Anda di halaman 1dari 10

1.

ZINA
1.1 DEFINISI ZINA
Terdapat beberapa definisi Zina yang di kemukakan oleh para fuqaha di dalam penulisan-
penulisan mereka, antaranya seperti berikut,
1.1.1 Mazhab Shafi
c
i mendefinisikan zina sebagai persetubahan yang dilakukan oleh
seseorang lelaki Islam dan yang hidup dalam Negara Islam dengan seorang wanita yang
di anggap haram disetubuhinya tanpa akad atau seumpamanya (shubhah al-
c
aqad) dan
tanpa hak milik atau seumpamanya (shubhah al-Mulk), sedangkan dia seorang yang
waras, baligh, bebas memilih dan tahu bahawa perbuatanya itu adalah haram.
1

1.1.2 Mazhab Hanafi pula mentakrifkan zina sebagai Nama persetubuhan haram pada
kemaluan perempuan yang hidup, dengan pilihan sendiri dalam negara Islam oleh orang
yang patuh kepada hukum Islam, tanpa hak milik atau seumpamanya dan tanpa akad dan
seumpamanya.
2

1.1.3 Ibn Qudmah dari mazhab Hanbali mentakrifkan zina sebagai menyetubuhi perempuan
pada kemaluannya secara haram tanpa sebarang syubhah.
3

1.1.4 Mazhab Maliky mendefinisikan zina sebagai persetubuhan seorang yang mukallaf pada
faraj manusia tanpa hak milik yang sah pada hukum dan persetubuhan dengan cara
haram.
4

1.1.5 Dr. Wahbah Az-Zuhayli mendefinisikan zina sebagai persetubuhan yang dilakukan oleh
lelaki ke atas perempuan dengan memasukan alat klaminnya ke dalam faraj perempuan
hingga ke paras kepalanya dengan syarat perbuatan itu dilakukan suka sama suka tanpa
sebarang paksaan.
5


Apabila kita perhatikan kepada definisi-definisi yang telah di kemukakan oleh para
fuqaha diatas, walaupun terdapat pelbagai definisi namun disini dapat kita rumuskan bahawa
maksud mereka adalah sama iaitu, zina ini bermaksud persetubuhan haram secara sengaja yang
dilakukan oleh orang mukallaf pada kemaluan manusia dan ia melibatkan dua unsur yang
pertama ialah unsur fizikal iaitu persetubuhan haram dan unsur yang kedua ialah unsur moral
iaitu niat jahat manusia yang boleh disebut secara sengaja melakukan persetubuhan haram.
.

1
Al-Siasah Al-Juziyyah Al-Hudud wa-Ashrabat. Ahmad Al-Haary. 1993. Hlm 40.
2
Al-Siasah Al-Juziyyah Al-Hudud wa-Ashrabat. Ahmad Al-Haary. 1993. Hlm 11
3
Al-Siasah Al-Juziyyah Al-Hudud wa-Ashrabat. Ahmad Al-Haary. 1993. Hlm 46
4
Al-Siasah Al-Juziyyah Al-Hudud wa-Ashrabat. Ahmad Al-Haary. 1993. Hlm 31
5
Mengenal Hukum Hudud. Dr. Wahbah Az-Zuhayli, 1992. Hlm 31
2. PENSYARIATAN HUKUMAN ZINA
Pengharaman terhadap zina dan hukuman ke atasnya terdapat di dalam nas al-Quran dan al-
Sunnah. Mengenai pengharamannya jelas di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t.:

2.1 Al-Quran

4 W-O+4O^> -OE+@O- W
+O^^) 4p~E LO4= 47.Ec4
1EO):Ec ^@g
Maksudnya : Janganlah kamu mendekati zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang amat keji dan sesuatu jalan yang buruk.
6

(Surah Al-Israa' 17:32)
O4Og^-EO- O)+-EO-4
W-)-;_ E7 lg4
Egu+g)` OwWg` E4-E_ W 4
7'O> Ejgj O4O O) g1
*.- p) u7+L7 4pONLg`u> *.)
gO4O^-4 @O=E- W ;Og;41^4
Eg4-EO4N OEj*.C =}g)`
4-gLg`u^- ^g
Maksudnya; Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebatan. Dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama
Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah
disaksikan hukuman siksa yang di kenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan
mereka yang beriman
7

(Surah Al-Nur 24:2)
2.2 Al-Sunnah
Antara hadis yang menerangkan tentang tercelanya zina, ada seorang bertanya kepada
Rasulullah S.A.W." Engkau menjadikan Allah itu banyak, sedangkan Dia menjadikan kamu"
kemudian saya berkata, " Sesungguhnya hal itu berdosa besar setelah itu apa lagi, Ya
Rasulullah? " Baginda menjawab " Engkau bunuh anakmu kerana takut akan makan bersamamu

6
Al-Quran, Al-Israa 17:32.
7
Al-Quran, AiNur 24:2.
(takut jatuh miskin)" kemudian apa lagi Ya Rasulullah? Kataku, Rasulullah menjawab, " Engkau
berzina dengan isteri tetanggamu" Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Tarmizi, al-Nasai dan
Ibn Mas'ud.
8


Hadis lain ada menyatakan.

.
Maksudnya: Ambillah daripadaku, sesungguhnya Allah telah menentukan bagi mereka jalan,
dara dan teruna(apabila berzina) seratus kali sebatan dan buang daerah selama setahun.
Manakala yang sudah berkahwin dengan mereka yang sudah berkahwin(apabila berzina)
sebatlah seratus kali dan kemudian rejamlah.
9


3. RUKUN

3.1 Rukun zina :
Segala takrifan zina yang telah dikemukakan sebenarnya dibentuk dari dua rukun iaitu
pertama, persetubuhan haram dan kedua, niat sengaja.
3.1.1 Persetubuhan haram
Persetubuhan haram tersebut ialah perbuatan memasukkan zakar lelaki walaupun hanya
sebahagian (jika terpotong atau tidak ) ke dalam faraj perempuan samada secara bersarung atau
tidak dan keluar mani atau tidak. Wanita yang disetubuhi itu tidak mempunyai hubungan
perkahwinan dengan lelaki tersebut, baik perkahwinan itu bersifat sah atau syubhah seperti
perkahwinan yang berlangsung tanpa dihadiri dua orang saksi atau tidak mempunyai wali, atau
pernikahan yang dibatasi waktunya seperti nikah mut
c
ah. Wanita itu juga bukan hamba
sahayanya.
10

3.1.2Niat sengaja
Rukun ini adalah unsur maknawi atau mental. Orang yang melakukan persetubuhan itu
mestilah berniat atau mempunyai qasad jahat. Niat tersebut mestilah bersama dengan unsur al-
idrak wa-ikhtiyar iaitu dengan pengetahuan dan pilihan. Rukun ini dikira apabila ia datang

8
Ensiklopedia Islam. Jilid 8 & 11: 1998. Hlm 36
9
Bidyat Al-Mujtahid Wa Nihyah Al-Muqtasid. Al-Qurtuby, Ibn Rush. 1995. Hlm 1719-1720.
10
Ensiklopedia Hukum Islam. Jilid 5 dan 6 :1997.Hlm 2026.
sejajar dengan perbuatannya iaitu apabila seseorang itu melakukan persetubuhan dengan niat
sengaja melakukan perbuatan itu dan tahu bahawa ia diharamkan dan tiada paksaan keatasnya
untuk melakukan perbuatan tersebut.
Sengaja : Apabila dimaksudkan dengan sengaja maka terkeluarlah orang yang bersetubuh dalam
keadaan tersilap seperti menyangka isterinya tetapi sebaliknya. Hilang kewarasan dan kesedaran
seperti gila, mabuk, tidur, mimpi dan pitam.
Pengetahuan tentang pengharaman zina : orang yang tidak ada pengetahuan atau jahil tentang
hukum tersebut tidak dikenakan had. Namun kejahilan yang diterima pakai ialah kejahilan
kerana tiada keupayaan untuk dia mengetahui secara mutlak. Seperti orang yang telah hilang
ingatan kemudian sebaik sahaja sembuh terus melakukan zina. Manakala kejahilan kerana sikap
dan keadaan tidak ambil tahu adalah tidak dikira.
Mempunyai pilihan : maka terkeluar orang yang dipaksa seperti dirogol.
11


4. SYARAT
4.1 Syarat had zina
1) Orang yang melakukan zina adalah seorang yang telah baligh dan berakal.
2) Pelaku zina tersebut mestilah orang Islam
3) Perbuatan itu dilakukan secara sedar dan sengaja
4) Yang dizinai itu adalah manusia dan jelas kelakian dan kewanitaannya iaitu bukan
khunsa
5) Persetubuhan yang bukan syubhah.
12

6) Pelaku mengetahui bahawa perbuatan itu haram
7) Terdapat pendapat ulama mengenai wanita yang dizinai:
Ulama mazhab Hanafi dan az-Zahiri mensyaratkan bahawa wanita yang dizinai itu
masih hidup. Sedangkan menurut ulamak mazhab Maliki, Syafi
c
i dan Hanbali, apabila
mayat wanita itu bukan mayat isterinya maka perbuatan itu termasuk zina.
13

8) Masuk kesemua hasyafah ke dalam faraj.

11
Ensiklopedia Hukum Islam. Jilid 5 dan 6 :1997.Hlm 2028
12
Al-Fiqh Al-Islami Wa-Adillatuh.Wahbah Al-Zuhaily. 1996. Hlm 36.
13
Ensiklopedia Hukum Islam. Jilid 5 dan 6 :1997.Hlm 2027




5. CARA PEMBUKTIAN ATAU SABIT ZINA
5.1 Cara Pembuktian Jenayah Zina
Jenayah zina hanya boleh disabitkan melalui salah satu daripada cara berikut : Iqrar atau
pengakuan, Shahadah atau penyaksian dan Qarinah. Semua Fuqaha bersetuju dengan cara-cara
tersebut kecuali Qarinah terdapat perbezaan pendapat padanya.
5.1.1 Iqrar ( Pengakuan )
Iaitu pengakuan daripada penzina sendiri bahawa dia melakukan zina. Antara syarat
pengakuan yang boleh diterima ialah :
1. Pengaku mukallaf, berakal dan baligh.
2. Pengaku tidak dipaksa dan mampu melakukan persetubuhan (seperti tidak diterima
pengakuan orang yang telah terputus zakarnya ).
3. Pengaku faham tentang hakikat zina.
4. Pengaku boleh bertutur. Tidak diterima secara tulisan dan isyarat. Namun Fuqaha
mazhab Syafi
c
i dan Maliki menerima pengakuan dari orang bisu secara isyarat yang
dapat difahami.
5. Menurut pendapat Abu Hanifah dan segolongan Fuqaha, pengakuan tersebut mestilah
dilakukan dalam majlis kehakiman. Namun Jumhur tidak mensyaratkan demikian. Boleh
dihadapan saksi yang adil.
6. Berulang pengakuan. fuqaha mazhab Hanafi dan Hanbali menetapkan 4 kali pengakuan
dan pengakuan itu mesti pada 4 majlis yang berasingan mengikut Hanafi sebaliknya
harus pada majlis yang sama pada pendapat mazhab Hanbali. Merujuk kepada kisah
Ma
c
iz hanya selepas beliau membuat pengakuan sebanyak empat kali.
7. Manakala fuqaha mazhab Syafi
c
i dan Maliki pula menetapkan cukup dengan satu kali
pengakuan sahaja selagi tidak ada sebarang keraguan terhadap pengakuan penzina yang
menyebabkan pengakuan itu boleh ditolak.
8. Pengakuan tidak ditarik balik.
14

Dalam keadaan ini juga dan berdasarkan kisah Ma
c
iz dan perempuan al-Ghamidiyyah,
jumhur ulama sepakat mengatakan bahawa sabit kesalahan zina dan dikenakan had apabila
pengakuan dibuat oleh penzina walaupun tanpa kehadiran pasangan mereka atau walaupun

14
Pengantar Fiqh . Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali. 1997. Hlm 273.
pasangan mereka menolak pengakuan pasangan yang membuat zina dengannya. Ini disebabkan
Ma
c
iz dan perempuan al-Ghamidiyyah direjam tanpa kehadiran pasangan mereka.
15

5.1.2 Syahadah ( Penyaksian )
Perbuatan zina juga boleh disabitkan melalui keterangan atau kenyataan saksi yang
menyaksikan perkara tersebut. Cara pembuktian ini mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
Empat orang saksi lelaki yang adil. Hal ini berdasarkan dalil Al-Quran :
/--4 --g>4C O4=E^- }g`
:j*.=O)Oe W-);=4c
O})_^1U4N LOE4O :Lg)` W p)
W-jgE+ ;-O7O^` O)
gONO+:^- _/4EO O}_-4O44C
OE^- u E^_ +.- O}+O
1EO):Ec ^)
Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji(zina) di antara perempuan-
perempuan kamu, maka carilah empat orang leleki antara kamu yang menjadi saksi terhadap
perbuatan mereka .
16

( Surah An-Nisaa 4:15 )
1. Syarat saksi yang ditetapkan adalah seramai 4 orang. Seandainya saksi tersebut tidak
cukup syaratnya seperti yang telah ditetapkan oleh syara, maka pendakwa mestilah
dikenakan had qazaf, iaitu sebatan sebanyak 80 kali. Namun di sini ulama berselisih
pendapat tentang cara membawa keterangan di kalangan saksi-saksi tersebut. Menurut
Imam Syafi
c
i tidak mengapa jika saksi-saksi tersebut datang serentak atau berasingan.
Semuanya dikira sah dalam memberi keterangan, namun jika saksi-saksi itu datang
berasingan adalah lebih baik, kerana boleh mengelakkan daripada pendustaan dan
kemungkinan juga bersepakat dalam memberi keterangan palsu. Manakala menurut Abu
Hanifah pula, saksi tersebut mesti datang serentak. Jika tidak penyaksian tersebut adalah
tidak sah dan mereka akan dikenakan had qazaf.
2. Saksi hendaklah beragama Islam, merdeka, baligh dan berakal.
3. Saksi bukan seorang yang pelupa.Saksi tersebut mestilah mampu mengingati dan
memahami perkara yang disaksikannya.
4. Saksi boleh melihat.
17


15
Jenayah Dalam Islam Mahfodz Mohammad. 1985. Hlm 30.
16
Al-Quran, An Nisaa 4:15.



5.1.3 Qarinah ( Tanda-Tanda )
Tentang qarinah dan bukti pula ulama mujtahid berselisih pendapat mengenai sabit
kesalahan mereka, iaitu :
Menurut pendapat Imam Malik : Seorang yang sudah jelas bukti dan qarinah yang
menunjukkan ia berzina, mestilah dikenakan had. Sebagai contoh , seorang perempuan yang
tidak bersuami didapati mengandung dan ia pula bukan perempuan yang terhormat dan suci. Ini
kerana qarinah mengandung dan ia pula perempuan yang tak suci adalah kukuh.
Imam Abu Hanifah, Imam Syafi
c
i dan Ahmad berpendapat bahawa qarinah tidak
semestinya dapat diterima dan bukan sebab yang membolehkan seseorang itu dikenakan had.
Dimana menurut pandangan mereka, seseorang perempuan yang didapati mengandung tanpa
suami tidak semestinya ia berzina, walaupun ia bukan perempuan yang baik kerana
kemungkinan besar ia telah dirogol, atau berlaku persetubuhan syubhah atau dipaksa.
18


6. HUKUMAN ATAS KESALAHAN ZINA
6.1 Hukuman pada Penzina yang Bukan Muhsan
Penzina yang bukan muhsan, samada lelaki atau perempuan akan dikenakan dengan dua
hukuman:
6.1.1 Sebat Seratus Kali
Sebagaimana firman Allah Taala:
O4Og^-EO- O)+-EO-4
W-)-;_ E7 lg4
Egu+g)` OwWg` E4-E_
Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
dari kedua-duanya 100 kali sebatan.
19


17
Pengantar Fiqh . Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali. 1997. Hlm 271-272.
18
Pengantar Fiqh . Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali. 1997. Hlm 274.
19
Al-Quran, An-Nur 24:2.
(Surah Al-Nur 24:2)



Manakala hamba pula mestilah dikenakan separuh daripada sebatan daripada orang yang
merdeka,iaitu 50 kali sebatan. Sebagaimana firman Allah Taala:
_ .-O) O};Oq up) -u->
lO4=E) O}jgOUE -g^ 4`
O>4N geE4=^- ;g`
-EOE^- _
Maksudnya: Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin , lalu
mereka melakukan perbuatan keji(zina),maka mereka dikenakan separuh daripada
(hukuman)siksa yang ditetapkan keatas perempuan-perempuan yang merdeka
20
.
(Surah al-Nisa' 4:25)
6.1.2 Buang Daerah
Tentang hukuman buang daerah yang dilaksanakan disamping sebatan 100 kali seperti
yang di jelaskan dalam hadis, ulama dan fukaha berselisih pendapat iaitu:
i. Imam Ab Hanifah berpendapat: Hukuman buang daerah itu tidak wajib. Ia boleh
dilaksanakan jika perlu dan berdasarkan pendapat serta penilaian hakim dan Qadi kerana
ia bukan termasuk dalam hukuman hudud, tetapi adalah sebagai ta
c
dhir.

ii. Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Syafi
c
i berpendapat: Hukuman buang daerah
adalah wajib dan ia hendaklah dilaksanakan serentak dengan hukuman sebatan 100 kali,
mereka berpendapat demikian kerana hukuman buang daerah itu adalah juga hukuman
hudud. Hukuman buang daerah ini dikenakan terhadap penzina yang bukan muhsan.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Ab Daud dan Al-Tirmidhy yang
bermaksud Ambillah dariku sesungguhnya Allah Taala, telah menentukan bagi mereka
yang dara dengan teruna rotan seratus kali dan dibuang daerah selama setahun, sesiapa
yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin pula ialah sebatan seratus kali dan
di rejam.
21


6.2 Hukuman pada Penzina yang Muhsan

20
Al-Quran, An-Nur 4:25.
21
Al-Fiqh Al-Islami Wa-Adillatuh.Wahbah Al-Zuhaily. 1996. Hlm 39.
Hukuman rejam sampai mati tersebut hanya dilaksanakan terhadap pasangan lelaki dan
perempuan yang telah berkahwin dan bersetubuh (muhsan dan muhsanah) secara sah. Hukuman
rejam tersebut terdapat dalam hadis sohih serta sunnah fi
c
liyyah Baginda sebagaimana sabda
Baginda yang diriwayatkan daripada
c
Ubadah bin al-Smit yang bermaksud: Ambillah
daripadaku, sesungguhnya Allah telah menetapkan cara untuk mereka (terlepas daripada dosa)
dara dengan teruna, hendaklah disebatkan seratus kali dan dibuang daerah setahun. Manakala
yang telah berkahwin hendaklah di sebat 100 kali dan direjam dengan batu.

Dalam hadis yang lain pula Nabi juga ada bersabda yang berbunyi :
.
Maksudnya: Orang tua lelaki dan orang tua perempuan yang berzina, maka rejamlah kedua-
duanya.
Oleh yang demikian jelaslah, mereka yang berzina tidak kira samada mereka yang belum
berkahwin ataupun sudah berkahwin, kedua-duanya mestilah menerima hukuman yang setimpal
dengannya, hukuman-hukuman yang telah ditetapkan ini bukan semata-semata untuk
menganiayai mereka yang terlibat, tetapi sebagai balasan daripada Allah kerana telah melanggar
pembatasan Allah yang telah di tetapkan.
22


7. CARA PELAKSANAAN HUKUMAN ZINA
Hukuman had zina hanya boleh dilaksanakan setelah diputuskan oleh mahkamah.
Apabila melaksanakan hukuman had zina beberapa tatacara atau prosedur mesti diikuti. Berikut
adalah keterangan ringkas cara pelaksanaan hukuman berdasarkan status pesalah atau kesalahan :

7.1 Hukuman Terhadap Penzina Muhsan
7.1.1 Hukuman dilaksanakan secara terbuka. Iaitu dibuat ditempat yang terbuka dengan
disaksikan oleh sekumpulan orang Islam. Ini berpandukan kepada ayat al-Qurn surah An-Nur
24:2. Bilangan yang ramai adalah diperlukan untuk melaksanakan rejam atau lontaran terhadap
pesalah. Dalam hal ini Imam Syafi
c
i dan Ahmad Hanbali berpendapat adalah sunat bagi saksi
memulakan rejaman bagi kes yang sabit dengan kesaksian. Manakala Abu Hanifah mensyaratkan
wajib.

22
Jenayah Dalam Islam Mahfodz Mohammad. 1985. Hlm 32.
7.1.2 Hukuman yang dilaksanakan tanpa melihat kepada keadaan cuaca dan diri atau kesihatan
penjenayah kerana dia akan direjam sampai mati kecuali perempuan hamil, tunggu sehingga
bersalin dulu barulah dilaksanakan hukuman tersebut.
7.1.3 Bagi kes yang sabit secara pengakuan penzina baik lelaki atau perempuan direjam dalam
keadaan berdiri. Sekiranya mereka lari ketika direjam rejaman akan dihentikan dan mereka akan
dibiarkan lari kerana wujud syubhah. Bagi kes yang sabit secara penyaksian, penzina lelaki
direjam dalam keadaan berdiri, sekiranya lari akan terus direjam. Manakala penzina perempuan
pula ditanam separuh tubuhnya agar terpelihara auratnya mengikut pendapat Imam Syafi
c
i dan
Hanafi.

7.2 Hukuman Terhadap Penzina Ghair Muhsan
7.2.1 Sebahagian fuqaha berpendapat ia perlu dilaksanakan secara terbuka manakala yang lain
pula mengatakan memadailah wujud seorang disamping pelaksana sebat.
7.2.2 Hukuman dilaksanakan tertakluk kepada keadaan cuaca dan diri atau kesihatan
penjenayah. Hukuman tidak dilaksanakan pada keadaan cuaca terlampau panas atau sejuk, pada
keadaan penjenayah sedang sakit yang ada harapan untuk sembuh. Bagi penyakit yang tiada
harapan untuk sembuh atau terlalu kurus terdapat pendapat ulamak yang memberi kelonggaran
dari jenis penggunaan alat sebatan seperti menggunakan hujung-hujung pakaian, atau digunakan
100 ranting anggur atau tangkai tamar atau seumpamanya dengan sekali sebatan kerana dikuatiri
akan membawa kebinasaan.
7.2.3 Sebatan dilakukan dalam keadaan sederhana iaitu dalam keadaan menyakitkan tetapi
tidak dengan maksud melukakan yang boleh memudaratkan tubuh badan.Alat sebatan yang
digunakan hendaklah sesuai dan munasabah dari segi jenis dan saiznya. Amalan masyarakat
awal Islam menggunakan al-sawt (cemeti ).Sebatan dilakukan pada tempat yang tidak
memudaratkan seperti muka, kepala dan kemaluan.Sesetengah fuqaha menyarankan tidak
dikenakan sebatan pada satu tempat atau bahagian sahaja untuk mengelak kemudaratan.
23




23
Ensiklopedia Hukum Islam. Jilid 5 dan 6 :1997.Hlm 2028

Anda mungkin juga menyukai