Anda di halaman 1dari 6

7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

Contoh Perjanjian Usahasama 

Contoh perjanjian usahama ini adalah di antara dua orang pengusaha sama. Contoh ini sekadar

mengandungi rangka, terma dan syarat-syarat asas. Sila dapatkan nasihat profesional bagi
menambahbaik perjanjian ini agar selaras dengan akta-akta sediada.

PERJANJIAN INI dibuat pada . . . . . 2010 dan di antara . . . . . beralamat di . . . . . (“ Pengusaha


Pertama”) dan . . . . . beralamat di . . . . . (“ Pengusaha Kedua”). 

Mukadimah 

A. BAHAWA Pengusaha Pertama memiliki . . . . . (nyatakan sumber yang akan digunakan untuk


projek usahasama; atau “ memiliki sumber-sumber yang terkandung pada Jadual I ”); 

B. DAN BAHAWA Pengusaha Kedua memiliki . . . . . (nyatakan sumber yang akan digunakan untuk
projek usahasama; atau “ memiliki sumber-sumber yang terkandung pada Jadual II ”); 

C. DAN BAHAWA pengusaha-pengusaha berkeinginan membentuk satu usahasama bagi

menjalankan projek . . . . . (" Projek Usahasama") dan bagi mengawal hakmilik ke atas aset
pengusaha-pengusaha;

D. DAN BAHAWA pengusaha-pengusaha memasuki Perjanjian usahasama ini bagi menetapkan


kepentingan dan pemilikan aset, tanggung-jawab serta segala kewajipan yang berhubung dengan
perlaksanaan Projek tersebut.

MAKA ITU DAN BAGI  pertimbangan mencukupi kepada kedua-dua pihak, janji-janji bersama serta
manfaatnya, Pengusaha Pertama dan Pengusaha Kedua bersetuju membentuk satu usahasama
mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini:-

1. Pembentukan Usahasama 

a. Pengusaha-pengusaha bersetuju menubuhkan syarikat usahasama bagi melaksanakan tujuan


usahasama mengikut terma dan syarat Perjanjian Usahasama ini.

b. Nama dan gaya usahasama adalah ". . . . .” ( nyatakan nama syarikat usahasama), dan akaun
syarikat usahasama mestilah mengikut nama syarikat usahasama dan di cawangan bank . . . . .

c. Pengusaha-pengusaha bersetuju mengambil sebarang langkah yang diperlukan agar usahasama ini

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-surat-perjanjian-usahasama 1/6
7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

dapat beroperasi secara sah di bawah undang-undang.

d. Usahasama akan beroperasi di alamat . . . . . ; dan/atau mana-mana pejabat atau pejabat


cawangan yang akan ditentukan oleh pengusaha-pengusaha.

2. Tujuan Usahasama: Tujuan penubuhan usahasama bagi menjalankan Projek Usahasama mengikut


terma dan syarat Surat Tawaran bertarikh . . . . . dan berdasarkan kesemua keperluan lain yang
diperlukan bagi menjayakan Projek Usahasama.

3. Tempoh: Usahasama ini bermula semasa Perjanjian ditandatangani dan akan dibubarkan apabila


berlakunya perkara-perkara di bawah:

a. Perlaksanaan Projek dengan sempurna;

b. Penerimaan bayaran penuh bagi perlaksanaan Projek Usahasama;

c. Pembayaran penuh di bawah terma dan syarat Perjanjian usahasama; 

d. Penamatan Perjanjian atas mana-mana keignkaran terma Perjanjian usahasama; 

e. Penggulungan mana-mana syarikat pengusaha;

f. Perjanjian sukarela pengusaha-pengusaha untuk penamatan Perjanjian;

g. Penamatan Perjanjian melalui Perintah Mahkamah.

4. Untung Rugi 

a. Kecuali mengikut mana-mana peruntukan khusus di dalam Perjanjian ini, bahagian keuntungan


pengusaha-pengusaha adalah mengikut kadar di bawah:-

Pengusaha Pertama: . . . . . % daripada Keuntungan Bersih

Pengusaha Kedua: . . . . . % daripada Keuntungan Bersih

b. Pengusaha-pengusaha dikehendaki menanggung kadar kerugian yang bersamaan kadar


keuntungan diperuntukkan kepada pengusaha-pengusaha.

5. Sumbangan Modal dan Aset 

a. Pengusaha Pertama dikehendaki menyumbangkan modal RM. . . . . dan segala aset-aset


dinyatakan Jadual I dalam tempoh (7) hari daripada tarikh Perjanjian ini.

b. Pengusaha Kedua dikehendaki menyumbangkan modal RM. . . . . dan segala aset-aset dinyatakan
pada Jadual II dalam tempoh (7) hari daripada tarikh Perjanjian ini.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-surat-perjanjian-usahasama 2/6
7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

 
c. Kecuali bagi tujuan mematuhi peruntukan undang-undang, mana-mana pengusaha tidak
dikehendaki mengeluarkan sumbangan modal atau aset-aset tambahan yang tidak dinyatakan di
dalam Perjanjian ini.

d. Tiada mana-mana pengusaha dibenarkan menuntut kembali mana-mana bahagian sumbangan


modal atau aset-aset bagi kegunaan usahasama ini, kecuali setelah penamatan Perjanjian mengikut
terma dan syarat Perjanjian ini.

e. Pengusaha-pengusaha bersetuju tiada sebarang bunga ke atas modal sumbangan, dan pengusaha-
pengusaha kekal menjadi pemilik mutlak ke atas segala aset-aset yang disumbangkan kepada
usahasama ini.

6. Pengagihan Keuntungan Bersih dan Tanggungan Kerugian Bersih 

a. Agihan Keuntungan Bersih akan diperuntukkan setelah segala kos, perbelanjaan dan tanggungan
syarikat usahasama telah disempurnakan.

b. Agihan Kerugian Bersih ditanggung syarikat usahasama dan secara bersesama ditanggung
pengusaha-pengusaha mengikut kadar keuntungan setiap pengusaha.

7. Lembaga Pengarah 

a. Pengusaha-pengusaha bersetuju membentuk Lembaga Pengarah dan segala perlaksananaan


urusan- urusan seharian hendaklah ditetapkan secara bersama melalui resolusi dikeluarkan oleh
Lembaga Pengarah.

b. Lembaga Pengarah adalah terdiri daripada . . . . orang wakil daripada Pengusaha Pertama, . . . . .
orang wakil daripada Pengusaha Kedua, dan seorang Pengerusi serta . . . . . orang ahli bebas yang
dilantik daripada . . . . .

c. Pengusaha-pengusaha bebas menggantikan mana-mana wakil mereka dengan menyerahkan notis


bertulis kepada setiap pengusaha yang lainnya.

d. Kecuali ditentukan secara khusus di dalam Perjanjian ini, gaji dan segala kos ahli Lembaga
Pengarah ditanggung sendiri oleh setiap pengusaha dan tidak menjadi beban ke atas syarikat
usahasama.

e. Lembaga Pengarah berfungsi menetapkan dasar pengurusan dan perlaksanaan Projek Usahasama
melalui undian suara majoriti ahli-ahli.

f. Lembaga Pengarah mesti mempunyai kuasa sebagai berikut:

i. Kuasa menetapkan masa, tempat dan prosedur mesyuarat Lembaga Pengarah;

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-surat-perjanjian-usahasama 3/6
7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

ii. Kuasa memastikan perlaksanaan terma dan syarat Perjanjian ini dan perlaksanaan Projek
mengikut terma dan syarat Surat Tawaran atau Perjanjian bertarikh . . . . .;

iii. Kuasa memastikan rekod dan lapuran usahasama yang tepat dan lengkap;

iv. Kuasa mempertimbangkan tuntutan dan pertikaian pihak ketiga; dan yang mana termasuk kuasa
bagi perlaksanaan perundingan, timbangtara, litigasi atau proses-proses penyelesaian yang lain;

v. Kuasa menetapkan dan melaksanakan urusan harian yang berkaitan pengurusan pentadbiran,
sumber manusia, operasi, pemasaran dan hal-hal lain yang memerlukan tindakan segera.

g. Segala ketetapan bagi urusan kewangan dan pemilikan aset mestilah ditetapkan dan dengan
kelulusan semua pengusaha-pengusaha.

8. Perwakilan Kuasa 

a. Pengusaha-pengusaha bersetuju memperuntukkan kuasa di antara diri mereka seperti berikut:

i. Encik . . . . . adalah dilantik sebagai Pengarah Urusan dan bertanggung-jawab ke atas pentadbiran
syarikat usahasama serta segala perkara perundangan yang mengikat syarikat usahasama;

ii. Encik . . . . . adalah dilantik sebagai Pengurus yang bertanggung-jawab ke atas pengurusan rekod
pentadbiran dan kewangan serta daftar gaji;

iii. Encik . . . . . adalah dilantik sebagai Pengurus yang bertanggung-jawab ke atas perlaksanaan
operasi Projek Usahasama.

iv. Syarikat . . . . . adalah dilantik sebagai setiausaha syarikat usahasama.

9. Akaun Bank 

a. Semua modal kerja atau dana lain yang diterima daripada usahasama mestilah didepositkan ke
akaun syarikat usahasama, dan disimpan secara berasingan serta terpisah dari akaun persendirian
pengusaha.

b. Segala urusan kewangan dan pembayaran syarikat usahasama mestilah ditandatangani bersama
oleh Pengarah-Pengarah Urusan syarikat pengusaha.

10. Akaun dan Audit 

a. Kaedah perakaunan yang digunakan syarikat usahasama mestilah memenuhi tatacara dan
peraturan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia bagi perniagaan usahasama.

b. Setiap rekod dan dokumen kewangan mestilah disimpan oleh Pengarah Urusan syarikat
usahasama, dan mana-mana pengusaha berhak menyemak dan membuat salinan rekod dan

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-surat-perjanjian-usahasama 4/6
7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

dokumen tersebut (3) hari selepas serahan notis.

c. Setiap rekod dan dokumen kewangan mestilah diaudit oleh juruaudit yang dilantik secara bersama
oleh pengusaha-pengusaha, dan salinan lapuran daripada juruaudit mestilah diserahkan kepada
setiap pengusaha.

d. Syarikat usahama mestilah menyediakan lapuran audit setelah perlaksanaan Projek Usahasama
berakhir dan sekurang-kurangnya (14) hari sebelum penamatan Perjanjian usahasama. 

11. Terma dan Syarat Umum 

a. Perjanjian ini merangkumi kesemua perundingan dan persetujuan telah dicapai pengusaha-
pengusaha, dan tiada sebarang pindaan ke atas terma dan syarat-syarat Perjanjian kecuali setelah
disepakati bersama secara bertulis.

b. Perjanjian ini mengikat wakil atau penerima serahhak, syarikat pengusaha-pengusaha dan
kesemua anak-anak syarikat syarikat pengusaha.

c. Penyampaian dokumen

i. Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki disampaikan oleh mana-mana pihak
kepada pihak yang satu lagi di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan disifatkan sebagai
penyampaian mencukupi;

ii. Sekiranya dihantar oleh pihak itu atau peguamcaranya melalui surat pos berdaftar ke alamat pihak
yang satu lagi seperti yang tersebut terdahulu daripada ini dan dalam hal yang sedemikian ia
hendaklah disifatkan sebagai telah diterima pada tamatnya tempoh lima (5) hari dari surat berdaftar
yang sedemikian diposkan; atau

iii. sekiranya ia diberikan oleh pihak itu atau peguamcaranya dengan tangan kepada pihak yang satu
lagi atau peguamcaranya.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan


tandatangan mereka pada hari dan tahun mula- mula bertulis di atas.

Ditandatangani oleh Pengusaha Pertama]

..........................................................]

untuk dan bagi pihak ..............................]

tersebut di atas dalam kehadiran...............]

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-surat-perjanjian-usahasama 5/6
7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

..........................................................]

No. KPPN:.............................................]

Ditandatangani oleh Pengusaha Kedua]

..........................................................]

untuk dan bagi pihak ..............................]

tersebut di atas dalam kehadiran...............]

..........................................................]

No. KPPN:.............................................]

..................................

JADUAL I: Aset Milikan Pengusaha Pertama  

(senaraikan kesemua aset-aset yang akan disumbangkan kepada syarikat usahasama )

..................................

JADUAL II: Aset Milikan Pengusaha Kedua  

(senaraikan kesemua aset-aset yang akan disumbangkan kepada syarikat usahasama )

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-surat-perjanjian-usahasama 6/6

Anda mungkin juga menyukai