Anda di halaman 1dari 2

KOPERASI PENDIDIKAN INOVATIF PULAU PINANG BERHAD

NO. 40 (TINGKAT 1) LORONG SUNGAI DUA UTAMA 1


TAMAN SUNGAI DUA UTAMA
13800 BUTTERWORTH, PULAU PINANG
TEL/FAKS : 04 – 358 1188
_________________________________________________________________________
Rujukan kami : KAIF/Pentadbiran/KAIF-002
Tarikh : 18 Oktober 2022

Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar


Kolej Teknologi Darulnaim
Jalan Padang Golf
Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu
Kelantan

Tuan/Puan,

TAWARAN LATIHAN INDUSTRI DI KOPERASI PENDIDIKAN INOVATIF PULAU PINANG BHD

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan bahawa Koperasi Pendidikan Inovatif Pulau Pinang
(KAIF) sedang ingin menawarkan tempat bagi latihan industri kepada pelajar-pelajar semester akhir di
Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) yang berminat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

2. Koperasi Pendidikan Inovatif Pulau Pinang mempunyai beberapa projek utama di bawah seliaanya
seperti peruncitan, pemasaran, jahitan dan pendidikan. Jesteru itu, KAIF ingin mempelawa pelajar-
pelajar yang berminat untuk menjadikan KAIF sebagai tempat latihan industri mereka.

3. Dengan kapasiti KAIF mempunyai kepelbagaian dan kepakaran dalam projek-projek yang di jalankan
dapat memberi pendedahan yang baik kepada pelajar-pelajar yang akan mengikuti latihan industri di
sini.

4. Kriteria-kriteria tawaran latihan industri adalah seperti di lampiran 1.

Segala sokongan dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih

Yang benar,

………………………………………
( HJ MD SHATER BIN ZAKARIA)
Pengerusi
Koperasi Pendidikan Inovatif Pulau Pinang
LAMPIRAN 1

TAWARAN LATIHAN INDUSTRI (PRAKTIKAL)

KAIF sedang mencari pelajar lepasan IPTA/IPTS yang berminat untuk menjalani latihan industri dan
menambah pengalaman kerja adalah dialu-alukan untuk memohon

Jawatan : Praktikal (Kontrak)


Pengkhususan : Pengurusan ATAU yang berkaitan
Tempat : Koperasi Pendidikan Inovatif Pulau Pinang Bhd
No.40 (Tingkat 1), Lorong Sungai Dua Utama 1
Taman Sungai Dua Utama
13800, Butterworth
Pulau Pinang
Waktu Berkerja : 8.00pagi – 5.00Petang
Elaun Praktikal : RM250.00 Sebulan
Pakaian : Smart Casual
Sikap Pelajar : Pandai berkomunikasi, jujur dan menepati masa, bekebolehan multitasking dan
bertutur dalam Bahasa Melayu dan menguasai Bahasa Inggeris.

TERMA & SYARAT PELAJAR PRAKTIKAL

1. Memberi komitment sepenuh masa sepanjang tempoh praktikal.


2. Cuti yang dibenarkan adalah sebab kesihatan sahaja dan sebab-sebab yang munasabah yang
lain sebanyak 3 hari.
3. Pakaian selain “smart casual” dan “office attire” adalah tidak dibenarkan kecuali atas tugas-
tugas tertentu sahaja.
4. Tugas yang diberikan oleh penyelia hendaklah di jalankan mengikut tertib dan standard operasi
yang ditetapkan dan pelajar digalakkan untuk memberi inovasi yang menambah baik dan
meningkatkan keberkesanan.
5. Jika dikesan ada unsur penipuan/penyelewengan wang atau salah laku lain yang menjejaskan
nama baik dan prestasi KAIF, pihak KAIF akan membatalkan kontrak latihan industri serta
merta.
6. Buku log latihan industri hendaklah di kemaskini masa ke semasa dengan setiap tugas yang
di berikan dan di semak oleh penyelia.

Resume dan sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke kaiffinance@gmail.com atau hubungi pihak
kami di talian +6013-522 4455 (Muhammad Muhsien Amien bin Ahmad)

Anda mungkin juga menyukai