Anda di halaman 1dari 16

BAB 14

AR-RAHNU
PAJAK GADAI ISLAM (RAHN)
Ar-Rahnu merupakan satu transaksi yang diharuskan
dalam Islam.
Ini berasaskan kepada ayat-ayat al-Quran dan Hadis
seperti di bawah:

Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu


berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh
diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang.
(AI Baqarah ayat 283)

Dari Aisyah r.a. yang bermaksud Nabi SAW pernah


membeli makanan dari seorang Yahudi dengan harga yang
dihutang sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi
SAW menyerahkan baju besinya.
(Hadis riwayat Bukhari)

2 July 2017 Copyright by Khairul Anuar Ahmad 2


SAMB
Definisi: menjadikan suatu barang yang berupa
harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia
akan dijadikan pembayarnya jika hutang itu tidak
dapat dibayar.
Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai situasi di mana
penghutang atau penerima pinjaman
menyandarkan barangan kepunyaannya sebagai
jaminan kepada hutang atau pinjaman yang
diterima daripada pemiutang atau pemberi
pinjaman.

2 July 2017 Copyright by Khairul Anuar Ahmad 3


SAMB
Institusi pajak gadai adalah sangat penting dalam
ekonomi negara. (Ghafar dan Nor Zakiah, 1996).
Ar-Rahnu, yang agak terkemudian sedikit
penghayatan semulanya, bolehlah disamakan
dengan kaedah pajak gadai seperti yang diamalkan
oleh sistem perniagaan konvensional.
Walaubagaimana pun, berbeza daripada pajak
gadai konvensional, Ar-Rahnu diasaskan daripada
ajaran dan amalan Islam yang berasaskan dari aI-
Qur'an dan aI-Hadis, dan atas semangat
tanggungjawab sosial dan bukan pengautan
keuntungan semata-mata.

2 July 2017 Copyright by Khairul Anuar Ahmad 4


SAMB
Dalam konteks amalan perniagaan, ar-Rahnu
sebenarnya dirujuk kepada aktiviti pembiayaan
(disebut pinjaman dalam istilah konvensional) jangka
pendek di mana satu daripada syarat pembiayaan
tersebut ialah penerima pembiayaan perlu
mencagarkan barang kepunyaannya sebagai
cagaran kepada pembiayaan yang dipohon.
Barang gadaian ini kebiasaannya perlulah
mempunyai nilai yang lebih daripada nilai
pembiayaan yang dipohon, dan boleh ditebus dengan
mudah sekiranya perlu.

2 July 2017 Copyright by Khairul Anuar Ahmad 5


SAMB

Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu


" 1 orang yang berhutang

Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu


" 2 pihak yang memberi hutang.

Barang gadaian, iaitu barang yang berharga yang


" 3 dipunyai dan dalam kawalan penerima hutang.

Tanggungan gadaian, iaitu jumlah yang terhutang.


" 4

Sighah atau perjanjian, iaitu perjanjian berkaitan


" 5 pembiayaan/ hutang dan gadaian.

2 July 2017 Copyright by Khairul Anuar Ahmad 6


SAMB

" PAJAK
" RAHNU
KONVENSIONAL

Tidak Melibatkan
melibatkan riba.
riba. Keuntungan
Tanggungjawa individu.
b sosial (jualan
harta pajak
melebihi/
kurang nilai)
2 July 2017 Copyright by Khairul Anuar Ahmad 7
APLIKASI AL-RAHN

Muassasah Gadaian Islam Terengganu


Sistem Gadaian Islam Kelantan
Gadaian Islam Bank Rakyat

Akad yang diaplikasi:


Wadiah yad damanah (simpanan dengan
jaminan ke atas barang gadaian)
Qard (pinjaman tanpa faedah)
Ujrah (upah simpan)
Rahn

2 July 2017 Copyright by Khairul Anuar Ahmad 8


POLISI
Polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Sebagai contoh
berapa nilai emas, dokumen yang diperlukan, berapa
banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama
tempoh pinjaman adalah berbeza antara setiap ar-
rahnu. Bagaimanapun secara umumnya:
1. Mesti ada emas dan sijil dan/atau resit asal;
2. Emas tersebut mestilah tulen dan solid seperti gold
bar, dinar atau syiling emas. Ada juga yang menerima
barang kemas sahaja;
3. Nilai emas yang dipajak tidak melebihi 70%;
4. Caj simpanan atau upah simpan sekitar RM0.70 atau
setiap RM100 nilai emas yang dipajak bukan atas nilai
pinjaman;
5. Tempoh pajakan adalan 9-12 bulan . Emas akan
dilelong sekiranya tidak mampu menebus dalam
jangka masa yang ditetapkan. Bagaimanapun pajakan
boleh disambung dengan syarat memperbaharui surat
pajak.
Contoh nilai baharu apabila
memperbaharui surat pajak

Harga lama Harga Baharu Perbezaan


(kali pertama) (Diperbaharui)

Nilai Emas RM 10,000.00 RM 12, 000.00


(Marhun)
Nilai Pinjaman RM 6, 500 RM 7, 800 RM 1, 300
(65%) (RM 10000 X 65%) (RM 12000 X 65%) (tambahan
pinjaman)

Caj pajakan atau RM 70 sebulan RM 84 sebulan


upah simpan (RM 0.70 X RM 10, (RM 0.70 X RM 12,
(RM0.70 sebulan 000) 000)

atau RM100 nilai


emas)

http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/cara-pajak-emas-di-ar-
rahnu.html
Penimbang
" Alat
penimbang akan digunakan untuk
menimbang berat emas dan menguji
ketulenan.
Kelebihan Sistem Ar Rahnu
www.emaskini.com/antara-kelebihan-ar-rahnu-berbanding-pajak-gadai-konvensional/

Tidak mengenakan kadar faedah (unsur riba)


Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah
pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan
bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang
diberi tidak dikenakan faedah (riba) manakala Pajak Gadai Konvensional
yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman
dan ianya diharamkan oleh Islam.
Nilai gadaian tidak merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan
tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan.
Wang lebih gadaian dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang
yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian
akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa
dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut
akan dikembalikan.
Barang kemas yang disimpan selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat.
Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan
bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi
gadaian.
Kelebihan Sistem Ar Rahnu Smbg
Caj perkhidmatan yang rendah
Caj perkhidmatan yang rendah dan semua pengurusan di Ar-Rahn
melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak
Gadai Konvensional. Terdapat juga Pajak Gadai Konvensional yang
menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun
akta melarang kegiatan tersebut.
Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan
Tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat
dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi
gadaian.
Tempoh membayar balik yang munasabah
Boleh bertolak ansur dalam menentukan tempoh membayar balik wang
pinjaman yang telah dipinjam dan tidak mengenakan wang tambahan
daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan
tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
Pemberian notis kepada penggadai tentang upacara lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai
sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh
masa membayar balik untuk mereka telah habis.
Memberi nilai gadaian yang sepatutnya
Penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan
barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
Contoh Bank Rakyat
http://www.bankrakyat.com.my/ar-rahnu-
genius
Senarai ar-Rahnu di Malaysia

" Ar-Rahn PKB


" Ar-Rahnu Bank Rakyat
" Ar-Rahnu Exchange(francais Bank Rakyat)
" Ar-Rahnu Agrobank
" Ar-Rahnu Pos Malaysia
" Ar-Rahnu Koperasi Tentera
" Ar-Rahnu YAPEIM
" Ar-Rahnu Express (Habib Jewel)
" Ar-Rahnu Bank Islam(Kelantan sahaja)
" Ar-Rahnu KPMNJ(Johor sahaja)
" Ar-Rahnu YBU(Perak sahaja)
" Ar-Rahnu MAIDAM(Terengganu sahaja)
FAKTOR PEMILIHAN PERKHIDMATAN AR -RAHNU

1. Pelanggan Muslim cenderung kepada Ar-Rahnu


memandangkan ia dijamin tanpa riba dan sesuai
dengan kehendak Islam
2. Pelanggan Muslim dan bukan Muslim memilih Ar-
Rahnu kerana merasakan institusi Ar-Rahnu bertindak
secara lebih beretika yakni mementingkan
tanggungjawab sosial lebih daripada untuk mendapat
keuntungan. Mereka juga lebih mempercayai bahawa
institusi Ar-Rahnu dapat berlaku adil dan lebih bertolak
ansur sekiranya mereka menghadapi kesulitan
membayar balik hutang kelak.
3. Pelanggan memilih Ar-Rahnu memandangkan caj yang
dikenakan sama ada sifar atau begitu rendah
berbanding dengan pajak gadai konvensional. Ini sudah
tentu merupakan satu keringanan kepada mereka.

2 July 2017 Copyright by Khairul Anuar Ahmad 16

Anda mungkin juga menyukai