Anda di halaman 1dari 4

KISAH ASHABUS SABTI (PEREMPUAN)

Ashabus sabti adalah gelaran bagi kaum nabi Daud di tempat yang bernama
Ailah. Ini kerana mereka mengamalkan syariat dari nabi Musa, yang memerintahkan
supaya hari sabtu, di jadikan satu hari yang mulia. Pada hari Sabtu, mereka disuruh
supaya beribadah sepenuhnya kepada Allah, dan meninggalkan sebarang aktiviti yang
berkaitan keduniaan seperti berniaga dan mencari rezeki. Amalan ini mengajar kita
supaya kita sentiasa mengingati Allah, meskipun sibuk dengan urusan duniawi,
ibadah tetap tidak diabaikan. Contoh paling hebat dapat dilihat di Mekah, apabila
semua urusan perniagaan dan jual beli berhenti apabila masuknya waktu solat. Ini
amat bertepatan dengan wahyu Allah dalam surah Al-Jumuah: 10
        
      
10. kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia
Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu
berjaya (di dunia dan di Akhirat).

Kaum Ailah menetap di tepi Laut Merah, jadi sumber pencarian mereka
adalah lebih kepada urusan penangkapan ikan dan urusan jual beli. Sebagai hamba
yang mematuhi syariat nabi Musa, mereka akan menghentikan segala urusan
penangkapan ikan dan jual beli pada hari Sabtu. Maka kosonglah semua pasar-pasar
dari aktiviti perniagaan dan bertebaranlah ikan-ikan di permukaan laut berenang
kegembiraan mengelilingi dua buah batu besar berwarna putih sampailah ke pesisir
pantai kerana kebiasaan itu. Hal ini menyebabkan sebahagian dari Ashabus Sabti ini,
berfikir mengapa tidak mereka mengambil kesempatan dari kebiasaan itu? Timbulah
idea jahat mereka yang mula merangka untuk mengingkari syariat nabi Musa, dek
kerana sifat tamak mereka. Maka pergilah mereka beramai-ramai pada malam hari
Sabtu semasa ikan banyak di permukaan pantai. Bertambah gembirala mereka melihat
hasil tangkapan yang berlipat kali gandanya lebih dari hari-hari biasanya. Melihatkan
keuntungan golongan yang mengingkari syariat nabi Musa, bertambah ramailah yang
mengikut jejak golongan yang kufur itu. Sebenarnya, rezeki yang lebih itu adalah satu
ujian dari Allah, dan Allah mengajar kita supaya tidak bersikap tamak. Pasti ada
sebab-sebab tertentu Allah menghadkan rezeki seseorang itu . Seharusnya kita perlu
mengambil iktibar dari kes pembunuhan jutawan kosmetik baru-baru ini. Apabila si
pembunuh mempunyai sifat yang tamak dengan kekayaan dan rasa tidak puas hati,
namun akhirnya si pembunuh tetap juga tertangkap. Allah telah menetapkan segala
yang terbaik untuk hambanya, jadi kita perlu akur dengan segala ketentuannya,seperti
yang telah termaktub di dalam Al-Quran dalam surah As-Sajdah: 33
       
33. dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada Yang lain),
kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.

Melihatkan ketamakan golongan Ashabus Sabti yang kufur dan tamak itu,
sebahagian golongan yang mukmin pula datang berdakwah dan mengingatkan
kembali saudara mereka supaya kembali ke syariat mereka yang asal. Namun
golongan yang kufur itu, tidak mengendahkan segala peringatan yang diberi. Kerana
takutkan sebahagian golongan yang masih beriman dengan syariat nabi Musa
terpesong, golongan alim ulama terpaksa membina tembok pemisah antara bahagian
untuk golongan yang beriman dan yang kufur. Ini kerana golongan yang kufur itu
tidak mahu keluar dari bumi Ailah, kerana bagi mereka itu adalah kampong mereka.
Lihatlah kesungguhan alim ulama' di Ailah, mereka tidak pernah berputus asa dalam
tugas berdakwah untuk mengembalikan saudara mereka ke jalan yang benar. Begitu
jugalah yang sepatutnya ke atas diri kita iaitu setiap orang Islam, adalah menjadi
kewajipan kita untuk mengingatkan saudara kita yang lain dan sesama Islam dalam
mengembangkan syiar Islam. Tanggungjawab berdakwah ini tidak terbatasa hanya
dengan ceramah sahaja, kita boleh menggunakan sebarang wacana, hatta media
massa.Seperti yang biasa kita lihat di dalam televisyen setiap hari, sebagai contohnya,
Al-Kulyyah, Liga Ilmu dan untuk kanak-kanak juga ada seperti Adik dan Al-Quran.
Ini jelas di terangkan dalam surah Al-A'raf: 164
          
        
 
164. dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati
kaum Yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka Dengan azab Yang
amat berat?" orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk
melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".

begitu juga dalam surah Ali-Imran: 104


       
       
104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta
melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian
ialah orang-orang Yang berjaya.
Dakwah sememangnya memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi,
namun setelah sekian lama golongan mukmin Ashabus Sabti berdakwah, golongan di
tembok sebelah lagi masih tetap melakukan kemungkaran, lalu diutuskan pula nabi
Daud kepada golongan Ashabus Sabti ini, tetapi masih tetap sama juga. Tiada tanda-
tanda yang mereka akan kembali kepada syariat asal mereka. Malah lebih teruk lagi,
gejalan sosial yang melibatkan akhlak mereka bertambah buruk. Maksiat berleluasa
kerana golongan ini bertambah kaya dan tamak.Itulah sebenarnya penyakit dunia,
kemewahan dan wang ringgit adalah dugaan yang paling besar, kerananya maksiat
berleluasa. Samalah keadaannya dengan negara kita, negara yang dikategorikan
sebagai maju ini, tidak pernah sunyi daripada masalah sosialnya. Hinggakan kini,
sebagai contohnya, gejala buang dan bunuh bayi telah menjadi semakin kronik. Oleh
itu, tanggungjawab itu terpikul di bahu kita sebagai muslim khasnya. Kita tidak boleh
berputus asa dan bersikap lepas tangan, kerana ia memerlukan usaha yang berterusan
tanpa kenal putus asa dari semua pihak. Allah juga telah berfirman dan menerangkan
tentang kebenaran dakwah itu sendiri, iaitu di dalam surah Al-Mukmin:4
         
   
4. tidak ada Yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang Yang kafir.
oleh itu janganlah Engkau (Wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka
bergerak Dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar Yang lain.

Peringatan dan amaran telah diberikan kepada Ashabus Sabti yang kufur oleh
nabi Daud, namun mereka tetap sahaja memekakkan telinga terhadap dakwah nabi
Daud itu. Maka dengan itu, nabi Daud juga sudah habis ikhtiar, lalu nabi Daud
berdoalah kepada Allah, supaya diberikan azab yang hebat kepada kaumnya yang
ingkar. Dengan kekuasaan Allah yang maha berkendak terhadap segala-galanya, lalu
Allah mengabulkan doa nabi Daud itu, dan bertukarlah muka dan tabiat mereka yang
kufur itu kepada perilaku kera, ditambah pula azab yang maha hebat, Allah
menenggelamkan mereka ke dalam bumi dengan gempa yang dahsyat. Tamatlah
kesemua riwayat hidup golongan yang kufur itu ditelan bumi. Seperti yang termaktub
dalam kitabul a'ziz Al-Baqarah:65
        
   
65. dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di
antara kamu Yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada
mereka: "Jadilah kamu kera Yang hina".
Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah, dan kita sebagai hambanya wajib
mematuhi dan mempercayainya. Kita sebagai umat akhir zaman ini sangat beruntung
kerana doa nabi rasulullah lah, kita tidak dilenyapkan di dunia ini hanya kerana
maksiat yang kita lakukan, namun kita perlu sentiasa ingat, bahawa setiap yang
mengingkari perintah Allah pasti diberikan azab. Masih ingatkah tentang banjir besar
di Pakistan dan gempa bumi yang melanda Sumatera? Adakah ia sekadar bencana
alam ataupun peringatan bagi kita, yang semakin melupakan syariatnya? Fikirlah
berdasarkan ayat-ayat Allah dan renungan hati yang tenang.

Demikianlah cerita dan kisah Ashabus Sabti di zaman nabi Daud alaihisaalam.
Semoga ia menjadi peringatan dan iktibar bagi kita, agar lebih beriman kepada Allah.

Anda mungkin juga menyukai