Anda di halaman 1dari 19

SYA 2013

FIQH MUAMALAT

TOPIK 1
PENGENALAN KEPADA
FIQH MUAMALAT
PENGENALAN
• Para Fuqaha’ telah kategorikan HUKUM ISLAM
kepada:

❖ Hukum yang berkaitan dengan


Akidah
❖ Hukum yang berkaitan dengan
Akhlak
❖ Hukum yang berkaitan dengan
hubungan manusia dengan manusia
(hukum-hukum amali / hukum fiqh)
KEDUDUDKAN FIQH MUAMALAT
DALAM STRUKTUR ILMU ISLAM
SYARIAH

AL-AHKAM AL-AHKAM AL- AL-AHKAM AL-


AL_I'TIQADIYYAH 'AMALIYYAH AKHLAQIYYAH
(TAUHID) (FIQH) (AKHLAK)

MUAMALAT
IBADAT
'AMMAH

MUAMALAT
MUNAKAHAT JINAYAT SIYASAH
MALIYAH

DAN HAL-HAL
KEWANGAN PERBANKAN PERNIAGAAN DAN BERKAITAN
TAKAFUL PELABURAN
ISLAM ISLAM PERDAGANGAN DENGAN HARTA
YANG LAIN
DEFINISI FIQH
Dari sudut bahasa ianya berasal dari kalimah arab
• i) Faqiha: bermakna memahami
• ii) Faqaha: bermakna faham secara mendalam iaitu menjadi
pakar.

Dari sudut Istilah


• Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam yang bersifat amali,
diperolehi dari dalil-dalil yang terperinci.
• Pada zahirnya fiqh bukanlah ilmu kerana ianya masih bersifat
zanni. Namun disebabkan zann pada fiqh adalah kuat maka ia
dianggap ilmu.
• Fiqh merupakan hasil usaha dan ijtihad seorang mujtahid
dalam menemukan hukum Allah dengan meneliti dan
memahami sumber-sumber hukum
PEMBAHAGIAN FIQH
• IBADAH iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan manusia
dengan Allah, merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan
sebagainya.

• MUAMALAT iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan


manusia sesama manusia. Ianya merangkumi bidang-bidang berikut
– Hukum berkaitan kekeluargaan
– Hukum berkaitan makanan, penyembelihan, perhiasan dan
sebagainya
– Hukum berkaitan harta
– Hukum berkaitan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara
– Hukum berkaitan kehakiman
– Hukum berkaitan ahli zimmah
– Hukum berkaitan hubungan antarabangsa
– Hukum berkaitan jenayah dan hukuman
HUKUM MEMPELAJARI
FIQH
 Fardhu ‘Ain
Mempelajari ilmu fiqh terhadap permasalahan asas
yang wajib diketahui oleh setiap muslim seperti
bagaimana mengerjakan solat, puasa, zakat dan
haji adalah fardhu ain.

 Fardhu Kifayah
Mempelajari ilmu fiqh secara lebih mendalam
terhadap setiap permasalahan fiqh sehingga
mampu menjadi rujukan kpd individu muslim lain
adalah fardu kifayah bagi setiap muslim.
SUMBER ILMU FIQH
 Sumber-sumber utama/asal:
i) Al-Quran
ii) As-Sunnah

 Sumber-sumber sokongan
i) Ijma’
ii) Qiyas
iii) Istishab
iv) Masalih Mursalah
v) Istihsan
vi) Sadd zari’ah
vii) 'Urf
SUMBER ILMU FIQH
• Hukum-hukum syarak yang dinyatakan di dalam Al-Quran
dan Al-Sunnah secara jelas adalah terhad. Oleh itu,
ijtihad para ulama amat penting dan diperlukan
khususnya dalam konteks mu‘amalat maliyyah (transaksi
kewangan Islam)
• Asas kepada hukum fiqh adalah al-Quran dan al-Sunnah.
Namun hukum yang terhasil daripada ijtihad ulama juga
dianggap sebagai hukum syariah kerana ijtihad tersebut
dibuat berpandukan sumber yang sama.
• Oleh itu, ulama fiqh memberikan pengertian ilmu fiqh
sebagai “ilmu yang menerangkan hukum-hukum syariat
Islam yang diambil daripada dalil-dalilnya yang
terperinci”.
• Ini bermakna hukum-hukum yang diputuskan dan
dipersetujui oleh ulama merupakan sebahagian daripada
hukum syarak.
SUMBER UTAMA
• Sumber Syariah terbahagi kepada dua iaitu sumber utama
dan sumber sokongan.
• Al-Quran dan al-Sunnah merupakan sumber utama syariah.
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang menggesa umat
Islam merujuk kepada kedua-dua sumber tersebut bagi
menyelesaikan masalah yang timbul dalam urusan harian.

Maksudnya:
“Wahai orang beriman, taatilah Allah SWT dan taatilah
Rasul(Nya) dan ulil amri (pemimpin) dalam kalangan kamu.
Sekiranya kamu berselisih pendapat tentang sesuatu
perkara, maka rujuklah kepada Allah SWT (al-Quran) dan
Rasul (al-Sunnah).” Surah al-Nisa’: 59
SUMBER SOKONGAN
• Selain dua sumber utama iaitu al-Quran dan al-
Sunnah, ijtihad atau interpretasi ulama fiqh terhadap
isu-isu yang timbul dalam kehidupan manusia
berasaskan garis panduan umum yang dinyatakan
oleh kedua-dua sumber utama tersebut, menjadi
sumber hukum dalam syariah dan ia diklasifikasikan
sebagai sumber sokongan syariah.

• Sumber sokongan ini antaranya ialah ijma, ‘qiyas,


maslahah, istihsan, istishab, sadd zari‘ah,‘urf,
maqasid syar‘iyyah, siyasah syar‘iyyah, takwil,
istiqra’, talfiq dan lain-lain yang telah diterima pakai
dalam perundangan Islam.
DEFINISI MUAMALAT
• Muamalat adalah hukum syariat yang bersangkutan
dengan urusan dunia berkaitan aktiviti hidup
seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-
meminjam dan sebagainya.

• Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan


dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk
memenuhi keperluan masing-masing yang
berlandaskan syariat Allah SWT yang melibatkan
bidang ekonomi dan sosial Islam.

• Muamalat meliputi bidang ekonomi yang menjadi


tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan
hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.
DEFINISI FIQH MUAMALAT
 FIQH - berasal daripada perkataan Bahasa Arab
yang bermaksud kefahaman. Dari segi istilah pula
bermaksud Ilmu berkaitan hukum-hukum amali
syariat, yang dikeluarkan daripada dalil-dalilnya yang
jelas

 MUAMALAT pula umumnya bermaksud segala hukum


yang mengatur hubungan manusia dan secara
khusus merujuk kepada urusan yang berkaitan
dengan harta dan pengurusan harta.

 Maka istilah FIQH MUAMALAT secara khusus


merujuk kepada Ilmu berkaitan hukum-hukum syariat
yang mengatur urusan manusia berkaitan
pengurusan harta.
DEFINISI FIQH MUAMALAT
• Merupakan salah satu bidang ilmu
Fardhu Kifayah iaitu melengkapi
kehidupan setelah adanya ilmu
Fardhu ‘Ain

• Meliputi urusan kewangan,


perbankan dan ekonomi dari unit
yang kecil iaitu sebagai pengguna
atau pengeluar sehinggalah unit yg
besar iaitu negara.
PRINSIP ASAS
FIQH MUAMALAT
• Harta milik Allah
• Manusia sebagai khalifah
• Asal dalam Muamalat adalah harus
sehingga ada dalil yang
mengharamkan
PRINSIP ASAS
FIQH MUAMALAT
• Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di
dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki
harta yang disediakan oleh Allah SWT melalui ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang dianugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta
kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan
bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

• Firman Allah S.W.T :

‫ور‬
ُ ‫ش‬ُ ُّ‫شوا فِي َمنَا ِك ِب َها َو ُكلُوا ِم ْن ِر ْزقِ ِه َو ِإلَ ْي ِه الن‬
ُ ‫ض ذَلُوال فَا ْم‬ ْ ‫ُه َو الَّذِي َج َع َل لَ ُك ُم‬
َ ‫األر‬

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah


digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah
daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWTdan ingatlah kepada
Allah SWT jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah
nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)
(Surah Al-Mulk: 15)
PRINSIP ASAS
FIQH MUAMALAT
• Urusan muamalat merupakan sebahagian daripada
tuntutan agama Islam dalam mengatur kehidupan umat.
Oleh itu, asas-asas syariah yang berteraskan al-Quran dan
al-Sunnah menjadi sandaran utama dalam mentafsirkan
kehendak dan keperluan manusia yang sering berubah dari
semasa ke semasa.

• Syariah sama sekali tidak bersifat sempit dalam meraikan


kehendak dan amalan semasa berhubung dengan
muamalat dengan hanya membataskan rujukan kepada al-
Quran dan al-Sunnah. Namun, ijtihad para ulama juga amat
penting dalam situasi apabila kedua-dua sumber utama
tersebut tidak memberikan gambaran yang jelas tentang
sesuatu perkara.
PRINSIP ASAS
FIQH MUAMALAT
• Memahami kehendak syariah merupakan teras kemajuan umat Islam dalam
semua aspek kehidupan, lebih-lebih lagi dalam aspek muamalat. Berhubung
dengan perkara ini, Syariah telah menggariskan asas yang kukuh berdasarkan
kaedah fiqh yang bermaksud: “Pada asalnya setiap sesuatu perkara itu adalah
harus.” Ini bererti urusan mualamat atau aktiviti kewangan pada asalnya
diharuskan oleh Islam tetapi disebabkan oleh beberapa elemen haram yang
dicampur adukkan dalam aktiviti tersebut, maka hukum asalnya telah berubah.

• Proses mengenal pasti keharusan atau kepatuhan sesuatu instrumen


kewangan terhadap hukum syarak, memerlukan kemampuan para ulama
memahami instrumen tersebut dari segi konsep dan pelaksanaan. Hakikat ini
ditegaskan dalam kaedah fiqh yang bermaksud: “Sesuatu hukum (yang
diputuskan) bergantung pada kefahaman (terhadap isu yang dibincangkan).”

• Justeru, gandingan kukuh antara pengamal pasaran dengan para ulama perlu
menjadi asas utama dalam menilai kepatuhan sesuatu instrumen terhadap
prinsip Syariah
KEPENTINGAN
FIQH MUAMALAT
❖ Mewujudkan suasana yang aman
(keamanan).
❖Menjalankan kegiatan ekonomi yang
bersih.
❖Melahirkan manusia yang berakhlak
mulia.
❖Merupakan satu metode yang diredhai
❖Mewujudkan sikap kerjasama dan tolong
menolong
KEPENTINGAN MEMPELAJARI
FIQH MUAMALAT
❖ Untuk melaksanakan Undang-Undang Islam
(Syariah) yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT.
❖Untuk melindungi hak orang lain
❖Untuk melindungi hak individu
❖Untuk mendapat keredhaan dan keberkatan
daripada Allah SWT
❖Untuk mengelakkan diri dan keluarga
daripada faedah (riba)

Anda mungkin juga menyukai