Anda di halaman 1dari 55

 Perbankan yang selaras dengan nilai dan etos Islam.

 Setiap pertubuhan yang terlibat secara langsung dengan amalan


kewangan yang berdasarkan syariah Islam dan menggunakan
kaedah-kaedah fiqah.
 Pertubuhan kewangan yang mengumpul dana dan menjalankan
operasinya dalam lingkungan syariah Islam dengan tujuan
membina kesatuan masyarakat Islam bagi merealisasikan keadilan
pengagihan serta menggunakan dana itu berlandaskan Islam. (Al-
Najjar)
 Suatu sistem perbankan yang prinsip perjalanan dan amalannya
berasaskan hukum Islam atau hukum Syariah
 Perbankan yang ditubuhkan dengan Syariah Islam bagi tujuan
mengembangkan ikatan kesatuan Islam dan memastikan keadilan
pengagihan di samping menggunakan dana tersebut selaras
dengan prinsip Islam. (IAIB)
ERA PERMULAAN - ZAMAN SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
 Makkah sebagai pusat perdagangan – menjadi laluan dan persinggahan pedagang dari
Utara dan Selatan.
 Wujud aktiviti pendepositan dan pinjaman serta urusniaga yang melibatkan tukaran
wang yang pesat.
 Reputasi – faktor utama bakal penyimpan untuk meletakkan wang atau barangan
berharga kepada seseorang yang terbukti kejujuran dan keikhlasan serta
memulangkan semula harta tersebut.
 Nabi Muhammad SAW telah menyimpan segala deposit yang dibuat oleh orang ramai
sehingga sebelum baginda berangkat dari Makkah ke Madinah, baginda telah melantik
Sayidina ‘Ali untuk memulangkan simpanan tersebut kepada tuannya.
 Sahabat Nabi SAW, Zubayr Al-Awwam tidak menerima wang sebagai deposit kerana
kemungkinan wang itu hilang, tetapi menerimanya sebagai pinjaman (boleh
menggunakannya) sehingga beliau wafat
 Anaknya, Abdullah b. Zubayr tidak membahagikan harta peninggalan tersebut
walaupun segala hutang telah dilunaskan tetapi membuat pengumuman semasa
musim haji. Selepas empat kali musim haji, barulah beliau membahagikan harta
peninggalan tersebut kepada adik-beradiknya.
ERA PERMULAAN - ZAMAN SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

Dua cara penggunaan wang iaitu memberikan wang kepada


orang lain untuk diniagakan (qirad atau mudharabah) untuk
berkongsi keuntungan dan meminjamkan wang untuk
mendapatkan faedah (riba).
Selepas kedatangan Islam, amalan riba diharamkan dan berlaku
amalan tukaran barang dan wang.
Ibn ‘Abbas kerap mengambil al-warik (sejenis mata wang
daripada perak dan dileburkan menjadi wang dirham) dan ditulis
tanda penerimaan ke Kufah.
“Abdullah b. Zubayr mengambil wang daripada orang di Makkah
dan menulis pengesahan penerimaan untuk dikirimkan kepada
adiknya Misab b. Zubayr di Iraq.
ERA PERTENGAHAN – BERMULA SETELAH BERAKHIRNYA PEMERINTAHAN
KHALIFAH UTHMAN

Aktiviti dan amalan perbankan Islam pada zaman awal


kedatangan Islam masih diteruskan.
Buktinya, proses pemindahan wang oleh anak-anak Az-Zubayr
berkembang dan menjadi amalan kebanyakan penukar wang.
Saif Dawala al-Hamadani (Amir Aleppo) menggunakan cek
ketika lawatannya ke Baghdad – Saif pergi ke kedai Bani Khadan
untuk minum lalu menulis sesuatu di atas sekeping kertas dan
meninggalkannya. Pekedai mendapati kertas itu dialamatkan
kepada penukar wang dengan jumlah seribu dinar.
400H (1010M), kewujudan penukar-penukar wang di Basrah
adalah suatu perkara yang biasa bagi tujuan perdagangan
ERA PERTENGAHAN – BERMULA SETELAH BERAKHIRNYA PEMERINTAHAN
KHALIFAH UTHMAN
437H-444H, Naser Khasro (pengembara Parsi)-urusniaga di
pasar-pasar menggunakan cek yang ditukar di penukar wang.
Kejatuhan empayar Romawi pada akhir tahun 400-an, memberi
kesan kepada perkembangan dan perdagangan negara-negara
Islam.
Walaupun aktiviti perbankan Islam tidak dibangunkan secara
meluas pada era ini, tetapi terdapat perkembangan dari segi
fatwa berkaitan dengan muamalat terutamanya berkaitan riba,
juga lahir ramai ulama terkemuka Islam seperti Imam Abu
Hanifah, Imam Malik, Imam ahmad Ibn Hanbal dan Imam Syafi’i.
Pandangan ulama-ulama ini mengenai muamalat selalu
digunakan oleh golongan ulama era moden.
• Mit Ghammr (Egypt)
• Lembaga Tabung Haji Malaysia
1960’s

• Nasser Social Bank (Egypt) Faisal Islamic Bank (Sudan)


• Islamic Development Bank (Jeddah) Bahrain Islamic Bank (Bahrain)
1970’s • Dubai Islamic Bank (Dubai) Al-Amanah Islamic Bank (Philippines)

• Al-Baraka Qatar Islamic Bank


• Bank Islam Malaysia Berhad Dar Al Mal Al Islamic Trust
1980’s • Islamic Bank (Bangladesh) AHZ Global Islamic Finance

• Islamic Bank of Brunei Bank Muamalat Malaysia Berhad


• Islamic Interbank Money Market
1990’s • AAOIFI (Bahrain)

• International Islamic Financial Market (Bahrain) Malaysia International Islamic Finance


• Islamic Financial Services Board Centre (MIFC)
2000’s • INCEIF
ERA PERBANKAN ISLAM MODEN

TAHUN PERISTIWA
1940-an Idea penubuhan perbankan tanpa faedah telah mula dibahaskan

1950-an Wujud juga usaha penubuhan institusi yang bebas dari unsur riba di
sebuah kawasan pedalaman di Pakistan, di mana institusi tersebut tidak
mengambil riba ke atas pinjaman
25 Jun 1963 Bank Islam yang diasaskan oleh Ahmad al-Najjar mula beroperasi di Mit
Ghamr, Kaherah Mesir (Mit Ghamr Local Saving Bank)
• Gabungan idea Bank Simpanan Jerman dengan prinsip perbankan luar
bandar ke dalam kerangka nilai Islam.
•Tahun pertama beroperasi – 33000 orang pendeposit
• 1963 – 1966 deposit simpanan mencecah 25000 – 125000 pound Mesir
dan deposit pelaburan 35000 – 75000 pound Mesir
• menyediakan akaun simpanan, akaun pinjaman, penyertaan ekuiti,
pelaburan terus dan perkhidmatan sosial.
ERA PERBANKAN ISLAM MODEN

TAHUN PERISTIWA
1967 Operasi bank Islam pertama berakhir kerana tidak mendapat sokongan
daripada pihak berkuasa Mesir dan telah di ambil alih oleh National Bank
of Egypt dan Central Bank of Egypt.
1970-an Almarhum Raja Faisal bin Abdul Aziz al-Saud dari Arab Saudi telah
mengusahakan penubuhan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan
menyarankan setiap negara Islam menubuhkan bank Islam.
1971 Kerajaan Mesir menubuhkan Nasser Sosial Bank , sebuah bank Islam
di Kaherah dan mendapat pengecualian daripada Undang-undang
Perbankan dan Kredit1957
1972 Menteri-menteri luar negara Islam dijemput ke Jeddah bagi
membentuk jawatan kuasa khas perjanjian bank Islam bersama
ERA PERBANKAN ISLAM MODEN

TAHUN PERISTIWA

1975 Penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) dengan modal berbayar


2 billion dinar dan beribu pejabat di Jeddah
• membantu memajukan ekonomi dan sosial negara-negara Islam
dan umatnya dengan mematuhi prinsip-prinsip Syariah
• mendorong kepada negara-negara Islam untuk menubuhkan bank-
bank Islam.
1975 Dubai Islamic Bank ditubuhkan.

1977 Faisal Islamic Bank of Egypt, Faisal Islamic Bank of Sudan dan Kuwait
Finance House ditubuhkan.
1973 Di peringkat Asia Tenggara institusi kewangan Islam pertama
ditubuhkan iaitu Bank Amanah Filipina.
ERA PERBANKAN ISLAM MODEN

TAHUN PERISTIWA

1970an- Sebanyak 26 institusi perbankan dan kewangan Islam telah


1980an ditubuhkan di seluruh dunia
27 Februari Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi
1990 Kewangan Islam (AAIOIFI) ditubuhkan di Algeria dan
kemudian di daftarkan di Bahrain pada 27 Mac 1991.
• memainkan peranan berkaitan amalan kaedah perakaunan
dan pengauditan institusi kewangan Islam.
3 November Penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)
2002 yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mula beroperasi
pada Mac 2003.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

Abad ke 15 Pelaksanaan ekonomi Islam dan perniagaan terbukti pada zaman


kegemilangan kesultanan melayu Melaka. Buktinya,
• Praktik prinsip ekonomi Islam yang mengharamkan riba serta
membenarkan kegiatan komersial berkonsepkan perkongsian
keuntungan (Sejarah Melayudan Tuhfat al-Nafis)
• Tidak sah menjual emas dengan emas dan perak dengan perak
tetapi hanya bagi jenis yang berbeza (Klausa Undang-undang
Melaka)
1950-an Prof. Ungku Aziz mencadangkan penubuhan satu institusi kewangan
bagi menguruskan sumber kewangan bakal haji Malaysia tanpa
berlandaskan sistem riba serta boleh memberi pulangan yang
munasabah
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

1962 Kerajaan menubuhkan Perbadanan Wang Simpanan Bakal Haji

1969 Perbadanan wang Simpanan Bakal Haji digabungkan dengan Pejabat


Urusan Haji (1951) yang membentuk Lembaga Urusan dan Tabung
Haji (LUTH) di bawah Undang-undang Malaysia Akta 8, LUTH tahun
1969 dan Akta A 168, LUTH (Pindaan) 1973.
• membantu dan memperbaiki kebajikan masyarakat Islam semasa
menunaikan haji
1980 Kongres Ekonomi Bumiputera telah meluluskan satu resolusi
mendesak kerajaan menubuhkan bank Islam bagi tujuan
menggerakkan dan melabur dana orang melayu dalam negara
selaras dengan prinsip syariah.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

Mac 1981 Seminar Kebangsaan Konsep Pembangunan Dalam Islam di UKM


meluluskan satu resolusi meminta kerajaan mengambil langkah
segera untuk menggubal akta yang beroperasi mengikut prinsip
Syariah Islam.
30 Julai 1981 Kerajaan membentuk Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bank
Islam dan melantik Tan Sri Raja Mohar Raja Badiozaman (Penasihat
Khas Perdana Menteri) sebagai Pengerusi Jawatankuasa tersebut
dan LUTH dilantik sebagai pihak urussetia. Fungsi jawatan kuasa ini
adalah :
• Mengkaji dan mengenalpasti pelbagai aspek kritikal perbankan
Islam seperti asas penubuhan, operasi dan hubungan perniagaan
dengan pelanggan dan Iain-lain institusi kewangan.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA
30 Julai 1981 • Menguji kesesuaian perbankan Islam dalam konteks Malaysia
dari pelbagai sudut termasuk agama, bangsa, sosial dan
pembangunan, dan
• Mengemukakan kepada kerajaan satu cadangan penubuhan
Bank Islam Malaysia dalam laporan yang lengkap mengandungi
aspek-aspek, (i) konsep asas perbankan Islam, (ii) rangkakerja
perundangan, (iii) struktur syarikat, (iv) kawasan operasi, dan (v)
struktur organisasi.

•Menggunakan operasi Faisal Islamic Bank di Mesir dan Sudan


sebagai panduan
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

5 Julai 1982 Jawatankuasa Pemandu menyerahkan laporan kepada YAB Perdana


Menteri. Antara cadangannya
• Sebuah bank Islam yang menjalankan operasinya mengikut
lunas-lunas hukum Syari'ah hendaklah ditubuhkan.
• Bank Islam tersebut hendaklah diperbadankan sebagai sebuah
syarikat di bawah Akta Syarikat 1965.
• Satu peruntukan undang-undang yang dikenali sebagai Akta
Bank Islam 1983 hendaklah dicadangkan untuk melesen dan
mengawasi bank Islam, dan beberapa pindaan perlu dibuat
terhadap akta-akta berkenaan yang sedia ada.
• BNM iaitu bank pusat perlu mentadbir Akta Bank Islam 1983.
•Bank Islam hendaklah menubuhkan Majlis Pengawasan
(Penasihat) Syariah untuk menentukan bahawa ia menjalankan
urusniaganya menurut lunas-lunas hukum Syari'ah.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA
TAHUN PERISTIWA
1Mac 1983 Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat 1965
7 April 1983 Parlimen meluluskan Akta Bank Islam 1983 bagi menyelia dan
mengawal bank Islam dan mula berkuatkuasa.
• Akta ini digubal berdasarkan kepada Akta Perbankan 1973 (yang
juga telah dipinda menjadi Akta Bank dan Institusi-institusi
Kewangan (BAFIA) 1989)
Parlimen juga meluluskan Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang
memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengeluarkan sijil pelaburan
kerajaan berasaskan prinsip Qard al-Hasan.
1 Julai 1983 BIMB memulakan operasinya di sebuah cawangan di Kuala Lumpur
• Anak syarikat lain yang operasinya berlandaskan Syariah ialah
Syarikat Al-Ijarah Sdn Bhd, Syarikat Al-Wakalah Nominees Sdn Bhd
dan Syarikat Takaful Sdn Bhd.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

1984 Syarikat Takaful Malaysia ditubuhkan di bawah Akta takaful


4 Mac 1993 Kerajaan melancarkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF)
di tiga buah bank konvensional sebagai perintis bagi tujuan
perluasan perkhidmatan perbankan berasaskan Syariah
• Malayan Banking Bhd, Bank Bumiputra Malaysia Bhd
(BBMB) dan United Malayan Banking Corporation Bhd
(UMBC)
21 Ogos 1993 Fasa kedua Sistem Perbankan Islam, melibatkan lagi 10
institusi kewangan dan perbankan antaranya ialah, Perwira
Habib Bank Berhad, Arab Malaysian Finance Berhad dan
Mayban Finance Berhad.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

3 Januari 1994 Inovasi baru sistem kewangan iaitu Pasaran Wang Antara Bank
Secara Islam.
• meliputi perdagangan instrumen kewangan Islam antara bank,
pelaburan antara bank secara Islam dan sistem penyelesaian cek
antara bank secara Islam.
20 Mac 1997 BIMB membuat penyusunan struktur modal dan BIMB menjadi salah
satu entiti yang terdapat di bawah BIMB Holdings Berhad. Selain
BIMB (Bahagian Perbankan), di bawah BIMB Holdings Berhad
terdapat Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) (Bahagian
Takaful), BIMB Securities (Holdings) Sdn. Bhd (Bahagian Pasaran
Modal), Syarikat al-Ijarah Sdn. Bhd. (Bahagian Harta), BIMB Institute
of Research Training Sdn. Bhd. (BIRT) (Lain-lain) dan Pembiayaan
Perumahan Nasional Sdn. Bhd. (Lain-lain).
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA
20 Mac 1997 • Di bawah BIMB terdapat anak syarikatnya iaitu Bank Islam
(Labuan) Ltd. yang beroperasi di Labuan, al-Wakalah Nominees
(Tempatan) Sdn. Bhd., BIMB Unit trust Management Berhad,
BIMB International Islamic Unit Trust (Labuan) Sdn. Bhd dan BIMB
Foreign Currency Clearing Agency Sdn. Bhd.
• Di bawah Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) terdapat
anak syarikatnya iaitu Asian Re-Takaful International (Labuan)
Ltd. yang beroperasi di Labuan. Di bawah BIRT terdapat BIRT
Academic Services Sdn. Bhd. Sementara anak-anak syarikat
BIMB Securities Sdn. Bhd. Pula ialah BIMSEC Asset Management
Sdn. Bhd., BIMSEC Nominees (Asing) Sdn. Bhd. dan BIMSEC
Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

1 Mei 1997 BNM menubuhkan Majlis Penasihat Syariah dengan anggota


seramai 10 orang (seorang dari luar negara)
1997 Istilah SPTF digantikan kepada Skim Perbankan Islam (SPI)
1 Oktober Penubuhan bank Islam kedua iaitu Bank Muamalat Malaysia
1999 Berhad (BMMB)
• gabungan Bank Bumiputra Malaysia Bhd dan Bank of
Commerce (M) Bhd
2000 Penubuhan Association of Islamic Banking Institutions of
Malaysia (AIBIM)
• untuk mengharmoni dan memudah cara antara pengamal
perbankan Islam
• Sebagai platform untuk berhubung dengan pihak berkuasa
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

2000 Penubuhan IBFIM

2001 Dilancarkan Pelan Induk Sektor Kewangan 2001-2010


yang mengandungi strategi untuk membangunkan
sistem perbankan Islam.
2002 • Pengenalan nama-nama generik bagi produk
perbankan Islam e.g. savings account-i, current
account-i, home financing-i, hire purchase-i, cash line
facility-i, share-financing-i, working capital financing-i,
letter of credit-i.
• Pengenalan logo perbankan Islam.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

1 April 2002 Malaysia telah mengadakan kerjasama pada peringkat


antarabangsa dengan Bank Pembangunan Islam, Pihak
Berkuasa Kewangan Bahrain, Pihak Berkuasa Pesisir Labuan,
Bank Pusat Sudan, Bank Pusat Indonesia dan Kementerian
Kewangan Brunei bagi memperluaskan penggunaan instrumen
kewangan Islam. Kerjasama tersebut juga melibatkan Bank Pusat
Iran, Kuwait Finance House, Bank Islam Abu Dhabi dan Shamil
Bank of Bahrain
27 Mei 2004 BNM telah meluluskan permohonan dan memberi lesen kepada Kuwait
Finance House (Institusi perbankan Islam asing)
14 Oktober BNM memberi pula lesen kepada Al-Rajhi Banking & Investment
2004 Corporation, Arab Saudi dan sebuah konsortium terdiri daripada Qatar
Islamic Bank, RUSD Investment Bank Inc. dan Global Investment House.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

2004 BNM telah meluluskan struktur anak syarikat perbankan Islam


untuk menggantikan konsep “Islamic window” yang
ditawarkan oleh institusi konvensional.
• Pertukaran kepada bank Islam penuh (subsidiaries) seperti
RHB Islamic Bank dan CIMB Islamic Bank
2008 Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan
Islam (ISRA) ditubuhkan bagi menggalakkan aktiviti
penyelidikan dalam bidang Syariah dan kewangan Islam. ISRA
juga akan berperanan sebagai pusat pengumpulan fatwa dan
menjalankan kajian berhubung dengan isu-isu kontemporari
dalam industri kewangan Islam.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

Februari 2009 Mahkamah Muamalat yang telah ditubuhkan, mula beroperasi.


Mahkamah ini adalah sebahagian daripada Bahagian Komersil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
• Bidang kuasanya adalah bidang kuasa asal dan bidang kuasa
rayuan yang sama seperti Mahkamah Tinggi di Malaysia berdasarkan
peruntukan Akta 91 dan ditubuhkan untuk mendengar semua kes
perbankan dan kewangan Islam.
21 Disember Kerajaan telah melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020.
2011 Pelan ini menyediakan persekitaran yang lebih kondusif bagi
menggembleng jumlah aliran kewangan Islam yang lebih tinggi daripada
pelbagai peserta pasaran untuk disalurkan melalui instrumen kewangan
Islam yang inovatif disamping dapat berpadu baik dengan sektor
perbankan Islam luar negara khususnya dari Alam Melayu Islam seperti
Indonesia, Thailand, Brunei dan Filipina.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

21 Disember Program ini telah berjaya menjadikan industri perbankan dan


2011 kewangan Islam sebagai sektor penting yang berpotensi
menyumbang kepada tambahan pendapatan negara kasar dan
juga memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sendiri
menjelang Wawasan 2020. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan
Malaysia sebagai hab global kewangan Islam.
30 Jun 2013 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI / IFSA) diluluskan
bagi menggantikan Akta Bank Islam 1983 dan Akta Takaful 1984.
Akta ini adalah untuk mengawal selia institusi-institusi
perkhidmatan kewangan Islam yang berada di bawah penyeliaan
BNM.
• Diperkenalkannya “Akaun Pelaburan” di bawah IFSA sebagai satu
jenis akaun baru dan tidak termasuk dalam kategori Deposit Islam.
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA

November Jawatankuasa Pemandu bagi Transformasi Landskap Pendidikan


2016 untuk Kewangan Islam. (Jawatankuasa Pemandu) ini
bertanggungjawab untuk menjalankan kajian semula yang
terperinci terhadap institusi kewangan Islam, iaitu INCEIF,
Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa (International
Shariah Research Academy, ISRA), Institut Perbankan dan
Kewangan Islam Malaysia (Islamic Banking and Finance Institute
Malaysia, IBFIM), Institut Profesional Kewangan Islam Berpiagam
(Chartered Institute of Islamic Finance Professionals, CIIF) dan
Persatuan Penasihat Syariah (Association of Shariah Advisors,
ASAS) dan seterusnya merangka hala tuju strategik yang jelas
sebagai penyedia perkhidmatan tenaga mahir di Malaysia.
 SENARAI BANK ISLAM TEMPATAN:
 Affin Islamic Bank Berhad
 Alliance Islamic Bank Berhad
 AmBank Islamic Berhad
 Bank Islam Malaysia Berhad
 Bank Muamalat Malaysia Berhad
 CIMB Islamic Bank Berhad
 Hong Leong Islamic Bank Berhad
 MBSB Bank Berhad
 Maybank Islamic Berhad
 Public Islamic Bank Berhad
 RHB Islamic Bank Berhad

 SENARAI BANK ISLAM ASING :


 Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
 Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
 HSBC Amanah Malaysia Berhad
 OCBC Al-Amin Bank Berhad
 Standard Chartered Saadiq Berhad
 Model pelaksanaan perbankan Islam di negara-negara Islam terutamanya bagi 57 buah negara
yang menjadi anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dibahagikan kepada empat kelompok
berikut :
 Mempunyai hanya satu sistem perbankan sahaja iaitu sistem perbankan Islam Ialah tiga negara
sahaja Iran, Pakistan dan Sudan.
 Mempunyai dwi-sistem (Dual-System) iaitu sistem perbankan Islam yang beroperasi selari
dengan sistem konvensional yang sedia ada. Negara ini ialah Malaysia, Malaysia merupakan
nagara Islam pertama yang mempunyai sistem perbankan Islam yang komprehensif dan cekap
yang beroperasi bersama-sama (side by side) dengan sistem perbankan konvensional.
 Mempunyai sistem “Konvensional Campur” (Conventional Plus System) iaitu sistem perbankan
yang ada pada asasnya adalah sistem konvensional dengan beberapa buah institusi bank Islam
yang beroperasi di pinggiran. Negara-negara ini adalah Arab Saudi, Bahrain, Bangladesh,
Brunei, Mesir, Guinea, Indonesia, Jordan, Kuwait, Niger, Qatar, Senegal, Tunisia, Turki dan Arab
Emirat.
 Mempunyai hanya satu sistem konvensional sahaja. Negara-negara ini belum melaksanakan
perbankan Islam walaupun negara itu adalah negara Islam atau mempunya penduduk Muslim
yang teramai. Negara-negara ini ialah Afghanistan, Albania, Azerbaijan, Benin, Burkina Faso,
chad, Cemeroon, Comoros, Djibouti, Gabon, Gambia, Guinea Bissau, Iraq, Kyrgzsten, Lybia,
Lebanon, Mali, Mauritius, Maldives, Nigeria, Oman, Palestin, Maghribi, Sierra, Somalia, Syria,
Uganda, Turkmenistan, Yaman, Tajikistan dan Mozambique.
PERBANKAN
PERBANKAN ISLAM ASPEK
KONVENSIONAL
Prinsip Al-Quran dan As-Sunnah. DASAR- Prinsip yang dicipta oleh akal
DASAR manusia “man-made principles”.
Al- Baqarah: 2 PERUNDA
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada NGAN Bila akal dan pengalaman manusia
keraguan padanya dan merupakan dijadikan sebagai rujukan, maka ia
petunjuk bagi mereka yang terdedah dengan seribu satu
bertaqwa.”
macam kelemahan.
Hadis :
Sesungguhnya aku tinggalkan An-Nisa: 28
kepada kamu AQ dan Sunnah, di “kerana manusia itu dijadikan
mana jika kamu semua berpegang berkeadaan lemah.”
teguh dengannya, maka kamu
tidak akan sesat selama-lamanya;

Jual beli atau sewa aset, kontrak ASAS Pinjaman wang kepada pelanggan
Mudharabah dan Musyarakah KONTRAK dengan dikenakan faedah
(interest) yang berganda.
PERBANKAN
PERBANKAN ISLAM ASPEK
KONVENSIONAL
Akaun simpanan/semasa PRODUK Akaun simpanan/semasa tanpa
menggunakan kontrak Wadi’ah DEPOSIT menggunakan apa-apa kontrak
Yad Dhamanah dan pulangan dan pulangan dalam bentuk
dalam bentuk hibah atas budi faedah yang telah dijamin
bicara pihak bank
Menggunakan istilah PRODUK Menggunakan istilah pinjaman
pembiayaan bagi produk PEMBIAY bagi produk pinjaman peribadi,
pembiayaan peribadi, aset dan AAN pinjaman aset dan sebagainya
sebagainya dengan tanpa menggunakan apa-apa
menggunakan kontrak – kontrak serta menghasilkan
kontrak seperti jual beli, faedah kepada pihak bank.
mudharabah, musyarakah dan
sebagainya. Juga menghasilkan
pulangan dalam bentuk
keuntungan.
PERBANKAN ISLAM ASPEK PERBANKAN KONVENSIONAL
Produk pembiayaan PRODU Produk pinjaman penggunanya
penggunanya K mengamalkan sistem
menggunakan transaksi jual PEMBIA pemberian pinjam wang
beli atau sewa aset dan YAAN / kepada pelanggan dengan
bukan akad pinjaman wang PINJAM dikenakan faedah (interest)
AN yang berganda

Penilaian besar juga PENILAI Penilaian besar diberikan


diberikan terhadap potensi AN kepada kemampuan peminjam
atau viabiliti prestasi dan PEMBIA untuk membayar pinjaman
prospek projek yang sedang YAAN/P sahaja, tanpa mempedulikan
dibiayai. INJAMA berkenaan apa yang berlaku
N dengan sesuatu projek yang
dilakukan oleh pelanggan.
PERBANKAN ISLAM ASPEK PERBANKAN KONVENSIONAL
Memberikan penekanan PEMBA Kepentingan utama hanyalah
kepada projek yang boleh NGUNA menjaga kepentingan bank,
memberikan manfaat kepada N tiada sebarang kepentingan
kepentingan masyarakat. EKUITI untuk memastikan
Sasaran utama adalah pembangunan ekuiti.
memastikan pembangunan
berserta ekuiti.
Wang tidak boleh melahirkan ASET Pemberian pinjaman oleh bank
wang melalui pinjaman. PENDAS konvensional adalah mudah,
Justeru itu, sebarang AR tanpa memerlukan sebarang
pembiayaan mestilah aset. Konsep mereka, wang
mempunyai aset yang boleh melahirkan wang.
dikenalpasti (underlying
asset)
PERBANKAN
PERBANKAN ISLAM ASPEK
KONVENSIONAL
Dalam produk pelaburan, bank PRODUK Dalam produk pelaburan, pelabur
Islam mempromosikan sistem PELABUR dijanjikan dengan kadar faedah
perkongsian risiko dan untung AN tetap. Ia sebenarnya adalah aktiviti
antara pelabur dan pengurus dana pinjam- meminjam dengan riba.
pelaburan. Pelabur dan bank Islam
akan berkongsi untung rugi, tiada
kadar keuntungan yang tetap
dijanjikan berdasarkan keuntungan
sebenar.
Penjual, pembeli atau rakan kongsi. HUBUNGA Pemberi pinjam dan peminjam.
Hubungan antara bank (pembiaya) N ANTARA Hubungan antara bank (pemberi
dan pelanggan (pihak yang dibiaya) BANK DAN pinjaman) dengan pelanggan
yang terbentuk daripada transaksi PELANGGA (peminjam) terbentuk daripada
jual beli dan pelaburan N transaksi pinjaman/hutang
PERBANKAN
PERBANKAN ISLAM ASPEK
KONVENSIONAL
Mensasarkan keuntungan SASARAN Mensasarkan keuntungan tanpa
berdasarkan prinsip Islam dan KEUNTUN sebarang had batasan agama dan
menjaga manfaat masyarakat GAN moral.
sejagat.

Isu:kadar keuntungan bank Islam


lebih tiggi drpd konvensional,
jawabnya ialah kemampuan untuk
menawarkan kadar tersebut adalah
bergantung kepada kemampuan
bank Islam tersebut. Bank Islam baru
bertapak kat Malaysia x sampai 20
tahun sedangkan perbankan
Konvensional sudah bertapak lama di
dalam arena perbankan
PERBANKAN
PERBANKAN ISLAM ASPEK
KONVENSIONAL
Memperoleh keuntungan dengan SUMBER Mengaut keuntungan melalui
cara yang tidak bercanggah dengan HASIL / pelbagai cara tanpa mempedulikan
Islam, iaitu terhasil daripada kontrak PEROLEHA hukum Islam, terhasil daripada
jual beli dan perkongsian untung N ‘interest’ ke atas jumlah
rugi. pinjaman/hutang yang diberikan
Produk simpanan (deposit Al- KEADILAN Semasa krisis ekonomi tahun 1997,
Wadiah) iaitu sebuah kontrak apabila DALAM kadar peratusan BLR melonjak naik
pelanggan mengamanahkan pihak SUMBER dengan begitu menyebabkan rakyat
bank menyimpan wangnya untuk PENDAPAT terseksa dengan kadar ’interest’ yang
tujuan pinjaman semata. pihak bank AN begitu tinggi sebagaimana
tidak akan memberikan faedah perubahan BLR yang berlaku ketika
melalui pinjaman wang tersebut itu. Keadilan tidak dapat ditegakkan
malah wang bonus yang akan lagi kerana ’periuk nasi’ bank-bank
diberikan dalam bentuk hibbah tersebut perlu dijaga terlebih dahulu.
berteraskan budi bicara pihak bank
setelah menilai lebihan keuntungan
yang diperoleh itu dan tidak sama
sekali melibatkan riba.
PERBANKAN ISLAM ASPEK PERBANKAN KONVENSIONAL

Segala urusan dipantau oleh PEMANT Tidak mempunyai pemantauan dari


Ahli Jawatankuasa/Majlis AUAN segi Syariah
Penasihat Syariah dan Audit
Syariah
Melaksanakan transaksi yang PEMATU Tidak ada peruntukan untuk
mematuhi kehendak Syariah. HAN mematuhi prinsip-prinsip Syariah
Segala perolehan atau hasil SYARIAH
yang terbit daripada aktiviti
tidak patuh Syariah akan
disalurkan kepada badan-badan
amal
Melibatkan dan menyediakan ZAKAT Tidak melibatkan pembayaran
proses pembayaran zakat. Ia zakat.
merupakan tanggungjawab
sosial yang diberikan oleh bank-
bank Islam
PERBANKAN ISLAM ASPEK PERBANKAN KONVENSIONAL

Mengenakan wang KESAN Mengenakan tambahan wang


compensation ke atas LAMBAT penalti yang digandakan
kelewatan tapi wang itu BAYAR (compounding) ke atas
tidak dimasukkan ke dalam pinjaman jika lambat bayar.
pendapatan bank,
sebaliknya disalurkan terus
kepada kebajikan.

Terlibat dalam gerakan DAKWA Tidak mengambil berat


dakwah Islamiah kepada H ISLAM terhadap aktiviti dakwah Islam
masyarakat, contohnya
dalam memberi kesedaran
berkaitan dengan
pengaharaman riba
 Seksyen 3 (5) (b) Akta Bank Islam 1983 memperuntukkan bahawa antara syarat untuk
penubuhan Bank Islam ialah mewujudkan sebuah Badan Penasihat Syariah.
 Seksyen 124 (3) dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan BAFIA 1989 juga
memperuntukkan perkara yang sama, iaitu “mana-mana Institusi berlesen yang
menjalankan perniagaan bank Islam atau perniagaan kewangan Islam, sebagai
tembahan kepada perniagaan berlesennya yang sedia ada boleh dari semasa ke
semasa meminta nasihat Majlis penasihat Syariah yang ditubuhkan dibawah seksyen
(3) mengenai pengendalian perniagaannya untuk memastikan bahawa ia tidak
melibatkan mana-mana elemen yang tidak dibenarkan oleh agama Islam”.
 Bagi menjelaskan lagi peruntukan ini, maka diperuntukkan pula seksyen 124 (7),
“Hendaklah ditubuhkan satu Majlis Penasihat Syariah yang terdiri dari mana-mana ahli
dan mempunyai apa-apa fungsi, kuasa dan juga sebagaimana yang ditetapkan oleh
Bank untuk menasihatkan bank itu tentang Syariah berkaitan dengan perniagaan bank
Islam atau perniagaan kewangan Islam”.
 Seksyen 30(1) Akta Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
mewajibkan kepada semua institusi kewangan Islam untuk menubuhkan suatu
Jawatankuasa Syariah bagi memastikan bahawa aktiviti perniagaan, hal ehwal dan
aktivitinya mematuhi Syariah.
 MPS dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi dan para ulama yang juga turut
pakar dalam bidang Syariah serta kewangan Islam. Anggota MPSBNM,
sebagai contoh, terdiri daripada cendekiawan Syariah, pakar undang-undang
dan pengamal pasaran yang terkemuka.
 Mereka ini merupakan individu yang berkelayakan dan mempunyai
pengalaman yang luas dalam bidang perbankan, kewangan, ekonomi,
undang-undang dan aplikasi Syariah, terutamanya dalam bidang ekonomi
dan kewangan Islam..
 Badan ini amat penting supaya pengguna dan juga pelabur dapat memilih
produk yang bertepatan dengan kehendak Syariah.
 Suatu badan yang ditubuhkan selaras dengan penubuhan institusi kewangan
yang berasaskan Islam dan ia mempunyai dua peringkat pentadbiran iaitu
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara (MPSBNM) dan jawatankuasa syariah
bank-bank perdagangan. MPSBNM mempunyai kedudukan lebih tinggi
berbanding dengan jawatankuasa syariah bank-bank perdagangan yang lain.
 MPSBNM ditubuhkan pada bulan Mei 1997 sebagai pihak berkuasa tertinggi Syariah
dalam kewangan Islam di Malaysia.
 Tugas utama MPS BNM:
 ƒMenentukan hukum Syarak bagi perniagaan kewangan Islam dan mengeluarkan
keputusan; ƒ
 Menasihati Bank mengenai isu Syariah yang berkaitan dengan aktiviti atau
transaksi Bank; ƒ
 Menasihati mana-mana institusi kewangan Islam atau mana-mana orang lain
mengenai perniagaan kewangan Islam menurut mana-mana undangundang
bertulis; ƒ
 Mengeluarkan keputusan apabila diminta oleh mahkamah atau penimbang tara
 Seksyen 58 Akta Bank Negara Malaysia 2009, memperuntukkan bahawa keputusan
MPSBNM akan terpakai jika terdapat perbezaan keputusan antara MPSBNM dengan
MPS bank lain.
 Mahkamah juga dikehendaki merujuk kepada keputusan MPSBNM bagi mana-mana
prosiding yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam, dan keputusan
tersebut hendaklah mengikat.
AHLI MPS BNM YANG PERTAMA KALI DILANTIK
PADA TAHUN 1997-1999, IALAH:
1. Prof. Dato’ Dr. Hj. Othman Hj. Ishak (Pengerusi)
2. Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim
3. Dato’ Sheikh Azmi Ahmad
4. Dato’ Md. Hashim Hj.Yahaya
5. Dato’ Dr. Haron Din
6. Dato’ Dr. Abdul Halim Hj. Ismail
7. Dr. Abdullah Hj. Ibrahim
8. Dr. Mohd Daud Bakar
9. Dr. Ahmed Ali Abdalla
AHLI MPS BNM YANG DILANTIK PADA TAHUN 2017-
2019, IALAH:
1. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
2. Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
4. Dato’ A. Aziz. A. Rahim
5. Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin
6. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali
7. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim
8. Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim
9. Dr. Shamsiah Mohamad
10. En. Burhanuddin Lukman
 Kehendak Shariah di bawah IFSA 2013
terdiri daripada 3 komponen, iaitu:

1. Pematuhan Syariah (seksyen 27 - 29);


2. Tadbir Urus Syariah (seksyen 30 - 36);
3. Audit Pematuhan Syariah (seksyen
37 - 38).
 Pematuhan Syariah merangkumi kewajipan
institusi kewangan Islam untuk sentiasa
memastikan aspek Syariah adalah dipatuhi
sepenuhnya; termasuklah dari segi matlamat,
pengendalian, perniagaan, hal ehwal dan aktiviti
institusi kewangan Islam tersebut.
 Pematuhan aspek Syariah ini termasuk juga
keperluan mematuhi apa-apa keputusan yang
dibuat oleh jawatankuasa Syariah institusi
kewangan Islam terbabit serta keputusan MPS
BNM
PROSES PENGESAHAN
KEPUTUSAN
“PEMBERSIHAN” PATUH SYARIAH
JAWATANKUASA KAJIAN SEMULA
PEMBANGUNAN DAN DALAM
SYARIAH DAN (REVIEW) DAN
PRODUK “PEMULANGAN LAPORAN
MPS BNM AUDIT SEMULA” KEWANGAN
(JIKA PERLU) TAHUNAN
(JIKA ADA)
•1) Asas Syariah (meliputi asas umum kewangan Islam, perbezaan pendekatan dan pandangan, instrumen yang digunapakai dalam
penstrukturan produk
•2) Saling memaham isekatan (constraint)
PEMBANGUNAN •3) Memeriksa dan meluluskan dokumen yang berkaitan
PRODUK
•4) Memeriksa dan meluluskan bahan-bahan pengiklanan

• Jawatankuasa Syariah akan mengeluarkan Keputusan Rasmi sama ada lulus atau tidak lulus sesuatu produk.
KEPUTUSAN • Jika lulus, perlu menyatakan garis panduan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Jika kelulusan bersifat sementara, dinyatakan
JAWATANKUASA
SYARIAH DAN tempohnya. Seterusnya, pihak Institusi Kewangan Islam perlu mendapatkan kelulusan dari MPS BNM.
MPS BNM
(JIKA PERLU)

• Kajian semula produk oleh Jawatankuasa Syariah


• Kajian semula iaitu kajian yang dilakukan secara berterusan oleh pihak Sekretariat Syariah Institusi Kewangan Islam. Objektifnya
adalah untuk memastikan semua aktiviti dan operasi istitusi kewangan Islam tidak bertentangan dengan Syariah.
KAJIAN SEMULA
(REVIEW) DAN •Audit iaitu kajian yang dilakukan secara berkala oleh pihak juru audit dalaman atau luaran yang mempunyai pengetahuan dalam
AUDIT bidang Syariah

•“Pembersihan” diperlukan dalam beberapa keadaan seperti sumber pendapatan yang haram, pendapatan dari saham yang
diisytiharkan sebagai tidak patuh Syariah, amaun hukuman (penalty) yang melebihi kos sebenar/peratusan tertentu yang ditetapkan
PROSES oleh BNM dan pendapatan dari urusniaga yang tidak patuh Syariah.
“PEMBERSIHAN”
DAN
•“PemulanganSemula” berlaku dalam keadaan tertentu, seperti akibat terbatalnya sesuatu akad yang menyebabkan semua pihak
“PEMULANGAN yang berkontrak kembali kepada posisi asal mereka atau pihak bank mengenakan“caj” yang tidak patuh Syariah ke atas pelanggan,
SEMULA” misalnya“compounded penalty” serta caj penstrukturan semula pembayaran yang boleh diklasifikasikan sebagai riba nasi’ah.
(JIKA ADA)

•Jawatankuasa Syariah bertanggungjawab memperakukan perkara berikut dalam Laporan Kewangan Tahunan Institusi
KewanganIslam:
•1) Semua produk, kontrak dan transaksi kewangan yang dibuat adalah patuh Syariah.
PENGESAHAN •2) Keuntungan atau kerugian dari aktiviti pelaburan adalah mengikut kehendak Syariah.
PATUH SYARIAH
DALAM LAPORAN •3) Proses pembersihan dan/atau pemulangan semula (jika ada) telah dilakukan mengikut kehendak Syariah.
KEWANGAN •4) Zakat telah dikira mengikut kehendak Syariah (jika berkenaan).
TAHUNAN
•5) Lain-lain perakuan yang berkaitan.
 Tadbir urus Syariah, dalam konteks IFSA 2013, merangkumi
perkara yang meliputi:
1. Penubuhan jawatankuasa Syariah (seksyen 30);
2. Pelantikan anggota jawatankuasa Syariah (seksyen 31);
3. Kewajipan jawatankuasa Syariah dan anggotanya (seksyen
32);
4. Pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Syariah
(seksyen 33);
5. Notis pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Syariah
(seksyen 34);
6. Maklumat untuk diberikan kepada jawatankuasa Syariah
(seksyen 35); dan
7. Perlindungan bersyarat dan kewajipan kerahsiaan (seksyen
36).
 Institusi kewangan Islam perlu melantik mana-
mana juruaudit yang diluluskan oleh BNM untuk
menjalankan audit pematuhan Syariah
seterusnya mengemukakan laporan mengenai
audit yang telah dijalankan kepada BNM.
 Bukan setakat urus tadbir organisasi sahaja
yang perlu menepati kehendak syariah, tetapi
tenaga kerjanya juga perlu mempunyai sikap
dan tingkah laku yang selaras dengan kehendak
syarak.

Anda mungkin juga menyukai