Anda di halaman 1dari 3

KISAH ASHABUL SABTI

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang
arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati
sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah alquran iaitu Kisah Ashabus Sabti.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pantun;
Bunga Melor Di dalam Taman
Dipetik jangan Dipandang Indah
Ashabus Sabti Kisah Teladan
Dalam Al-Quran Terbukti Sudah
Dikisahkan bahawa terdapat sebuah kaum yang tinggal di Ailah pada zaman Nabi Daud
alaihi salam. Penduduk di negeri ini adalah berbangsa Yahudi. Mereka mengamalkan
syariat yang dibawa oleh nabi Musa alaihisalam. Mereka diperintah oleh Allah swt agar
setiap hari Sabtu merupakan hari untuk beribadah kepada Allah swt dan meninggalkan
segala urusan dunia.
Firman allah swt dalam surah Al-Jumaah ayat 10:
10. Apabila Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah
karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.
Kita sama-sama ketahui, pada masa kini setiap kali waktu solat fardhu di Mekah semua
urusan jual beli dihentikan sementara sehingga selesai solat fardhu.
Pengajaran bernilai ialah walaupun kita sibuk dengan urusan seharian, ibadah kepada
Allah swt jangan diabaikan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Sesungguhnya, pada setiap hari sabtu banyak ikan terdapat di dua buah batu putih di
pesisir pantai negeri Ailah.Namun, hari-hari yang lain tidak ada seekor ikan timbul.
Penduduknya yang kebanyakkan bekerja sebagai nelayan tidak tahan melihat ikan yang
banyak khususnya pada hari sabtu.
Sebahagian daripada mereka ingkar dengan syariat Allah swt. Mereka menjadikan hari
Jumaat untuk membuat jerat manakala pada hari Ahad adalah memungut hasil tangkapan
ikan. Tahun demi tahun berlalu, ikan semakin banyak dan semakin ramai di kalangan
mereka yang kufur kepada syariat Allah swt.

Firman Allah swt dalam surah As-Yasin ayat 9


9. Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula),
dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat.
Pada masa sekarang, terjadinya pembunuhan kejam kepada seorang jutawan kosmetik
beberapa tahun lepas.
Pengajarannya, rezeki yang banyak merupakan ujian daripada Allah swt kepada kita dan
kita jangan jadi tamak atas rezeki yang diberikan oleh Alla swt.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Sebahagian daripada mereka yang masih beriman memberikan peringatan kepada
golongan yang kufur ini namun nasihat mereka tidak diendahkan. Mereka yang kufur
mempersenda-sendakan ajaran dan syariat Allah swt.
Apabila mereka yang kufur tidak mendengar nasihat dan amaran daripada mereka yang
masih beriman kepada Allah swt, orang-orang yang beriman telah keluar dari negeri
tersebut dan mereka membina sebuah tembok yang kukuh memisahkan orang yang
beriman dengan yang kufur agar mereka tidak ditimpa hukuman dari Allah swt.
Firman allah swt dalam surat Al-Araf ayat 164 :
Dan (Ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu .164
menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan
azab yang amat keras?" mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas
.tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa
Pada masa kini, banyak program-program ilmu dijalankan di televisyen seperti sentuhan
kalbu dan liga ilmu.
Pengajarannya, melaksanakan dakwah merupakan kewajipan ke atas individu muslim di
samping ia menyebarkan syiar Islam.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Setelah bertahun-tahun lamanya penduduk Ashabul sabti yang kufur menangkap ikan
pada hari Sabtu, mereka telah menjadi kaya raya dan bertambah tamak haloba. Maksiat
dan dosa semakin bermaharajalela. Nabi Daud alaihi salam berdakwah kepada mereka
namun mereka tetap berdegil.
Firman Allah swt dalam surah Al-Mukmin ayat 4:

4. Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang
kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota
yang lain memperdayakan kamu.
Pada masa sekarang gejala membuang bayi berada di tahap yang amat kritikal.
Pengajaran bernilai ialah dalam berdakwah memerlukan ketabahan dan kesabaran.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Setelah Nabi Daud alaihi salam berdakwah supaya mematuhi syariat Allah swt , baginda
pun memohon doa kepada Allah swt agar di turunkan hukuman bagi mereka yang kufur.
Allah swt mengabulkan doa Nabi Daud as. Mereka yang kufur kepada Allah swt, wajah
dan sikap mereka berubah seperti kera. Allah swt seterusnya menurunkan azab dan
siksaan berupa gempa bumi bagi melenyapkan Ashabul Sabti dari muka bumi ini.
Firman Allah swt dalan surah Al-Baqarah ayat 65:
Dan Sesungguhnya Telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu .65
."pada hari Sabtu, lalu kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina
Beberapa bulan yang lepas banjir besar di Pakistan dan gempa bumi berlaku di Sumatera.
Pengajarannya ialah azab pasti Allah swt turunkan kepada golongan yang ingkar kepada
syariat Allah swt. Allah swt juga Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang
dikehendaki-Nya.
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama bertakwa kepada Allah swt agar kita menjadi
Mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.
Wabillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai