Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERPISAHAN GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM


SK BATU EMPAT (2)
PN. NUR SALALIDA @ AZAH BT. HASMI
7 NOVEMBER 2014
PENGACARA

ISI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
selamat sejahtera.
Para guru dan jemputan dipersilakan mengambil
tempat.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Nur
Salalida @ Azah binti Hasmi diiringi Yang
Berusaha En. Md. Yusof bin Mammu Guru
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, En.
Roosle bin Yahaya Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Batu 4 (2), serta guru-guru masuk ke
dalam
dewan.
Hadirin diminta berdiri.

Sirih berlipat sirih pinang


sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang,
Awal salam pembuka bicara.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan selamat sejahtera.
Yang Diraikan
Pn. Nur Salalida @ Azah binti Hasmi
Yang Berusaha
En. Md. Yusof b. Mammu
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
SK Batu Empat (2)
Yang Berusaha
En. Roosle b. Yahaya
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Batu Empat (2)

CATATAN

Seterusnya
Barisan guru, kakitangan dan murid-murid warga
SK Batu Empat (2) yang diRahmati Allah sekalian.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah berseri.
Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua
ke majlis perpisahan dan jasamu dikenang yg
diadakan khusus buat Pn. Nur Salalida @ Azah
binti Hasmi yang akan bertukar ke tempat lahirnya
mulain minggu hadapan.
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.
Untuk keberkatan majlis yang penuh bermakna ini,
marilah
sama-sama
kita menadah
tangan
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Muhammad Saiful Nizam b. Mat Jusoh.
Dipersilakan.
Amin ya rabbal alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa itu tadi.
Tak molek jika ada alu tiada
lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada
perahunya,
Tak lengkap majlis jika tiada yang
berbicara.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,
Majlis diteruskan dengan menjemput Pengerusi
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Batu
Empat (2) Pn. Sulaina bt. Mat Jusoh untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Majlis seterusnya menjemput adik Putera Aiman
b.
untuk
menyampaikan
ucapan.
Dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Hadirin hadirat sekelian.
Kelahiran beliau bagaikan sebutir permata
menyinari dunia. Bakti beliau dalam memartabatkan
dan membangunkan bangsa terbukti sudah. Kata
nasihat tidak pernah putus daripada mulut beliau
bersama dengan khidmat yang tidak pernah berhenti.
Hari ini kita bertuah kerana masih boleh mendengar
ucapan dan kata-kata nasihat beliau.
Tanam lengguna tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi puan kami tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.
Dengan itu majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Diraikan Pn. Che Noryati bt.
Che Aman untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada yang diraikan Pn. Che Noryati
bt. Che Aman atas ucapan itu tadi.
Hadirin dan hadirat sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
cenderamata tanda kenang-kenangan. Terlebih
dahulu
majlis
dengan
segala
hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha En. Md. Yusof b.
Mammu serta Pn. Norsalalida untuk mempersilakan
dan seterusnya mengiringi Yang Diraikan Pn. Che
Noryati bt. Aman ke pentas untuk menerima
cenderamata.
Dengan
segala
hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan wakil daripada setiap tahun.Bermula


dari
1G....2G...3G...4G....5G....6G....6C
Dipersilakan pula kepada murid-murid yang ingin
menyampaikan hadiah....Bermula dari:
1G....2G...3G...4G....5G....6G....6C
Seterusnya Majlis mempersilakan Yang Dihormati
Pn. Sulaina bt. Mat Jusoh untuk menyampaikan
cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SK Batu Empat (2).
Seterusnya Majlis mempersilakan Yang Berusaha
En. Roosle b. Yahaya untuk menyampaikan
cenderahati daripada pihak Pentadbiran Sekolah
Batu Empat (2).
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Yang Diraikan Pn. Che Noryati bt. Che Aman diatas
kesudian beliau menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Berusaha En. Md. Yusof b. Mammu
dan Pn. Norsalalida kerana mengiringi Yang Dirai
sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua penyampai cenderamata yang budiman.
Para hadirin sekalian, tibalah kita di hujung acara.
Umpama belayar telah sampai di
pelabuhan,
Umpama berkayuh telah sampai di
muara,
Umpama berjalan telah sampai di
destinasi.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.
Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,


Esok jangan rindu-rinduan.
Sebelum bersurai Majlis sekali lagi mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Che
Noryati bt. Che Aman atas kesudian bersama kita
pada hari ini. Kami semua mendoakan agar Yang
Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam
kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.
Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan Majlis ini.
Dijemput Yang Berusaha En. Md Yusof b. Mammu
dan Pn. Norsalalida bagi mengiringi Yang Diraikan
Pn. Che Noryati bt. Che Aman untuk bersalaman
dengan guru- guru dan murid-murid yang
dikasihinya.
Sekian wabilahitaufiq walhidayah
`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

wassalamu

Anda mungkin juga menyukai