Anda di halaman 1dari 4

MTQ 2014

PERTANDINGAN BERCERITA KISAH AL-QURAN LELAKI


NABI SHUIB DAN KAUMNYA
Pendahuluan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Yang dihormati, tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga
masa yang menepati waktu seterusnya hadirin-hadirat pencinta Rasul sekalian.
Nabi Shuib Rasul Mulia,
Khatibul Anbiya gelaran diterima
Penduduk Madyan kaum baginda
Mari kita berkongsi cerita

Rentak Ya Badrotim

Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Kisah Nabi Shuib alaihissalam dengan kaumnya.

Isi 1 : Kaum Madyan Menyekutukan Allah


Kisah Nabi Shuib disebut dalam sejarah Islam bersama kaumnya yang digelar kaum
Madyan. Baginda dikurniakan Allah kaum yang tidak mengenal Allah dan jauh dari ajaran
agama. Kaum Madyan ialah kaum berbangsa Arab yang tinggal di pinggir Syam. Mereka
menyembah al-aikah iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan
tanaman.
Dewasa ini terdapat pelbagai pengaruh negatif yang tersebar luas dan boleh memesongkan
aqidah seperti black metal, budaya k-pop dan terkini isu syiah. Semoga kita dijauhkan
daripada menyekutukan Allah secara sembunyi ataupun terang-terangan.

Isi 2 : Kaum Madyan Tidak Jujur Berniaga


Kawan-kawan penghuni syurga Allah sekalian,
Madyan
Tanahmu subur
Kaya dengan khazanah alam semula jadi
Perutmu mengeluarkan hasil
Memberi kekayaan kepada pendudukmu
Perniagaan menjadi sumber ekonomi
Tapi sayang
Ketamakan menguasai ahli negeri

Sajak

Ya kawan-kawan, penduduk Madyan kerap tidak jujur dalam urusan perniagaan. Mereka
mengurangkan timbangan dan berdusta dalam pengiraan. Dengan cekal hati, Nabi Shuib
berdakwah kepada kaumnya sebagaimana firman Allah dalam surah al-araaf ayat 85:
1
NABI SHUIB DAN KAUMNYA
TAMAN PALMA

SK



Sempurnakanlah sukatan dan timbangan. Janganlah kamu mengurangi sukatan dan
timbangan walau sedikitpun. Jangan pula kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah
.membangunkannya
Para petani kecil selalu menjadi mangsa penipuan para pedagang besar dan para pemilik
modal. Akibatnya, yang kaya bertambah kekayaannya, sedangkan yang miskin semakin
merosot modalnya dan semakin melarat hidupnya.
Keadaan ini berbeza dengan situasi di Negara kita. Yang miskin dibantu dan diberi modal
untuk menigkatkan taraf hidup dengan adanya agihan zakat dan sumbangan tokoh korporat.
Justeru kawan-kawan, jika kita kaya jangan sesekali melupakan golongan yang miskin dan
memerlukan.

Isi 3 : Kaum Madyan Mengenakan CUkai secara Paksa


Tipu- menipu jadi amalan
Maksiat dan dosa jadi ikutan
Dilaknat Allah kaum Madyan
Dakwah disampaikan menjadi kebencian

Syair

Ya kawan-kawan,
Salah satu sumber kewangan mereka ialah harta rampasan. Mereka menunggu di laluan
orang ramai, sesiapa yang lalu lalang di situ dipaksa menyerahkan harta mereka sebagai
cukai yang perlu dibayar.
Sungguh keterlaluan kaum Madyan! Tidak guna harta berjuta-juta, jika sumbernya Allah
murka!
Kekayaan dari sumber yang haram telah menyebabkan mereka keras hati dan suka
melawan. Mereka juga tidak mempercayai kekuasaan Tuhan. Hal ini menyebabkan mereka
sudah tidak mengendahkan lagi batas-batas moral dan nilai-nilai murni. Maka Allah telah
menghantar nabi Shuib untuk memperbaiki dan mencorakkan semula penduduk di Madyan.
Baginda sentiasa menasihati penduduk Madyan supaya memperbaiki hidup mereka dan
tidak berkelahi sesama sendiri. Seruan baginda:

Mohonlah keampunan daripada TuhanMu dan bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.
(Surah Huud ayat 90)

Isi 4 : Kaum Madyan tidak mengendahkan dakwah Nabi Shuib


2
NABI SHUIB DAN KAUMNYA
TAMAN PALMA

SK

Hadirin-hadirat sekalian,
Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan nabi dihina

Nasyid

Ibarat mencurahkan air ke daun keladi.


Begitulah perumpamaan terbaik bagi
menggambarkan kaum Madyan yang tidak mengendahkan dakwah Nabi Shuib serta
mempersendakan seruan baginda dan kebenaran agama Allah. Lebih menyakitkan lagi
apabila kaum Madyan mencabar nabi Shuib:

Maka gugurkanlah atas kami ketul-ketul yang membinasakan dari langit. Jika betul Engkau
dalam kalangan orang yang benar. (Surah as-Syuaraa ayat 187)
Begitu berani mereka mencabar kekuasaan Allah! Nauzubillahi min zalik.

Isi 5 : Balasan kepada Kaum Madyan


Ya kawan-kawan, janji Allah itu pasti.
Apabila mereka meneruskan kedegilan mereka, maka Allah telah menurunkan azab yang
dahsyat sebagai pembalasan atas perbuatan tersebut.


dan tatkala datang azab kami, Kami selamatkan Shuib dan orang-orang yang beriman
bersama-sama dengan rahmat kami, dan orang-orang yang zalim dibinasakan dengan satu
suara yang menggegarkan bumi, lalu jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di
tempat masing-masing.
(Surah Huud ayat 94)
Begitulah azab Allah yang amat-amat pedih kepada hambanya yang ingkar perintah Tuhan
Yang Satu.
Demikianlah kawan-kawan, Sirah nabi shuib dan kaum Madyan
Yang baik kita jadikan teladan, Yang buruk sama-sama kita tinggalkan
Pengajaran daripada kisah ini;
1. Pertama, janganlah sesekali kita menyekutukan agama Allah
2. Kedua, kita hendaklah bersikap jujur dalam urusan jual beli
3. Di samping itu, janganlah kita mencari rezeki dari sumber yang haram seperti
mengenakan cukai sewenang-wenangnya

3
NABI SHUIB DAN KAUMNYA
TAMAN PALMA

SK

4. Seterusnya, kita juga tidak boleh menganiaya orang yang tidak berdosa kerana Islam
mengajar kita untuk saling berkasih sayang sesama makhluk.
Penutup
Marilah kita mencontohi kecekalan hati Nabi Shuib dalam usaha menyebarkan dakwah dan
menyampaikan kebaikan demi kesejahteraan dua kehidupan, dunia dan akhirat.
Berakhir sudah sebuah cerita,
Kisah nabi jadikan pedoman;
Bila berniaga jujurlah sentiasa,
Semoga menjadi insan beriman.
Penuh ibrah kisah disampaikan,
Supaya dapat muslehkan diri;
Perintah Allah jangan tinggalkan,
Semoga hidup sentiasa dirahmati.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

4
NABI SHUIB DAN KAUMNYA
TAMAN PALMA

SK

Anda mungkin juga menyukai