Anda di halaman 1dari 33

KONSEP ZAKAT

DALAM ISLAM
Kelas Pensyarah MPU23012
DPM2A Pn. ZALYPAH BT. HASSAN @ DAWAN
Sesi 1 2021/2022
NAMA NO MATRIX
 Muhammad Nazmi faiz bin Mohd Nor 08dpm20f2018
 Mohammed Hamdan bin Angrret 08DPM20F2031
PENDAHULUAAN
◦ Zakat Berasal dari perkataan Arab "al-zakat" yang
membawa maksud suci, rahmat, berkat, berkembang ,
subur, bertambah dan sedekah.
◦ zakat bermaksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas
sebahagian harta kekayaan dari sumber yang baik yang
dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak
menerimanya.
HUKUM ZAKAT
◦ Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang
Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib.
Zakat juga adalah satu kewajipan kerana menjadi
rukun islam yang ke-5
DALIL ZAKAT
َ ‫ض ۗ َواَل تَيَ َّم ُموا ْال َخبِي‬
‫ْث‬ ْ‫ر‬َ ‫اْل‬‫ا‬ ‫ن‬
َ ‫م‬ِّ ‫م‬
ْ ُ
‫ك‬ َ ‫ل‬ ‫ا‬َ ‫ن‬ ْ‫ج‬‫ر‬َ ْ
‫خ‬ َ ‫ا‬ ‫ٓا‬ ‫م‬
َّ ‫م‬
ِ ‫و‬
َ ‫م‬ْ ُ ‫ت‬‫ب‬ْ ‫س‬
َ َ
‫ك‬ ‫ا‬ ‫م‬
َ ‫ت‬
ِ ٰ
‫ب‬ ِّ ‫ي‬َ
‫ط‬ ْ
‫ن‬ ‫م‬
ِ ‫ا‬ ‫و‬
ْ ُ ‫ق‬‫ف‬
ِ ْ
‫ن‬ َ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫و‬
ْ ٓ ُ ‫ن‬ ‫م‬
َ ٰ ‫ٰيٓاَيُّهَا الَّ ِذي َْن‬
‫ا‬
ِ
267 ‫ ِم ْنهُ تُ ْنفِقُ ْو َن َولَ ْستُ ْم بِ ٰا ِخ ِذ ْي ِه آِاَّل اَ ْن تُ ْغ ِمض ُْوا فِ ْي ِه ۗ َوا ْعلَ ُم ْٓوا اَ َّن هّٰللا َ َغنِ ٌّي َح ِم ْي ٌد‬.
Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian
dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu
keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata (enggan)
terhadapnya. Dan ketahuilah bahwa Allah Mahakaya, Maha Terpuji.
( Surah Al-Baqarah 2:267)
HADIS
Maka sesungguhnya Rasulullah S.A.W menyuruh
kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang
kami sediakan untuk dijual
Riwayat Abu Daud 
Milik Islam
Sempurna

SYARAT
WAJIB ZAKAT

Cukup Haul Merdeka

Cukup
Nisab
Jenis – jenis zakat
Ada 2 kategori zakat iaitu :
◦ Zakat Fitrah :
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang
berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi
1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.
◦ Zakat Harta :
Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa.
Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan
jihad kepada Allah dan Islam.
JENIS ZAKAT HARTA
ZAKAT HARTA TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA JENIS :
• Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)
• Zakat Perniagaan (termasuk saham)
• Zakat Pendapatan
• Zakat Binatang Ternakan
• Zakat Emas dan Perak
• Zakat Pertanian
• Zakat Galian (Emas dan Perak)
ZAKAT FITRAH
Definisi
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang
berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
◦ Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam
dan pagi hari raya.
◦ Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam
matahari.
◦ Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
◦ Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kadar Zakat Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.
Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah


1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
2. Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Zakat Pendapatan
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja
atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Dalil Wajib Zakat :


Jenis-Jenis Harta Pendapatan
◦ 1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja 
Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan,
swasta atau individu 
Contoh:Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS
(Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
2. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan
Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang
diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa
Contoh:Hibah,hadiah,saguhati,pencen,sedekah,Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan
3. Zakat Harta Kerja Bebas
 harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak
lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan professional
Contoh:Komisyen dan residual income – pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
Zakat Perniagaan
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib
dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan
sama ada berasaskan pembuatan,
perlombongan, perikanan, perkapalan,
pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau
sebagainya dengan tujuan diperniagakan.
Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan
mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan
sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.

Dan mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat
pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat
samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.
Zakat Wang Simpanan
Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab
zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

Dalil Wajib Zakat :


Kaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat

◦ Simpanan Tetap
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas),
maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
◦ Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.
◦ Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh
tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
◦ Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut
mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak
mencukupi nisab.
Zakat Emas & Perak
◦ Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang
sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.
Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur
fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).

Dalil Wajib Zakat :


Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:
◦ Emas Perhiasan Wanita
Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau
berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas
di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa)

◦ Emas Bukan Perhiasan


iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas
dan seumpamanya.
◦ Emas Bercagar
Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.

◦ Perak
Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka
pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih.
Zakat Pelaburan
◦ Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang
tersenarai di pasaran saham (Contoh Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham
dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.

islam

• diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.

Milik Sempurna

• mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan

Milik Pihak Tertentu

Sya aka ran


• saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat

rat t
Pel
Z
Wa
a bu
Cukup Nisab

jib
• Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio
pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.

Cukup Haul

• Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.

Halal

• Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.


Kaedah Taksiran Zakat Pelaburan
◦ Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah
perniagaan.
◦ Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan
wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan,
jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan
ZAKAT TERNAKAN
◦ Zakat ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu, kerbau,
kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.
Dalil Zakat Ternakan :
Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah saw telah mengutus aku ke Yaman dan beliau
memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapai 3
tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi' atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)."
(Riwayat Ibu Majah)
 
BINATANG TERNAKAN YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT IALAH : 
1. Lembu (termasuk kerbau)
2. kambing (termasuk biri-biri) dan kibas
3. Unta
Syarat Zakat Ternakan
◦ Binatang-binatang ternakan ialah "Saaimah" ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas.
◦ Binatang -binatang yang dipelihara bagi tujuan membantu kerja seperti lembu yang dipelihara untuk mengangkat
barang-barang atau untuk membajak sawah tidak diwajibkan zakat.
◦ Nisab hendaklah berkekalan di sepanjang haul.
◦ Nisab zakat lembu ialah 30 ekor dan kambing 40 ekor
◦ Tidak dikenakan zakat bagi bilangan yang lebih daripada kadar nisab yang pertama tetapi belum sampai kadar yang
kedua. Begitulah seterusnya.
Pengiraan Zakat Lembu/Kerbau :
Panduan:
· Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor
anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina
yang berumur 2 tahun.
· Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang
lain atau daripada peliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.
Zakat Pertanian
Zakat Pertanian ialah zakat hasil tanaman yang diusahakan oleh orang Islam sama ada dalam bentuk biji-bijian atau buah-
buahan dengan syarat-syarat tertentu.
Sifat khusus yang membezakan zakat pertanian dengan zakat-zakat yang lain ialah zakat pertanian merupakan zakat atas
hasil sahaja, sedangkan zakat-zakat lain merupakan zakat atas hasil dan modal sekali.
Dalil Wajib Zakat Pertanian
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan
sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu..." (surah Al-Baqarah : 267)
Syarat wajib bagi zakat pertanian ialah :-
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna Milik
  4. Cukup nisab
  5. Tanaman tersebut adalah makanan asasi yang tahan disimpan lama.
  6. Tanaman tersebut adalah hasil usaha manusia dan bukannya tumbuh sendiri seperti tumbuh liar, dihanyutkan air dan
sebagainya.
Kaedah Pengiraan
Pengiraan zakat pertanian (padi) adalah tertakluk ke atas harga jualan padi, setelah ditolak kos yang dibenarkan. Jika nilai
jualan padi pada musim pertama kurang dari nisab, maka hendaklah dicampurkan ke musim kedua di dalam tahun yang
sama.
ZAKAT GALIAN
◦ Secara asasnya perbahasan ini berkisar tentang ma’adin,kanz dan rikaz. Ma’adin dengan kata lain adalah
bahan galian berharga, yang dengan sendirinya tersimpan di dalam bumi. Manakala kanz adalah harta
yang ditanam di dalam bumi oleh tangan manusia. Istilah Rikaz pula mencakupi kedua-
dua ma’adin dan kanz. Namun, umumnya setiap harta yang tertanam di dalam bumi dipanggil
sebagai rikaz.
◦ DALIL ZAKAT RIKAZ
berdasarkan hadis yang berasal dari Abu Hurairah RA yang bermaksud:
- Rasulullah SAW bersabda: …harta terpendam (rikaz) (bila ditemukan seseorang) zakatnya seperlima
(20%).(HR Bukhari & Muslim)
KADAR, NISAB DAN HAUL ZAKAT RIKAZ

◦ Seperlima bahagian (20%) sebagai zakat bagi harta jumpa yang tidak dipunyai sesiapa sekalipun harta tersebut
dijumpai di permukaan atau di dalam tanah. Sekiranya harta yang dijumpai itu ada pemiliknya, sama ada dia seorang
muslim atau tidak, maka harta itu mesti dikembalikan kepada pemiliknya.
◦ Jumhur ulama berpandangan, rikaz meliputi semua harta yang wujud di permukaan tanah atau tertanam di dalamnya.
Hal ini kerana hadis-hadis tersebut mengandungi pengertian yang lebih umum.
◦ Para ulama sepakat bahawa tiada syarat haul (tidak perlu menunggu setahun) bagi zakat ini. Malah
kewajipan ini mesti dilaksanakan dengan segera.
8 Golongan penerima zakat
Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber
lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak
sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan .

Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya
tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

Amil
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan
mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya

Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau
yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya)

Al-Riqab
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman
fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.
Al-Gharimin
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau
masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

Fisabilillah
Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak,
mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

Ibnu Sabil
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana
negeri atau negara yang memerlukan bantuan
Isu Semasa Terhadap Zakat
Oleh itu, sebagai seorang amil kita wajiblah memahami
siapakah yang betul-betul layak untuk disantuni, kerana
mereka inilah yang dianggap mustahiq atau orang-orang yang
berhak menerima harta zakat.Hal ini kerana,Pegawai agihan
zakat adalah satu tugasan mulia yang terisi dengan
tanggungjawab, amanah, integriti dan ketelusan jadi
Hikmah Disyariatkan Zakat
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat
ialah:
1) Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
2) Membersihkan diri pembayar zakat.
3) Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
4) Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
5) Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
6) Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
7) Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
8) Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
9) Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
10) Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Kesimpulan
◦ Peningkatan kesedaran membayar zakat adalah penting. Ini memandangkan ia adalah satu perkara yang
wajib dan merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Masyarakat masih lagi kurang kesedaran
membayar zakat harta kerana terdapat masyarakat Islam yang hanya mengetahui zakat fitrah sahaja yang
wajib. Sekiranya  masyarakat Islam mengetahuinya sekalipun, kesedaran membayar.masih lagi rendah.
Oleh itu pihak institusi zakat perlu mempertingkatkan lagi kempen serta ceramah untuk memastikan
masyarakat Islam di Malaysia sedar akan kepentingan pembayaran zakat dan mengetahui matlamat serta
falsafah di sebalik zakat. Persepsi masyarakat Islam terhadap institusi zakat juga perlu diperbaiki melalui
peningkatan tahap kecekapan dalam pengurusan zakat. Ini boleh dilakukan seperti model di negeri
Selangor dan Wilayah Persekutuan di mana negeri-negeri ini telah menubuhkan pusat zakat negeri
seperti pusat zakat Selangor (PZS) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Langkah ini telah dapat
menambahbaikan lagi kecekapan urusan zakat, meningkatkan lagi kutipan zakat dan akhirnya agihan
zakat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan tersusun.

Anda mungkin juga menyukai