Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN

UKIRAN BUDI, SULAMAN KASIH

MAJLIS PERSARAAN
PN. HJH. NORSIHAN BT MOHD YUSOF
&
PN.HJH. MAHNUN HARAZA BT ALIAS

KETIBAAN YANG DIRAIKAN

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Hadirin diminta untuk bersedia.

Mengumumkan ketibaan diraikan Pn. Hjh. Norsihan Bt Mohd Yusof dan Pn. Hjh
Mahnun Haraza Bt Alias dengan diiringan oleh Pengurusan Kolej Vokasional Seri
Manjung.
SALUTASI

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Yang Berusaha Tn. Hj Saiful Bahri Bin Mat Sillah


Pengarah Kolej Vokasional Seri Manjung

Yang Berusaha En. Mohamad Fauzi Bin Mohd Nor


Timbalan Pengarah Akademik

Yang Berusaha En. Muhammad Ali Bin Abdul Kadir


Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

Yang Berusaha Pn. Nor Hazlin Binti Sofian Nazri


Ketua Jaminan Kualiti

Yang diraikan,
Pn. Hjh. Norsihan Bt Mohd Yusof dan Pn. Hjh Mahnun Haraza Bt Alias.

Diff2 jemputan,
Pn. Noor Amlina Binti Alang dan Pn. Hjh Kamariah Binti Sulaiman

Seterusnya
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua program, ketua-ketua unit, ahli-ahli
jawatankuasa majlis, barisan pensyarah dan staf, serta pelajar-pelajar Kolej
Vokasional Seri Manjung.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Hadirin yang dimuliakan,

Pada hari yang berbahagia penuh makna ini pihak majlis mengucapkan selamat
datang ke MAJLIS UKIRAN BUDI SULAMAN KASIH Pn. Hjh. Norsihan Bt Mohd
Yusof dan Pn.Hjh Mahnun Haraza Bt Alias.
1
KATA-KATA ALUAN PENGACARA

Hadirin yang dikasihi,

Pakat bersama menunggang kuda,


Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,


Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Puan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti adanya
perpisahan.

Hadirin, kita berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan, Pn. Hjh. Norsihan Bt
Mohd Yusof dan Pn. Hjh Mahnun Haraza Bt Alias yang bakal meninggalkan jejak
kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di KVSM ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira, begitulah juga besarnya jasa
mereka sehingga tidak mampu untuk kami membalasnya.

Sekalung penghargaan diucapkan buat Pn. Hjh. Norsihan Bt Mohd Yusof dan Pn.
Hjh Mahnun Haraza Bt Alias yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri.
Tidaklah seberapa majlis ini untuk meraikan mereka yang hebat dan megah
kewibawaannya.
BACAAN DOA

Hadirin para jemputan yang dihormati,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,


memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat .Untuk itu, pihak
majlis menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi untuk
memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

– Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
UCAPAN ALUAN TUAN PENGARAH KVSM

Hadirin yang dirahmati sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Tn. Hj Saiful Bahri Bin
Mat Sillah Pengarah Kolej Vokasional Seri Manjung untuk tampil menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*** Ucapan Pengarah ***

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan Haji Saiful
Bahri Bin Mat Sillah atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar
2
tadi.
TAYANGAN MULTIMEDIA 1

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sudah teradat si anak lelaki,


Mati berjuang berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap rasanya majlis tanpa
mengenal empunya diri insan yang diraikan pada hari ini. Oleh itu, marilah sama-
sama kita menyaksikan persembahan multimedia sempena Persaraan Yang
Diraikan, Pn. Hjh. Norsihan Bt Mohd Yusof.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan multimedia


sebentar tadi.
UCAPAN YANG DIRAIKAN 1

Hadirin yang dikasihi,

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Khidmatmu gemilang.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan oleh
Yang Diraikan Pn. Hjh. Norsihan Bt Mohd Yusof.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak berbicara.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan,


Pn. Hjh. Norsihan Bt Mohd Yusof untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn. Hjh. Norsihan Bt
Mohd Yusof menyampaikan ucapan sebentar tadi.
TAYANGAN MULTIMEDIA 2

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan.


Itu adat, itu lumrah kehidupan.
Begitulah rentetan perjalanan.

Walau sukar untuk ditelan.


Tapi kaki tetap mengorak jalan.
Selagi hayat dikandung badan.

Tidak lengkap rasanya majlis kita tanpa mengenal empunya diri insan kedua
yang diraikan pada hari ini. Untuk itu, marilah kita sama-sama saksikan
3
persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan, Pn. Hjh Mahnun
Haraza Bt Alias.
– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan multimedia
sebentar tadi.
UCAPAN YANG DIRAIKAN 2

Pihak majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan,
Pn. Hjh Mahnun Haraza Bt Alias untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn. Mahnun Haraza
Bt Alias menyampaikan ucapan sebentar tadi.
TAYANGAN MULTIMEDIA 3
Hadirin yang dikasihi,

Tanpa melengah majlis, marilah kita sama- sama menyaksikan tayangan montaj
ucapan persaraan dari warga Kolej Vokasional Seri Manjung khas buat Yang
Diraikan, Pn. Hjh. Norsihan Bt Mohd Yusof dan Pn. Hjh Mahnun Haraza Bt Alias.

Saksikan.

Demikian tadi, video yang telah disusun dan digarap oleh Cg Mohd Nazri bersama
Jawatankuasa Multimedia. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi kenang-
kenangan buat kita semua.
PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata persaraan sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang telah banyak memberikan sumbangan
kepada kolej kita.

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan Pn. Hjh. Norsihan Bt Mohd Yusof dengan diiringi
En. Mohamad Fauzi Bin Mohd Nor, Timbalan Pengarah Akademik untuk tampil ke
atas pentas.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

1. Dijemput dari Unit Elektronik, Pn.Asmariza Rahmaa Binti Alias


2. Seterusnya Unit Psikologi & Kerjaya, Pn.Musliha Binti Miskam
3. Seterusnya Unit Sains Pn.Shamiza Binti Saad
4. Seterusnya G4, Pn. Nor Hazlin Binti Sofian Nazri
5. Seterusnya KKRK, Mohd Faizal Bin Tasuki
6. Seterusnya Unit Elektrik En. Ahmad Jamil Bin Mohamed Tahir

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hjh. Norsihan
Bt Mohd Yusof atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
HADIAH KAK MAHNUN

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata persaraan sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang telah banyak memberikan sumbangan
kepada kolej kita.

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan Pn.Hjh Mahnun Haraza Bt Alias dengan diiringi
Tuan Haji Saiful Bahri Bin Mat Sillah, Pengarah KVSM untuk tampil ke atas
4
pentas.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

1. Dijemput dari Unit Elektronik, Pn.Asmariza Rahmaa Binti Alias


2. Seterusnya Unit Psikologi & Kerjaya, Pn.Musliha Binti Miskam
3. Seterusnya Unit Sains Pn.Shamiza Binti Saad
4. Seterusnya G4, Pn. Nor Hazlin Binti Sofian Nazri
5. Seterusnya KKRK, Mohd Faizal Bin Tasuki
6. Seterusnya Unit Elektrik En. Ahmad Jamil Bin Mohamed Tahir

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn.Hjh Mahnun
Haraza Bt Alias atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
PENUTUP

Hadirin yang dihormati,

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan.


Umpama berkayuh telah sampai di muara.
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi,


Penuh kepuk hasil tampian,
Terima kasih daun keladi,
Budi puan jadi kenangan.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Pn. Hjh. Norsihan Bt Mohd
Yusof dan Pn.Hjh Mahnun Haraza Bt Alias kerana sudi untuk bersama kita pada
hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Pn. Hjh.
Norsihan Bt Mohd Yusof dan Pn.Hjh Mahnun Haraza Bt Alias bertambah ceria
dan bahagia di dalam kehidupan selepas persaraan.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini.

Sebelum bersurai, dijemput Hjh. Norsihan Bt Mohd Yusof dan Pn.Hjh Mahnun
Haraza Bt Alias untuk bersama-sama ke hadapan bagi sesi fotografi.

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis ingin menjemput semua untuk sesi


fotografi dengan yang diraikan pada hari ini.

Kita mulakan sesi fotografi dengan unit:

1. Pengurusan G12
2. Jabatan Elektrik
3. Jabatan Elektronik
4. Jabatan Pendidikan Umum
5. KKRK & AKP

Terima kasih diucapkan kepada semua atas kerjasama menjayakan sesi fotografi
sebentar tadi.
5
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis didewan kita pada hari ini. Majlis disambung
dengan Majlis SEND OFF ringkas upacara thumb print di perkarangan pejabat.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai