Anda di halaman 1dari 37

KAEDAH-KAEDAH PEMBINAAN BANGUNAN

Pengenalan

Proses pembinaan bangunan meliputi segala aktiviti yang dilakukan di tapak binaan untuk
memenuhi segala kehendak lukisan dan penentuan yang terkandung dalam sesuatu dokumen
kontrak binaan.

Sebelum memulakan kerja-kerja binaan di tapak, kontraktor perlu menyediakan perancangan


kerja yang lengkap. Proses pembinaan bangunan melibatkan banyak jenis kerja yang
memerlukan kemahiran yang berlainan. Oleh itu perancangan kerja perlu dibuat untuk
mengawasi kemajuan kerja dan membandingkan kemajuan kerja di tapak dengan kemajuan
yang sepatutnya dicapai.

Kaedah-kaedah pembinaan bangunan

Sebelum kerja-kerja sesebuah bangunan dapat dijalankan, tapaknya mestilah dikenal pasti,
sempadannya ditentukan dan kawasannya dibersihkan. Kerja menandakan kedudukan
bangunan dikenali sebagai merancang tanda.
Pelan tapak bangunan mestilah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak arkitek sebelum
merancang tanda dimulakan. Tapak bangunan perlu diaras terlebih dahulu untuk mengetahui
berapa banyak tanah yang perlu dipotong atau ditambah dan juga menentukan pemandangan
daratan. Pengarasan ini biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat laras dan stafnya.
Setelah pelan kedudukan bangunan ditafsirkan, kedudukan ini hendaklah ditanda pada tapak
bina dengan pancang pada kedudukan yang tertentu.

Setelah kedudukan tembok bangunan ditandakan, tindakan harus diambil untuk mengekalkan
tanda-tanda ini. Pancang didirikan di sekeliling garisan bangunan dengan jarak sekurang-
kurangnya 1.2m dari garisan tersebut. Jarak ini diperlukan supaya pancang tidak menjadi
halangan semasa kerja pembinaan dijalankan. Tanda-tanda ini hendaklah dibuat secara kekal
dengan memaku ataupun menggergaji supaya tidak mudah hilang. Pancang ukur boleh dibuat
di sekeliling bangunan ataupun pada penjuru-penjuru bangunan sahaja.

Proses penyediaan dokumen tender

Untuk membuat dokumen tender. Ia perlu melalui beberapa prosedur yang patut dipatuhi. Setelah pihak
guaman berpuas hati terhadap prosedur kerja, tender akan dikeluarkan untuk memilih kontraktor yang
layak bagi melakukan kerja. Pelawaan untuk memasuki tender ini hanya kepada kontraktor yang layak
sahaja. Amnya tender bolehlah diertikan sebagai “satu kenyataan yang dicadangkan kepada pihak lain
untuk melaksanakan kerja disamping mendapat persetujuan daripada pihak yang membuat cadangan”.

Proses ini mungkin memakan masa yang lama kerana ia akan melalui banyak proses sebelum
seseorang kontraktor yang benar-benar layak dipilih. Apabila dokumen tender telah siap
disempurnakan, proses menjemput penawaran.

Dokumen tender mestilah memenuhi keperluan asas seperti berikut:


  i.    Peruntukan-peruntukan di dalam dokumen tender mestilah menjadi asas bagi satu kontraktor
yang boleh dilaksanakan oleh kontraktor-kontaktor tidak boleh diberikan tugas yang mustahil
untuk dilakukan
  i.    Peruntukan di dalam dokumen tender mestilah menggambarkan perolehan mengikut tatacara
yang dituliskan oleh kerajaan dan mestilah merangkumi dasar-dasar kerajaan yang terbaru.

 ii.    Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak-kehendak yang nyata dan lain Jabatan /
Kementerian Pelanggang.

iii.    Kerja untuk dilaksanakan mestilah didefinasikan dan ditentukan dengan jelas dan tepat,
dokumen tender mestilah bebas dari sebarang kesamaran dan percanggahan.

iv.    Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak-kehendak JKR dari segi standart
rekabentuk dan pembinaan.

Peringkat Penyediaan Dokumen Tender

Terdapat dua peringkat utama di dalam proses menender itu:


1)    Pra tawaran (Pra-tendering)
2)    Selepas tawaran (post-tendering)

Dalam peringkat pra tawaran, terdapat beberapa pekara iaitu:


1)    Anggaran dan kajian mungkinan
2)    Penyediaan dokumen tender
3)    Memanggil tender
4)    Pembukaan dan penutup tender (tawaran)

Dalam peringkat ‘post’ tender ;


1)    Penilaian tawaran - tidak semestinya tawaran yang paling rendah akan dipilih
2)    Membuat laporan tawaran -  Penerimaan terletak di tangan pelanggan itu sendiri.
3)    Penerimaan dan penolakan tawaran
a)      Untuk layak tender, kontraktor-kontraktor mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor
(PKK) dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kerja pembinaan
diserahkan kepada kontraktor dengan satu ikatan.

b)      Penyediaan dokumen tender  akan dikeluarkan apabila pihak majikan selesai memberi komen
dan penelitian dan penyediaan yang menepati kehendak majikan.

c)      Penyediaan dokumen tawaran disediakan oleh Juru Ukur Bahan dimana ia mengandungi
borang tawaran (Form Of Tender) termasuk spesifikasi dan syarat-syarat am kontrak.

Jenis Tawaran

Ada beberapa jenis tawaran / tender yang biasa digunakan di dalam negara kita. Di antara ialah
seperti tawaran terbuka, tawaran terhad atau terpilih, tawaran perundingan dan tawaran pra
kelayakan. Biasannya JKR akan mengeluarkan tawaran di papan-papan tender JKR atau pun di
meja perundingan.

Dokumen Tawaran

Dokumen tawaran ialah dokumen yang disediakan adalah untuk kegunaan pemborong binaan
bagi meletakkan harga tawarannya.

Proses Jemputan Dan Pemilihan Tawaran

1.      Penutupan tawaran - dokumen tawaran yang telah diisi dan dipenuhkan hendaklah dimasukan
ke dalam peti tawaran sebelum tarikh tutup tawaran dan tertakluk kepada jenis tawaran
tersebut.
2.      Penerimaan tawaran - semua tawaran akan dibuka oleh jawatankuasa  pembukaan tawaran
dan disenarai mengikut harga tawaran. Kesemua tawaran ini akan diserah kepada cawangan-
cawangan atau pengarah yang bertangungjawab memanggil tawaran tersebut.

3.      Borang penerimaan tawaran:- dalam borang penerimaan tawaran, biasanya mengandungi butir-
butir berikut:

a)    Butir-butir mengenai kontrak


b)    Harga tawaran diterima
c)    Tarikh permulaan kerja
d)    Jumlah wang cagaran prestasi yang dikehendaki
e)    Polisi-polisi insurans yang perlu diambil

Sebaik sahaja kontraktor yang berjaya itu menerima surat penerimaan tawaran, maka ikatan
perjanjian kontrak pun terjalin.

  
Estimate

Contoh 1: Anggaran Bata


                 
Bilangan bata yang diperlukan dalam pembinaan tembok bangunan dihitung berdasarkan
kepada luas permukaan 1 meter persegi dan ½ tebal bata.

      1 meter persegi           =          1000 mm x 1000 mm


      Muka sisi bata             =          225 mm x 75 mm
      Bilangan bata              =          1000 x 1000 / 225 x 75           =          59.259
                                          =          60 biji bata.

Luas tembok 1 m persegi


Tebal tembok ½ bata 1 bata 1 ½ bata 2 bata
Bil. Bata 60 120 180 240

Jadual bilangan bata


Contoh pengiraan bata :

Bina sebuah tembok ½ bata tebal, 8 m panjang dan 3 m tinggi?

Jawapan :

Luas tembok               = Panjang x Tinggi


                        = 8 m x 3 m
                        = 24 m²
Bilangan bata              = Luas tembok x Jumlah bata dalam 1 m²
                        = 24 x 60
= 1440 Biji

Contoh 2: Pengiraan jubin

Saiz jubin 8”x8” dipasang pada lantai dengan keluasan 25m². Kira jumlah jubin yang diperlukan
dan sekiranya upah pemasangan RM1.80 sekaki persegi. Berapakah jumlah kos untuk upah
kerja?

Maklumat

- Luas lantai     25m²
- Saiz jubin      8”x8”
- Upah                         RM 1.80 / ka²

Pengiraan

         Jumlah jubin:         Saiz jubin 8”x8”           = 64in² @ 0.4ka² @ 0.04m²


                                    Jumlah jubin 8”x8”      = jumlah luas lantai    
                                                                                 luas sekeping jubin              
                                                                              = 625 pcs
         Jumlah kos:          Luas lantai                   = 25m² @  269.1ka²
Jumlah kos                 = 269.1ka² x RM 1.80
                                    = RM 484.38 @ RM 500.00

Contoh 3: Anggaran Konkrit

Konkrit dihitung dalam meter padu (m³) dan segala ukuranya adalah dalam meter (m). Isipadu
konkrit dikira mengikut lebar x panjang x tebal. Bahan-bahan yang dijadikan konkrit iaitu simen,
pasir dan batu baur, juga dianggarkan dalam meter padu. Simen juga boleh dihitung dalam
bilangan beg berdasarkan 1 beg = 50 kg = 0.035 m³.

Simen Nisbah bancuhan Konkrit (m³)


1 1:2:4 0.151
1 1 : 2½ : 5 0.176
1 1:3:6 0.203
1 1:4:7 0.262
Jadual Nisbah bancuhan konkrit

Konkrit ini hendaklah dibancuh dengan mesin penggaul. Bancuhan yang dilakukan dengan
tangan dikehendaki 10% simen tambahan untuk mencapai kekuatan yang sama.

Contoh pengiraan konkrit :

Anggarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membina  lantai konkrit 4 m x 5 m x 100 mm


tebal. Nisbah bancuhan konkrit ialah 1:2:4.

Jawapan :

Isipadu konkrit padat               =          4 x 5 x 100


                                                          1000
=          2.0 m³

Isipadu bahan-bahan kering   =          2.0 x 1.5


                                    =          3.0 m³

Isipadu simen                          =          3.0 x 1
                                                 (1+2+4)
=          0.43 m³

Bilangan beg simen                =          0.43


                                                0.035
                                    =          12.3 (13 beg)

Isipadu pasir                            =          3.0 x 2
                                               (1+2+4)
                                    =          1.72 m³

1.0  Kerja awalan (preliminaries)

Untuk membina sesebuah bangunan, berbagai kerja harus dilakukan dan setiap kerja hendaklah
diaturkan supaya dapat dilaksanakan kerja-kerja pembinaan dengan licin dan pembinaan dapat disiapkan
dalam tempoh perjanjian dengan pelanggan. Kerja awalan adalah satu kerja yang dilakukan sebelum
sebarang kerja yang berkaitan dengan pembinaan bagi sesebuah struktur bangunan. Kerja-kerja awalan
terbahagi kepada beberapa bahagian:-

1.1 Perancangan
     
Setiap aktiviti kerja pembinaan memerlukan masa dan sumber-sumber pembinaan seperti
pekerja, loji dan bahan. Masa merupakan satu faktor penting dalam projek pembinaan.
Matlamat perancangan projek binaan adalah untuk menyiapkan projek tersebut dalam jangka
masa yang ditetapkan.

1.1.1 Perlaksanaan kerja
Sebarang projek pembinaan boleh dianggap sebagai satu himpunan kerja. Aktiviti tersebut
termasuklah penyediaan tapak, kerja tanah, kerja struktur asas dan kerja-kerja “setting out”.
Setiap kerja memerlukan masa dan sumber pembinaan iaitu pekerja, loji dan bahan. Masa
merupakan faktor penting dalam sektor pembinaan. Matlamat perancangan projek pembinaan
adalah siap dan berkualiti. Namun demikian perancangan haruslah mengambil kira sumber
pekerja, loji supaya kos yang terlibat dapat dihadkan. Dengan itu, sebarang teknik perancangan
adalah bertujuan menyusun semua kerja supaya projek dapat dilaksanakan mengikut jadual
atau turutan dalam kritikan (path method) apa yang lebih penting adalah memastikan bahawa
susunan tersebut mesti mencapai matlamat perancangan, iaitu menyiapkan mengikut jadual
dan kos yang ditetapkan.

1.1.2 Penglibatan kakitangan tapak  


           
Kakitangan tapak seperti pengurus atau jurutera tapak, penyelia, kepala tukang dan lain-lain
hendaklah mengambil bahagian dalam proses perancangan daripada peringkat permulaan lagi.
           

1.1.3 Pengetahuan tentang teknik

Kakitangan yang ditugaskan untuk merancang dan melaksanakan aturcara hendaklah


mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang kaedah dan teknik yang hendak digunakan.
                       

1.1.4 Kesesuaian teknik

Carta bar sesuai untuk projek yang kecil dan sederhana saiznya. Analisis rangkaian pula sesuai
untuk projek yang besar dan kompleks. Manakala garisan perseimbangan sesuai untuk kerja
binaan yang berulangan seperti tingkat-tingkat lantai dalam bangunan tinggi atau unit-unit
rumah dalam projek perumahan yang besar.
1.1.5 Kaedah dan alat-alat pembinaan 

Perancangan khidmat binaan yang mencukupi dan berkesan memerlukan  pengetahuan


lengkap mengenai kaedah, alat-alat dan loji-loji pembinaan yang disarankan. Bentuk khidmat
yang boleh diberikan oleh kemudahan-kemudahan ini mustahak diketahui dengan jelas.
Operasi yang terus-menerus tanpa sebarang gangguan daripada kemudahan-kemudahan ini
adalah perlu, terutamanya dalam sesuatu projek yang besar. Penyelarasan berbagai-bagai fasa
pembinaan perlu dirancang dan perlu diikuti kerana sebarang gangguan yang terjadi akan
mengakibatkan  penangguhan yang serius dan loji serta buruh-buruh di tapak bina menjadi
tidak prodaktif.

1.1.6 Buruh

Pengambilan pelbagai kategori dan bilangan buruh mahir dan tidak mahir memerlukan
perancangan dan pemikiran yang teliti. Untuk kebanyakan projek binaan yang besar, adalah
perlu mengambil dan mengekalkan sebilangan buruh tetap sepanjang jangka masa pembinaan;
buruh sementara di ambil apabila difikirkan perlu. Kemudahan-kemudahan seperti tempat
tinggal, bekalan air, tempat memasak, tempat rehat, khidmat kesihatan dan kumbahan
hendaklah di sediakan bagi mewujudkan suasana yang selesa dan tenaga kerja yang sihat dan
cekap. Peraturan tempatan bersabit dengan perjawatan buruh mesti di ikuti, seperti masa kerja,
kadar gaji, elaun lebih masa, sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(K.W.S.P.), Pampasan pekerja, SOCSO dan lain-lain lagi.  

1.1.7 Keselamatan

Semua pekerja mestilah mengikuti peraturan keselamatan piawai semasa mengendali logi dan
alat ditapak bina dan mesti mempunyai kelayakan yang sesuai, terutamanya untuk
mengendalinya jentera elektrik dan janakuasa. Pekerja-pekerja di tapak bina yang besar
mestilah dibekalkan dan memakai topi keledar dan but. Pengawasan khusus mesti
dikuatkuasakan untuk kerja-kerja meletup, penggalian dalam, kerja penerowongan, bangunan
tinggi, dan kerja-kerja di sungai atau laut. Keselamatan terhadap bahaya kebakaran perla juga
diperhatikan. Bagi melindungi  kaum pekerja apabila berlaku kemalangan, selalunya mereka
perlu diinsurankan melalui Polisi Insurans pampasan pekerja seperti yang dikehendaki dalam
syarat-syarat kontrak (Contract Conditions). Loji-loji dan alat-alat juga perlu diinsurankan
sebagai langkah perlindungan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan.           

1.1.8 Kemudahan bekalan

Kemudahan-kemudahan berikut selalunya diperlukan ditapak bina iaitu bekalan elektrik, air, dan
kemudahan telefon. Kemudahan ini amat penting dalam membantu perjalanan kerja di tapak
bina kerana dengan adanya kemudahan ini kerja-kerja di tapak bina dapat berjalan dengan
lancar. Contohnya: bekalan air diperlukan untuk minum, memasak, membasuh, penyejukan,
pengalih haba (radiator), menggaul konkrit, memadam kebakaran dan lain-lain lagi.

1.2 Pembersihan tapak

Kerja pembersihan tapak melibatkan kerja-kerja pembuangan pokok, batu-batan, sampah-


sarap, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Segala barang buangan mestilah dibuang jauh
daripada tapak bina. Bahan ini boleh menyebabkan kerosakan seperti pemendekan, keretakan
dan sebagainya. Kawasan pembinaan hendaklah dibersihkan dahulu daripada segala
tumbuhan yang terdapat di sekitarnya. Tumbuhan-tumbuhan ini dibersihkan dengan
menggunakan jentolak. Kerja ini dilakukan dengan teliti untuk memastikan ianya tidak tertinggal
seperti akar-akar yang boleh tumbuh semula.

Tinggalan binaan lama seperti bangunan separuh kekal yang dibina daripada konkrit dan kayu.
Sementara itu, batu-batu besar perlu dikeluarkan jika terdapat di tapak. Kaedah letupan juga
mungkin digunakan jika jentolak gagal untuk mengalihkan batu tersebut. Kerja meletupkan dan
membersihkan batu ini juga biasanya diserahkan kepada kontraktor kecil yang pakar dalam
bidang ini.

1.3 Kerja meroboh


Kerja-kerja meroboh dilakukan apabila terdapat bangunan lama dikawasan pembinaan yang
hendak dirancang. Kerja meroboh dilakukan dengan menggunakan jentera berat seperti
excavator.

1.4 Kerja setting out


Kerja “setting out” dilakukan oleh Juru Ukur yang berpengalaman. Kerja ini merangkumi:-
a.    Mendapatkan plan dari Jabatan Ukur.
b.    Mencari batu sempadan.
c.    Kerja ukur aras.
d.    Mengenal pasti kerja penambakan dan pemotongan (cut and fill).
e.    Mengukur blok bangunan.
f.     Menanda sempadan bagi bangunan yang akan dibina.
g.    Ukuran blok bagi menanda ‘point’ bagi tiang untuk bangunan.

1.5 Mengenal pasti kedudukan batu dan garis sempadan

Berpandukan pelan kerja ukur (survey plan) yang biasa disediakan oleh juru ukur yang
bertauliah dan berlesen, akan dapat menentukan kedudukan tapak dan aspek teknikal yang
mana di dalam pelan tersebut telah ditetapkan segala maklumat-maklumat berkaitan.

1.6 Kerja pembuangan ‘top soil’


Selepas kerja pembersihan, tanah atas dibuang kerana kekuatan tanah adalah lemah.
Pembuangan top soil dibuat dengan menggunakan excavator. Lapisan tanah yang di buang
setebal 6 inci. Tanah subur akan digunakan untuk kerja-kerja penanaman rumput apabila kerja
pembersihan siap.

1.7 Kerja korekan dan tambakan


Kerja ini biasanya dibuat ke atas kawasan rendah. Tanah mestilah tidak bercampur dengan ‘top
soil’ atau sampah sarap. Pemadatan mestilah melebihi paras yang dikehendaki kerana tanah
akan mendap.

1.8 Merancang tanda tapak

Sebelum kerja-kerja pembinaan sesebuah bangunan dapat dijalankan, tapaknya mestilah


dikenal pasti, sempadannya ditentukan dan kawasanya dibersihkan. Ini adalah untuk
mengetahui garisan bangunan dan memudahkan kerja-kerja penanda bagi lubang asas. Kerja
menanda kedudukan bangunan dikenali sebagai merancang tanda tapak. Ia melibatkan kerja-
kerja seperti berikut:-

1.8.1 Mentafsir pelan tapak

Pelan tapak bangunan mestilah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak  arkitek sebelum


merancang tanda dimulakan. Ia memberi bantuan dalam perancangan yang lebih berkesan dan
menguntungkan. Pentafsir hendaklah mengambil kira pekara-pekara berikut:
a.    Skala, anak panah utara, aras datum, tarikh ukur tanah
b.    Garisan semapadan
c.    Kedudukan bangunan dan struktur lain seperti asas, tembok, pagar, tangga, dan lain-lain.
d.    Keadaan jiran bangunan, jalan, saliran air dan sebagainya.
e.    Kedudukan sungai, paya, lombong dan lain-lain lagi yang berdekatan.
f.     Kemudahan-kemudahan paip air, bekalan elektrik, telefon, paip gas, pembentung awam dan
sebagainya.
g.    Kontur dan kecerunan tanah tapak.

1.8.2 Mengaras

Tapak bangunan perlu diaras terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak tanah yang
hendak dipotong  atau ditambah untuk menentukan pemandangan daratan. Pengaras ini
biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat laras bersama stafnya.

1.9 Susun atur tapak bina

Susun atur tapak harus dibuat untuk menempatkan kedudukan pejabat, rumah kongsi, tempat
letak loji dan lain-lain lagi.

1.9.1 Kedudukan pejabat tapak dan kongsi pekerja


-     Kedudukan pejabat harus diatur agar senang dimasuki oleh mereka yang terlibat.
-     Sebaik-baiknya berdekatan jalan masuk
-     Saiz dan reka bentuk pejabat tapak bergantung kepada saiz projek.
-     Keperluan kongsi bergantung kepada jumlah pekerja-pekerja.
           
1.9.2 Tempat letak kereta

-     Tempat letak kereta diperlukan oleh kakitangan tapak. Biasanya, ia ditempatkan berdekatan
dengan pejabat tapak.
-     Selain itu, tempat letak kereta juga perlu untuk pihak-pihak lain yang berurusan dengan projek
tersebut seperti pembekal bahan, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain.

1.9.3 Setor tapak dan kantin

-     Setor-setor harus terkawal dan terletak berdekatan pejabat tapak.


-     Lazimnya dibuat daripada bangsal kayu berkunci.
-     Kantin dan kemudahan kebajikan juga perlu dibina.

1.9.4 Lokasi sesalur bekalan perkhidmatan tapak bina

-     Sambungan sesalur paip air untuk kegunaan pejabat tapak, kongsi, dan “stand pipes” untuk
membancuh konkrit dan mortar.
-     Perkhidmatan telefon sementara untuk kegunaan pejabat dan pekerja.
-     Bekalan elektrik sementara untuk kegunaan pejabat, kongsi, setor dan sebagainya.

1.9.5 Jalan masuk

-     Jalan masuk dan jalan keluar sebaiknya satu laluan sahaja.


-     Papan tanda petujuk bagi memudahkan pergerakan kenderaan dan logi.
-     Pastikan kedudukan kemudahan seperti paip air, peparit dan jarak dengan binaan tidak
menghalang pergerakan loji-loji.

1.9.6 Pagar “hoarding”
-     Untuk melindungi kawasan projek dan keselamatan orang awam.
-     Pagar boleh dibuat menggunakan dawai berangkai, papan beserta “meshreinforcement” jenis
febrik diantara dua muka, bingkai kayu dengan permukaan plywood dan sebagainya.

1.9.7 Papan tanda pembinaan


-     Kontraktor hendaklah mengadakan, mendirikan, mengecat dan menyenggara satu papan tanda
di dalam Bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan yang berkenaan atau
seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.
-     Papan tanda hendaklah didirikan di tempat yang nyata di tapak bina seperti yang diluluskan
oleh Pegawai Penguasa.

2.0  Pembinaan struktur

Struktur merupakan bahagian terpenting dalam sesebuah bangunan kerana ia perlu


menanggung beban utama seperti beban mati, beban kenaan dan beban daripada tindakan
daya-daya luaran seperti angin. Oleh itu, pembinaannya mestilah kukuh dan kuat bagi
menjamin ketahanan dan keselamatan penggunaanya.

2.1 Asas

Asas merupakan unsur bangunan yang terletak di bawah sekali yang berperanan untuk
memindahkan segala beban bangunan ke lapisan tanah di bawahnya dengan selamat. Binaan
asas perlu mengambil kira bukan sahaja beban yang digalasnya tetapi juga keadaan tanah.
Asas mengandungi struktur bangunan di bawah tanah termasuk penapak dan cerucuk
digunakan. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan tindakan khusus supaya cukup kukuh
dan  kekal untuk menanggung segala beban di atasnya.

Oleh sebab asas terletak di dalam tanah, ia perlu kukuh dan dapat berfungsi selagi bangunan
yang digalasnya masih berguna. Asas perlu dibina dengan kukuh dan tahan lama walaupun
asas terletak dalam tanah yang mungkin mengandungi air dan bahan kimia. Sebarang
kegagalan asas akan memberi kesan terhadap struktur bangunan dan seterusnya bahagian-
bahagian yang lain.

2.1.1    Fungsi Asas

a)    Mengagih beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tanah yang lebih luas.
b)    Menghindari daripada kerosakan dari bahan sulfat dan bahan lain.
c)    Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
d)    Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.
e)    Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya.
f)     Menghindari daripada kerosakan dari bahan sulfat dan bahan lain.

2.1.2      Faktor Yang Mempengaruhi Rekabentuk Dan Saiz Asas

a)    Keadaan fizikal tanah, keupayaan tanggungan galas


b)    Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin.
c)    Ekonomi - perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan.
d)    Sifat dan jenis bangun

.
2.1.3      Jenis-jenis asas

Asas dapat diperoleh dalam berbagai-bagai bentuk mengikut keperluan dan kesesuaian. Antara
jenis-jenis utama yang biasa digunakan ialah asas pad, asas jalur, asas rakit dan asas cerucuk.
Jenis-jenis asas

2.1.3.1        Asas Pad

Asas pad merupakan jenis asas yang biasa digunakan untuk binaan rumah atau bangunan satu
tingkat dan dua tingkat. Semua beban bangunan akan dipindahkan ke tanah melalui tiang dan
seterusnya melalui asas pad. Jumlah beban yang lebih besar memerlukan saiz asas pad yang
lebih besar juga. Ketebalan asas pad bertambah mengikut pertambahan keluasannya.

Asas pad biasanya dibina daripada konkrit bernisbah 1:2:4 - 20 mm. Keluli tetulang digunakan
untuk memperkukuhkan binaan dan jenis tetulang yang digunakan ialah bar tegangan tinggi.

Proses Pembinaan Asas Pad

1.      Penandaan dibuat dengan site rail untuk menentukan kedudukan asas.


2.      Kerja pengorekan akan dilakukan.
3.      Kerja pemasangan kotak bentuk.
4.      Lean konkrit ( sebelum perletakkan besi ) ditempat ke dalam kotak bentuk dengan
penutup  konkrit.
5.      Tetulang untuk stump dipasang pada tetulang asas.
6.      Pengikat dipasang pada tetulang stump.
7.      Konkrit dituang dan dipadat.
8.      Kotak bentuk akan  dibuka selepas 4 atau 5 hari

2.1.3.2    Asas Jalur

Asas jalur digunakan dalam bangunan yang mempunyai struktur dinding galas beban. Daripada
struktur ini, semua beban bangunan iaitu beban mati, beban hidup dan beban angin
dipindahkan menerusi dinding. Oleh sebab itu, asas jalur perlu dibina di bawah sepanjang
dinding galas beban.

Asas jalur biasanya dibina daripada konkrit bernisbah 1:3:6 – 40 mm. Asas jalur dibahagikan
kepada  tiga jenis iaitu:

Asas jalur biasa           - digunakan untuk bangunan setingkat dan dua tingkat.
- tanah mestilah kukuh dan tidak mengecut.
Asas jalur lebar           - diperlukan apabila keupayaan galas beban tanah rendah.
                        - biasanya asas jalur lebar dibina mengunakan tetulang.
Asas jalur dalam         - digunakan pada tanah yang mengandungi kelodak.
- juga digunakan pada tanah liat yang mengecut dan mengembang.
- asas ini lebih teguh dan menjimatkan.
- asas ini mempunyai kelebaran yang lebih daripada tebal dinding.

Proses pembinaan asas jalur


1. Pengorekan peparit - menggunakan pengorek kaut.
                                    - saiz parit mestilah betul seperti yang
                                       dikehendaki.
                                    - sisi korekan perlu teguh dan rata.
2. Kerja konkrit            - konkrit yang digunakan ialah konkrit siap campur.
                                    - permukaan atas konkrit perlu diratakan.

2.1.2.3 Asas Rakit

Asas rakit dibina meliputi keseluruhan atau sebahagian asas tapak. Beban
bangunan akan dipindahkan menerusi lantai, asas rakit dan seterusnya ke lapisan tanah.
Penggunaan asas rakit adalah lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan asas pad
yang meliputi 80% daripada keluasan tapak sesuatu bangunan. Asas rakit dibahagikan kepada
tiga mengikut reka bentuk dan binaan iaitu:

Papak padu  - terdiri daripada papak konkrit padu bertetulang


-  papak yang lebih tebal diperlukan untuk bangunan yang lebih
   besar.
- papak ini diperkuatkan dengan keluli tetulang.                 
Rasuk dan papak - lebih ekonomi sekiranya ketebalan papak melebihi 305mm.
Bersel - tebal asas melebihi 1m.
                             - diperlukan sekiranya ketegaran yang lebih besar bagi mengelak enapan.
2.1.2.4 Asas Cerucuk

Asas cerucuk merupakan sejenis asas yang memindahkan beban ke lapisan tanah yang
lebih dalam menerusi cerucuk di dalam tanah. Salah satu cerucuk yang biasa digunakan ialah
cerucuk terhentak konkrit pratuang. Cerucuk tersebut akan dihentak mengikut kehendak lukisan
dan penentuan yang telah ditetapkan. Setiap lebihan cerucuk yang telah ditandakan dengan
garis merah perlu dipotong untuk pembinaan tukup cerucuk (pile cap).        

                 
2.2 Rasuk Bawah
           
            Rasuk bawah (ground beam)  merupakan struktur yang paling bawah selepas penapak.
Pembinaannya mestilah kukuh kerana ia perlu menanggung beban untuk dipindahkan ke bumi
melalui tapak asas dan cerucuk.

2.2.1 Proses dan kaedah pembinaan

            Kotak bentuk boleh dibina terus di atas tanah setelah kerja pengorekan peparit untuk
rasuk bawah siap.
            Setelah kesemua papan dinding rasuk dipasangkan, kayu yang panjang saiz 1”x2”
hendaklah dipakukan di bawah sisi papan dinding rasuk untuk mengapit atau mengunci papan
dinding rasuk supaya ia tidak pecah apabila konkrit dituangkan ke dalam kotak bentuk rasuk.

Setelah kotak bentuk siap dibina, kerja-kerja seterusnya boleh dimulakan iaitu:
-          Kerja meletakkan besi tetulang ke dalam acuan boleh dibuat setelah acuan tersebut dipastikan
benar-benar kukuh.
-          Pastikan kedudukan tetulang tidak bersentuhan dengan acuan dengan menggunakan peruang
(spacer).
-          Dengan nisbah bancuhan konkrit 1:2:4, kerja dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa
orang pekerja konkrit.
-          Mesin yang digunakan ialah mesin pembacuh simen (mixer), dan peralatan mesin penggetar. 
2.3 Tiang

Tiang juga tergolong dalam kumpulan superstructure yang perlu menanggung atau


menatang tiga beban utama iaitu beban mati, beban kenaan dan beban daripada tindakan
daya-daya angin.

2.3.1 Proses dan kaedah pembinaan

Pada permulanya, papan lapis yang digunakan untuk membuat kotak bentuk tiang yang
mempunyai lebar dan tinggi dilekatkan untuk tiga sisi pertama bersama dengan kayu tupang dan
perembat yang diletakkan pada jarak yang berubah-ubah mengikut ketinggian tiang. Sisi tadi dikenali
sebagai pendinding (sheeting). Pendinding atau ‘sheeting’ yang digunakan biasanya berukuran setebal
25 mm.
Papan-papan ini dipasang bersama-sama pengikat ‘cleats’. Setelah ketiga-tiga sisi tadi siap
dipasang, ia diletakkan di tempat yang telah ditentukan. Selepas itu, sisi yang satu lagi didirikan dan
dipasang selari dengan pendinding yang menjadikannya seperti anak tangga. Perembat dipasang melalui
anak tangga ini dan ikatan ahli-ahli struktur ini dikuatkan lagi dengan penggunaan baji di
antaranya.  Setelah kesemua acuan kotak bentuk tiang didirikan, ia haruslah ditimbang untuk
menentukan ketegakkan kotak bentuk tiang yang telah dibina dengan menggunakan alat penimbang.
Langkah-langkah untuk menentukan ketegakkan kotak bentuk tiang adalah seperti berikut:
Alat penimbang diletakkan secara menegak pada sisi kotak bentuk tiang. Pelambab yang diikat
pada alat penimbang tiang, dibiarkan tidak bergerak untuk mengetahui benang betul-betul teletak pada
bahagian yang ditanda pada kotak bentuk tiang.
Jika kedudukan alat penimbang tidak tepat, acuan tersebut handaklah digerakkan kekiri ataupun
kekanan sehigga benag itu betul-betul berada pada bahagian yang ditanda. Kemudian, kotak bentuk
tiang hendaklah diteguhkan dengan menggunakan kayu yang berukuran 1”x 2” sebagai kayu
penumpang. Ia dilakukan pada kedua-dua belah sisi kotak bentuk yang berlainan arah.
Ujian ketegakkan atau pemusatan kotak bentuk tidaklah dilakukan pada kesemua tetapi
dilakukan pada tiang yang berada pada penjuru sesuatu bangunan. Bagi tiang yang lain, ia dilakukan
dengan menggunakan benang. Dengan menggunakan kayu yang panjang, penupang dibuat pada
kesemua tiang dengan sambung menyambung.
Setelah kotak bentuk siap dibina, kerja-kerja seterusnya boleh dimulakan iaitu:
-          Pastikan kedudukan tetulang tidak bersentuhan dengan acuan dengan menggerak-gerak besi
semasa menuang konkrit.
-          Dengan nisbah bancuhan konkrit 1:2:4, kerja dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa
orang pekerja konkrit.
-          Mesin yang digunakan ialah mesin pembacuh simen (mixer), dan peralatan mesin penggetar. 

2.4 Lantai

            Lantai ialah permukaan dasar bangunan yang menerima segala aktiviti penghuni dan
beban-beban yang lain. Pembinaan lantai hendaklah menjamin keselematan dan keselesaan
penghuninya. Oleh sebab itu beberapa ciri utama patutlah dipertimbangkan:

a.    Lantai yang kukuh menjamin kestabilannya dan menghalang berlakunya keretakan.


b.    Keupayaan menanggung beban hidup dan beban mati serta menahan segala tekanan yang
diterima oleh lantai.
c.    Lantai hendaklah berupaya menentang resapan air dan mencegah kelembapan berlaku di
dalam bangunan.
d.    Aspek selesa termasuklah panas atau sejuk, bunyi (penebatan suara), licin tanpa gelincir dan
seronok mata memandang.

2.4.1 Proses dan kaedah pembinaan

Lantai yang dibina biasanya terdiri daripada lapisan asas, lapisan pasir, lapisan konkrit
dan kemasan.
     

      2.4.1.1 Lapisan asas
            Terdiri daripada batu kelikir, bata-bata pecah yang dimampatkan. Lapisan asas ini
berfungsi mengurangkan kenaikan air yang akan melembapkan lapisan tapak di samping
menaikkan aras lantai untuk menerima tapak konkrit. Tebal lapisan asas berubah daripada 100
mm hingga 300 mm. Bahan-bahan yang digunakan sebaiknya bersih daripada sampah sarap
dan tidak mengandungi tanah supaya kenaikan air melalui tindakan rerambut dapat dicegah.  

2.4.1.2 Lapisan pasir       


            Lapisan pasir ditaburkan di atas lapisan asas supaya mendapatkan permukaan yang
rata dan mampat untuk menerima lapisan konkrit.

2.4.1.3 Lapisan tapak konkrit


            Tapak konkrit terdiri daripada bancuhan konkrit 1:3:6 atau 1:2:4 ditempatkan di atas
lapisan pasir. Lapisan konkrit ini ditempatkan di atas lapisan pasir. Lapisan konkrit ini
merupakan dasar lantai bawah padu untuk menerima sebarang kemasan yang akan dibuat
pada permukaannya. Tebal konkrit ini biasanya dari 100 mm hingga 150 mm bergantung
kepada jenis tanah dan beban yang akan ditanggung. Tetulang daripada besi jejaring atau bar
keluli boleh digabungkan dalam pembinaan lantai konkrit ini jika keadaan memerlukannya.

2.4.1.4 Lapisan kalis lembap


            Lapisan ini berfungsi mencegah kenaikan air ke atas permukaan lantai. Biasanya
lapisan ini disertakan dalam lapisan tapak konkrit. Lapisan tapak konkrit setebal 75 mm sebagai
lapisan pertama. Setelah lapisan ini betul-betul kering, minyak bitumin atau tar yang telah
dimasak dicurahkan ke atasnya sebagai lapisan kalis lembap. Tunggu sehingga lapisan bitumin
ini mengeras, barulah dicurahkan lapisaan konkrit kedua setebal 75 mm.

2.4.1.5 Kemasan lantai
            Banyak jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan lantai
berdasarkan kepada ciri-ciri yang dikehendaki. Antara yang biasa digunakan ialah lepa simen.
            Kemasan lepa simen portland biasa ataupun berwarna pada dasar konkrit merupakan
sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan seperti rumah-rumah kediaman kos rendah.
Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.
           

2.5 Rasuk Bumbung
            Rasuk bumbung (roof beam) merupakan struktur yang berada di atas selepas tiang
(column). Pembinaannya mestilah kukuh kerana ia perlu menanggung beban untuk dipindahkan
ke bumi melalui tiang, tapak asas dan cerucuk.

2.2.1 Proses dan kaedah pembinaan

Sebelum kerja pemasangan kotak bentuk rasuk dijalankan, tukang kayu akan memotong papan
lapis untuk pembinaan penapak dan dinding rasuk yang telah siap dibuat.  Kemudian, barulah kerja
pemasangan kotak bentuk dilakukan.
Penapak (taipan) hendaklah diletakkan di atas kepala tiang dan kayu tupang hendaklah
dipasangkan di bawah penapak sebagai penyokong dan penyangga penapak.  Jarak pemasangan kayu
tupang adalah  lebih kurang 0.3 m di antara satu sama lain. Setelah penapak dipasang pada semua
tiang, benang hendaklah ditarik dari penjuru tiang bangunan ke penjuru tiang bangunan untuk
memastikan penapak telah dipasangkan tidak rata dan lurus, kayu tupang akan diketuk untuk menaikkan
atau menurunkan panapak supaya dalam keadaan rata dan lurus mengikut benang yang ditarik.
            Kemudian, barulah kedua-dua papan dinding rasuk akan dipasang di sebelah penapak. Setelah
kesemua papan dinding rasuk dipasangkan, kayu yang panjang saiz 1” x 2” hendaklah dipakukan di
bawah sisi papan dinding rasuk untuk mengapit atau mengunci papan dinding rasuk supaya ia tidak
pecah apabila konkrit dituangkan ke dalam kotak bentuk rasuk. Bagi menguatkan lagi kotak bentuk rasuk,
kayu jermang hendaklah dipasangkan 45º ufuk pada sisi luar kotak bentuk rasuk. Kemudian, kayu-kayu
penebat dipakukan di setiap kayu tupang bagi mengelakkan ia bergerak atau berganjak.

Setelah kerja tiang siap dilakukan, persiapan untuk kerja-kerja roof beamdijalankan.


-          Kerja meletakkan besi tetulang ke dalam acuan boleh dibuat setelah acuan dipastikan benar-
benar kukuh.
-          Pastikan kedudukan tetulang tidak bersentuhan dengan acuan dengan menggunakan peruang
(spacer).
-          Dengan nisbah bancuhan konkrit 1:2:4, kerja dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa
orang pekerja konkrit.
-          Mesin yang digunakan ialah mesin pembacuh simen (mixer), dan peralatan mesin penggetar. 

2.6 Bumbung
            Bumbung merupakan satu lagi bahagian yang terpenting bagi satu-satu bahagian
bangunan kerana fungsinya untuk melindungi penghuni daripada hujan, panas dan cahaya
matahari.
            Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberi
perlindungan dari angin, panas dan hujan. Bumbung hendaklah mempunyai ciri-ciri yang
ditetapkan kerana ia akan dibina  untuk menyokong beban mati struktur bumbung dan
penutupnya, penebatan dan juga kemasannya. Pemilihan jenis bumbung adalah berdasarkan
ciri-ciri berikut:
a)        rekabentuk
b)        kekuatan
c)        ketahanan
d)        bahan penetap
e)        perintang api
f)         perintang cuaca

2.6.1 Jenis bumbung

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
bumbung rata dan bumbung curam.

Bumbung rata biasanya merujuk kepada bumbung yang mempunyai kecerunan kurang
daripada 10˚. Bumbung curam mempunyai kecerunan melebihi 10˚ dari garisan ufuk. Bumbung
curam didapati dalam berbagai rekabentuk, antaranya ialah:
a)        bumbung tebeng layar
b)        bumbung limas
c)        bumbung gambriel
d)        bumbung layang
e)        bumbung mansard
f)         bumbung limas belanda
g)        bumbung pisang sesikat
h)        bumbung minangkabau
2.6.2 Jenis bumbung

Jenis bumbung yang harus dibuat untuk sesuatu bangunan itu bergantung kepada beberapa
fakta seperti:
a)       Saiz dan bentuk bangunan
Bangunan-bangunan yang mempunyai bentuk sederhana adalah sesuai dengan jenis bumbung
curam
b)      Rupabentuk
Nilai-nilai semulajadi menentukan bahawa bumbung curam adalah lebih sesuai untuk
bangunan-bangunan kecil, sementara bumbung rata sesuai bagi bangunan yang besar.
c)       Segi ekonomi
Langkah-langkah ekonomi sama ada pembinaan atau belanja penyelanggaraan dari masa ke
semasa hendaklah difikirkan apabila menentukan jenis bumbung.
d)      Fungsi
Selain daripada yang diatas faktor-faktor kemudahan ruang bumbung, keupayaan sebagai
bahagian pelindung dari cuaca.

1.0  KERJA PEMBINAAN

Kerja-kerja pembinaan seterusnya melibatkan kerja seperti mengikat bata,


mamasang jenang pintu dan tingkat, melepa, siling dan sebagainya.   

3.1 Kerja-kerja bata

Bata merupakan bahan yang diperbuat daripada tanah liat. Batu bata yang diperbuat
sama ada dengan menggunakan tangan atau mesin. Jenis bata merangkumi seperti bata biasa,
bata permukaan dan bata kejuruteraan. Jenis ikatan bata pula merangkumi ikatan sisi bata,
ikatan kepala bata, ikatan Flemish, ikatan inggeris dan ikatan tembok penahan.
Ciri-ciri bata yang baik
          i.    Bata terdiri daripada bentuk yang tetap.
         ii.    Bata mestilah mempunyai ukuran yang segaya.
        iii.    Mempunyai permukaan segiempat tepat yang licin.
       iv.    Penyerapan bata hendaklah tidak melebihi 15% beratnya.

      Prinsip-prinsip utama dalam mengikat bata ialah:

a. Mengadakan ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus
menerus, baik di permukaan mahupun di dalam tembok.
b. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang pertama
memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang di bina. Prinsip yang kedua pula
mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok.

3.1.1 Kaedah kerja
a.    Bata dan papan motar hendaklah ditempatkan dengan jaraknya lebih kurang 600 mm dari
garisan tembok supaya bata dan motar senang diambil dan tidak menganggu kerja lain semasa
membina tembok.
b.    Kedua-dua penjuru tembok hendaklah didirikan serentak. Dalam pembinaan tembok penjuru ini,
tiga perkara hendak dikawal ialah: tegak, rata dan mengikut tolok iaitu tinggi setiap lapisan bata.
Adalah dinasihatkan supaya penjuru penjuru ini dibina sepanjang 4 bata dan setinggi 6 lapis
secara bertingkat-tingkat kerana cara begini lebih senang menyambung kerja pada masa lain.
Tinggi setiap lapisan bata hendaklah ditetapkan mengikut tolok lapis, satu alat yang dibuat
daripada kayu lurus sepanjang satu tingkat bangunan, ditandakan jarak tiap-tiap lapisan bata,
kedudukan tingkap/pintu, dan ambang.
c.    Apabila membina tembok melebihi 1.5 m panjang, benang dan pin hendaklah digunakan untuk
mendapatkan kelurusan tembok. Jika tembok penjuru sudah kukuh, blok sudut dan benang
boleh juga digunakan dengan berkesan. Semasa menggunakan benang dalam kerja mengikat
bata, pastikan sisi bata tidak terkena pada benang supaya kelurusannya tidak terjejas. Jika
panjang tembok melebihi 9 m, satu alat bernama plat lampu (plat tingle) perlu digunakan untuk
menyangga benang di tengah-tengah supaya benang tidak melengkung. Apabila panjang
tembok melebihi 12m, adalah lebih berkesan jika sebahagian tembok dipertengahannya
didirikan serentak dengan tembok penjuru untuk menjadi panduan.
d.    Perhatian harus diambil untuk memastikan suya tembok yang tinggi tidak dibinakan sekaligus
untuk mencegah mendapan berlaku. Cara membina tembok tinggi ialah selepas tiap-tiap 1:2 m
pembinaan ditangguhkan sehingga hari keesokannya memberi masa untuk pengerasan motar.
3.1.2 Kerja-kerja bata bertetulang
Kerja-kerja bata bertetulang biasanya dilakukan di dinding-dinding bangunan. Ianya
digunakan untuk menambahkan lagi kekuatan dalam penyambungan batu bata. Tetulang dan
exmet digunakan untuk tiap-tiap lapisan ketiga atau ke empat.
3.1.3 Dinding
Dinding adalah satu struktur yang biasa dalam keadaan pugak sebagai pembahagian
bangunan-bangunan kepada ruang-ruang atau pun bilik-bilik.
     
Fungsi-fungsi dinding
                                  i.    Menyokong lantai bahagian atas dan bumbung termasuk beban tindihan.
                                 ii.    Merintang ketelusan lembapan.
                                iii.    Menyediakan tebatan haba yang cukup.
                               iv.    Menyediakan tebatan bunyi yang meluas.
                                v.    Memberikan rintangan kebakaran yang cukup.
                               vi.    Cantik dipandang dan meluas untuk menerima tingkap dan pintu.

Faktor-faktor keperluan bagi dinding


                                  i.    Kekuatan dan kestabilan.
                                 ii.    Rintangan kepada ketelusan kelembapan.
                                iii.    Tebatan haba.
                               iv.    Rintangan kebakaran.
                                v.    Rintangan bunyi.

3.2 Pemasangan tingkap dan pintu.

Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada tembok. Pembinaan tingkap
terdiri daripada dua bahagian utama, kerangka tingkap dan daun tingkap. Bahan-bahan yang
biasa digunakan untuk membina tingkap ialah kayu, logam, dan untuk panel digunakan kaca
ataupun papan kayu. Tingkap merupakan komponen mustahak dalam pembinaan tembok.
Pintu merupakan suatu bahagian bangunan yang sangat penting. Pintu ialah
suatu bukaan pada tembok bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke dalam sebuah
bangunan atau di antara bilik di dalam bangunan.

3.2.1 Kaedah pemasangan kerangka tingkap


Kaedah memasang kerangka tingkap adalah hampir sama dengan kaedah
memasang kerangka pintu. Ia dapat dipasang serentak semasa pembinaan tembok atau
dipasang setelah tembok siap dibina. Untuk kaedah bina dalam, kerangka diletakkan pada
tempat bukaan yang tertentu, diuji ketegakan dan kekukuhan kedudukannya dengan
memasang topang sementara. Penambat keluli dipaku kepada tiang jenang dan diunjur ke
dalam tembok pada tiap-tiap lapisan bata yang ketiga atau kelima.

3.2.2 Kaedah pemasangan kerangka pintu 


Kaedah ini boleh dilakukan dengan pembinaan tembok, dikenal sebagai
bina dalam atau dipasang setelah tembok siap dibina. Dalam pemasangan bina dalam,
kerangka pintu diletak pada tempat bukaan yang tertentu sebelum tembok bata dibina. Pastikan
ketegakan dan dikukuhkan kedudukannya dengan memasang topang sementara. Semasa
pembinaan tembok dijalankan, penambat keluli perlu dipasangkan kepada permukaan belakang
tiang jenang pada tiap-tiap lapisan bata ketiga atau kelima supaya dapat menetap dan
mengukuhkan kerangka itu.

2.0  KEMUDAHAN BANGUNAN

            Kemudahan bangunan adalah satu aspek yang sangat penting dalam perusahaan
bangunan. Bangunan yang tidak dilengkapi dengan kemudahan asas seperti air, elektrik boleh
dikatakan tidak sesuai untuk diduduki. Kelengkapan servis ini bertujuan menjamin kebersihan
dan keselesaan alam sekitar. Kemudahan-kemudahan bangunan yang lain termasuklah saluran
pembentungan dan kemudahan menyalurkan air kotor dari tandas dan dapur serta air hujan.

4.1 Sistem Bekalan Air Dalam Bangunan


Air dalam paip servis dialirkan terus dan dinaikkan ke tangki simpanan yang biasanya
terletak di tempat yang tinggi supaya mendapat tekanan yang memuaskan semasa digunakan.
Biasanya tangki simpanan diletakan di atas siling di bawah bumbung rumah. Air dalam tangki
simpanan diagih melalui paip agihan ke tandas, bilik mandi dan tempat mencuci dalam rumah
tersebut. Didapati bahawa air dari tangki simpanan adalah tidak berapa bersih kerana kotoran
yang terdapat di dalam tangki simpanan tersebut. Oleh sebab itu, air dari tangki tidak sesuai
digunakan untuk memasak atau minuman. Untuk tujuan tersebut, satu saluran paip berasingan
dipasangkan dengan menggunakan sambungan “tee” dari paip servis ke dapur. Dengan ini air
untuk kegunaan ke dapur adalah bekalan terus dari paip induk dan bukan dari tangki simpanan.

4.2 Sistem Bekalan Elektrik Dalam Bangunan

Untuk kegunaan kediaman, pihak berkuasa TNB biasanya membekalkan satu bekalan
arus ulang-alik 240 V fasa tunggal dengan menyambung kabel pada tiang-tiang elektrik ke
bangunan tersebut. Arus elektrik akan mengalir dari terminal ini ke fius perkhidmatan dan
meter. Tiap-tiap pemasangan elektrik mengandungi dua bahagian iaitu litar utama dan litar akhir
litar utama merujuk kepada bahagian litar yang mengandungi alat kawalan utama seperti fius
perkhidmatan, meter, suis utama, pemutus litar bocor ke bumi dan papan fius agihan. Litar akhir
bermula dengan daripada fius dalam papan agihan dan tamat pada keluaran kuasa pemegang
lampu, ros siling dan soket. Tiap-tiap litar mempunyai pelindungan (fius / pemutus litar), bahan
tara (kabel, alat kawalan) dan keluaran (soket, pemegang lampu, ros siling).
                       

4.3 Tangki Najis Dan Sistem Pembuangan

Tangki najis ialah satu loji memproses sisa kumbahan dari kediaman. Air lebihan (air
bersih) akan dialirkan keluar ke longkang manakala sisa pepejal dan bahan tidak larut yang
tertinggal akan disedut pada satu-satu masa.

4.3.1 Ciri-ciri (Tangki najis umum)


Tangki najis jenis umum merupakan jenis yang biasa digunakan pada kebanyakan
rumah kediaman yang besar. Antara ciri-ciri termasuklah:
  berbentuk 4 segi tepat
  terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu
-          tangki pemendapan
-          tangki penapisan
-          tangki pengumpulan air bersih
  dibina dalam tanah
  mempunyai sistem pengaliran udara bagi membolehkan gas metana dibebaskan
  mempunyai penutup yang boleh dibuka

4.3.2 Kaedah pembinaan

Kaedah pembinaan tangki najis terbahagi kepada 2 iaitu menggunakan batu-bata dan
menggunakan konkrit bertetulang.

1)    Kenal pasti lokasi berpandukan site lay-out


2)    Tentukan jenis binaan dan saiz
3)    Kerja penggalian (jarak kedalaman ditentukan merujuk kepada working drawing)
4)    Lepa konkrit setebal 2” –  4”
5)    Letak tetulang dan konkrit lantai
6)    Bina dinding bata
            Batu-bata
-          menggunakan ikatan jenis Double English Bond 
-          letak exmet pada setiap 3 atau 4 lapisan
-          mestilah kemas
Konkrit bertetulang
-          bina acuan dan siapkan tetulang
-          pasang tetulang
-          tuang konkrit
-          buka acuan setelah cukup masa
7)    Lepa dinding termasuk simen minyak
8)    Simen render untuk kemasan lantai
9)    Bina penutup berpandukan reka bentuk tangki najis

3.0  KEMASAN

Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja-kerja penghabisan bagi


menentukan kecantikannya dan keunikan pada sesebuah bangunan atau struktur-struktur yang
di bina. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan
kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya. Pemilihan bagi sesuatu
jenis kemasan perlulah dijalankan dengan cermat supaya mendapat mutu kemasan yang
memuaskan serta berkualiti di samping dapat menjimatkn kosnya. Secara amnya, kebanyakan
bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat.
Dalam sesuatu projek yang telah dijalankan di sini, kerja-kerja kemasan pada bangunan
sekolah turut dijalankan apabila hampir kesemua kerja-kerja utama selesai dijalankan.
Kemasan yang dilaksanakan adalah meliputi seperti kemasan bumbung, kemasan dinding,
kemasan lantai dan juga kerja-kerja mengecat.

4.1 KEMASAN BUMBUNG
BUMBUNG YANG DIREKA PERLU DIKEMASKAN DENGAN BAHAN KEMASAN
YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN KESESUAIAN DENGAN PEMBINAANNYA.
TERDAPAT PELBAGAI JENIS BAHAN KEMASAN BUMBUNG UNTUK DIGUNAKAN
PADA BERBAGAI JENIS BUMBUNG. SETIAP BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK
KEMASAN BUMBUNG INI DI PILIH BERGANTUNG KEPADA TARAF BANGUNAN ITU.
Kemasan pada bumbung dimulakan dengan kerja-kerja pemasangan kerangka
bumbung yang terdiri daripada kayu keras dari kumpulan A. Kayu yang digunakan untuk
kerangka bumbung ini adalah dari jenis kayu keranji dan kayu kekatong. Setelah kerangka
bumbung siap dipasang, sejenis lapisan zink akan dipasang sebagai pelindung atau penebat
pada bumbung. Zink yang digunakan yang digunakan adalah dari jenis ‘John Lysight Trimdeck ’
yang mempunyai tebal 0.5 mm. Kemudiannya, bumbung akan dipasangkan. Bumbung yang
digunakan ialah daripada jenis bumbung atap genting konkrit.
Lazimnya, kerja-kerja pemasangan bumbung mengambil masa selama 4 hari. Namun,
kerja-kerja ini bergantung kepada saiz bangunan yang di bina serta ketinggian kerja yang
ditunjukkan. Setelah siap pemasangan bumbung, bagi menutupi kerangka bumbung di
bahagian dalamnya, siling jenis asbestos dipasang. Untuk menutup garisan di antara satu siling
dengan siling yang lain, jejalur kayu digunakan. Sebagai kemasan pada lapisan siling ini, cat
disapukan pada keseluruhan permukaan siling. Kebiasaannya, cat yang digunakan adalah
berwarna putih yang melambangkan kebiasaan warna pada bangunan sekolah.

4.2 Kemasan Siling
Siling dibina untuk melindungi jermang bumbung dan sebagainya daripada penglihatan
mata kasar. Selain daripada itu, ianya juga dapat menahan sedikit sebanyak haba yang dapat
menembusi bumbung.

Siling yang digunakan dalam penyediaan bangunan sekolah ini ialah siling gantung di
mana ianya merupakan siling yang tidak menerima sokongan daripada dinding. Ia juga dikenali
sebagai siling palsu. Fungsi-fungsi siling gantung ini ialah:

  Mewujudkan ruang antara siling bumbung dan lantai siling gantung.ruang ini boleh dimuatkan
dengan paip air, pendawaian, sistem pencegah kebakaran, alat hawa dingin dan sebagainya.
Jenis siling gantung bergantung kepada arah susunan alat kemudahan bangunan. Setiap jenis
siling gantung perlu di adakan sekurang-kurangnya satu panel yang boleh dibuka. Sekiranya
terdapat banyak panel yang boleh dibuka, rekabentuk menjadi tidak ekonomi dan siling akan
rosak.

  Oleh kerana siling digantung daripada struktur utama, berat binaan hendaklah di hadkan kepada
berat minimum. Tetapi ia mestilah kuat untuk menanggung berat beban daripada alat-alat
kemudahan yang dikenakan.

  Siling gantung boleh dijadikan permukaan penyerap bunyi jika ia mempunyai permukaan yang
kasar. Siling ini tidak mempunyai penebat yang tinggi. Jika sekiranya ada dinding dalam yang di
bina terus hingga ke lantai siling gantung, bunyi boleh bergerak daripada bilik ke bilik yang lain
melalui siling ini.

  Dalam pembinaan siling, bahan yang digunakan hendaklah dapat memberi rintangan api.
Tujuannya ialah supaya ianya tidak merebakkan kebakaran ke bangunan-bangunan yang lain.

Bahan-bahan yang digunakan untuk siling ialah kepingan simen asbestos, kepingan
plywood dan juga kepingan papan lembut. Pemasangan siling gantung ini dijalankan dengan
satu pengikat yang boleh diubah mengikut kesesuaian ketinggian bumbung di gantung daripada
kasau bumbung. Pada penghujung pengikat itu, di dapati klip untuk mengikat alang siling.
Saluran Furning (Furning Channel) di pasang merentangi alang siling dan akhir sekali kemasan
siling dipasangkan.
4.3 Kemasan Dinding
Dinding yang diikat dengan batu bata akan di lapisi dengan lepa simen setebal 20 mm.
Kemasan lepa simen Portland biasa atau pun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan
sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan sesebuah bangunan. Kemasan
jenis ini boleh di buat secara ‘monolithic’ iaitu di buat sekaligus semasa lapisan konkrit di
tempatkan atau pun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya di licinkan
dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras. Lapisan ini biasanya akan di
cat dengan satu lapisan alkali ‘resting primer’ dan diikuti dengan dua lapisan cat emulsi.

Kemasan dinding pada bahagian dalam tandas pula, menggunakan jubin gilap yang
bersaiz 108 x 108 mm. Ianya diperbuat daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan
melalui proses pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air serta mempunyai sifat-sifat yang
tertentu untuk kegunaan khas. Jubin ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna secara
homogen atau pun bergris pada permukaannya sahaja. Pembinaan jubin ini dilakukan pada
dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen dan di celah-celah sambunagan di antara
jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih atau simen berwarna.

4.4 Kemasan Lantai
Lantai untuk keseluruhan bangunan adalah menggunakan lepa simen juga di mana
ianya di plaster setebal 20 mm. Tetapi pada lantai di bahagian dalam tandas pula, ianya
menggunakan mozek separuh gilap. Ianya diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan
tambahan melalui proses pembakaran. Ianya merupakan jubin yang berukuran saiz di antara 20
mm dan 50 mm panjang serta lebar. Manakala ketebalannya ialah di antara 5 mm dan 7 mm.
Bentuk mozek ini adalah segiempat sama, segiempat tepat dan segienam. Ianya diperbuat
daripada campuran seramik, kaca dan marmar dan juga mozek-mozek ini berbentuk kecil,
disusun dan dilekatkan di atas kepingan-kepingan kertas yang lebih besar sehingga 800 mm.
Kemasan mozek dibina di atas lepaan simen pasir 1 : 3 dan tebal lepaan yang dibina ialah 9
mm.

4.4.1 Lepa simen
Kemasan lepa Simen Portland Biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit
merupakan sejenis kemasan yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan. Jenis
kemasan ini boleh di buat secara ‘monolithic ’ iaitu di perbuat sekali gus semasa lapisan konkrit
di tempatkan atau pun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan
dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.
4.4.2   Mozek
Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses
pembakaran. Ianya merupakan kepingan jubin kecil di susun dengan berbagai-bagai reka
bentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dan pada saiz sebesar 300 mm x 300 mm.
Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen untuk melekatkan mozek di
dasar konkrit. Di celah-celah sambungan di antara mozek-mozek ini diisikan dengan bancuhan
simen dan pasir halus.
 
4.5 Kerja-kerja Mengecat
Cat ialah bahan sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahaan pembinaan
untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, lepa, konkrit, batu bata dan
lain-lain lagi.

Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri
daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi. Cecair cat pula
mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan
pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi kalisan dan kelicingan. Pelarut pula
berfungsi untuk mengurangkan kelikatan cat serta memberi kesenangan kerja semasa
mengecat. Pelarut yang sering di dapati ialah turpentin dan spirit putih. Jenis cat yang
digunakan dalam pembinaan ini ialah cat minyak.

Fungsi-fungsi cat ialah :

i)          Melindungi bahan-bahan perusahaan seperti yang tersebut di atas daripada kerosakan-


kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan
sebagainya.

ii)             Untuk mencantikkan pemandangannya.

iii)            Untuk memudahkan proses pembersihan permukaannya.


4.5.1 Cat minyak
Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering
melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat, biasanya 3
lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas
mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna. Cat lapisan alas
mengandungi minyak linseed, plumbum putih dan minyak pengeringan yang bermutu. Dan cat
lapisan kemasan pula mengandungi minyak varnis, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti
turpentin. Alat-alat yang digunakan untuk mengecat ialah berus, penggelek cat dan juga
penyembur.

4.5.2 Cara-cara mengecat
                       
            Kerja mengecat perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna bermula dari persediaan
permukaan untuk dicat sehinggalah proses pengeringan.
●          Persediaan Permukaan

Ini merupakan langkah pertama untuk menjamin kejayaan mengecat. Persediaan ini
untuk menentukan permukaan yang akan di cat itu licin, bersih, kering dan stabil.

●          Bancuhan Cat

Kebanyakan cat yang telah lama di simpan hendaklah di kacau dengan betul sebelum
boleh digunakan. Perhatian hendaklah di ambil untuk mengeluarkan lapisan atas yang telah
keras sebelum di kacau supaya bahagian yang telah keras itu tidak bercampur dengan cat. Jika
cat itu kotor, ia boleh ditapis dengan menggunakan kain yang nipis.

●          Melarut

Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya mudah di
sapu atau di sembur.

●          Keadaan Yang Sesuai Untuk Mengecat

Keadaan cuaca yang sesuai semasa kerja-kerja mengecat hendaklah panas, kering dan
tidak berhabuk.
●          Mengecat Lapisan Asas.

Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya dapat membina satu lapisan yang kuat
untuk menerima lapisan-lapisan yang selanjutnya.

●          Penutup

Lubang paku, keretakan dan tanda-tanda lain hendaklah di tutup selepas cat lapisan
asas. Ini kerana lapisan asas mencegah resapan yang berlebihan daripada bahan-bahan
penutup.

●          Mengecat Lapisan Alas

Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan-lapisan kemasan.

●          Mengecat Lapisan Kemasan Atau Lapisan Penghabisan

Memberi lapisan yang berkilat dan licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika
digunakan untuk mengecat permukaan luar, manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk
kemasan tembok dalam kerana kurangnya pemantulan cahaya.

4.0  KERJA PEMBERSIHAN TAPAK

            Setelah semua kerja-kerja binaan selesai, pembersihan tapak projek perlu dilakukan. Ini
untuk memastikan segala kerja yang dibuat dapat siap dengan sempurna ketika penyerahan
projek tersebut kepada klien. Di antara kawasan yang menjadi tempat banyaknya kerja-kerja
binaan yang perlu dibersihkan ialah kawasan jalan masuk utama, tempat padang permainan
dan kemudahan asas lain. Setelah kerja ini semuanya selesai barulah penyerahan projek
tersebut dapat diberikan kepada pihak klien dengan sempurna.

KESIMPULAN

            Bagi menjalankan sesuatu kerja-kerja pembinaan walaupun ianya adalah sebuah rumah
yang kecil, amat penting terlebih dahulu menyediakan kertas kerja untuk perancangan projek
seperti carta bar. Carta bar ini penting kerana sebarang teknik perancangan adalah bertujuan
menyusun semua kerja supaya projek dapat dilaksanakan mengikut jadual atau turutan dan apa
yang lebih penting adalah memastikan bahawa susunan tersebut mesti mencapai matlamat
perancangan, iaitu menyiapkan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan. Di samping itu
aktiviti-aktiviti dalam setiap peringkat kerja adalah berbeza-beza mengikut keperluan projek dan
keadaan tapak.

Anda mungkin juga menyukai