Anda di halaman 1dari 23

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN, LANDSKAP DAN PELUPUSAN SAMPAH

BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN PENGANGKUTAN (ITIS), JABATAN PENGANGKUTAN


BANDAR, BUKIT JALIL BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

SPESIFIKASI

1.0 ASPEK-ASPEK KERJA DAN TAFSIRAN

Dalam melaksanakan perkhidmatan pembersihan, aspek-aspek kerja yang berkaitan


adalah khusus membawa pengertian seperti berikut :-

1.1 SAMPAH

BERMAKNA DAN TERMASUK semua benda buangan atau yang tidak dipakai
lagi atau kotoran yang dilonggokkan atau dibiarkan atau ditinggalkan atau
diletakkan di bahagian depan dan belakang bangunan atau lain-lain kawasan
lapang atau tertutup, jalan kakilima, siarkaki dan termasuk kotak-kotak, tong, tin,
kertas, plastik, sisa makanan dan sebarang sisa kerja-kerja pembersihan.

1.2 PUNGUTAN SAMPAH

BERMAKNA DAN TERMASUK pungutan sampah daripada kaki lima, ruang


tangga, ruang sampah bangunan, ruang sampah tingkat (semua tingkat), parit
dan longkang, kawasan lapang, padang permainan, siarkaki atau lain-lain
kawasan dan membuang ke tempat pembuangan sampah yang dibenarkan.

1.3 BERSIH

BERMAKNA DAN TERMASUK membebaskan / menghilangkan kotoran kesan


daripada segala jenis sampah seperti tanah lumpur, batu-batan, lumut/rumpai,
tumpahan bahan cecair/kimia, sampah-sarap, daun-daun, ranting-ranting,
pelepah-pelepah dan apa-apa jua yang tidak menyenangkan mata memandang
di merata-rata kawasan pembersihan pada setiap masa.

1.4 PEMBERSIHAN / PENCUCIAN

BERMAKNA DAN TERMASUK menyapu, membasuh, mencuci, menggosok,


mengering, membuang, menghilang kotoran sampah sarap, debu, sarang labah-
labah, selut dan lain-lain benda buangan yang berkaitan dengan menggunakan
serbuk pencuci / bahan kimia (yang selamat) yang berupaya mencuci serta
dengan menggunakan alat pekakas yang bersesuaian / mencukupi. Alat jentera
(water jet) menggunakan kuasa petrol / bermotor adalah sebagai alat pencucian
utama di sekitar kawasan bangunan serta longkang. Alat jentera water jet
mestilah yang boleh berfungsi dengan baik.

SPEC1
1.5 PEMBERSIHAN KAWASAN LANDSKAP DAN BERUMPUT

BERMAKNA DAN TERMASUK memotong, memendek memcabut rumput


rampai, duri, lalang dan lain tumbuhan liar di kawasan lapang, tepi longkang, tepi
rimbunan hiasan dan penyenggaraan am termasuk menyiram, ,membaja,
mengembur tanah, mengandam (trimming), membuang dahan/pelepah mati atau
kering, dan memasang/membetulkan kedudukan kayu pancang pokok.

1.6 PEMBERSIHAN TEMPAT LETAK KERETA

BERMAKNA DAN TERMASUK menyapu, membersih segala sampat-sarap,


kekotoran, debu, pasir-pasir, batu-bata, lumpur, air bertakung dan lain-lain sisa
buangan dengan menggunakan alat perkakas yang sesuai dan mencukupi.

2.0 PERLAKSANAAN PERKHIDMATAN DAN KUALITI KERJA

Kerja-kerja yang dijalankan hendaklah mencapai taraf kualiti yang sewajarnya mengikut
tatacara kerja seperti berikut:-

2.1 KEBERSIHAN KAWASAN DALAM DAN LUAR BANGUNAN

i) Mempastikan keadaan keseluruhan dalam dan luar bangunan sentiasa


bersih, bebas daripada sampah sarap, kotoran, sawang dan sebagainya.

ii) Semua cucian hendaklah menggunakan kaedah dan peralatan yang


bersesuaian seperti penggunaan air, penggunaan mesin pacutan air
bermotor / petrol sahaja, bahan kimia pembersihan dan sebagainya.

iii) Penutup-penutup longkang (grating) hendaklah diletakkan dengan


sempurna selepas ia diangkat bagi tujuan pembersihan longkang.

iv) Longkang / parit hendaklah sentiasa kelihatan bersih, bebas daripada


sampah yang tersekat terutama di bahagian bawah penutup longkang
dan berfungsi dengan baik di mana air dapat mengalir.

2.2 KEBERSIHAN KAWASAN LANDSKAP DAN BERUMPUT

i) Mempastikan keadaan keseluruhan kawasan landskap dan berumput


sentiasa bersih, bebas dari sampah sarap, kotoran dan barang buangan.

ii) Kontraktor hendaklah menyelenggaraan semua jenis tanaman yang


sediada dari masa ke semasa dengan baik supaya ia hidup subur serta
menceriakan dan mengindahkan kawasan.

iii) Mencabut rumput rampai, duri lalang dan lain-lain tumbuhan liar di sekitar
kawasan tanaman apabila perlu.

SPEC2
iv) Mencantas tanaman apabila perlu atau diarahkan. Mencantas hanya
boleh dilakukan setelah atau apabila tanaman telah tumbuh dengan
subur dan berdaun lebat. Tanaman hiasan hendaklah dicantas apabila
telah melebihi daripada bentuk yang sewajarnya atau menggangu atau
melilit tanaman lain.

v) Tanaman hendaklah dibajai apabila perlu. Baja hendaklah di sediakan


sendiri oleh kontraktor.

vi) Tanaman yang tidak mendapat bekalan air secukupnya hendaklah


disiram setiap hari mengikut kesesuaian. Kerja-kerja menyiram tidak
boleh dilakukan pada waktu tengahari yang panas terik. Kekerapan
menyiram bergantung pada cuaca.

2.3 PUNGUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH

i) Kerja-kerja pungutan sampah dan pembuangan sampah hendaklah


dilakukan pada AWAL PAGI ATAU PADA MASA-MASA YANG SESUAI

ii) Langkah-langkah hendaklah diambil agar sampah tidak bertaburan


semasa kerja-kerja mengangkut atau pembuangan sampah dijalankan.

iii) Kontraktor hendaklah mengambil tanggungjawab supaya pengendalian


pembuangan sampah dilakukan dengan cermat supaya tidak
merosakkan tong-tong sampah.

iv) Sampah-sampah yang dikutip hendaklah dibuang ke tempat yang


dibenarkan.

2.4 PEMOTONGAN RUMPUT

i) Kerja-kerja pemotongan hendaklah dijalankan dengan berhati-hati dan


cermat agar tidak berlaku sebarang kemalangan kepada orang awam
dan kerosakan harta benda.

ii) Sebelum kerja-kerja pemotongan dijalankan kontraktor hendaklah


mempastikan pekerja-pekerja memunggut batu-bata dan objek-objek
keras di sekitar kawasan kerja dijalankan.

iii) Rumput hendaklah dipotong mengikut pusingan yang ditetapkan.

iv) Dalam kes-kes tertentu seperti lawatan-lawatan dan majlis-majlis rasmi,


DATUK BANDAR boleh mengarahkan kontraktor menjalankan
pemotongan rumput di luar pusingan yang telah ditetapkan.

v) Penggunaan racun untuk menghapuskan rumput, lalang adalah


DILARANG KERAS kerana ia melibatkan keselamatan orang awam
terutama kepada kanak-kanak.

SPEC3
2.5 KELUNTURAN WARNA

i) Bahan-bahan kimia pencuci yang digunakan tidak sepatutnya


menyebabkan perubahan warna kepada lantai samada berpermaidani,
vinyl, jubin dan lain-lain.

2.6 BAU (ODOUR)

i) Bahan-bahan bau yang digunakan semasa atau selepas pemakaian


hendaklah tidak busuk (objectionable).

3.0 LAIN-LAIN TANGGUNGJAWAB PENENDER / KONTRAKTOR

Petender / kontraktor perlu juga mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk


memenuhi keperluan berikut:-

3.1 TEMPOH KONTRAK

i) Tempoh kontrak bagi kerja-kerja pembersihan ini ialah selama Dua (2)
tahun sahaja.

ii) Walaubagaimanapun, Datuk Bandar berhak untuk menamatkan kontrak ini


lebih awal dari tempoh kontrak sekiranya prestasi kontraktor tidak mencapai
tahap yang memuaskan.

3.2 MASA KERJA

i) Masa bekerja ialah antara jam 7.30 pagi hingga 4.45 petang.

ii) Jika terdapat sesuatu acara atau tugas yang melibatkan kerja pembersihan
/ penyelenggaraan di luar masa kerja yang ditetapkan (jika perlu), maka
kontraktor perlulah bersedia pada bila-bila masa untuk melaksanakan kerja
tersebut.

iii) Kerja-kerja basuhan, menyampu dan cucian penggilapan hendaklah


dijalankan pada waktu selepas waktu pejabat atau pada hari Ahad atau Cuti
Umum supaya tidak mengganggu perjalanan pejabat. Pihak Jabatan
hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya terdapat kerja-kerja
sedemikian perlu dijalankan.

3.3 HARI DAN WAKTU KERJA

Semua jenis kerja pembersihan hendaklah dijalankan pada setiap hari bekerja
(ISNIN hingga JUMAAT) termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum seperti yang
dinyatakan sehingga memuaskan hati DATUK BANDAR. Kontraktor hendaklah
memprogramkan sistem kerja (dari segi waktu dan tenaga kerja yang terlibat) ke
arah mengekal taraf kebersihan.

SPEC4
3.4 TENAGA PEKERJA

i) Kontraktor hendaklah sentiasa mempastikan bilangan pekerja yang cukup


pada setiap masa setiap hari sebagaimana yang dinyatakan dalam
tawaran. Sekiranya pekerjanya cuti, kontraktor perlu memaklumkan kepada
Penyelia dan menggantikan dengan pekerja lain supaya bilangan pekerja
yang ditetapkan tidak berkurangan dan kerja harian dapat diteruskan.

ii) Denda potongan sebagai gantirugi berjumlah RM 50.00 (Ringgit Malaysia:


Lima Puluh Sahaja) sehari seorang akan dikenakan ke atas pekerja yang
tidak hadir dan tiada pengganti.

iii) Tenaga pekerja yang boleh digunakan hendaklah dari kalangan yang
berumur di antara 18 tahun ke 55 tahun dan sihat tubuh badan. Pekerja-
pekerja hendaklah diambil mengikut Undang-undang Buruh yang sedang
berkuatkuasa.

iv) Kontraktor hendaklah menyediakan polisi Insurans Pampasan Pekerja dan


Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas pekerjanya.

3.5 JADUAL KERJA

i) Program Sistem Kerja adalah Jadual Kerja yang mengandungi cadangan


kerja-kerja yang akan dijalankan secara HARIAN, MINGGUAN, BULANAN
dan sebagainya dan kontraktor hendaklah berunding dengan Pusat
Pengurusan Pengangkutan (TMC) yang berkenaan untuk
melaksanakannya.

iii) Jadual ini hendaklah di antara lain mengandungi maklumat mengenai


JENIS KERJA, WAKTU KERJA DIMULAKAN, TEMPOH DIJANGKA
SIAP DAN BILANGAN PEKERJA yang terlibat mengikut jenis-jenis kerja.

3.6 PEMBAYARAN

i) Pembayaran kepada kontraktor akan dibuat secara BULANAN dan


tertakluk kepada prestasi kerja yang memuaskan dan mengambilkira denda
pemotongan yang boleh dikenakan sebagaimana di Lampiran
E,Lampiran F dan Lampiran G Borang Penilaian Prestasi Kerja &
Pemotongan Untuk Bayaran Kemajuan Bulanan, Borang Kehadiran
Pekerja dan Kaedah Kerja/Method of Statement.

ii) Pembayaran juga tertakluk kepada peraturan sistem kewangan yang


sedang berjalan dan diamalkan oleh Bendahari Bandaraya.

3.7 PEMOTONGAN PEMBAYARAN

i) P.P boleh atas budibicara membuat potongan secara bulanan selepas


didapati oleh P.P yang kerja-kerja yang dijalankan adalah tidak
sempurna, tertaluk kepada syarat-syarat bahawa pembayaran akan
dilakukan setelah siap sepusingan dan mengikut kerja-kerja yang telah
dijalankan sahaja.
SPEC5
ii) Potongan Bayaran Bulanan akan dibuat melalui Borang Penilaian
Prestasi Kerja & Pemotongan Untuk Bayaran Kemajuan Bulanan seperti
di Lampiran E,Borang Laporan Penilaian Prestasi Kerja Untuk
Bayaran Kemajuan Bulanan.

iii) Potongan juga akan dikenakan di atas pekerja yang tidak hadir sebagai
gantirugi iaitu berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh
Sahaja) sehari seorang di Lampiran F,Borang Kehadiran Pekerja.

iii) Selain itu, denda juga akan dikenakan jika didapati kontraktor tidak
mengikut atau menjalankan kerja-kerja yang dinyatakan di dalam Skop
kerja dan Spesifikasi / Penentuan Kerja. Denda ini akan ditolak daripada
Jumlah Harga Kontrak dan Datuk Bandar berhak untuk menuntut
daripada kontraktor. Denda penalti bagi setiap kesalahan tersebut adalah
seperti di Lampiran G, Kaedah Kerja/Method of Statement atau
berikut :-

SPEC6
Pekerja/Kecekapan Pengurusan Denda

a. Pekerja tidak beruniform RM10.00/orang/hari

b. Bilangan pekerja tidak mencukupi RM50.00/bil/hari

c. Penyelia gagal hadir ke pejabat/laporan RM10.00/hari

harian tidak diserahkan

d. Kecekapan dan keberkesanan RM50.00/aduan

menyelesaikan aduan perkhidmatan

e. Membiarkan kawasan yang RM100.00/aduan

diselenggarakan dipenuhi dengan Jentik-

jentik Nyamuk

Penyelenggaraan Am Denda

a. Kawasan dalam/kawasan luar bangunan RM100.00/aduan

kotor

b. Plastik sampah tidak dikutip (melebihi RM10.00/beg/lawatan

satu hari)

c. Rumput liar/semalu di kawasan luar RM20.00/lokasi/

bangunan tidak dimusnahkan lawatan

Penyelenggaraan Landskap & Berumput Denda

a. Pokok layu dan mati kerana tidak disiram/ RM30.00/pokok/

dibaja lawatan

b. Tidak mengambil tindakan terhadap pokok RM50.00/pokok/

yang terkena serangan serangga/kulat lawatan

c. Pangkal pokok tidak bersih dari rumpai RM20.00/pokok/

/tidak digembur lawatan

d. Batas komposis tidak bersih dari rumpai RM100.00/batas/

/tidak digembur lawatan

SPEC7
3.8 KELENGKAPAN DAN PERALATAN

i) Kecuali tong sampah yang disediakan oleh Datuk Bandar, kontraktor


dikehendaki dengan perbelanjaan sendiri menyediakan / membekalkan
semua tenaga pekerja berserta dengan kelengkapan, jentera kecil,
peralatan dan pengangkutan yang diperlukan untuk membolehkan
kontraktor menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini dengan licin dan
memuaskan. Kontraktor juga hendaklah menyediakan dua (2) unit
smartphone bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan antara Pegawai
Penguasa dan wakilnya.

ii) Untuk mempastikan kerja yang dijalankan tidak tergendala, kontraktor


hendaklah sentiasa sedia dengan kelengkapan, jentera, peralatan dan
pengangkutan yang sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

3.9 PENGAWASAN DAN PEMERIKSAAN KAWASAN (PENYELIA)

i) Kontraktor hendaklah melantik seorang wakil yang berkelayakan membuat


pemeriksaan dan penyeliaan sepenuh masa. Wakil tersebut mestilah
seorang warganegara Malaysia.

ii) Kontraktor atau wakilnya, apabila dikehendaki hadir di Pejabat Pengurusan


untuk memberi laporan kemajuan kerja dan menerima arahan Datuk
Bandar mengenai kerja.

iii) Kontraktor adalah tertakluk kepada arahan untuk membuat pemeriksaan


bersama untuk menilai mutu kerja.

iv) Laporan pemeriksaan akan dicatit dalam Borang Penilaian Prestasi Kerja
& Pemotongan Untuk Bayaran Kemajuan Bulanan dan Borang Kehadiran
Pekerja serta ditandatangani oleh Kontraktor dan Pegawai Penguasa, dan
akan diambilkira dalam penilaian bulanan untuk tujuan pembayaran.

3.10 PENGGUNAAN AIR

Kontraktor hendaklah sentiasa BERJIMAT dalam penggunaan air dan TANPA


MEMBAZIR. Urusan kerja-kerja pembersihan longkang dengan hanya
membuka bekalan air supaya mengalir ke longkang adalah ditegah dan akan
dikenakan denda yang sewajarnya.

SPEC8
3.11 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

i) Mempamerkan papantanda pemberitahuan tentang kerja-kerja


pembersihan yang sedang dijalankan dan lantai yang basah serta licin dan
sebagainya.

ii) Meletakkan penghalang yang dibenarkan oleh jabatan di sekeliling kawasan


kerja.

iii) Mempastikan percikan air tidak terkena kepada orang awam atau harta
benda yang berdekatan.

3.12 BAHAN-BAHAN KIMIA

Bahan-bahan kimia yang akan digunakan mestilah tidak `corrosive' dan tidak
mengakibatkan kesan sampingan kepada pekerja dan orang awam.

3.13 HALANGAN DAN GANGGUAN

Kontraktor atau pekerjanya hendaklah sentiasa memastikan tiada atau


menyebabkan halangan dan gangguan kepada orang awam semasa menjalankan
kerja-kerja di bawah kontrak ini.

3.14 SUB-KONTRAK

Kontraktor hendaklah pada bila-bila masa tidak mengsubkontrakkan kontrak ini,


sebahgian atau sepenuhnya kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis
Datuk Bandar.

3.15 BON PELAKSANAAN

Sebagai satu jaminan supaya kontrak ini dijalankan dengan sempurna Kontraktor
hendaklah meletakkan Bon Perlaksanaan seperti berikut :

JUMLAH SEBUTHARGA / KONTRAK WANG JAMINAN

a) Di bawah RM50,000.00 Tiada


b) RM50,000.00 hingga RM500,000.00 2.5% Jumlah Tawaran
c) Lebih RM500,000.00 5% Jumlah Tawaran

Bon Perlaksanaan ini boleh dibayar secara tunai atau jaminan bank sebanyak
jumlah dan hendaklah dikembalikan kepada kontraktor sekurang-kurangnya enam
(6) bulan selepas kerja-kerja dibawah kontrak ini dijalankan dengan memuaskan.
Tiada sebarang faedah akan dibayar oleh Datuk Bandar ke atas cagaran
keselamatan tersebut.

Sekiranya kontraktor (kecuali dilepaskan oleh mana-mana peruntukan perjanjian ini


atau statute atau oleh keputusan Badan Pengadilan yang mempunyai bidang
kuasa) gagal dalam mana-mana tanggungjawab seperti yang disebutkan dalam
Perjanjian ini, Datuk Bandar berhak merampas wang jaminan ini, sebahagian atau
sepenuhnya.
SPEC9
3.16 PAMPASAN PEKERJA

Kontraktor hendaklah dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan
tendernya telah diterima atau dalam mana-mana tempoh yang dilanjutkan
sebagaimana yang dikemukakan oelh Datuk Bandar dan sebelum
menandatangani dokumen Kontrak, hendaklah mengambil dengan mana-mana
syarikat insurans yang diluluskan oleh Datuk Bandar bagi mengimbuhkan
(idemnifying) Datuk Bandar terhadap tanggungan bagi semua mana-mana
tuntutan-tuntutan untuk gantirugi, pampasan denda ataua hukuman yang boleh
kena dibayar oleh Datuk Bandar di bawah Ordinan Pampasan Pekerja 1952 atau
mana-mana pindaan atau Enakmen semula atau mana-mana statue berkenaan
dengan pampasan pekerja atau kemalangan (dan jika dikehendaki termasuk
juga liputan tanggunagan di bawah Common Law atau di bawah Ordinan
Undang-Undang Sivil dan 42 jam tuntutan pihak ketiga) yang timbul daripada
atau berkaitan dengan kerja-kerja atau kontrak ini. Kontraktor dikehendaki
mengemukakan polisi dan resit bayaran premium dengan Datuk Bandar untuk
dipegang oleh Datuk Bandar. Jika Kontraktor gagal, Datuk Bandar berhak
membuka membuka tender atau mengambil mana-mana kontraktor yang lain
atau mendapat daripada kontraktor itu semua perbelanjaan atau kerugian atau
harga kerosakan termasuk yang mana-mana kelebihan dalam harga kontrak
yang baru atau kadar yang ditender oleh Kontraktor.

3.17 IMBUHAN (IDEMNIFY)

Kontraktor hendaklah mengimbuh Datuk Bandar terhadap semua tuntutan


gantirugi Pampasan atau lain-lain denda yang timbul daripada atau emngenai
kerja-kerja yang dijalankan dalam kontrak ini. Kontraktor hendaklah mengambil
satu Polisi Insurans yang sah dengan sebuah syarikat insurans yang diluluskan
oleh Datuk Bandar terhadap apa-apa tanggungan untuk tempoh kontrak ini.

3.18 MELANGGAR SYARAT KONTRAK

Dalam kes kegagalan mematuhi syarat-syarat kontrak atau kegagalan


menjalankan kerja-kerja dengan memuaskan hati Datuk Bandar, Datuk Bandar
berhak untuk menamatkan kontrak dengan notis bertulis satu (1) bulan untuk
melaksanakan sendiri kerja-kerja yang berkenaan dan sebarang kos tambahan
semasa pelaksanaan kerja-kerja tersebut dan akan ditolak daripada bayaran
yang akan dibayar oleh Datuk Bandar di bawah kontrak ini atau lain kontrak.

3.19 PENAMATAN KONTRAK

Kontrak ini boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak dengan memberi satu (1)
bulan notis.

SPEC10
3.20 NOTIS KEPADA KONTRAK

Apa-apa notis mengenai kontrak akan dihantar kepada alamat perniagaan


Kontraktor melalui surat berdaftar kepada alamat yang terkini yang diberitahu
oleh Kontraktor dari semasa ke semasa. Sebarang pertukaran alamat hendaklah
diberitahu secara bertulis kepasa Datuk Bandar dalam tempoh tujuh (7) hari.

3.21 PENAWARAN TAWARAN

Setiap tawaran yang dikemukakan hendaklah dimasukkan dalam sampul,


dimeterikan dan dialamatkan seperti yang dinyatakan dalam notis tawaran.
Kontraktor hendaklah mengisi dengan lengkap dan mengemukakan segala
maklumat seperti berikut :

i. Borang Tawaran
ii. Jadual Kadar Harga A,B dan C
iii. Jadual Spesifikasi dan Skop Kerja.
iv. Senarai kerja yang telah/sedang dilaksanakan.
v. Salinan sijil-sijil pendaftaran kontraktor yang telah disahkan.
vi. Lain-lain perkara yang berkaitan dan boleh menyokong tawaran tender.
Segala maklumat berikut akan dijadikan asas dalam penilaian tawaran tender ini.

3.22 GANTI RUGI KERJA TIDAK SIAP

Ganti rugi tertentu dikenakan kepada kontraktor mengikut kadar jadual kadar
harga pada hari-hari / masa kerja tidak dapat disiapkan atau dilaksanakan.

3.23 MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat tambahan mengenai penentuan kerja ini boleh didapati dalam waktu
kerja biasa di Bangunan Pusat Pengurusan Pengangkutan, Jabatan
Pengangkutan Bandar, Lot PT 4785 (bertentangan ATRO), Lebuhraya Puchong
Sg. Besi, Bukit Jalil, Kuala Lumpur atau menghubungi Jabatan di talian 03-
8947 4214

SPEC11
4.0 JADUAL SPESIFIKASI / PENENTUAN KERJA DAN BILANGAN PEKERJA

4.1. Pembersihan Keseluruhan Dalam dan luar Bangunan untuk setiap hari/ 1 minggu

BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN


1. Kawasan dalam a) Mencuci bersih permukaan cermin kaca dan pintu Setiap hari
bangunan termasuk dengan menggunakan air syampu dan pengelap
pintu masuk, lobi, cermin.
kaunter dan ruang-
ruang legar. b) Membuang segala habuk-habuk dan sawang-sawang. Setiap hari
(Untuk ketinggian dari
paras lantai hingga c) Mengelap permukaan tiang-tiang sekeliling Setiap hari
3.5m tinggi) bangunan, lampu dan lain-lain.

d) Menyapu dan mengemop lantai dan dipastikan Setiap hari


dalam keadaan bersih.

e) Membersihkan, menyapu floor matt serta Setiap hari


memastikan kaunter, telefon dilap dan dalam
keadaan yang bersih.

f) Mengumpul dan membuang sampah Setiap hari

2. Bilik Timbalan a) Membersihkan dan mengelap peralatan pejabat Setiap hari


Pengarah, Bilik seperti meja, kerusi, telefon, computer dan lain-lain
Jurutera dan Pegawai, peralatan.
Bilik Mesyuarat, Bilik
Operasi, Bilik Simulasi, b) Mencuci bersih permukaan cermin kaca dan pintu Setiap hari
Bilik Persidangan, Bilik dengan menggunakan air syampu dan pengelap
Alat Tulis, Bilik Fail, cermin
Bilik Stor dan bilik-
bilik lain serta ruang- c) Membuang segala habuk-habuk dan sawang. Setiap hari
ruang kawasan yang
berkaitan. d) Vacuum karpet Dua kali
seminggu

e) Mengumpul dan membuang sampah Setiap hari

SPEC12
BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN
3. Bilik Pantri a) Mengelap dan memastikan permukaan meja dalam Setiap hari
pantri dan singki bebas dari sebarang kotoran,
minyak dan sebagainya.

b) Menyapu dan mengemop kering lantai pantri. Setiap hari

c) Membersihkan dan memberus dinding pantri Setiap hari


daripada lumut.

4. Bilik Sembahyang a) Vacuum karpet dan pastikan dalam keadaan bersih. Dua kali
seminggu

b) Membersihkan dan memberus kawasan mengambil Setiap hari


air sembahyang menggunakan bahan kimia yang
menghapuskan kuman dan mencuci supaya bebas
dari sebarang kotoran dan lumut.

c) Membuang segala habuk-habuk dan sawang- Setiap hari


sawang.

5. Kafetaria dan bilik a) Mengelap dan memastikan permukaan meja, kerusi Setiap hari
kafetaria dan sinki,cermin bebas dari sebarang kotoran,
minyak dan sebagainya.

b) Menyapu dan mengemop lantai dan dipastikan Setiap hari


dalam keadaan bersih.

c) Membuang segala habuk-habuk dan sawang- Setiap hari


sawang.

d) Mengumpul dan membuang sampah. Setiap hari

a) Menyapu dan mengemop lantai koridor, mengelap Setiap hari


6. Koridor dalam kotoran-kotoran dinding dan pintu.
bangunan (untuk
ketinggian dari paras b) Membersihkan dan mengelap cermin-cermin Setiap hari
lantai hingga 3.5m tingkap menggunakan air syampu dan pengelap
tinggi) cermin.

SPEC13
BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN
7. Tangga a) Menyapu dan mengemop lantai dan dipastikan Setiap hari
dalam keadaan bersih.

b) Menghilangkan segala kotoran-kotoran degil Setiap hari


seperti tahi burung dan sebagainya serta mengelap
selusur tangga dan dinding berjubin supaya bebas
dari kotoran.

8. Lif a) Menyapu dan mengemop lantai lif. Setiap hari

b) Mengelap bersih dinding lif. Setiap hari

c) Membersihkan floor mat lift Setiap hari

9. Tong dan Bakul a) Memastikan segala tong sampah dan bakul sampah Setiap hari
Sampah dalam keadaan bersih dan kosong.

b) Memastikan plastik tong sampah sentiasa ditukar


jika kotor. Setiap hari

10. Karpet a) Vacuum carpet yang terdapat dalam bangunan. Dua kali
seminggu

a) Membersihkan struktur-struktur tangga dan lantai


11. Ruang Lobi Utama berada dalam keadaan bersih disapu dan dimop Setiap hari
(Dari aras lantai dari kotoran.
hingga ketinggian
hingga diparas syiling) b) Memastikan perabot-perabot sedia ada berada
dalam dibersihkan dan teratur. Setiap hari

12. Tandas (Lelaki dan a) Mencuci dan memberus sinki, cermin muka, dan
Perempuan serta peralatan di dalamnya supaya berada dalam Setiap 2 kali
OKU) keadaan bersih. sehari

b) Memberus ,mencuci serta mengemop lantai dan Setiap 2 kali


mangkuk tandas dengan mencampuri bahan kimia sehari
penghapus kuman.

c) Memberus dan mencuci bersih dinding dari lumut. Setiap 2 kali


sehari

SPEC14
BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN

d) Membuang segala sawang-sawang. Setiap hari

e) Membekalkan tisu, penyembur pewangi dan cecair Setiap hari


pembasuh tangan dan pastikan berada dalam
keadaan yang boleh digunakan.

f) Memastikan tong sampah bersih dari sampah dan Setiap hari


plastik sampah sentiasa ditukar baru.

g) Membersihkan segala peralatan sanitary fitting. Setiap 2 kali


sehari

SPEC15
Pembersihan Keseluruhan Kawasan Luar Bangunan

BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN


1. Kawasan luar a) Mencuci bersih permukaan cermin kaca dan pintu Setiap hari
bangunan termasuk dengan menggunakan air syampu dan pengelap
dinding konkrit, jubin cermin.
dan dinding kaca di
bahagian luar b) Membuang segala habuk-habuk dan sawang- Setiap hari
bangunan sawang.
(Untuk ketinggian
3.5m tinggi)
2. Tempat Pembuangan a) Mencuci dan memastikan tempat pembuangan Setiap hari
Sampah dan tong sampah berada dalam keadaan bersih.
sampah
b) Memastikan tong sentiasa kosong. Setiap hari

c) Membuang sampah ke tempat pembuangan yang Setiap hari


dibenarkan.

3. Papantanda di a) Mencuci, membuang habuk dan sawang serta Satu kali


bahagian luar membersihkan sebarang kotoran melekat pada seminggu
bangunan papan tanda.
4. Laluan pejalan kaki / a) Menyapu dan mengutip sampah yang bertaburan. Setiap hari
siarkaki

5. Longkang a) Menyapu sampah di dalam longkang dan Setiap hari


membersihkannya.

b) Tidak membiarkan air bertakung di dalam Setiap hari


longkang dan tersumbat.

c) Mempastikan tiada rumput-rumput Setiap hari


hidup di dalam bahagian tepi longkang.

6. Tempat letak kereta, a) Menyapu kawasan letak kereta dan memastikan Setiap hari
motosikal dan laluan kawasan dalam keadaan bersih.
keluar masuk
kenderaan
7. Koridor/balcony a) Menyapu dan mengemop lantai koridor. Setiap hari
(untuk ketinggian
3.5m dari paras lantai b) Mencuci bersih permukaan cermin kaca dan pintu Setiap hari
sehingga ke syiling) dengan menggunakan air syampu dan pengelap
cermin.

SPEC16
Pembersihan Kawasan Landskap dan Berumput

BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN


1. Kawasan landskap a) Membersih dan menyapu serta membuang daun-
dan berumput daun mati yang berada di atas kawasan berumput Setiap hari
dalam kawasan bangunan.

b) Mencabut rumput-rampai di siarkaki keliling Setiap hari


bangunan

Pembersihan Pondok Pengawal

BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN


1. Pondok Pengawal a) Memastikan tong sampah bersih dari sampah dan Setiap hari
plastik sampah sentiasa ditukar baru.

b) Memastikan perabot, telefon, peralatan elektrik Setiap hari


dan peralatan-peralatan lain di lap dan dibersihkan
dari habuk.

c) Menyapu dan mengemop lantai luar dan luar Setiap hari


pondok pengawal.

d) Membersihkan pintu kaca dan tingkap kaca dengan Setiap hari


air syampu dan pengelap cermin.

e) Membersih dan memberus dinding,lantai,mangkuk Setiap hari


tandas,sinki dan semua peralatan sanitary fitting
menggunakan bahan kimia penghapus kuman

f) Membuang segala habuk dan sawang-sawang. Setiap hari

SPEC17
4.2 Pembersihan Keseluruhan Dalam dan luar Bangunan untuk setiap 1 bulan sekali

BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN


1. Kawasan landskap a) Memotong rumput di sekiling kawasan dan Satu bulan
dan berumput membuang rumput yang telah dipotong. sekali atau
seperti
diminta oleh
P.P

b) Meracun rumput sejauh sekaki di sekeliling pagar Satu bulan


bangunan dan mengelakkan tumbuhan menjalar ke sekali
dalam kawasan pagar bangunan.
Satu bulan
c) Trim, membaja, mencantas daun mati dan sekali
penyelenggaraan ke atas pokok-pokok bunga dan
pokok-pokok besar dalam kawasan bangunan.

d) Mencabut pokok-pokok menjalar di pagar keliling Satu bulan


bangunan dan memotong pokok-pokok renek yang sekali
masuk dalam kawasan pagar keliling bangunan.

2. Pewangi a) Mengganti ubat penyembur pewangi (air-freshner) Setiap bulan


dan bateri.

4.3 Pembersihan Keseluruhan Dalam dan luar Bangunan untuk setiap 3 bulan sekali

BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN


1. Saluran air-cond a) Membersih saluran penyaman udara/air-cond dari Setiap 3 bulan
segala habuk. sekali

SPEC18
4.4 Pembersihan Keseluruhan Dalam dan luar Bangunan untuk setiap 6 bulan sekali

BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN


1. Karpet a) Mencuci segala lekatan karpet dalam bangunan Setiap 6 bulan
dengan menggunakan syampu. sekali

2. Pondok Pengawal a) Mengelap atau menggunakan water-jet membersih Setiap 6 bulan


struktur rangka-rangka tiang, bumbung dan lantai sekali
dari habuk dan lumut.

3. Kawasan luar a) Menggunakan water- jet bagi menghilangkan Setiap 6 bulan


bangunan termasuk dinding yang berlumut. sekali
dinding konkrit, jubin
dan dinding kaca di
bahagian luar
bangunan
(Untuk ketinggian
3.5m tinggi)

4. Permukaan Tinggi a) Mencuci kotoron kotoran dan lekatan-lekatan Setiap 6 bulan


(untuk ketinggian minyak di tiang-tiang besar bangunan. sekali
3.5m dan ke atas) di
luar kawasan
bangunan

5. Laluan pejalan kaki / a) Menggunakan water- jet bagi menghilangkan Setiap 6 bulan
siarkaki kotoran di laluan pejalan kaki / siarkaki batu-batuan sekali
hiasan dan struktur tiang dan bumbung di siarkaki.

6. Longkang a) Mengunakan water- jet bagi menghilangkan Setiap 6 bulan


kotoran di dalam longkang dari lumut. sekali

7. Tempat letak kereta, a) Mengelap atau menggunakan water jet di Setiap 6 bulan
motosikal dan laluan struktur- struktur tiang dan bumbung di tempat sekali
keluar masuk letak kereta dari kotoran dan lekatan minyak.
kenderaan
8. Koridor/balcony a) Membersihkan struktur-struktur besi bangunan Setiap 6 bulan
(untuk ketinggian termasuk penghadang besi tingkat 3 dari segala sekali
3.5m dari paras kotoran-kotoran degil seperti tahi burung dan
lantai sehingga ke sebagainya dengan menggunakan water-jet.
syiling)

SPEC19
4.5 Pembersihan Keseluruhan Dalam dan luar Bangunan untuk setiap 12 bulan sekali

BIL KAWASAN BUTIRAN KERJA KEKERAPAN


1. Ruang Lobi Utama a) Membersihkan struktur-struktur besi, tiang besi, Setiap 12
(Dari aras lantai cermin kaca, dinding kaca, dinding dan segala bulan sekali
hingga ketinggian kotoran degil dengan bahan pencuci yang sesuai.
hingga diparas
syiling)

SPEC20
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN, LANDSKAP DAN PELUPUSAN SAMPAH
BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN PENGANGKUTAN (ITIS), JABATAN PENGANGKUTAN
BANDAR, BUKIT JALIL BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

BILANGAN PEKERJA

BIL KAWASAN PEMBERSIHAN JUMLAH PEKERJA

LELAKI/PEREMPUAN
1. Penyelia 1
2. KEBERSIHAN DALAM BANGUNAN
2.1 Bilik Timbalan Pengarah, Bilik Jurutera dan Pegawai, 4
Bilik Mesyuarat, Bilik Operasi, Bilik Simulasi, Bilik
Persidangan, Bilik Fail, Bilik Alat Tulis, Bilik Fail dan
Bilik-bilik lain serta ruang kawasan dalam bangunan
2.2 Pintu masuk, Lobi, Kaunter dan Ruang legar
2.3 Bilik Pantri
2.4 Bilik Sembahyang
2.5 Kafetaria dan Bilik Kafetaria
2.6 Koridor dalam bangunan
2.7 Ruang tangga
2.8 Lif
2.9 Tandas
2.10 Setor
2.11 Ruang pejalan kaki

3. KEBERSIHAN LUAR BANGUNAN


3.1 Dinding luar bangunan 2
3.2 Tempat Pembuangan Sampah
3.3 Papan Tanda
3.4 Laluan pejalan kaki/ siarkaki
3.5 Longkang
3.6 Tempat letak kereta/motosikal
3.7 Koridor/balcony
3.8 Kawasan Landskap dan berumput
3.9 Pondok Pengawal dalam dan luar pondok pengawal
3.10 Bumbung
3.11 Lain-lain Luar Bangunan
JUMLAH PEKERJA 7
Nota:-
i) Seramai 7 orang pekerja diperlukan setiap hari termasuk 1 orang Penyelia

ii) Petender dikehendaki menempatkan sekurang-kurangnya seorang pekerja bagi pengendalian tandas.

iii) Semua pekerja di atas mestilah hadir setiap hari dan berada di kawasan kerja pada setiap masa
bekerja (Isnin hingga Jumaat) (bermula jam 7.30 pagi hingga 4.45 petang).

iv) Ketidakhadiran pekerja akan dipotong daripada kemajuan bayaran bulanan pekerja sebagai denda.

v) Semua pekerja MESTILAH memakai pakaian seragam yang menyatakan Kontraktor DBKL dan
Nama Kontraktor setiap masa bekerja.

SPEC21
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN, LANDSKAP DAN PELUPUSAN SAMPAH
BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN PENGANGKUTAN (ITIS), JABATAN PENGANGKUTAN
BANDAR, BUKIT JALIL BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

SENARAI KEPERLUAN PERALATAN / PERKAKAS MINIMA DI TAPAK

Kontraktor dikehendaki menyediakan peralatan / perkakasan pembersihan minima di tapak seperti


berikut:-

Bil Jenis Peralatan Jumlah Kegunaan


1. Scaffolding/General lift Secukupnya Mencuci dinding dan kerja-kerja di
tempat tinggi.
2. Mesin pengilat lantai 1 Mengilat lantai dan seumpamanya.
3. Mesin waterjet 1 Mencuci kawasan luar bangunan.
4. Mesin potong rumput 2 Pemotongan rumput.
5. Mesin potong pokok 1 Pemangkasan dahan pokok.
(kecil)
6. Parang, Sabit & Gunting Secukupnya Memotong, mencantas dan lain-lain.
7. Troli perkakasan 4 Membawa pekakasan pekerja.
pembersihan
8. Penyapu jerami secukupnya Menyapu kawasan luar bangunan.
9. Penyapu fibre secukupnya Menyapu kawasan dalam bangunan.
10. Getah paip 6 Mencuci kotoran.

11. Baldi & Pemerah 4 Bekas air dan lain-lain.


12. Pengaut sampah 4 Kaut sampah selepas sapu.
13. Kain pengelap dan secukupnya Mengelap perkakasan pejabat sehelai
seumpamanya kering dan sehelai basah.
14. Mop secukupnya Mop lantai (Mop kering dan basah
setiap orang) pastikan mop dalam
tandas tidak digunakan untuk mop
kawasan luar.
15. Kasut getah 7 pasang Bersih tandas dan kawasan luar
bangunan.
16. Sarung tangan getah 7 pasang Bersih mangkuk tandas.
17. Cecair pencuci tangan Sentiasa penuh Kegunaan pengguna tandas dan
kafeteria.
18. Tisu tandas jenis A4 size Secukupnya Kegunaan pengguna tandas.
19. Bahan Kimia ph9 Secukupnya Cucian tandas dan kawasan ambil
wuduk di surau.
20. Bahan pewangi lengkap 50 unit Wangian tandas dan kawasan2 yang
dengan bateri telah di pasang air freshner.
21. Bahan kilat lantai Secukupnya Mengilat lantai.

SPEC22
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN, LANDSKAP DAN PELUPUSAN SAMPAH
BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN PENGANGKUTAN (ITIS), JABATAN PENGANGKUTAN
BANDAR, BUKIT JALIL BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

SENARAI KEPERLUAN PERALATAN / PERKAKAS MINIMA DI TAPAK

Bil Jenis Peralatan Jumlah Kegunaan


22. Bahan pencuci cermin Secukupnya Mencuci dinding bercermin,cermin
tandas dan ruang yang becermin.
23. Pakaian seragam Secukupnya 2 pasang seorang.
pekerja
24. Notis Pemberitahuan Secukupnya Pemberitahuan kerja sedang
dijalankan.
25. Mesin vacuum Secukupnya Kawasan berkarpet dan memastikan
mata vacuum diasingkan dengan
kawasan dalam pejabat dan surau
26. Blower Mengikut keperluan Mengeringkan kawasan basah dalam
bangunan dan blower jenis
membersihkan sampah atau daun2
kering luar kawasan bangunan
27. Bahan pencuci/pewangi Secukupnya Kegunaan untuk semua telefon
untuk telefon
28. Baja Secukupnya Untuk pokok-pokok renek sekitar
bangunan

29. Febreze 20 biji Menghilangkan bau untuk perabot dan


permaidani

Lain-lain perkakasan/peralatan/bahan yang diperlukan bagi kerja-kerja pembersihan yang


diarahkan daripada masa ke semasa.

SPEC23

Anda mungkin juga menyukai