Anda di halaman 1dari 2

Kisah Ashabus Sabt

Syair,

Tersebutlah kisah satu cerita,


Nabi Daud empunya nama,
Keturunan Ibrahim tiga belas saudara,
Baitul laham kota kelahirannya.

Di antara ajaran Nabi Musa kepada Bani Israil ialah mereka diwajibkan untuk mengkhususkan
satu hari pada setiap minggu bagi melakukan ibadat kepada Allah.

Diharamkan kepada mereka hari yang ditentukan itu untuk berdagang dan melaksanakan hal-
hal keduniaan. Pada mulanya, hari Jumaatlah yang ditunjukkan sebagai hari keramat dan hari
ibadah itu. Akan tetapi mereka meminta Nabi Musa agar hari ibadah itu dilakukan pada setiap
hari Sabtu. Permintaan mereka telah disetujui oleh Nabi Musa.

Maka, bermulalah pada hari Sabtu pada setiap minggu dijadikan hari mulia dan suci, iaitu
mereka tidak melakukan perniagaan dan urusan keduniaan. Amalan tersebut diteruskan
sehingga ke zaman Nabi Daud Alaihissalam.

Nabi Daud Alaihissalam memerintah di satu desa bernama “Ailat”, iaitu satu desa yang terletak
di tepi Laut Merah. Desa ini didiami sekelompok kaum dari keturunan Bani Israil. Mereka
menjalankan aktiviti penangkapan ikan, perdagangan dan pertukangan yang dilakukan setiap
hari kecuali hari Sabtu. Mereka menganggap hari Sabtu sebagai suci dan hari untuk beribadat.
Keadaan hari tersebut sangat sunyi sepi. Sehinggakan ikan-ikan dilaut terapung-apung di atas
permukaan laut sambil mengelilingi dua buah batu besar berwarna putih berdekatan dengan
desa Ailat.

Firma Allah,

         
      
(Surah Al- A’raf Ayat 163)
163. Dan Bertanyalah kepada mereka (Wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar Yang
letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada
mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, Yang kelihatan
timbul di muka air;

Kawan-kawan sekalian,
Para nelayan sangat takjub dengan kehadiran ikan yang begitu banyak terapung-apung di atas
permukaan air. Mereka menganggap ini kesempatan yang baik dan menguntungkan. Mereka
terus mengambil keputusan untuk menangkap ikan tersebut tanpa menghiraukan tentang
larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.
Pengajaran yang boleh diambil ialah manusia mestilah bersyukur dengan segala rezeki yang telah
dikurniakan oleh Allah Taala.

Para pengikut yang setia dan soleh datang menegur orang yang melanggar kesucian hari Sabtu.
Mereka dinasihati agar menghentikan perbuatan mungkar dan kembali mentaati perintah Allah.
Nasihat yang diberikan tidak dihiraukan oleh para nelayan yang mengingkari larangan tersebut.
Pengajarannya ialah kita perlu mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala
larangannya.

Kawan-kawan sekalian,
Para nelayan tersebut tidak menghiraukan teguran dan berkata dengan sombongnya, “Kota
Ailat ini desa kami dan kamu tidak berhak untuk menegur dan melarang kami”. Kemudian,
mereka membahagikan desa Ailat menjadi dua bahagian. Sebahagian bagi nelayan yang ingkar
dan sebahagian lagi bagi yang soleh. Para nelayan yang ingkar telah membina saluran-saluran
air dan membuat takungan bagi menghalang ikan-ikan kembali ke laut.
Pengajaran yang boleh diambil disini ialah kita tidak boleh bersikap sombong dan bongkak.

Kawan-kawan sekalian,
Para nelayan menjadi semakin kaya kerana mendapat untung besar yang diperolehi dari hasil
tangkapan ikan. Mereka juga semakin berani melanggar perintah agama dan melakukan
maksiat kepada Allah. Segala nasihat tidak lagi dihiraukan oleh para nelayan tersebut.
Pengajarannya ialah kita tidak boleh bangga diri kerana setiap yang berlaku itu datangnya dari
Allah Taala dan menjauhi sifat tamak haloba.

Setelah segala nasihat tidak dihiraukan, Nabi Daud Alaihissalam berdoa memohon kepada Allah
menurunkan azab agar menjadi pengajaran kepada orang mengabaikan perintah Allah. Orang
yang soleh dan mengikut perintah Allah terselamat dari azab tersebut.

Pantun,

Aduhai sahabat, rakan dan taulan,


Cerita hamba sebagai panduan,
Andai baik jadi teladan,
Andai buruk jadi sempadan.

Sekian,

Anda mungkin juga menyukai