Anda di halaman 1dari 5

TNB REPAIR AND MAINTENANCE SDN BHD

SUPPLY, INSTALL, TEST AND COMMISSION TWO (2) UNITS


1200kW DIESEL GENERATOR SETS COMPLETE WITH
CONSTRUCTION OF NEW POWER HOUSE AND ASSOCIATED
WORKS AT SJL PULAU TIOMAN

TENDER DOCUMENT

TENDER NO. : RHQTM20052


RFx NO. : 4000035464

APPENDIX 1
NTSP

Page 1
NIOSH-TNB SAFETY PASSPORT (NTSP)

1.0 Latar belakang Pasport Keselamatan Pekerjaan NIOSH

NIOSH dengan sokongan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
(DOSH) telah menjalankan kursus induksi dan penilaian untuk pekerja kontraktor di
beberapa syarikat seperti PETRONAS, SHELL, INTEL dan lain-lain yang dikenali dengan
sebagai “Contractor Safety Passport System”. TNB bercadang untuk mengadaptasi
program yang sama dan akan dikenali sebagai Program “NIOSH TNB Safety Passport”
(NTSP).

2.0 “NIOSH-TNB Safety Passport (NTSP)”

NSTP adalah program latihan induksi yang direkabentuk untuk pekerja kontraktor TNB
yang bekerja di bawah kontrak/tender TNB. Program ini adalah latihan asas kepada
keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dengan penekanan kepada hazad-hazad di
pepasangan TNB. Program akan dikendalikan oleh NIOSH. Pekerja kontraktor TNB perlu
menghadiri kursus dan lulus ujian penilaian dan akan dibekalkan dengan kad
keselamatan pekerjaan.

2.1 Objektif Pelaksanaan kad NTSP

 Memastikan kontraktor dan pekerjanya mempunyai kefahaman asas dalam


keselamatan dan kesihatan pekerjaan berhubung dengan pekerjaan mereka bagi
mengelak kemalangan dari berlaku.
 Memastikan kontraktor mematuhi keperluan minima perundangan dan peraturan
keselamatan dan kesihatan syarikat.
 Mendapatkan penilaian/pengujian pihak ketiga (NIOSH) bagi memastikan kualiti
dan integriti latihan yang diberikan.

2.2 Faedah kepada TNB

 Mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja serta meningkatkan produktiviti


 Mendapatkan pensijilan pihak ketiga (NIOSH).
 Memastikan kontraktor mematuhi keperluan minima perundangan dan peraturan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan syarikat.
 Memastikan semua pekerja kontraktor mempunyai asas piawaian induksi program
yang selaras dan dilatih oleh agensi kerajaan.
 Mempunyai pengkalan data (data-base) mengenai pekerja-pekerja kontraktor TNB

2.3 Faedah kepada Kontraktor

 Mematuhi keperluan undang-undang di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan, 1994
 Meningkat kesedaran dan membudayakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
untuk pekerja
 Semua pekerja kompeten dan memenuhi keperluan pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan

Page 2
 Perlindungan Insurans Takaful Malaysia untuk pekerja yang mengikuti program ini.

3.0 Butir-butir Kursus NTSP

3.1 Kumpulan sasaran :


Semua pekerja kontraktor / vendor / pembekal TNB

3.2 Jangkamasa program :


Program dijalankan selama 7 jam (1 hari).

3.3 Bahasa :
Peserta perlu memahami Bahasa Melayu atau Inggeris.

3.4 Penilaian :
Peserta perlu lulus ujian bertulis yang diadakan pada akhir kursus sebelum
dibekalkan dengan passport.

3.5 Tempoh sah passport :


Passport hanya sah selama 3 tahun sahaja dan pekerja perlu menghadiri
Program Ulangkaji untuk memperbaharui passport.

3.6 Yuran kursus/penilaian :


Yuran kursus yang dikenakan adalah RM 250.00 seorang termasuk yuran
kursus (makan, nota dll), penilaian dan kad NTSP.
Semua pembayaran hendaklah dimajukan kepada NIOSH.

3.7 Modul-modul program adalah :


Modul 1 : Keperluan Undang-Undang
Modul 2 : Penyebab Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan
Modul 3 : Hazad di Tempat Kerja
Modul 4 : Langkah-Langkah Pencegahan dan Pengawalan

3.7 Lokasi :
Program akan dijalankan secara berkala di NIOSH. Ia juga boleh
dijalankan secara ‘in-house’ di mana-mana lokasi yang bersesuaian jika
perlu.

3.8 Kad/Passport
Contoh passport :

Page 3
4.0 Peranan

4.1 Peranan NIOSH


 Pihak NIOSH dengan kerjasama TNB telah menyediakan silibus program berserta
dengan ‘course presentation’ untuk program ini dan mencetakkan buku-buku nota
untuk rujukan peserta.
 NIOSH juga akan menyelaras, mengendalikan kursus dan menjalankan penilaian
peserta.
 Kad-kad keselamatan pekerjaan ini akan diproses oleh NIOSH dan butirbutir
peserta disimpan di pengkalan data yang disenggarakan oleh NIOSH. TNB
mempunyai akses kepada pengkalan data ini.
 NIOSH akan menyediakan keperluan pemasaran dan pengiklanan.

4.2 Peranan TNB


 TNB akan membantu NIOSH membangunkan modul untuk program ini di mana
akan ditekankan keperluan-keperluan TNB dalam memastikan keselamatan
pekerja-pekerja kontraktor.

Page 4
 Memasukkan keperluan kad NTSP untuk pekerja kontraktor di dalam kontrak dan
tender dokumen.
 TNB akan menguatkuasakan pemakaian kad NTSP kepada semua pekerja
kontraktor yang bekerja di pepasangan dan projek-projek TNB.
 Membantu menyebarkan maklumat kepada kontraktor-kontraktor dan
mengkoordinasikan program jika perlu.

5.0 Jabatan/Pegawai Bertanggungjawab

TNB : Puan Zuraidah Kornain (emel: zuraidahk@tnb.com.my)


En Nazri Awang (emel: nazria@tnb.com.my)

NIOSH : Puan Hajjah Maimunah Khalid


Pengurus Besar (Operasi)
Institut Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan

Page 5

Anda mungkin juga menyukai