Anda di halaman 1dari 20

SHA 3043

PENGENALAN MUAMALAT

KULIAH 4
HAK SYUFAH
DEFINISI
BAHASA: Himpun
ISTILAH: Hak autonomi rakan kongsi atau
jiran untuk memiliki mana-mana bahagian
yang dimiliki secara bayaran oleh rakan
kongsi atau jirannya yang baru.
ATAU
Hak pemilikan harta yang telah dijual,
kemudian diambil secara kekerasan atau
paksaan daripada pembelinya termasuk
harga dan segala perbelanjaan
pengurusannya
CONTOH
A dan B telah berpakat membeli sebidang tanah
yang akan menjadi sebagai milik mereka bersama.
Oleh sebab B berada dalam keadaan terdesak dan
memerlukan wang untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapinya, B telah menjual bahagiannya
daripada tanah yang dimiliki bersama A kepada C.
dengan penjualan itu, tanah tersebut akan menjadi
milik bersama antara A dan C. dengan kedudukan
ini, C dianggap sebagai rakan kongsi baru kepada
A.

Berasaskan hukum syufah, A boleh membatalkan


penjualan yang berlaku antara B dengan C,
seterusnya membayar harga kepada C sebayak
yang dibayar kepada B. Akhirnya seluruh tanah
tersebut menjadi milik A
DALIL KEHARUSAN SYUFAH

Rasulullah SAW mengharuskan syufah pada semua


harta yang dikongsi milik dan belum dibahagikan
lagi, sama ada rumah, bangunan atau kebun. Tidak
harus bagi mana-mana rakan kongsi menjual
bahagiannya kepada orang lain kecuali dengan
persetujuan rakan kongsinya yang lain. Kalau dia
mahu, dia boleh bayar dan kalau tidak, dia boleh
lepaskan. Apabila penjualan dibuat sebelum
persetujuan diberi oleh rakan kongsinya, maka
rakan kongsi berkenaan lebih berhak dalam masalah
ini.

(Hadith riwayat Muslim, Nasai dan Abu Daud)


DALIL KEHARUSAN SYUFAH

Rasulullah SAW bersabda: Jiran lebih


berhak melakukan syufah terhadap
jirannya. Dia boleh menunggu untuk
melakukan syufah tersebut sekiranya
jirannya itu tidak ada jikalau masing-
masing menggunakan jalan yang sama.

(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Ibn


Majah dan Abu Daud)
SEBAB KEHARUSAN
SYUFAH

Wujud hubungan antara pihak


yang melakukan syufah
dengan harta yang ingin
disyufahkan sama ada dalam
bentuk hubungan
PERKONGSIAN MILIK atau
BERJIRAN dengan syarat-syarat
yang tertentu
PANDANGAN ULAMA TENTANG SYUFAH
PENDAPAT PERTAMA:
HARUS dan boleh dilakukan dengan syarat-syarat
tertentu yang akan dapat melahirkan hak milik penuh
kepada orang yang melakukan.

PENDAPAT KEDUA:
TIDAK HARUS dan tidak wajar dilakukan oleh mana-
mana pihak, kerana
1.Bercanggah dengan prinsip redha dalam akad yang
menjadi syarat asasi dalam muamalat
2.Boleh menyebabkan kemudaratan kepada pembeli
yang menjadi rakan kongsi baru kepada pihak yang
menuntut syufah
PANDANGAN ULAMA TENTANG SYUFAH

Walau bagaimanapun kedua-dua alasan tersebut


telah dijawab oleh pihak yang mengharuskan syufah
1.Walaupun syufah bercanggah dengan prinsip
redha dalam akad tetapi masih menepati kaedah lain
iaitu kaedah mencegah kemudaratan bagi rakan
kongsi yang lama. Sabda Rasulullah SAW: Tidak ada
mudarat dan tidak ada kemudaratan
2.Mencegah kemudaratan yang mungkin timbul lebih
baik daripada melenyapkan harapan pembeli (rakan
kongsi baru) untuk memperolehi keuntungan dan
manfaat daripada pembelian yang dilakukan. Ini
berasaskan kepada kaedah hukum mencegah
kemudaratan adalah lebih baik daripada memperoleh
manfaat
RUKUN SYUFAH

Orang yang menuntut syufah


(SYAFI)

Orang yang dituntut daripadanya


syufah (MASYFU MINHU)

Benda yang hendak disyufahkan


(MASYFU FIHI)
SYARAT SYAFI
Pihak yang menjadi rakan kongsi pada
harta yang dimiliki bersama dan belum
dibahagikan lagi. Apabila diletakkan
sempadan dan hala jalan, syufah tidak
diharuskan (sepakat Jumhur)

Pihak yang berjiran sempadan atau ada


kepentingan bersama (perbezaan
pendapat dikalangan fuqaha)
SYARAT SYAFI
PENDAPAT PERTAMA: JUMHUR FUQAHA (MAZHAB MALIKI, SYAFII,
HAMBALI)
Hak Syufah tiada kepada orang yang ada kepentingan bersama
(hak irtifaq) dan berjiran

Hadith: Rasulullah SAW mengharuskan syufah pada setiap


sesuatu yang belum dibahagikan lagi (berkongsi milik), apabila
diletakan sempadan dan hala jalan, syufah tidak dibolehkan
lagi.

Keharusan syufah adalah untuk menggelakkan kemudaratan


terhadap bahagian tanah dan milik bersama dari pembeli baru,
sedangkan kemudaratan tidak berlaku pada jiran kerana
haknya tidak terjejas.
SYARAT SYAFI
PENDAPAT KEDUA: MAZHAB HANAFI
Hak syufah ada kepada orang yang ada hak
kepentingan bersama dan berjiran.

Hadith: Rasulullah SAW bersabda: Jiran bersebelahan


rumah lebih berhak dengan rumah jirannya daripada
orang lain

Jiran mempunyai kepentingan hak yang sama seperti


hak menggunakan jalan, hak mendapat minuman,
hak saliran dan sebagainya.
Kepentingan jiran juga jelas diberi penekanan oleh
nas supaya menjaganya. Maka, untuk tidak
memudaratkannya kerana tanahnya atau rumahnya
yang bersambung dengan rumah yang dijual kepada
penjual asing maka hak syufah wajar diberi kepada
SYARAT MASYFU FIHI
PENDAPAT PERTAMA:
Semua harta alih dan tidak alih
Hadith: Syufah harus pada semua harta

PENDAPAT KEDUA:
Hanya harta tidak alih sahaja
1.Hadith: Apabila diletakan tanda sempadan dan hala
jalan maka syufah tidak boleh dilakukan
2.Hadith: Syufah harus pada semua benda yang
dikongsi milik, sama ada tanah atau rumah atau kebun
3.Kerumitan dan masalah yang ada pada harta tak alih
akan berpanjangan selagi harta itu wujud
SYARAT SYUFAH
Harta syufah telah keluar daripada
pemiliknya
Keluar hak milik dengan tukaran harga
Pihak yang berhak menuntut syufah
memiliki harta syufah ketika dijual
dan miliknya berterusan sehingga ia
diselesaikan kepadanya
Pihak yang berhak menuntut syufah
tidak restui penjualan harta yang
dilakukan oleh rakan kongsinya.
WAKTU MELAKUKAN SYUFAH

Apabila bahagian kepunyaan rakan


kongsinya berpindah milik kepada
orang lain yang bukan ahli
perkongsian yang asal tanpa
persetujuan rakan kongsi yang lain,
sama ada perpindahan milik itu
berlaku secara tukar ganti atau
menerima bayaran harga
TUNTUTAN HAK SYUFAH

PERKARA PERTAMA:
Membuat tuntutan segera terhadap hak syufahnya
selepas sahaja dia mengetahui harta yang dimiliki
bersama telah dijual

PERKARA KEDUA:
Mengesahkan permohonan tuntutan hak
syufahnya. Pengesahan memerlukan pengesahan
hak milik harta, pembeli atau penjual sekiranya
harta milik bersama itu belum lagi diserahkan
kepada pembelinya. Juga disertakan saksi.
BENTUK SYUFAH
1. Pindahan hak milik dengan bayaran dalam
bentuk harta seperti akad jualbeli

1. Pindahan hak milik dengan bayaran dalam


bentuk bukan harta seperti bayaran mas
kahwin atau bayaran khulu

1. Pindahan hak milik tanpa bayaran seperti


akad hadiah, wakaf, wasiat dan
seumpamanya
SABIT HAK MILIK DENGAN SYUFAH
Hak miliknya didapati dengan keredhaan pembeli
itu sendiri iaitu harta yang telah dijual itu dibelinya
daripada pembeli yang baru dan ini bukan
bermaksud membatalkan kontrak jualbeli pembeli
daripada penjualnya
Hak miliknya didapati dengan keputusan
mahkamah apabila harta syufah itu telah
diserahkan kepada pembeli, maka pihak yang
menuntut hak syufah itu seperti membuat kontrak
jualbeli baru daripada pembeli dan keputusan
mahkamah sebagai pengesahan kepada kontrak
tersebut.
PERKARA YANG GUGURKAN HAK SYUFAH

Penolakan pihak yang berhak menuntut


syufah terhadap harta syufah secara
terang-terangan
Tindakan pihak pemilik bersama yang
menunjukkan dia tidak ingin mengambil hak
syufahnya
Pemilik bersama tidak lagi mempunyai hak
milik ke atas harta syufah
Kematian pemilik bersama yang mempunyai
hak milik syufah kerana tidak boleh diwarisi
HIKMAH SYUFAH
Menghindarkan kemudharatan yang mungkin berlaku ke
atas rakan kongsi lama disebabkan oleh rakan kongsi
baru sama ada dari segi akhlak atau kelakuannya yang
mungkin tidak disenangi oleh rakan kongsi lama.
Membuka peluang kepada rakan kongsi lama untuk
memiliki harta berkenaan secara bersendirian dan
menyelamatkannya daripada segala kerumitan yang
mungkin berlaku jika harta tersebut dimiliki secara
bersama.
Menghalang harta yang dikongsi milik berpecah atau
dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian yang
kecil dan mungkin akan merugikan semua pihak yang
terbabit.

Anda mungkin juga menyukai