Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA


NOTA KULIAH 2 (K02)
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 1

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD/KURSUS DEB1032 : OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KOMPETENSI K2 - ORGANISE SAFETY PROGRAM AWARENESS

2.1 Generalizes the safety program


2.2 Apply safety awareness program
KOMPETENSI UNIT 2.3 Create safety program awareness
2.4 Perform evaluation safety awareness

Trainee must be able to:


KOMPETENSI 1. Organise training programme, material and facilities based on
PEMBELAJARAN management Master Work Program. (P3, PLO2)

NO KOD DEB1032/K02/NK 02-11 MUKA : 01 DARIPADA 11

NAMA

1
PENGENALAN

Kesedaran pekerja/pelajar terhadap keselamatan dan kesihatan perlulah dipupuk dari awal lagi ini adalah
penting bagi menjaga keselamatan diri, alat, tempat kerja dan persekitaran. Kesihatan diri perlu juga di
ambil berat akan dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Program Keselamatan & Kesihatan Di Tempat Kerja

Bagi memastikan kejayaan program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, perancangan yang teliti,
sesuai dengan tempat kerja perlu dilakukan secara sistematik. Program keselamatan dan kesihatan
mengandungi aktiviti-aktiviti berikut:
• Menentukan dasar keselamatan dan kesihatan yang ingin dicapai.
• Mengenalpasti dan menubuhkan organisasi pengurusan program.
• Menaksirkan risiko.
• Melaksanakan kawalan risiko.
• Menyemak, menilai dan menambahbaik secara berperingkat.

Berikut disenaraikan beberapa program yang boleh dijalankan bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran
pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan. Antaranya ialah:

i. Memperbanyakkan program latihan.


Mengadakan latihan adalah penting dalam meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap keselamatan
dan kesihatan.
Latihan keselamatan yang diberikan kepada pekerja dapat meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan
dan kesihatan dan mematuhi prosedur pengoperasian kerja yang selamat. Selain itu latihan keselamatan ini
juga adalah sangat penting kerana Seksyen 15(2)(c), AKKP 1994 menyatakan pengadaan maklumat, arahan,
latihan dan penyediaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan
kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja.
Semua pekerja mengambil bahagian dalam latihan keselamatan, maka terdapat beberapa kebaikan iaitu
sesuatu kerja tersebut dapat dijalankan dengan berkualiti dan mewujudkan kesedaran terhadap
keselamatan. Latihan keselamatan yang berkesan akan dapat meningkatkan pengurusan keselamatan
seseorang tersebut.

ii. Memperbanyakkan kempen-kempen kesedaran tentang keselamatan.


Ini kerana melalui kempen-kempen kesedaran tersebut ia akan dapat memberikan input tambahan dalam
bentuk pengetahuan kepada para peserta tentang kepentingan keselamatan. Ia bersesuaian dengan
dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Ramlan (1997) yang menunjukkan bahawa pihak organisasi yang
selalu menyebarkan dasar dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pekerja secara
kerap boleh menimbulkan kesedaran keselamatan
dan kesihatan pekerjaan kepada mereka. Penyebaran maklumat keselamatan dan kesihatan yang bebas
dan meluas dalam organisasi membolehkan semua pekerja dan orang yang terlibat pekerjaan sedar tentang
isu tersebut dan tahu bila hendak mengambil tindakan yang sesuai untuk menangani jika berlaku sebarang
permasalahan berhubung keselamatan dan kesihatan

iii. Seterusnya pihak juga dicadangan agar pihak JKKKP sesebuah organisasi untuk mengadakan program-
program keselamatan secara berterusan ataupun berkala. Ia berikutan dapatan kajian ini secara jelas telah
menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap JKKKP dan juga
program-program anjurannya. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan sangat diperlukan bagi
memainkan peranan dan tanggungjawab keselamatan dan
kesihatan pekerjaan disamping itu ia juga untuk memastikan wujudnya kemajuan berterusan di dalam
menangani isu keselamatan pekerjaan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk membuat kajian
dan penelitian terhadap tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

2
iv. Pihak JKKKP mempelbagaikan program-program keselamatan.
Program-program keselamatan jika dianjurkan dengan cara dan kaedah yang sama pada setiap masa akan
mengakibatkan peserta merasa bosan dan menunjukkan komitmen yang tidak berterusan ini.
Mengadakan program menggunakan cara yang kreatif dalam memupuk kesedaran keselamatan telah
menjadikan program-program keselamatan lebih menarik dan menyeronokkan serta telah dapat menarik
penyertaan ramai daripada kalangan pekerja dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Antara program yang
boleh dianjurkan adalah seperti kempen gaya hidup sihat dan selamat, kempen kemalangan sifar dan
pertandingan-pertandingan yang berobjektif untuk memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan di
kalangan pekerja.

v. Menguatkuasakan PPE/APD
Penggunaan alat perlindungan diri kepada para pekerjanya semasa menjalankan tugas. Ini kerana kajian
yang dijalankan oleh JKKP (2000) menunjukkan bahawa penguatkuasaan pakaian keselamatan seperti kasut
keselamatan, pelindung mata, topi keselamatan dan sarung tangan dapat melindungi pekerja daripada
mendapat kecederaan. Selain pengawasan pekerja, pengawasan terhadap keselamatan loji, jentera dan
peralatan yang sempurna dan
selamat digunakan akan mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.

Selain itu melalui Seksyen 15 (2) kerajaan telah mewajibkan pihak majikan perlu memberikan latihan dalam
bagaimana dan bila menggunakan alat perlindungan keselamatan dan memastikan pekerja sentiasa
menggunakan alat perlindungan keselamatan.

vi. Program pengurusan insentif terhadap keselamatan.


Merupakan satu program yang dapat memotivasikan pekerja di organisasi. Antara program pengurusan
insentif yang boleh dilaksanakan adalah seperti memberi insentif kepada jabatan atau unit yang berjaya
mengurangkan kadar kemalangan ditempat kerja sama ada dalam
bentuk anugerah atau pengiktirafan yang bersesuaian.

vii. Program pengedaran visual.


Perlu mencetak visual-visual tentang kemalangan ditempat kerja yang telah berlaku agar ia dapat dijadikan
sebagai peringatan dan juga panduan kepada pekerja-pekerja yang lain. Pekerja akan lebih mengingati
objek visual berbanding dengan hanya mendengar tanpa melihat kepada sesuatu objek. Memandangkan
keupayaan manusia begitu terhad, maka bagi organisasi yang hendak menyampaikan mesej, adalah lebih
berkesan jika bantuan visual digunakan.

viii. Menjalankan pemeriksaan secara teratur dan mengejut ke makmal dan loji.
Ini kerana melalui kaedah ini ia akan meningkatkan tahap kewaspadaan pekerja terhadap keselamatan dan
melalui pemeriksaan yang mengejut ini juga akan dapat menyebabkan pekerja sentiasa prihatin terhadap
keselamatan kerana mereka merasakan diri sentiasa diperhatikan. Kaedah ini secara tidak langsung akan
dapat mengurangkan bilangan ketidak patuhan pekerja terhadap peraturan keselamatan dan kesihatan.
Mohd Yusof (2000) melalui kajiannya mendapati bahawa mendapati bahawa pihak pengurusan yang tidak
menjalankan pemeriksaan ke kawasan tempat kerja, tidak mengadakan latihan keselamatan dengan kerap,
persekitaran kerja yang tidak teratur telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

HIRARC
Pengenalapastian bahaya, penaksiran risiko dan kawalan risiko (HIRARC) amat penting dalam amalan untuk
merancang, mengurus dan melaksana sesuatu operasi sesebuah organisasi kepada pengurusan risiko.
HIRARC merupakan kewajipan am majikan di bawah akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta
514), di mana majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerjanya dan orang yang
berkenaan.
Tujuan HIRARC adalah untuk:
1. Mengenalpasti semua factor yang mungkin boleh mendatangkan mudarat kepada pekerja dan
orang lain.
2. Mempertimbangkan kemungkinan mudarat tersebut menimpa sesiapa dalam keadaan tertentu
dan keterukan yang mungkin boleh timbul daripada risiko tersebut.

3
3. Membolehkan majikan merancang, memperkenal dan memantau langkah pencegahan untuk
memastikan risiko tersebut dikawal secukupnya sepanjang masa.

Langkah dalam menjalankan HIRARC:


1. Memgenalpasti Bahaya.
- keadaan tidak selamat.
- tindakan tidak selamat.

2. Menaksir risiko.
- Kemungkinan.
- Keterukan.

3. Mengawal risiko.
- Langkah-langkah kawalan hierarki.
BAHAYA (Hazard):
Sesuatu punca atau sesuatu keadaan yang mempunyai potensi dimana boleh mendatangkan mudarat
dalam bentuk:
- kecederaan atau kesihatan yang buruk kepada manusia
- kerosakan harta
- kerosakan alam sekitar
- gabungan daripada mana-mana mudarat tersebut

PENGENALPASTIAN BAHAYA

Pengenalpastian kejadian yang tidak diingini yang membawa kepada wujudnya bahaya (hazard) dan
mekanisme yang membolehkan kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Bahaya yang perlu
dipertimbangkan termasuk:
- Pendedahan kepada bahan-bahan berbahaya (Kimia, hujung tajam, bunyi bising, getaran, habuk, asap dll)
- Mekanikal
- Sumber Tenaga (elektrik, pneumatik, dan lain-lain)
- Suhu
- Tergelincir, tersandung, jatuh atau objek bergerak

RISIKO
Kebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan.

PENAKSIRAN RISIKO
- Penaksiran risiko ialah proses penilaian risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada
bahaya di tempat kerja.
- Penilaian risiko yang relatif boleh digunakan untuk mengutamakan tindakan yang perlu diambil untuk
menguruskan bahaya di tempat kerja dengan berkesan

Risiko ialah gabungan kemungkinan dan keterukan bagi kejadian berbahaya tertentu yang berlaku.

Risiko = Kemungkinan (Likelihood) X Keterukan (Severity)

- Kemungkinan = kejadian yang mungkin berlaku dalam tempoh khusus atau dalam keadaan tertentu
- Keterukan = hasil daripada kejadian yang berlaku seperti:
•teruknya kecederaan atau kesihatan manusia
•kerosakan harta
•gangguan kepada alam sekitar
•apa-apa gabungan hasil yang disebabkan oleh kejadian tersebut

4
KEMUNGKINAN CONTOH KADAR
Kemungkinan Berkemungkinan besar berlaku hasil daripada bahaya / 5
Besar kejadian
Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar biasa 4
Dapat Dijangka Mungkin berlaku pada pada masa akan datang 3
Jarang Sekali Belum diketahui berlaku selepas beberapa tahun 2
Tidak dapat Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah berlaku 1
dijangka

KETERUKAN CONTOH KADAR


Malapetaka Banyak kematian, kerosakan harta benda dan pengeluaran 5
tidak dapat dipulihkan
Fatal Menyebabkan kira-kira satu kes kematian tunggal dan 4
kerosakan harta besar jika berlakunya bahaya
Serius Kecederaan yang tidak membawa maut, hilang upaya kekal 3
Ringan Menyebabkan hilang upaya tetapi bukan kecederaan kekal 2
Sedikit Sahaja Sedikit lelasan, lebam, luka, kecederaan jenis rawatan 1
kecamasan

PENILAIAN RISIKO

RISIKO KATEGORI TINDAKAN

15 – 25 TINGGI Risiko TINGGI memerlukan tindakan segera untuk pengawalan bahaya


seperti yang diperincikan dalam hierarki kawalan. Tindakan yang
diambil mestilah didokumentasikan di borang penilaian risiko
termasuk tarikh siap.

5 – 12 SEDERHANA Risiko SEDERHANA memerlukan pendekatan terancang untuk


pengawalan bahaya dan langkah kawalan sementara hendaklah
diambil jika perlu. Tindakan yang diambil mestilah didokumentasikan
didokumentasikan di borang penilaian risiko termasuk tarikh siap.

1–4 RENDAH Sesuatu risiko yang dikenal pasti sebagai RENDAH boleh dianggap
sebagai boleh diterima dan pengurangan risiko selanjutnya mungkin
tidak perlu. Walau bagaimanapun, jika risiko boleh diselesaikan
dengan cepat dan cekap, langkah-langkah kawalan hendaklah
dilaksanakan dan direkodkan.

5
CONTOH BORANG HIRARC

JENIS PENILAIAN TERHADAP KESEDARAN KESELAMATAN N KESIHATAN PEKERJAAN


- Kertas soal selidik
- Kertas soalan
- Soal jawab

Borang Soal Selidik

6
PENDEKATAN PENILAIAN TAHAP KESELAMATAN
Sesebuah agensi hendaklah mengamalkan pendekatan yang sistematik dalam mengurus dan memantau
aspek keselamatan bagi sesebuah organisasi.

Agensi boleh melaksanakan Penilaian Tahap Keselamatan dengan menggunakan salah satu dari pendekatan
berikut iaitu sama ada:
1. Agensi Melaksanakan Sendiri
2. Melantik Pihak Ketiga yang Bertauliah

PELAN TINDAKAN KECEMASAN /EMERGENCY RESPONSE PLAN (ERP)

Pelan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Plan (ERP) adalah pelan tindakan yang digunakan
oleh organisasi semasa kecemasan. Pasukan yang bertindak mengikut ERP dikenali sebagai
Pasukan Tindakan Kecemasan. Pasukan ini ditubuhkan di dalam sesebuah organisasi dan adalah bertujuan
untuk menggerakkan, menjalankan dan menyelia kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana
seperti kebakaran, letupan, tumpahan kimia, runtuhan dan lain-lain lagi.

Objektif
1. Untuk melindungi nyawa manusia :
Dengan adanya persiapan bagi memberi rawatan awal kepada mangsa bencana.
2. Untuk melindungi harta benda dan peralatan :
Dengan adanya persiapan bagi menghadkan kemusnahan seperti memadamkan kebakaran dengan segera.
3. Untuk memelihara alam sekitar :
Dengan adanya persiapan bagi menghadkan pencemaran seperti menghentikan kebocoran kimia dengan
segera.
4. Untuk mengurangkan komplikasi bencana :
Dengan mengembalikan operasi kerja seperti sediakala dengan segera.

Faedah – faedah ERP


• Memastikan industri atau organisasi bersedia menghadapi sebarang kecemasan dengan lebih teratur.
• Mengurangkan risiko kehilangan nyawa,

4 langkah mewujudkan ERP:


i. Menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan
ii. Mengenal Pasti Hazard, Keupayaan Dan Bantuan Langkah ERP Secara Berperingkat
iii. Merangka ERP
iv. Pelaksanaan ERP Secara Berperingkat

LANGKAH-LANGKAH PENILAIAN
Contoh Bilik ICT
Terdapat tujuh (7) langkah dalam Penilaian Tahap Keselamatan.
Berikut adalah penerangan langkah-langkah, butiran aktiviti yang perlu
dilaksanakan dan hasil penemuan setiap langkah dalam Penilaian Tahap Keselamatan di bilik ICT.

7
LANGKAH 1
Bidang tugas rujukan Pasukan Kerja Penilaian Tahap Keselamatan hendaklah diambil perhatian dalam
melaksanakan Penilaian Tahap Keselamatan di peringkat agensi masing-masing. Ahli pasukan kerja adalah
seperti berikut:

i. Pengerusi
- Pengurus ICT Agensi atau yang setara

ii. Kumpulan Pelaksana


- Sistem Aplikasi;
- Sistem Pengoperasian;
- Rangkaian; dan
- Keselamatan.

iii. Urus Setia


- Pegawai Teknologi Maklumat; atau
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

LANGKAH 2
Kumpulan Pelaksana perlu semak Dasar Keselamatan ICT agensi yang telah dibangunkan.
1. Semak dasar keselamatan ICT Agensi dengan menemu bual kumpulan sasaran dan membuat
pemerhatian. Contoh Borang Soal Selidik adalah seperti di Lampiran C; dan
2. Menganalisis data penemuan soal selidik, temu bual dan pemerhatian.

LANGKAH 3
Kumpulan Pelaksana perlu menilai kekuatan dan kelemahan kawalan keselamatan fizikal melalui
pemerhatian persekitaran fizikal dan juga langkah-langkah keselamatan yang sedia ada di agensi.

LANGKAH 4
Kumpulan Pelaksana perlu menilai kekuatan dan kelemahan kawalan keselamatan fizikal melalui
pemerhatian persekitaran fizikal dan juga langkah-langkah keselamatan yang sedia ada di agensi.
-Menjalankan network sniffing untuk mendapatkan maklumat yang disalurkan ke rangkaian;
-Menjalankan penembusan untuk mendapatkan akses secara remote kepada sistem, fail-fail dan maklumat
agensi. Pengujian penembusan dijalankan melalui alamat IP dalaman (internal IP) dan alamat IP luaran
(external IP)

LANGKAH 5
Kumpulan Pelaksana perlu menilai reka bentuk dan keselamatan rangkaian ICT dan sistem-sistem aplikasi
sama ada ciri-ciri keselamatan telah diambil kira.

LANGKAH 6
Kumpulan Pelaksana perlu menganalisis data penemuan serta
merumuskan jenis serangan yang berjaya digunakan untuk membuat penembusan.

LANGKAH 7
Kumpulan Pelaksana hendaklah menyediakan laporan yang
komprehensif merangkumi hasil penemuan penilaian dan cadangan langkah-langkah pengukuhan
keselamatan ICT berdasarkan amalan-amalan terbaik untuk meminimumkan tahap risiko, jika ada, ke tahap
yang boleh diterima oleh agensi.
Laporan hendaklah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu ICT untuk pertimbangan dan kelulusan
supaya langkah-langkah pengukuhan
keselamatan ICT agensi dapat dirancang.

Semakan Semula
Setiap perancangan langkah keselamatan dan kesihatan yang diambil kira tidak semestinya sempurna dan
sesuai pada sepanjang masa. Untuk memastikan risiko hazard sentiasa berada di tahap yang boleh
8
diterima, maka semakan semula perancangan dan langkah keselamatan dan kesihatan hendaklah
dilakukan. Semakan semula hendaklah didorong oleh sikap pengaturan kendiri (self regulation) dan
penambahbaikan secara berperingkat. Rajah 2c menunjukkan satu sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang boleh digunakan untuk memastikan semakan semula.

Penambahbaikan secara berperingkat


i. Polisi
ii. Pengurusan
iii. Perancangan dan implementasi
iv. Evaluasi
v. Penambahbaikan

9
RUJUKAN:

Cetakan Ketiga 2008, NO ISBN : 983-42556-0-8, ©Unit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia

SESI 4 Pengenalpastian Bahaya, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC), UTM, 11 Jul 2017, 3.00pm

Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian Dan Sistem Ict Sektor Awam, Lampiran kepada Surat
Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2009, unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan , Pengurusan Malaysia
(MAMPU) Jabatan Perdana Menteri

10
11

Anda mungkin juga menyukai