Anda di halaman 1dari 5

TAJUK: MASYITAH

SALAM DAN .‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


SELAWAT
.‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

PENGENALAN Terima kasih peneraju acara, saf kehakiman penuh karisma seterusnya hadirin yang mulia.

ISI 1 Sinar Ilmu umpama pelita,


(BIODATA) Terangi hati tingkatkan iman,
Wanita hebat namanya Masyitah,
Mari dengarkan buat pedoman. (Pantun)

Kawan-kawan,

Masyitah di dalam Bahasa Arab bermaksud perempuan yang menyikat rambut. Masyitah adalah kata perbuatan dari
Masyata, Yamshutu yang bermaksud menyikat. Dalam kebanyakan kisah sirah disebutkan Masyitah ibnatu firaun iaitu
wanita yang bertugas menyikat rambut anak perempuan Firaun. Hal ini menunjukkan Masyitah bukanlah sebuah
nama tetapi adalah gelaran bagi perbuatan tersebut.

DALIL َ ‫ون أَجْ َر ُه ْم ِبغَ ْي ِر ِح‬


‫ساب‬ َّ ‫ِإنَّ َما يُ َوفَّى ال‬
َ ‫صا ِب ُر‬
Firman Allah S.W.T, Ertinya: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka
tanpa batas.” (Surah Al Zumar Ayat 10)

PENGAJARAN Ya kawan-kawan,
Kita hendaklah sentiasa menjaga keimanan kita agar tidak dipengaruhi ajaran-ajaran yang sesat.

Fahaman Wahabbi dan Syiah menjadi ancaman kepada masyarakat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Sebaiknya hendaklah kita sentiasa berhati-hati agar tidak dipengaruhi fahaman tersebut.

ISI 2 Kawan-kawan,
PERJALANAN
KEHIDUPAN Masyitah ialah seorang wanita yang merupakan dayang kepada anak-anak Firaun dan dikenali sebagai tukang sikat
rambut anak-anak firaun.

Siapa yang tidak kenal dengan Firaun , Raja Mesir yang zalim, kejam dan mengaku dirinya tuhan.
Namun, tatkala orang sekeliling memperakui Firaun sebagai tuhan, Masyitah pula teguh beriman kepada Allah.

Sesungguhnya, Masyitah telah merahsiakan keimanannya. Suatu hari, ketika Masyitah sedang menyisir rambut anak
Firaun, tiba-tiba sikat yang dipegangnya terjatuh. Lantas secara spontan, beliau menyebut Bismillah. Maka, bermula
dari situlah rahsia Masyitah terbongkar.

Masyitah dipaksa untuk memperakui Firaun sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan
aku dan Tuhan kamu adalah Allah.” Insiden itu telah menimbulkan kemarahan Firaun.

Tinggi pekerti darjat kemuliaan


Kekuatan iman tunggak jati diri
Tidak terhakis iman di dada
Walau nyawa menjadi taruhan (Nasyid)

DALIL 2 َ ‫س ْل‬
‫طان َجائِر‬ َ ُ‫ض ُل ا ْل ِج َها ِد َك ِل َمة‬
ُ ‫عدْل ِع ْن َد‬ َ ‫أ َ ْف‬
"Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran (berkata yang baik) di hadapan penguasa yang zalim."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

PENGAJARAN ISU Kawan-kawan,


SEMASA 2 Berkatalah benar walaupun pahit.
Sehingga kini, masih terdapat diskriminasi berhubung isu pemakaian tudung di tempat kerja terutamanya sektor
penerbangan.

Oleh itu, kita hendaklah berpegang teguh dengan syariat Islam dan mencari pekerjaan yang bersesuaian agar tidak
melanggar perintah agama.
ISI 3 Kawan-kawan,

Nak tahu tak apa yang berlaku pada Masyitah setelah Firaun mengetahui keislamannya?

Kau tidak pun merasa gentar


Melihat kawah Firaun
Kau tidak pun teragak-agak
Untuk melepaskan bayimu
Segala itu telah kau relakan
Demi cinta pada Tuhan (Sajak)

Begitulah kawan-kawan, Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang
masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun lalu dipaksa untuk mengaku Firaun sebagai tuhan.

Dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah.”

Firaun dengan serta merta memerintahkan supaya Masyitah dan anak-anaknya dicampak ke dalam kawah yang
mendidih.

Walaubagaimanapun, Mashitah yang cekal mengadapi hukuman itu akhirnya menitiskan air mata apabila tiba giliran
anaknya yang sedang menyusu dan dikendong untuk diperlakukan sedemikian rupa.

Lalu dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayinya dengan fasih berkata: “Wahai ibuku!
Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran.”

Akhirnya, Masyitah mati syahid dibunuh Firaun kerana mempertahankan keimanannya.

DALIL 3 ‫علَى ال َج ْم ِر‬ ِ ‫علَى ِد ْي ِن ِه كَالقَا ِب‬


َ ‫ض‬ َّ ‫اس َز َما ٌن ال‬
َ ‫صا ِب ُر فِ ْي ِهم‬ َ ‫يَأْتِ ْي‬
ِ َّ‫علَى الن‬
Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang
berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”. (Riwayat al-Tirmizi)

PENGAJARAN Ya, kawan-kawan,

Peliharalah iman kita walau apa jua yang berlaku.


ISU SEMASA 3
Kes menukar agama berlaku pada masa kini melibatkan perkahwinan dengan orang bukan Islam. Peliharalah
keimanan kita agar terselamat dari api neraka.

ISI 4 Kawan-kawan,

Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW telah melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-
bauan kasturi.

Kawan-kawan nak tahu tak dari mana datangnya bau wangi itu?

Ya kawan-kawan, bau wangi-wangian itu datangnya daripada kubur Masyitah dan keluarganya.
DALIL 4 ‫َوا ْعت َ ِص ُموا ِب َح ْب ِل اللَّـ ِه َج ِميعا َو ََل تَفَ َّرقُوا‬
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu berpecah-
belah.” (Surah Ali Imran: Ayat 103)
PENGAJARAN Ya kawan-kawan, kisah Masyitah telah menjadi suri teladan buat kita agar tetap teguh mempertahankan keimanan
kepada Allah S.W.T.

ISU SEMASA 4 Oleh itu, janganlah kita muda terpengaruh dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti menghadiri konsert
agar terpelihara dari perkara-perkara maksiat dan melalaikan.
PENGAJARAN Masyitah adalah wanita beriman,
Demi aqidah nyawa di pertaruhkan,
Ayuhlah kawan ambillah teladan,
Itulah contoh mukmin pilihan.

Kisah Masyitah!

Sekian,

‫وباهلل التوفيق والهداية السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai