Anda di halaman 1dari 21

lOMoARcPSD|20646153

PERJANJIAN USAHASAMA PROJEK PEMBANGUNAN AGRO PERTANIAN

DI ANTARA

USAS BERHAD (No Syarikat: 201201028856 (1013343-H)) sebuah syarikat yang


ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mempunyai alamat berdaftar di
Universiti Sultan Azlan Shah Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul
Ridzuan (selepas ini disebut “Pihak Pertama”).

DAN

ZEUS DEVELOPMENT (JOHOR) SDN BHD (No Syarikat: 199101002226 (212537-


D)) sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dibawah Akta Syarikat 1965 yang
beralamat di No 6, Jalan Canning Estate, Taman Cannng, 31400 Ipoh, Perak
(kemudian dirujuk sebagai “Pihak Kedua”).

BAHAWASANYA:-

1) Hartanah yang menjadi perkara subjek dalam perjanjian ini adalah sebuah
ladang berkeluasan 2,220.399 Hektar dan/atau 5,486.830 Ekar terletak di
Mukim Pulau Kamiri Daerah Kuala Kangsar Negeri Perak Darul Ridzuan

(selepas ini dirujuk sebagai “hartanah tersebut”).

2) Pelan kawasan hartanah tersebut adalah seperti dalam pelan bertanda


“Lampiran A” yang disekali dalam perjanjian usahasama ini.

3) Tuan tanah berdaftar bagi hartanah ini adalah milik MAJLIS AGAMA
ISLAM DAN ADAT MELAYU NEGERI PERAK (MAIPK) dan dalam proses
penukaran kepada nama pihak pertama USAS BERHAD sebagai pemilik
berdaftar

4) Pihak Pertama adalah pihak yang diberi mandat bagi mentadbir serta
mengusahakan hartanah tersebut dan melaksanakan segala perkara yang

)
lOMoARcPSD|20646153

sewajarnya sehinggalah pemilikan ke atas hartanah tersebut ditukarmilik


dan dipindamilik kepada pihak pertama.

5) Pihak Kedua adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang berasaskan dan
menjalankan aktiviti pembangunan hartanah.

6) Pihak Kedua berhasrat untuk memajukan hartanah yang ditadbir serta


diusahakan oleh Pihak Pertama bagi Projek Pembangunan Agro Perhutanan
tersebut.

7) Cadangan Pembangunan Agro Perhutanan bagi hartanah tersebut adalah


sebagaimana yang dinyatakan dalam ”Lampiran B” Kertas Kerja Cadangan
Pembangunan Agro Perhutanan yang disekalikan dalam perjanjian usaha
sama ini.

8) Bagi tujuan memajukan Projek Pembangunan tersebut, Pihak Pertama telah


bersetuju untuk memasuki satu perjanjian usahasama dengan Pihak Kedua
bagi tujuan memajukan Tanah tersebut, menjalankan kerja-kerja
pembangunan dan mengusahakan tanah berasaskan Agro Perhutanan tersebut
tertakluk kepada syarat-syarat dan had-had yang terkandung dalam perjanjian
ini.

Dalam Perjanjian ini, jika konteksnya menghendaki sedemikian –

(a) “Pihak Pertama” dirujuk sepertimana dalam Bahagian II Jadual


Pertama.

(b) “Pihak Kedua" dirujuk sepertimana dalam Bahagian III Jadual Pertama.

(c) “Tanah tersebut” dirujuk sepertimana dalam Bahagian IV Jadual


Pertama.
Dengan itu bagi balasan untuk perjanjian-perjanjian dan permuafakatan dan
persetujuan-persetujuan yang terkandung di dalam Perjanjian ini oleh kedua-dua

pihak MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:-

)
lOMoARcPSD|20646153

PERKARA I

1.01 PEMBANGUNAN TANAH

Sebagai balasan kepada perlaksanaan persetujuan oleh tiap-tiap pihak dalam


perjanjian ini keatas segala wa’ad, akujanji dan apa-apa yang tercatit selepas
ini dalam perjanjian ini demi kepentingan bersama kemudian daripada ini
dinyatakan maka Pihak Kedua dengan ini bersetuju untuk memajukan tanah
tersebut SECARA USAHASAMA tertakluk kepada terma-terma dan syarat-
syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri.

1.02 SKOP PEMBANGUNAN

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perjanjian ini Pihak Kedua


hendaklah memajukan tanah tersebut untuk tujuan Pembangunan Agro
Perhutanan yang diantaranya ialah projek ladang madu lebah dan kelulut,
tanaman sawit, pokok buah-buahan, pokok bunga, perternakan ayam
penelur, akuakultur, nurseri serta prengeluaran dan pemprosesan baja organik
berserta kemudahan jalan masuk dan saliran mengikut pelan susunatur yang
diluluskan mengikut kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan/atau Jabatan
Perancang Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan dan pelan-pelan lain yang
diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan.

)
lOMoARcPSD|20646153

1.03 TEMPOH PERLAKSANAAN PEMBANGUNAN

i) Pihak Kedua secara mutlak bertanggungjawab untuk memajukan


Projek Pembangunan tersebut dan menyediakan kemahiran
teknikal, pakar, khidmat juruperunding bagi menjayakan
perlaksanaan Projek Pembangunan tersebut dalam tempoh sembilan
(9) tahun daripada tarikh perjanjian ini.

ii) Perjanjian Usahasama ini akan disemak dan disuai nilai dalam
tempoh setiap tiga (3) tahun daripada tarikh perjanjian ini sehingga
tempoh perlaksanaan pembangunan tersebut genap sembilan (9)
tahun daripada tarikh perjanjian ini.

iii) Dalam tempoh perlaksanaan Projek Pembangunan secara Usaha


sama tersebut, Pihak Kedua adalah diperakukan dan diberihak
pertama bagi menolak (first right of refusal) apabila perjanjian ini
disemak dan disuai nilai sehingga tempoh perlaksanaan
pembangunan tersebut genap sembilan (9) tahun dari tarikh
perjanjian ini.

PERKARA II
BALASAN USAHASAMA PEMBANGUNAN TANAH

2.1 BAYARAN BULANAN KEPADA PIHAK PERTAMA

Sebagai balasan terhadap persetujuan kedua-dua pihak memasuki perjanjian


ini, Pihak Kedua akan membuat pembayaran secara bulanan kepada Pihak
Pertama sebanyak Ringgit Malaysia Empat Puluh Ribu (RM40,000.00) Sahaja
setiap bulan sehingga tempoh perlaksanaan Perjanjian Usahasama yang
diperakui kedua-dua pihak genap sembilan (9) tahun dari tarikh perjanjian ini.

)
lOMoARcPSD|20646153

2.2 DEPOSIT PELAKSANAAN

i) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pihak Kedua membuat pembayaran


Deposit Perlaksanaaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat
Puluh Ribu (RM240,000.00) Sahaja kepada Pihak Pertama iaitu bayaran
pendahuluan bulanan sebanyak Enam (6) Bulan semasa
menandatangani perjanjian ini.

ii) Sebagai balasan terhadap pembayaran deposit pelaksanaan sebanyak


Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Ribu (RM240,000.00) Sahaja
tersebut (yang telah diakui terima oleh Pihak Pertama), Pihak
Pertama bersetuju untuk berkerjasama dengan Pihak Kedua untuk
memajukan tanah tersebut SECARA USAHASAMA bagi Projek
Pembangunan Agro Perhutanan di hartanah tersebut.

iii) Deposit pelaksanaan ini adalah bagi menjamin pelaksanaan dan


penyempurnaan Projek tersebut.

2.3 MUNAFAAT BERHARGA PIHAK-PIHAK

i) Lanjutan daripada balasan yang dinyatakan diatas, kedua-dua pihak


bersetuju bahawa balasan berharga dan pembahagian munafaat
daripada pembangunan tanah ini adalah seperti nisbah berikut:

Munafaat Tahunan (Keuntungan Bersih)


20% - PIHAK PERTAMA
80% - PIHAK KEDUA

)
lOMoARcPSD|20646153

ii) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pihak Kedua akan menanggung


keseluruhan kos projek tanpa apa-apa potongan dan sumbangan
daripada balasan berharga dan pembahagian munafaat ini.

PERKARA III

3.1 PENYEDIAAN PELAN SUSUNATUR PROJEK

Pihak Pertama hendaklah dalam masa Enam Puluh (60) hari dari
tarikh
perjanjian ini, dengan kos dan perbelanjaannya sendiri memohon dan
mendapatkan daripada Pihak Berkuasa berkenaan bagi mendapatkan
kelulusan atau kebenaran yang diperlukan berkaitan dengan
kemajuan
Projek Pembangunan tersebut terutama dalam hal memohon dan
mendapatkan kelulusan pelan susunatur, konsep, bentuk, struktur
dan
fasa pembangunan bagi keseluruhan tanah tersebut (selepas ini dikenali
sebagai Pelan Pembangunan).

PERKARA IV
PENYEMPURNAAN PROJEK PEMBANGUNAN

4.01 TEMPOH PENYEMPURNAAN

Pihak Kedua hendaklah menyempurnakan Projek Pembangunann tersebut


dalam tempoh sembilan (9) tahun daripada tarikh perjanjian ini.

4.02 LANJUTAN TEMPOH PENYEMPURNAAN

Sekiranya Pihak Kedua tidak dapat menyiapkan keseluruhan Projek


Pembangunan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan atas sebab-sebab
yang munasabah dan/atau atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Pihak
Kedua bolehlah memohon lanjutan tempoh daripada Pihak Pertama dan
Pihak Pertama hendaklah menimbangkan dan meluluskan permohonan
tersebut dan
6

)
lOMoARcPSD|20646153

menentukan tempoh lanjutan itu bagi penyempurnaan Projek Pembangunan


tersebut.

PERKARA V
WA’AD DAN AKUJANJI OLEH PIHAK KEDUA

Pihak Kedua dengan ini berwa’ad dan memberi akujanji dengan Pihak Pertama
seperti berikut:-

5.01 PERMULAAN KERJA –KERJA PEMBANGUNAN

Pihak Kedua hendaklah memulakan kerja-kerja pembangunan dalam masa


Enam
(6) bulan dari tarikh semua kelulusan permohonan diperolehi dari Pihak Berkuasa
berkenaan termasuk kelulusan pelan susunatur daripada Jabatan Perancang
Bandar dan Desa, kelulusan Jabatan Alam Sekitar untuk Projek Pembangunan
tersebut, Jabatan Pertanian, penyerahan milikan kosong tanah oleh Pihak Pertama
kepada Pihak Kedua atau kelulusan ujian tanah dan kestabilan tanah yang mana
satu yang terakhir.

5.02 PENYEDIAN JALAN, LORONG, PARIT DAN LAIN-LAIN

Pihak Kedua dengan kos dan perbelanjaannya sendiri hendaklah membina


semua
kemudahan jalan masuk awam, lorong akses dan sistem perparitan yang sesuai
untuk Projek Pembangunan tersebut sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak
Berkuasa berkaitan mengikut piawaian yang ditetapkan.

5.03 KEPATUHAN UNDANG-UNDANG DAN UNDANG-UNDANG KECIL

Pihak Kedua hendaklah mematuhi segala peruntukan-peruntukan Akta,


Enakmen atau Ordinan, Undang-Undang Kecil, Peraturan yang berkuatkuasa
yang ada hubungkait dengan Projek Pembangunan tersebut.

)
lOMoARcPSD|20646153

5.04 KEPATUHAN KEPADA SYARAT-SYARAT JABATAN KERAJAAN

Pihak Kedua hendaklah memastikan bahawa sebarang projek pembangunan


yang akan dilaksanakan olehnya mestilah terlebih dahulu mematuhi syarat-
syarat yang dikenakan oleh jabatan-jabatan teknikal atau agensi Kerajaan
Negeri yang terlibat.

5.05 INDEMNITI

Pihak Kedua hendaklah pada bila-bila masa selepas dari ini dan sehinggalah
Projek Pembangunan tersebut siap memberikan indemniti dari sebarang
tanggungan, apa-apa belanja, kerugian, tuntutan, kos, pampasan, liabiliti,
distress dan apa-apa prosiding yang berbangkit akibat kecuaian, peninggalan
atau kesalahan kakitangan-kakitangan atau ejen-ejennya di dalam
menjalankan kerja-kerja Projek Pembangunan tersebut.

5.06 PEMBAYARAN CUKAI DAN TAKSIRAN

Pihak Kedua hendaklah menjelaskan semua cukai, kadar, asesmen dan lain-
lain caj yang dilevi oleh pihak berkuasa sama ada tempatan dan lain-lain
jabatan terhadap tanah tersebut dan Projek Pembangunan tesebut.

PERKARA VI
WA’AD DAN AKUJANJI OLEH PIHAK PERTAMA

Pihak Pertama dengan ini berwa’ad dan memberi akujanji kepada syarikat seperti
berikut;

)
lOMoARcPSD|20646153

6.01 KEBENARAN MEMASUKI KAWASAN

Pihak Pertama hendaklah memberi kebenaran kepada Pihak Kedua, ejen-ejennya


dan pekerja-pekerjanya untuk memasuki tapak Projek Pembangunan tersebut
samaada menggunakan kenderaan dan / atau dengan apa cara pun pada bila-bila
masa dan dari masa ke masa sepanjang tempoh perlaksanaan projek usaha sama
ini dan menjalankan tinjauan kerja-kerja awalan, pembersihan kawasan, perataan
tapak, kerja-kerja saliran dan apa-apa kerja tambahan sebagaimana yang
difikirkan perlu oleh Pihak Kedua.

6.02 MILIKAN TAPAK

Pihak Pertama akan menyerahkan milikan tapak Projek Pembangunan


tersebut kepada Pihak Kedua sebaik sahaja Surat Perjanjian ini ditandatangani.

6.03 HAK LALUAN

Pihak Pertama hendaklah memberikan hak laluan secara yang munasabah dan
sah disisi Undang-Undang ke tapak Projek Pembangunan Tersebut untuk masuk
dari jalan-jalan yang sedia ada.

6.04 BANTUAN KEPADA PIHAK KEDUA

(i) Pihak Pertama hendaklah melakukan atau menyebabkan berlakunya


sesuatu tindakan di bawah bidang kuasanya untuk menolong,
membantu dan menyokong yang mana difikirkan perlu bagi
kesempurnaan perjalanan Projek Pembangunan Tesebut.

(ii) Pihak Pertama akan membantu Pihak Kedua dalam menyelesaikan


masalah yang berhubung dengan Tanah Tersebut samaada berkaitan
penempatan semula setinggan, usaha haram, bangunan, tokong, kuil,

)
lOMoARcPSD|20646153

kubur atas tanah Projek Pembangunan Tersebut (jika ada) yang


menghalang atau melambatkan proses menjalankan kerja-kerja
pembangunan tersebut sehinggalah kerja-kerja tersebut boleh
dijalankan atau dilaksanakan dengan sempurna.

PERKARA VII

PENAMATAN

7.1 PENAMATAN OLEH PIHAK KEDUA

Sekiranya Pihak Kedua:

i) gagal untuk menyempurnakan pembangunan seperti yang terkandung


dalam Perkara 4 atau kemungkiran mana-mana terma dalam Perjanjian
ini olehnya;

atau

ii) gagal untuk remedi kemungkiran terma-terma perjanjian oleh Pihak


Kedua dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari dari tarikh penerimaan
Notis dari Tuanpunya untuk berbuat demikian;

atau

iii) Pihak Kedua memasuki sebarang proses likuidasi samada secara


sukarela atau diwajibkan (kecuali untuk tujuan pembinaan-semula,
penyatuan atau yang lain yang tidak melibatkan pelupusan aset-aset);

MAKA Pihak Pertama akan berhak menduduki dan mengambil pemilikan


kosong Tanah tersebut serta sebarang pelan, maklumat bertulis, rekod dan
dokumen yang berkenaan dengan pembangunan tersebut dan yang
terkandung di dalam pelan yang diluluskan dan menyempurnakan
pembinaan atas Tanah tersebut pada kos dan pembiayaannya sendiri.

10

)
lOMoARcPSD|20646153

DAN Pihak Pertama adalah berhak terhadap gantirugi terhadap kerugian,


kerosakan, tuntutan, prosiding, dan kos berkaitan termasuk kos dan tuntutan
yang timbul akibat kemungkiran dan/atau kegagalan dan/atau tinggalan
dan/atau perbuatan Tuanpunya.

7.2 PERSETUJUAN BERSAMA

Kedua-dua pihak juga berhak bersetuju untuk menamatkan perjanjian ini


atas mana-mana terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak di sini.

PERKARA VIII

PENGAMBILAN BALIK TANAH OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI

8.1 Pihak Pertama dengan ini menyatakan bahawa setakat tarikh Perjanjian ini,
tiada makluman samada secara nyata/konstruktif kepada Pihak Pertama
tentang sebarang niat dari pihak Kerajaan Negeri Perak atau mana-mana Pihak
Berkuasa Berkenaan terhadap pengambilan Tanah secara paksa terhadap
Tanah tersebut atau mana-mana bahagian daripada Tanah tersebut;

8.2 Sekiranya terdapat sebarang pengambilan balik Tanah oleh Pihak Berkuasa
Negeri ke atas Tanah tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya, Pihak
Kedua akan mempunyai kebebasan samada untuk meneruskan
pembangunan tersebut atau membatalkan perjanjian ini dengan
memberikan notis yang bertulis kepada Pihak Pertama dalam tempoh
EMPAT BELAS (14) hari dari tarikh pemberitahuan pengambilan Tanah
tersebut.

8.3 Sekiranya Pihak Kedua berkeputusan untuk meneruskan pembangunan


tersebut, maka:

i) Selepas menerima notis tersebut dari Pihak Kedua, Pihak Pertama


akan memberitahu Pihak Berkuasa Berkenaan mengenai hak Pihak
Kedua dalam pembangunan tersebut kepada pihak Kerajaan Negeri Perak
atau mana-mana Pihak Berkuasa Berkenaan;

11

)
lOMoARcPSD|20646153

ii) Pihak Pertama akan bekerjasama dengan Pihak Kedua mengenai


sebarang tindakan dan/atau keputusan yang perlu diambil berkenaan
mana-mana penyusunan yang dibuat atau sebarang pampasan
kewangan yang dibayar oleh kerajann berkenaan perolehan Tanah
tersebut mengikut “Land Acquisition Act 1960”; dan

iii) keseluruhan pampasan yang akan diterima oleh Pihak Pertama dari
Pihak Berkuasa Berkenaan akan digunakan oleh Pihak Pertama untuk
membayar kepada Pihak Kedua untuk sebarang kerugian yang dialami
oleh Pihak Kedua akibat dari pengambilan Tanah tersebut dan
bakinya akan menjadi hak Pihak Pertama bagi gantirugi kos Tanah
yang telah diambil balik oleh Pihak Berkuasa Berkenaan;

8.4 Sekiranya Pihak Kedua berkeputusan untuk membatalkan Perjanjian ini,


maka:

i) keseluruhan pampasan yang akan diterima oleh Pihak Pertama dari


pihak Berkuasa berkenaan akan digunakan oleh Pihak Pertama untuk
membayar balik kepada Pihak Kedua untuk kesemua kos dan
pembiayaan yang telah dikeluarkan oleh Pihak Kedua untuk Projek
tersebut mengikut perjanjian ini setakat tarikh pengambilan balik oleh
Pihak Berkuasa Berkenaan; dan bakinya akan menjadi hak Pihak
Pertama bagi gantirugi kos Tanah yang telah diambil balik oleh Pihak
Berkuasa Berkenaan;

ii) Selepas itu, pihak-pihak di sini tidak akan mempunyai sebarang


tuntutan terhadap pihak yang lain di bawah Perjanjian kecuali
tuntutan yang berkenaan dengan kemungkiran Perjanjian ini yang
terdahulu.

12

)
lOMoARcPSD|20646153

PERKARA IX

PELBAGAI

9.01 TIDAK WUJUD PERKONGSIAN / AGENSI

Tiada mana-mana pun dalam perjanjian boleh ditakrifkan sebagai ujudnya


apa-apa perkongsian antara kedua-dua pihak atau wujudnya hubungan
majikan pekerja antara kedua-dua pihak atau menjadi ejen atau wakil mana-
mana pihak dalam perjanjian ini atau perkongsian atas apa-apa pertanggungan
atau teikat dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atas satu pihak ke atas
pihak yang satu lagi.

9.02 MASA MENJADI INTIPATI

Tempoh masa dimana sahaja di dalam Perjanjian ini dijadikan teras dan
intipati Perjanjian.

9.03 TIMBANGTARA

Jika sebarang pertelingkahan pada bila-bila masa (samaada semasa


perjanjian ini masih sah atau tidak) berlaku di antara kedua-dua pihak dalam
perjanjian ini berkenaan perjanjian ini, kesannya atau hak-hak, tugas-tugas
atau tanggungan bersabit dengan perjanjian ini atau sebaliknya atau
perkara- perkara berkaitan dengan perkara pokok perjanjian,
pertelingkahan tersebut hendaklah dirujuk kepada dua jurudamai (setiap
pihak melantik seorang jurudamai) dan seorang lagi jurudamai bebas yang
diterima oleh kedua-dua pihak dalam Perjanjian bersesuaian dengan dan
tertakluk kepada peruntkan- peruntukan Akta Timbangtara, 1952 atau
sebarang perubahan undang-undang bertulis pada masa ini berkuatkuasa.

13

)
lOMoARcPSD|20646153

9.04 KOS

Semua kos dan perbelanjaan berkenaan dengan penyediaan Perjanjian ini


termasuk duti setem dan juga bayaran guaman hendaklah ditanggung oleh
Pihak Kedua.

9.05 NOTIS

Sebarang notis yang hendak dihantar oleh mana-mana pihak dalam


Perjanjian ini hendaklah dalam bentuk tulisan dan penyampaiannya akan
sempurna jika jika ianya dihantar secara pos berdaftar yang dialamatkan
sebagaimana alamat dalam perjanjian ini;
Atau mana-mana alamat lain yang diberi secara bertulis dari masa ke masa
oleh mana-mana pihak kepada pihak yang satu lagi.

9.06 UNDANG-UNDANG TERPAKAI

Perjanjian ini hendaklah ditakrifkan mengikut dan tertakluk kepada


peruntukan- peruntukan Undang-Undang Malaysia.

9.07 SUSUNAN PERENGGAN DAN TAJUK

Susunan perenggan-perenggan dan tajuk-tajuk kepada perenggan-perenggan


Perjanjian ini hanya untuk kemudahan rujukan sahaja dan hendaklah tidak
memberi apa-apa kesan kepada tafsiran atau pembentukannya.

14

)
lOMoARcPSD|20646153

9.08 JADUAL DAN LAMPIRAN

Jadual dan lampiran yang disertakan hendaklah dibaca dan disifatkan


sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini.

9.09 PINDAAN DAN PERUBAHAN

Tiada apa-apa perubahan, pindaan, pengubahsuaian atau peninggalan mana-


mana peruntukan dalam perjanjian ini akan mengikat kedua-dua pihak
melainkan dengan persetujuan bersama dalam bentuk tulisan dan
ditandatangani oleh kedua-dua pihak dalam perjanjian ini.

9.10 KLAUSA YANG MENGIKAT

Perjanjian ini dalah mengikat terhadap pengganti, wakil dan penyerahhak


kepada pihak-pihak di dalam Perjanjian ini.

9.11. PENELITIAN PERJANJIAN

Kedua-dua pihak di dalam Perjanjian ini adalah dengan ini bersetuju bahawa
mereka hendaklah melakukan atau berusaha untuk melakukan semua
tindakkan, jaminan, perbuatan dan perkara-perkara lain yang diperlukan
untuk melaksanakan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini secara
menyeluruh dan berkesan.

***********************************************************************

15

)
lOMoARcPSD|20646153

ADALAH DISAKSIKAN BAHAWA pihak-pihak di bawah Perjanjian ini, setelah


membaca, faham dan bersetuju akan kandungan Perjanjian ini telah menurunkan
tandatangan masing-masing pada tarikh yang dinyatakan di sini.

Cop mohor Rasmi USAS BERHAD }


(No Syarikat: 201201028856 (1013343-H)) }
diperturunkan di hadapan kami :- }

…………………………………….…….
Nama :
No. K/P :
Jawatan:

….…………………………………………
Nama :
No. K/P :
Jawatan:

….…………………………………………
Nama :
No. K/P :
Jawatan:

16

)
lOMoARcPSD|20646153

Cop mohor Rasmi ZEUS DEVELOPMENT}


(JOHOR) SDN BHD }
(No Syarikat: 199101002226 (212537-D)) }
diperturunkan di hadapan kami :- }

…………………………………….…….
Nama : MOHD OSMANI
BIN MAHAMUD
No. K/P : 590330-02-5765
Jawatan: PENGARAH

…………………………………….…….
Nama : MOHD FIRDAUS BIN
MOHD OSMANI
No. K/P : 851225-08-6585
Jawatan: PENGARAH

17

)
lOMoARcPSD|20646153

JADUAL PERTAMA

BAHAGIAN PERKARA

I TARIKH PERJANJIAN

II NAMA DAN PERIHAL PIHAK PERTAMA

USAS BERHAD (No Syarikat: 201201028856 (1013343-H))


Universiti Sultan Azlan Shah Bukit Chandan, 33000 Kuala
Kangsar, Perak Darul Ridzuan

III NAMA DAN PERIHAL PIHAK KEDUA

ZEUS DEVELOPMENT (JOHOR) SDN BHD (No Syarikat:


199101002226 (212537-D))
No 6, Jalan Canning Estate, Taman Cannng, 31400 Ipoh, Perak

IV MAKLUMAT HARTANAH
Sebuah ladang berkeluasan 2,220.399 Hektar dan/atau 5,486.830
Ekar terletak di Mukim Pulau Kamiri Daerah Kuala Kangsar
Negeri Perak Darul Ridzuan

18
lOMoARcPSD|20646153

V TUJUAN

Untuk Projek Pembangunan Agro Perhutanan serta


aktiviti- aktiviti yang berkaitan dengannya.

VI TEMPOH PERLAKSANAAN
Sembilan (9) tahun daripada tarikh perjanjian ini.

*tempoh adalah tertakluk pada terma Perjanjian Usahasama ini.

19
lOMoARcPSD|20646153

LAMPIRAN A

20
lOMoARcPSD|20646153

LAMPIRAN B

21

Anda mungkin juga menyukai