Anda di halaman 1dari 11

PERJANJIAN KERJASAMA

PERJANJIAN KERJASAMA INI dibuat pada . . . . .

DI ANTARA KOPERASI PENEROKA FELDA SUNGAI SAYONG KULAIJAYA BERHAD


(No Daftar: 4905) sebuah koperasi yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1993 yang
beralamat di Bangunan KOPESA, Jalan Besar, Felda Sungai Sayong, 81000 Kulai, Johor
Darul Takzim (selepas ini disebut sebagai “Pemilik Tanah”)

DAN

BESAR BAGUZ CAMP (No Daftar: 201503247783/JM0737034-V) sebuah syarikat


yang didaftarkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang beralamat di No 57,
Tingkat 1, Jalan Ismail, 86800 Mersing, Johor Darul Takzim (selepas ini disebut
sebagai “ Pengusaha”)

BAHAWASANYA:

A. Pemilik Tanah adalah pemilik berdaftar bagi hartanah yang terkandung


didalam JADUAL 1 (selepas ini dikenali sebagai "Tanah Tersebut").
(Sesalinan Geran Hakmilik yang diwarna MERAH dilampirkan disini sebagai
Annexure A)

B. Kategori Tanah Tersebut ialah “Pertanian”.

C. Tanah Tersebut telah diisyhtiharkan sebagai Tanah Rezab Melayu.

D. Tanah Tersebut tertakluk kepada Syarat Nyata yang seperti berikut:

a) Tanah ini hendaklah ditanam dengan tanaman Kelapa.


b) Pemilik tanah hendaklah sepanjang masa mengambil langkah-
langkah menurut perintah yang dikehendaki oleh Pentadbir Tanah
menjaga tanah ini daripada hakisan.

E. Tanah tersebut tidak tertakluk kepada sebarang Sekatan Kepentingan.

F. DAN BAHAWA Pengusaha memiliki kepakaran untuk mengusahakan


Kawasan Tanah Tersebut sebagai kawasan pembangunan komersial
pelancongan beserta fasiliti-fasiliti yang berkenaan di atas
TanahTersebut.

G. DAN BAHAWA Pihak Pemilik Tanah dan Pengusaha berkeinginan


membentuk satu kerjasama bagi menjalankan Projek Pembangunan
Komersial Pelancongan di Pulau Besar, Mersing seperti dalam
JADUAL II (selepas ini dikenali sebagai "Projek Kerjasama") bagi
membangunkan Tanah Tersebut (lampiran berkaitan Projek Kerjasama
tersebut dilampirkan disini sebagai Annexure B);

1|Page Tetuan Haswanida Farahin & Co.


H. DAN BAHAWA Pemilik Tanah-Pengusaha memasuki Perjanjian
Kerjasama ini bagi menetapkan kepentingan dan pemilikan aset,
tanggung-jawab serta segala kewajipan yang berhubung dengan
perlaksanaan Projek Kerjasama tersebut.

MAKA ITU DAN BAGI pertimbangan mencukupi kepada kedua-dua pihak, janji-


janji bersama serta manfaatnya, Pemilik Tanah dan Pengusaha bersetuju
membentuk satu kerjasama mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam
Perjanjian ini:-

1- Pembentukan Kerjasama

a) Pemilik Tanah bersetuju melantik Pengusaha sebagai operator bagi


menjalankan dan mengusahakan Projek Kerjasama tersebut yang
bernilai Ringgit Malaysia Tiga Ratus Enam Puluh Ribu
(RM360,000.00).

b) Pemilik Tanah dan Pengusaha bersetuju untuk membahagikan


tangungjawab-tanggungjawab dan kerja-kerja Projek Kerjasama tersebut
mengikut kepakaran dan persetujuan masing-masing seperti yang
terkandung di dalam Minit Mesyuarat bertarikh (Minit
Mesyuarat dilampirkan pada Annexure)

c) Pemilik Tanah dan Pengusaha bersetuju untuk mengambil sebarang


langkah yang diperlukan agar kerjasama ini dapat beroperasi secara
sah di bawah undang-undang.

d) Projek Kerjasama akan beroperasi di alamat No 57, Tingkat 1, Jalan


Ismail, 86800 Mersing, Johor Darul Takzim; dan/atau mana-mana
pejabat atau pejabat cawangan yang akan ditentukan oleh Pemilik
Tanah-Pengusaha.

2. Tujuan Kerjasama: 

Tujuan penubuhan kerjasama adalah bagi menjalankan Projek


Kerjasama mengikut terma dan syarat Minit Mesyuarat yang bertarikh
dan berdasarkan kesemua keperluan lain yang diperlukan bagi
menjayakan Projek Kerjasama.

3. Tempoh:

a) Projek Kerjasama tersebut hendaklah dimulakan dalam tempoh Enam


(6) Bulan dari Tarikh Perjanjian Kerjasama ini ditandantangani.

b) Pihak Pemilik Tanah – Pengusaha perlu menyiapkan Projek


Kerjasama tersebut dalam tempoh Tiga (3) Tahun dari Perjanjian
Kerjasama ini ditandatangani.

c) Walaubagaimanapun, Pihak Pemilik Tanah – Pengusaha diberikan

2|Page Tetuan Haswanida Farahin & Co.


lanjutan tempoh menyiapkan Projek selama Tiga (3) Tahun dan
lanjutan selanjutnya selama Tiga (3) Tahun mengikut kesesuaian dan
persetujuan kedua-dia belah pihak Pemilik Tanah-Pengusaha.

d) Perjanjian Kerjasama ini akan dibubarkan apabila Perlaksanaan


Projek Kerjasama telah disiapkan dengan sempurna;

4. Penamatan Perjanjian

Pihak Pemilik Tanah dan Pengusaha kedua-duanya berhak untuk


menamatkan Perjanjian Kerjasama ini sekiranya berlakunya di antara
perkara-perkara berikut:

a) Sekiranya salah satu pihak, sama ada Pemilik Tanah atau Pengusaha
melanggar atau ingkar dari mana-mana terma Perjanjian Kerjasama;

b) Berlakunya penggulungan mana-mana syarikat sama ada Pemilik


Tanah atau Pengusaha;

c) Perjanjian sukarela Pemilik Tanah-Pengusaha untuk penamatan


Perjanjian Kerjasama ini melalui Perintah Mahkamah.

5. Untung Rugi 

a) Kecuali mengikut mana-mana peruntukan khusus di dalam Perjanjian


ini, bahagian keuntungan Pemilik Tanah-Pengusaha adalah mengikut
kadar di bawah:-

Pemilik Tanah : 70 % daripada Keuntungan Bersih

Pengusaha : 30 % daripada Keuntungan Bersih

b) Pemilik Tanah-Pengusaha dikehendaki menanggung kadar kerugian


yang bersamaan kadar keuntungan diperuntukkan kepada Pemilik
Tanah-Pengusaha.

6. Sumbangan Modal dan Aset

a) Pihak Pemilik Tanah telah bersetuju untuk menyediakan keseluruhan


modal dan aset yang diperlukan bagi menjalankan dan meyiapkan
Projek Kerjasama tersebut.

b) Manakala Pihak Pengusaha akan menyediakan kepakaran dari segi


tenaga kerja dan pengurusan kawasan Projek Kerjasama.

c) Pemilik Tanah-Pengusaha bersetuju tiada sebarang bunga ke atas


modal sumbangan, dan Pemilik Tanah kekal menjadi pemilik mutlak ke
atas segala aset-aset bagi Projek Kerjasama ini.

3|Page Tetuan Haswanida Farahin & Co.


7. Pengagihan Keuntungan Bersih dan Tanggungan Kerugian Bersih

a) Agihan Keuntungan Bersih akan diperuntukkan setelah segala kos,


perbelanjaan dan tanggungan syarikat Kerjasama telah
disempurnakan.

b) Agihan Kerugian Bersih ditanggung syarikat Kerjasama dan secara


bersesama ditanggung Pemilik-Tanah-Pengusaha mengikut kadar
keuntungan setiap Pemilik Tanah-Pengusaha.

8. Jawatan Eksekutif

a) Pemilik Tanah-Pengusaha bersetuju membentuk jawatan eksekutif


bagi melancarkan segala perlaksananaan urusan- urusan seharian
dan hendaklah ditetapkan secara bersama melalui resolusi
dikeluarkan oleh Jawatan Eksekutif Projek Kerjasama.

b) Jawatan Eksekutif adalah terdiri daripada Tiga (3) orang wakil


daripada Pemilik Tanah dan Dua (2) orang wakil daripada Pengusaha.

c) Pemilik Tanah-Pengusaha bebas menggantikan mana-mana wakil


mereka dengan menyerahkan notis bertulis kepada setiap pihak yang
lainnya.

d) Kecuali ditentukan secara khusus di dalam Perjanjian ini, gaji dan


segala kos ahli Jawatan Eksekutif ditanggung oleh Pemilik Tanah.

e) Jawatan Eksekutif berfungsi menetapkan dasar pengurusan dan


perlaksanaan Projek Kerjasama melalui undian suara majoriti ahli-ahli.

f) Jawatan Eksekutif mesti mempunyai kuasa sebagai berikut:

i. Kuasa menetapkan masa, tempat dan prosedur mesyuarat


Eksekutif;

ii. Kuasa memastikan perlaksanaan terma dan syarat Perjanjian ini


dan perlaksanaan Projek Kerjasama mengikut terma dan syarat
Minit Mesyuarat bertarikh ;

iii. Kuasa memastikan rekod dan laporan Kerjasama yang tepat dan
lengkap;

iv. Kuasa mempertimbangkan tuntutan dan pertikaian pihak ketiga;


dan yang mana termasuk kuasa bagi perlaksanaan perundingan,
timbangtara, litigasi atau proses-proses penyelesaian yang lain;

v. Kuasa menetapkan dan melaksanakan urusan harian yang


berkaitan pengurusan pentadbiran, sumber manusia, operasi,
pemasaran dan hal-hal lain yang memerlukan tindakan segera.

vi. Segala ketetapan bagi urusan kewangan dan pemilikan aset


mestilah ditetapkan dan dengan kelulusan Pemilik Tanah.

4|Page Tetuan Haswanida Farahin & Co.


9. Akaun Bank 

a. Semua modal kerja atau dana lain yang diterima daripada


Kerjasama mestilah didepositkan ke akaun Pemilik Tanah yang,
dan disimpan secara berasingan dan dispesifikasikan untuk Projek
Kerjasama sahaja dan terpisah dari akaun persendirian .

b. Segala urusan kewangan dan pembayaran bagi Projek Kerjasama


ini mestilah ditandatangani bersama oleh pihak yang berkuasa
dan dilantik oleh Pemilik Tanah.

10. Akaun dan Audit

a) Kaedah perakaunan yang digunakan Pemilik Tanah mestilah


memenuhi tatacara dan peraturan Lembaga Piawaian Perakaunan
Malaysia dan Akta Koperasi 1993 bagi perniagaan Kerjasama.

b) Setiap rekod dan dokumen kewangan mestilah disimpan oleh Jawatan


Eksekutif, dan Pengusaha berhak menyemak dan membuat salinan
rekod dan dokumen tersebut (3) hari selepas serahan notis
.
c) Setiap rekod dan dokumen kewangan mestilah diaudit oleh
juruaudit yang dilantik secara bersama oleh Pemilik Tanah, dan
salinan laporan daripada juruaudit mestilah diserahkan kepada
Pengusaha.

d) Pemilik Tanah mestilah menyediakan lapuran audit setelah


perlaksanaan Projek Kerjasama berakhir dan sekurang-
kurangnya (14) hari sebelum penamatan Perjanjian
Kerjasama. 

11. Terma dan Syarat Umum

a) Perjanjian ini merangkumi kesemua perundingan dan


persetujuan telah dicapai Pemilik Tanah- Pengusaha, dan tiada
sebarang pindaan ke atas terma dan syarat-syarat Perjanjian
kecuali setelah disepakati bersama secara bertulis.

b) Perjanjian ini mengikat wakil atau penerima serahhak, syarikat


Pemilik Tanah-pengusaha dan kesemua anak-anak syarikat
syarikat pengusaha.

12. Penyampaian dokumen

a) Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki


disampaikan oleh mana-mana pihak kepada pihak yang satu lagi
di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan disifatkan

5|Page Tetuan Haswanida Farahin & Co.


sebagai penyampaian mencukupi;

b) Sekiranya dihantar oleh pihak itu atau peguamcaranya melalui


surat pos berdaftar ke alamat pihak yang satu lagi seperti yang
tersebut terdahulu daripada ini dan dalam hal yang sedemikian
ia hendaklah disifatkan sebagai telah diterima pada tamatnya
tempoh tujuh (7) hari bekerja dari surat berdaftar yang
sedemikian diposkan; atau

c) sekiranya ia diberikan oleh pihak itu atau peguamcaranya


dengan tangan kepada pihak yang satu lagi atau
peguamcaranya.

13. Pemilik Tanah adalah dengan ini mestilah berusaha seberapa daya untuk
melakukan segala perkara tindakan atau apa-apa saja yang perlu untuk
mengosongkan tanah tersebut daripada penyewa, penduduk atau
setinggan dan segala kos dan perbelanjaan yang timbul daripadanya
(termasuk perbelanjaan pampasan dan kos dalam tindakan undang-
undang) adalah menjadi tanggungjawab dan perbelanjaan Pemilik Tanah
sendiri.

14. Segala kos dan perbelanjaan yang terbabit di dalam permohonan dan
kelulusan bagi pembangunan tanah tersebut, penyatuan tanah tersebut,
pertukaran syarat tanah daripada pertanian atau lain-lain kegunaan yang
dibenarkan kepada pembangunan kawasan pelancongan atau bangunan,
pemecahan lot Tanah Tersebut, ukur tanah, menambun (sekiranya perlu)
Tanah Tersebut termasuk segala premium dan lain-lain bayaran serta
yuran yang mesti dibayar mestilah ditanggung dan dibayar oleh Pemilik
Tanah.

15. Sebarang terma-terma atau syarat-syarat yang dinyatakan di dalam


Tambahan kepada perjanjian ini mestilah dibaca dan diertikan dan adalah
berkuatkuasa sama seperti sekiranya terma-terma dan syarat-syarat
tersebut ditambah dan dimasukkan di dalam Perjanjian ini dan sekiranya
terdapat sebarang percanggahan atau konflik di antara kehendak-
kehendak Perjanjian Kerjasama ini dengan terma-terma dan syarat-syarat
tersebut maka terma-terma dan syarat-syarat di dalam Lampiran atau
Jadual tersebut mengatasi yang satu lagi.

16. Force Majeure

17. Tarikbalik Tanah dari kerajaan

18. Penyelesaian Pertikaian

a) Apa-apa hal, pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau


berkenaan dengan Perjanjian ini hendaklah diselesaikan secara baik
oleh kedua-dua pihak.

6|Page Tetuan Haswanida Farahin & Co.


b) Jika hal, pertikaian atau tuntutan tersebut tidak dapat diselesaikan
secara baik oleh Pemilik Tanah-Pengusaha yang terlibat, maka hal,
pertikaian atau tuntutan tersebut boleh dirujuk oleh mana-mana pihak
kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang dianggotai oleh:

(i) seorang (1) wakil sebagai pengerusi bebas yang dilantik


secara persetujuan bersama oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM);

(ii) seorang (1) wakil yang dilantik daripada Pemilik Tanah ; dan

(iii) seorang (1) wakil yang dilantik daripada Pengusaha.

c) Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut hendaklah


menentukan prosedurnya sendiri. Jawatankuasa Penyelesaian
Pertikaian tersebut hendaklah bermesyuarat dan berusaha sedaya
upaya untuk mencapai penyelesaian yang sebaik-baiknya di atas
perkara yang dirujukkan kepadanya.

d) Jika hal, pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepada Jawatankuasa


Penyelesaian Pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan secara baik
oleh Pemilik Tanah-Pengusaha, mana-mana Pihak boleh merujuk hal,
pertikaian atau tuntutan tersebut kepada timbang tara dalam masa
empat belas (14) hari daripada tarikh Jawatankuasa Penyelesaian
Pertikaian membuat keputusan.

e) Setiap ahli Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian termasuk Pengerusi


memegang satu undi. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut adalah muktamad dan
mengikat pihak-pihak yang terlibat.

19. Timbang Tara

Jika hal, pertikaian atau tuntutan tersebut masih tidak dapat diselesaikan
oleh pihak-pihak yang terlibat, maka hal, pertikaian atau tuntutan tersebut
hendaklah dirujuk kepada penimbang tara yang hendaklah dipersetujui
oleh pihak-pihak kepada Perjanjian ini dan sekiranya tidak ada
persetujuan, apa-apa rujukan mengenai apa-apa hal, pertikaian atau
tuntutan kepada timbang tara menurut klausa ini dan/atau perlanjutan
prosiding timbang tara akibat daripadanya hendaklah tidak akan sama
sekali bertindak sebagai penepian obligasi Pihak-Pihak dalam
menjalankan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini.

20. Dalam Perjanjian ini, jika konteksnya menghendaki sedemikian :-

7|Page Tetuan Haswanida Farahin & Co.


(a) "Pengusaha" dan "Pemilik Tanah" termasuk warisnya, wakil
peribadinya, pengganti dalam hakmiliknya dan penerima serahaknya
yang dibenarkan;

(b) Perkataan-perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah


disifatkan dan dikira termasuk gender feminin dan gender neuter;

(c) Perkataan-perkataan yang membawa erti bilangan tunggal


termasuklah bilangan banyak dan sebaliknya sahaja;

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah


menurunkan tandatangan mereka dan dimeterai pada hari dan tahun mula- mula
bertulis di atas.

Dimeterai oleh Pemilik Tanah )

KOPERASI PENEROKA FELDA )


SUNGAI SAYONG KULAIJAYA ) ………………………………………….
BERHAD Tn Hj Mhd Tazri Bin Hj Sidek
Oleh Wakilnya No K/P : 650901-01-5141/A0267943
Pengerusi

………………………………………..
Tn Hj Ahmad Dawam Bin Hj Jaffar
No K/P :
Setiausaha
Disaksikan oleh )

Dimeterai oleh Pengusaha )

8|Page Tetuan Haswanida Farahin & Co.


BESAR BAGUZ CAMP )
(No Daftar: 201503247783/JM0737034-V) ………………………………………
Oleh Wakilnya: Kelana Bin Ali Kahar
No K/P : 750612-01-6883

………………………………………
Damak Bin Alikahar
No K/P : 800724-01-5597
Disaksikan oleh...........................)

JADUAL I

Aset Milikan Pemilik Tanah :

Sebuah Tanah di Kampung Busong, Pulau Babi Besar di bawah Geran bernombor
HSM 62, Lot 1166, Tempat Kampong Busong Pulau Besar, Mukim Pulau Babi,
Daerah Mersing,Negeri Johor Darul Takzim berkeluasan 1.2141 Hektar (3 Ekar);

JADUAL II

Senarai Kemudahan Dan Perkhidmatan bagi Projek Pembangunan Komersial

9|Page Tetuan Haswanida Farahin & Co.


Pelancongan di atas Tanah Tersebut adalah seperti di dalam Minit Mesyuarat
bertarikh dan atau sebarang penambahan atau perubahan dari
semasa ke semasa.

10 | P a g e Tetuan Haswanida Farahin &


Co.
ANNEXURE

Salinan Geran

Salinan Minit Mesyuarat

Pelan Projek Kerjasama

11 | P a g e Tetuan Haswanida Farahin & Co.

Anda mungkin juga menyukai