.
(ii) Projek akan dimulakan berdasarkan kepada apabila kesemua
kos berjumlah sebanyak RM180.000-00 tersebut telah
terkumpul dari ahli-ahli PUSHPIAM yang berkongsi dalam
Pakej Usahasama dalam Projek tersebut untuk melengkapkan
satu Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut dan
satu tapak dikawasan yang mempunyai taburan Burung Walit
tersebut dikenalpasti dan disahkan bersesuaian untuk Projek
ini untuk dijadikan Tapak Projek.

(iii) Pihak Kedua akan melaksanakan Projek dengan membina


unit Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut diatas
Tapak Projek tersebut dan akan menjalankan segala urusan
pembangunan dan pengembangan “membudidayakan”
(“cultivation”), penjagaan semasa dan pengambilan hasil dan

4
AKAN MEMBELI hasil tuaian sarang burung layang-layang
tersebut pada harga pasaran semasa dan segala urusan tersebut
akan di pantau oleh PUSHPIAM dan/atau oleh mana-mana
orang atau wakil yang dilantik oleh PUSHPIAM.

(iv) Segala rekod pengambilan hasil tuaian dan jualan sarang


burung didalam Unit bangunan tersebut akan direkodkan dan
dikemukakan kepada PUSHPIAM dan Pihak Pertama untuk
tujuan pemantauan.

(v) Pihak Kedua akan membeli hasil setiap pengambilan hasil


tuian sarang burung tersebut pada harga pasaran semasa yang
tertakluk kepada penjenisan gred masing-masing dan ini juga
akan di pantau oleh PUSHPIAM.

(vi) Pihak Kedua akan mangambil insuran kebakaran keatas


Bangunan Rumah Burung Layang-layang ini.

(vii) Sebagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam industri


pembangunan dan memperkembangkan “membudidayakan”
(“cultivation”) dan pengambilan sarang Burung Walit ini
Pihak Kedua akan menjalankan tugas dan kewajipannya
seperti sediakala dan akan memastikan tahap penyelangaraan
yang optimum dilaksanakan dan antara bidang kerja adalah
meliputi secara umumnya seperti yang dinyatakan dalam
Lampiran “A”.

PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN KEDUA-DUA PIHAK

7. Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju seperti berikut:-

(i) Penyertaan perkongsian Pihak Pertama didalam Projek ini


tertakluk kepada bahawa Pihak Pertama ialah ahli berdaftar
didalam PUSHPIAM.

(ii) Kos keseluruhan untuk memulakan operasi Projek ini adalah


RM180,000-00 sahaja dan kemasukan Pihak Pertama dalam
Pakej Usahasama ini tertakluk kepada apabila keseluruhan kos
sebanyak RM180,000-00 sahaja tersebut dapat dikumpulkan
melalui penyertaan ahli-ahli PUSHPIAM dalam perkongsian
ini.

(iii) Pembinaan dan pemulaan pembinaan setiap unit Bangunan


Rumah Burung Layang-layang didalam Projek ini akan
dimulakan sebaik sahaja tabung kutipan mencapai jumlah
RM180,000-00 sahaja seperti yang dinyatakan

5
(iv) Setiap penyertaan modal dalam Pakej Usahasama sebanyak
RM1,800-00 sahaja adalah mewakili satu (1) unit yang juga
bagi tujuan Perjanjian ini dirujuk sebagai satu (1) Lot untuk
tujuan Pakej Usahasama ini dan setiap unit Lot yang terbabit
akan dikenalpasti dan satu sijil perakuan akan dikeluarkan
berkaitan dengannya.

(v) Penyertaan usahasama Pihak Pertama hanya terpakai dan


merujuk kepada unit Bangunan Rumah Burung Layang-layang
yang telah ditetapkan sahaja dan tidak merangkumi lain-lain
unit Bangunan Rumah Burung Layang-layang secara
keseluruhannya yang ada dirikan didalan Projek ini dan tidak
juga melayakkan Pihak Pertama keatas pemilikan tanah dimana
Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut didirikan,

(vi) *Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut akan


didirikan diatas tanah persendirian milik Pihak Kedua/pihak
ketiga yang telah memajakkan Tanah tersebut kepada Pihak
Kedua.

(vii) *Tanah dimana Bangunan Rumah Burung Layang-layang


tersebut akan didirikan adalah kepunyaan Pihak Kedua/pihak
ketiga.

(viii) Sebagai balasan kepada Pihak Kedua bertindak sebagai


Pengurus Projek/Perunding (“Consultant”) yang melaksanakan
dan menjalankan operasi pembinaan (“design and build”),
penyelengaraan dan tuaian keatas Bangunan Rumah Burung
Layang-layang yang terbabit, Pihak Pertama bersetuju bahawa
bayaran yang mewakili sebanyak DUA PULUH PERATUS
(20%) dari hasil setiap tuaian akan diberikan/dibayar kepada
Pihak Kedua.

(ix) Setiap kali tuaian/pengambilan sarang burung hendak


dilakukan, setiap ahli Pakej Usahasama didalam Bangunan
Rumah Burung Layang-layang tersebut akan diberitahu dan
segala rekod hasil tuaian/pengambilan Sarang Burung tersebut
akan direkodkan dan dikemukakan pada setiap ahli yang
terlibat didalam Pakej Usahasama ini termasuk PUSHPIAM.

PINJAMAN TEKUN/PEMBIAYAAN INSTITUSI KEWANGAN

8. *Pihak Pertama terlibat dalam skim pinjaman yang dikeluarkan oleh Yayasan
Tekun Nasional (selepas ini disebut sebagai “TEKUN”) iaitu sebuah
organisasi yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi/Institusi Kewangan dan Pihak Pertama telah menerima
pembiayaan dari TEKUN/Institusi Kewangan tersebut sebanyak RM20,000-

6
00 sahaja sebagai pinjaman modal untuk menyertai Pakej Usahasama didalam
Projek ini dan tertakluk kepada skim bayaran balik seperti yang ditetapkan
oleh TEKUN/Institusi Kewangan berkaitan tersebut.

PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN TEKUN

9. *Atas persetujuan Pihak Pertama dan direstui oleh PUSHPIAM, Pihak Kedua
dengan ini diberi kuasa untuk menggunakan pendapatan dari hasil tuaian
sarang burung Layang-layang yang berkaitan untuk tujuan bayaran balik
pinjaman/pembiayaan yang dinyatakan tersebut kepada TEKUN menurut
Jadual Pembayaran Balik yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Pihak
TEKUN dan Pihak Pertama.

KAEDAH PENYELESAIAN PERTIKAIAN

10.1Pihak Pertama dan Pihak Kedua dengan pemantauan dan nasihat PUSHPIAM
hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang mungkin timbul daripada
atau berkaitan dengan mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini melalui
proses rundingan.

10.2 Jika kaedah penyelesaian yang disebutkan dalam perenggan 10.1 diatas tidak
dapat menyelesaikan pertikaian maka perkara ini hendaklah dirujuk kepada
seorang Penimbangtara (“Arbitrator”) yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak
untuk bertindak sebagai penimbangtara. Rujukan kepada timbangtara adalah
dalam erti Akta Timbangtara 1952 (Semakan – 1972)

PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG

11. Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan dan dikawal oleh Undang-undang


Malaysia.

UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR 1974

12. Projek ini yang akan dijalankan adalah mematuhi Undang-undang Penjagaan
Alam Sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

BENCANA ALAM/‘FORCE MAJEURE”

13.1Pihak Kedua adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang tindakan ,


ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan tanggungjawab seperti yang
dinyatakan dalam Perjanjian ini jika tindakan, ketinggalan atau kegagalan itu
timbul daripada keadaan yang tergolong dibawah ‘Force Majeure” seperti
kerusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, gempa bumi,

7
peperangan dan sebab-sebab lain yang seumpamanya yang tidak dapat
dikawal olehnya.

13.2.Sekiranya “Force Majeure” berlaku, perlaksanaan Perjanjian ini hendaklah


ditangguhkan setakat mana berlakunya “Force Majeure” atau Perjanjian ini
boleh ditamatkan dengan persetujuan kedua-dua pihak didalam Perjanjian ini.

PENEPIAN

14. Kegagalan mana-mana pihak dalam Perjanjian ini untuk melaksanakan atau
menguatkuasakan apa-apa hak, remedi atau peruntukan yang terkandung
dalam Perjanjian ini pada bila-bila masa tidak boleh dianggap sebagai
penepian hak, remedi atau peruntukan seperti yang telah dinyatakan dalam
Perjanjian ini

.
BUKAN PENEPIAN

15. Apa-apa penepian mana-mana hak pihak-pihak didalam Perjanjian ini adalah
tidak sah melainkan ianya dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh
mana-mana pihak dalam Perjanjian ini.

PERPINDAHAN HAKMILIK

16. Pihak Pertama tidak boleh serahhak atau memindah hak kepada mana-mana
pihak Ketiga keseluruhan atau sebahagian faedah bagi unit Lot yang dimiliki
tanpa mendapat kelulusan bertulis dari PUSHPIAM.

PERJANJIAN BUKAN PERKONGSIAN

17. Perjanjian ini tidak mewujudkan sebarang perkongsian antara pihak-pihak


dalam Perjanjian ini.

MASA

18. Masa apabila disebut dalam Perjanjian ini adalah merupakan intipati dan
penting dalam Perjanjian ini.

JADUAL-JADUAL DAN LAMPIRAN

8
19. Jadual-jadual dan Lampiran-lampiran yang dirujuk didalam Perjanjian ini
hendaklah diambil, dianggap, dibaca, ditafsirkan dan dijadikan sebagai
bahagian yang penting kepada Perjanjian ini dan mengikat kedua-dua pihak.

NOTIS

20. Sebarang notis/surat/dokumen atau pemberitahuan makluman, permintaan


atau tuntutann di dalam Perjanjian ini hendaklah dilakukan secara bertulis dan
hendaklah dianggap sebagai penyampaian yang cukup dan sempurna jika::-

a. dihantar oleh mana-mana pihak atau peguamcara melalui surat pos


berdaftar kealamat pihak yang satu lagi seperti yang tersebut dalam
Perjanjian ini dan ianya hendaklah disifatkan sebagai telah sempurna
penyampaiannya apabi;a surat berdaftar tersebut boleh disampaikan
mengikut perjalanan dan cara amalan pos biasa ; atau

b. Jika diberi oleh mana-mana pihak atau peguamcara kepada pihak yang
satu lagi atau secara serahan tangan.

PERTUKARAN ALAMAT

21. Sebarang pertukaran alamat oleh mana-mana satu pihak dalam Perjanjian ini
hendaklah diberitahu kepada pihak yang satu lagi dalam tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh pertukaran alamat itu.

KOS DAN YURAN PENYEDIAAN PERJANJIAN

22. Segala dan kos guaman termasuk duti setem Perjanjian ini haruslah
ditanggung oleh Pihak Pertama

PERJANJIAN MENGIKAT

23. Perjanjian ini mengikat dan terikat kepada semua pengganti hakmilik dan
penerima serah hak “successor in title” serta kesemua waris-waris dan wasi
dan orang-orang yang dilantik bagi kedua-dua belah pihak.
.

******************************************************************
Ruangan Ini Adalah Sengaja Dibiarkan Kosongkan

9
DALAM MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI maka dengan ini diperturunkan
tandatangan dan/atau cap mohor kedua-dua pihak.

Ditandatangani oleh Pihak Pertama }


dihadapan }
}
}
}

Ditandatangani oleh Pihak Kedua }


Di hadapan }
}
}
}

10
JADUAL PERTAMA
(Yang perlu dibaca dan dianggap sebagai intipati dalam Perjanjian ini)

Seksyen Perkara Butir-Butir

1. Tarikh dan Tahun Perjanjian ini

2. Butir-butir Pihak Pertama

3. Butir-butir Pihak Kedua

11
LAMPIRAN “A”

PENYELENGARAAN STRUKTUR BANGUNAN


(“MIANTENANCE OF BUILDING STRUCTURE”)

(i) Kerja-kerja Plaster Khas Luaran (“External Special Plaster Work”) .


(ii) Kerja-kerja Plaster Khas Dalaman (“Internal Special Plaster Work”).
(iii) Penyelengaraan Sistem Pengairan /Takungan Dalaman
(“Maintenance of Internal Water Reservoir System”).
(iv) Sistem Aliran Air Luaran dan Dalaman (“Internal and External Piping
System”)
(v) Sistem Pengudaraan Dalaman (“Internal Ventilation System”).
(vi) Sistem Elektrik Dalaman & Luaran (“Internal and External Electrical
System”).
(vii) Sistem Keselamatan Luaran dan Dalaman (“Internal and External Security
System”)
(viii) Kerja-kerja Struktur Kayu Dalaman (“Internal Wood Work”).

PENYELANGARAAN DAN KAWALAN TEKNIKAL


MAINTENANCE OF TECHNICAL PERIPHERAL

(i) Kawalan dan Pemantauan Suhu (“Internal Temperature Control and


Monitoring”)
(ii) Kawalan dan Pemantauan Humiditi Dalaman {“Internal Humidity Control
and Monitoring”)
(iii) (“Internal Lux Control and Monitoring”)
(iv) Kawalan Pengudaraan Dalaman {“Internal Air Flow Control”)
(v) Kawalan dan Pemantauan Sistem Pengaliran Air Dalaman dan Luaran
(“Internal and External Water Pump System Control & Monitoring”)
(vi) Sistem Peralatan Elektronik Dalaman (“Internal Electronic Equipments
System”).
(vii) Sistem Kawalan dan Pemantauan Keselamatan (“Security Control &
Monitoring System”).

PERKHIDMATAN KERJAKERJA PENUAIAN


(“HARVESTING SERVICE”)

12
(i) Tenaga Kerja yang Berpengelaman (“Experience Manpower Labour
Team”)
(ii) Kawalan Kuantiti Sarang Burung (“Nest Quantity Monitoring”)
(iii) Kawalan Kualiti Sarang Burung(“Nest Quality Monitoring”)
(iv) Pengredan Sarang Burung (“Nest Grading”)
(v) Kawalan/Penandaan Sarang Burung dan Boleh Tuai dan Tak Boleh Tuai
(“Nest Marking and Harvestable and Non Harvestable Nest”)
(vi) Sistem Penggantian Sarang Burung (“Nest Replacement System”)
(vii) Sistem Pengkelasan Telur (“Eggs Deduction System”)
(viii) Pemantauan Penolakan Telur (“Eggs Rejection Precautions”)
(ix) Sistem Penggantian Telur (“Eggs Adoption System”)

PERKHIDMATAN KAWALAN
PEST CONTROL AND PRECAUTION SERVICE

(i) Anai-anai (“White Ants”)


(ii) Semut Merah/Semut Api (“Red Ants”)
(iii) Lipas (“Cockroaches”)
(iv) Fleas, Tick and Mites
(v) Larva Nyamuk (“Larvae (Mosquito) “Aedes””)
(vi) Cicak (“Lizards”)
(vii) Tikus (“Rodents”)
(viii) Burung Hantu (“Owls”)
(ix) Burung Helang dan Burung-burung Pemangsa (“Eagles and Predatory
Birds”)
(x) Ular (“Snakes”)
(xi) Ancaman Manusia (“Human Predators”)

(Tertakluk kepada pertukaran yang mana difikirkan patut oleh Tetuan Aeroswift
Consultancy Sdn. Bhd.)

13
LAMPIRAN “B”

14

Anda mungkin juga menyukai